Memaparkan catatan dengan label Journalism. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Journalism. Papar semua catatan

Rabu, November 11, 2009

BAHAYA WAHABI DI MALAYSIA!!!

Bahaya Wahabi

Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin
rencana@hmetro.com.my

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.


Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.

"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.



INFO



Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

  • Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

  • Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

  • Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

  • Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

  • Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

  • Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

  • Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

  • Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

  • Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

  • Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

  • Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

  • Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

  • Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

  • Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

  • Amalan tariqah dilarang sama sekali

  • Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

  • Jumaat, Mac 27, 2009

    NIK AZIZ, THE SMOKER & MR. LEMBU...

    Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz


    KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

    Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

    "Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.


    "Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).


    "Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

    Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

    Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama

    Khamis, Mac 05, 2009

    SAH ATAU TIDAK, SIDANG BAWAH POKOK DUN PERAK 2009???


    Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan
    Tarmizi Mohd Jam Thu Mar 05, 09 10:05:02 am MYT


    KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh)- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.

    Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.


    "Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.


    Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.


    Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.


    "Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.


    Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.


    Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.
    Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.


    "Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.


    Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."
    Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.


    Ulasan lanjut Profesor Dr Aziz Bari berkenaan isu ini boleh dibaca pada Harakah Bil 1420 (Edisi Jumaat) bertarikh 6 - 8 Mac yang kini berada dipasaran. Dapatkan di kedai-kedai akhbar berhampiran!_

    Khamis, Februari 19, 2009

    270 RIBU RAKYAT MALAYSIA SEBENARNYA ADALAH ORANG GILA!

    Rakyat Malaysia tak sedar sakit mental
    19/02/2009 2:20pm


    KUALA LUMPUR, 19 Feb.— Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri Prof Dr Mohammad Hussain Habil.

    Beliau berkata kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.

    Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata kemajuan dalam bidang sains perubatan, skizofernia boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.

    Beliau berkata jika penyakit dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.

    Adalah penting, kata beliau untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas.

    Penyakit ini, kata beliau tidak semestinya disebabkan keturunan tetapi adalah lebih akibat daripada perubahan kimia dalam sel-sel otak dan ia tidak hanya terbatas dalam kumpulan etnik tertentu atau kepercayaan.

    Mohammad menasihatkan para ibu bapa supaya mengawasi simptom berkaitan kerana penyakit ini dilihat ketara dalam kalangan remaja.

    Katanya para ibu bapa dan anggota keluarga lebih memahami kerana ia amat penting untuk pemulihan awal.

    Beliau berkata UMMC telah merawat ramai pesakit dan regim rawatan bukan hanya ubat-ubatan tetapi juga pemulihan daripada segi penempatan kerja dan latihan vokasional. — Bernama

    Jumaat, September 05, 2008

    PERGINYA SEORANG JOURNALIS TULEN BERNAMA A. SAMAD ISMAIL...

    Foto wajah Allahyarham A.Samad Ismail ketika muda bersama famili tercinta. Semoga roh Pak Samad dicucuri rahmat oleh ALLAH swt; dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Mari kita sedekahkan Al- Fatehah buat journalis pejuang kemerdekaan ini... Sesungguhnya setiap makhluk yang hidup pasti merasai kematian...itu janji Tuhan. Daripada Allah kita datang...kepada-NYA kita pasti kembali...
    Apa kata anak perempuan Pak Samad (Sister Nuraina aka. Ena).
    Apa kata Dato A. Kadir Jasin tentang Pak Samad.


    Pak Samad Ismail meninggal dunia

    KUALA LUMPUR: Tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada jam 5.58 petang ini kerana jangkitan paru-paru. Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.

    Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria. Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990. Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat esok, menurut menantunya Azmi Anshar di sini hari ini.

    Nuraina dalam blognya "Nuraina A Samad's 3540 Jalan Sudin" hari ini berkata, dialisis kedua bapanya pada jam 5.30 petang ini gagal, malah tekanan darahnya semakin menurun. Pak Samad telah menjalani dialisis sejak semalam apabila keadaan buah pinggangnya semakin lemah. Bagaimanapun keadaan jantungnya baik. Abdul Samad yang memulakan kariernya sebagai pemberita Utusan Melayu pada tahun 1940, begitu sinonim dengan sejarah persuratkhabaran negara serta sejarah Malaysia itu sendiri.

    Pemergiannya hari ini bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke 51 yang baru sahaja berlalu begitu menyentuh kerana Abdul Samad adalah antara anggota rombongan delegasi negara ke London pada 1956 untuk rundingan kemerdekaan.

    Mala, pembabitannya dalam sejarah negara tidak dapat diperkecilkan walaupun peranannya banyak di belakang tadbir, begitu juga dengan kemerdekaan Indonesia serta dalam merapatkan semula hubungan antara Malaysia dan Indonesia semasa konfrantasi.

    Abdul Samad yang banyak terbabit dengan aktiviti anti penjajah pada zaman penjajahan British dan Jepun, pernah keluar masuk penjara kerana fahaman politiknya itu. - Bernama

    Sabtu, Ogos 16, 2008

    SUMPAH LAKNAT SAIFUL BUKHARI AZLAN!



    Saiful sumpah Al-Quran…cabar Anwar turut sumpah

    "Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat "

    – itulah sumpah mengikut syariat Islam yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan sambil mengadap kiblat di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15 petang Jumaat. Upacara selama kira-kira 15 minit itu disaksikan imam masjid itu serta 30 orang daripada wakil media dan anggota keluarganya.

    Bekas pembantu peribadi kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim itu , sebelum ini berjanji melakukan sumpah mubahalah bagi menyokong dakwaannya terhadap bekas majikannya itu.

    Sejurus selesai Saiful yang ditemani oleh bapanya, Azlan dan peguamnya Zamri Idrus berkejar ke Hotel Dynasty di Jalan Ipoh untuk menghadiri satu sidang akhbar di situ. Pada sidang akhbar itu disediakan projector LCD dimana rakaman upacara angkat sumpah itu ditayangkan semula kepada puluhan para wartawan yang hadir.

    Saiful memulakan sidang akhbar dengan membacakan satu kenyataan dimana beliau mencabar Anwar supaya angkat sumpah dalam masjid disaksikan oleh para ulamak dan seluruh rakyat Malaysia untuk menafikan dakwaan liwat yang dibuatnya terhadap Penasihat PKR itu. Beliau yang berwajah tenang sahaja ketika pertama kali mengadap para wartawan sejak membuat aduan polis mengenai dakwaan diliwat oleh Anwar pada 28 Jun lalu enggan menjawab beberapa soalan yang dikemukan sebaliknya berkata akan jawabnya di mahkamah.

    “Saya akan jawabnya di mahkamah kemudian.Saya bukan seperti Anwar Ibrahim dan tidak mahu satu perbicaraan menerusi media.saya akan beri kenyataan saya di mahkamah,”katanya. Kepada satu soalan beliau menegaskan kejadian liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya.

    Ditanya adakah Anwar orang pertama meliwat beliau, beliau menjawab:
    “Ya. Ini (kejadian liwat) kali pertama,”katanya. Saiful juga berkata beliau tidak bercadang untuk berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.”Ini bukan soal politik tetapi soal peribadi antara saya dengan Anwar Ibrahim,”katanya. Beliau juga menolak andaian sengaja memilih untuk sumpah Al-Quran hari ini menjelang penamaan calon Permatang Pauh Sabtu.

    Katanya beliau merasa amat lega setelah angkat sumpah dan merasa diberi kekuatan oleh Allah untuk berdepan dengan para wartawan.

    Pada 7 Ogos lepas, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Mohd Saiful pada 26 Jun lepas di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara. Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.- 15/8/2008


    Sumber: Agenda Daily

    Ahad, Julai 20, 2008

    ANWAR LIWAT SAIFUL ATAU SAIFUL YANG LIWAT ANWAR?

    Pelbagai dugaan dan cubaan telah ditempuhi Pak Sheikh semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Namun beliau dapat mengharungi dengan semangat seorang pejuang... Siapa yang boleh melupakan ucapan keramat beliau "Kalau Takut Dengan Risiko...Usah Bicara Tentang Perjuangan!" & "LAWAN TETAP LAWAN!" pada era gelombang REFROMASI '98'. Apakah ini ujian terakhir sebelum beliau bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 tidak lama lagi? Sesungguhnya hanya ALLAH swt yang Maha Mengetahui untung nasib Anak Cheruk Tok Kun ini...
    (foto ihsan Agenda Daily)


    Anwar: Buktikan 'siapa rogol siapa'
    Jul 19, 08 7:00am


    Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil."Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.
    "Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi," katanya.Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

    Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

    Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.Ketika menyampaikan ceramah politik di Cheng, Melaka malam ini, Bernama melaporkan Anwar berkata, sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.'Beralas simen'

    Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya "corrobotive evidence" (bukti yang memberi pengesahan). "Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil...ingat," katanya bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lalu.

    Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lalu seolah-olah beliau "Osama Laden" . "Saya telah "diiringi" oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya," katanya.

    Katanya semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri.

    Isnin, Julai 14, 2008

    USUL UNDI TAK PERCAYA PM DITOLAK!

    Laporan terbaru Utusan Online:

    Usul undi tidak percaya terhadap PM oleh pembangkang ditolak
    14/07/2008 1:19pm
    Oleh HATA WAHARI


    KUALA LUMPUR 10 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul di bawah Perkara 18(1) dan (2) Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengenai usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Tindakan Pandikar Amin Mulia menolak usul tidak percaya itu menyebabkan ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan kerana tidak puas hati walaupun telah dirayu berulang kali agar menimbangkan semula penolakan usul tersebut.

    Wan Azizah yang bangkit sebanyak tiga kali memohon pertimbangan semula terhadap keputusan Pandikar itu dengan menyatakan bahawa rakyat kini tidak lagi mempercayai kepimpinan Abdullah dan berharap usul itu dapat dibahaskan.

    Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan, beliau tetap dengan keputusannya untuk menolak usul tersebut dan tidak perlu memberi sebarang alasan melakukan penolakan tersebut. - Utusan

    Apa macam sekarang?

    Ahad, Julai 13, 2008

    YM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH PERDANA MENTERI MALAYSIA KE- 6?

    Ku Li yakin kali ini beliau akan dapat melepasi halangan utama itu.“Halangan yang paling besar ialah sistem kuota. Tanpa kuota, sekarangpun saya dah boleh menang,’’ kata Ku Li
    (foto ihsan Agenda Daily)


    Peralihan kuasa, Ku Li temui laluan sukar Ibrahim Othman Sun Jul 13, 08 11:32:34 am MYT

    ORANG yang paling risau dengan perkhabaran pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dengan timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak, ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

    Komen awal Ku Li, PM silap kerana jawatan Presiden Umno bukan milik peribadinya sebaliknya Pak Lah hanya Presiden 'care taker' kerana edah pemilihan Umno didakwanya sudah berlalu, dan ditangguhkan kerana menghadapi PRU 12, Mac lalu.

    Kerisauan Ku Li disebabkan, klimaks pertandingan dalam Umno seperti sudah sampai apabila Pak Lah mengumumkan tarikh berundur. Walaupun Ku Li menyatakan hasratnya untuk terus menawarkan diri, banyak pihak berpendapat, sukar bagi bekas Menteri Kewangan dan Presiden Parti Melayu Semangat 46 ini mencukupi quota pertandingan.

    Hujah yang diberikan, Ku Li selama ini seperti sudah terputus hubungan dengan ketua-ketua bahagian, lebih-lebih lagi dia tidak duduk dalam kabinet. Pergerakannya agak terbatas dan Ku Li dilihat rancak �berkempen� apabila selesai PRU 12, sambil menyatakan hasratnya mahu menawarkan diri bertanding jawatan Presiden.

    Dalam tahun 2000, Ku Li pernah menawarkan diri bertanding salah satu kerusi naib Presiden, tetapi gagal mendapat cukup percalonan yang menyebabkan dia tidak layak bertanding.
    Empat tahun kemudian, iaitu tahun 2004, Ku Li menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden tetapi tidak mendapat sokongan malahan, hanya Umno bahagian Gua Musang sahaja yang mencalonkannya yang sekaligus menyebabkan dia tidak layak bertanding.

    Kali ini, ketika semua orang minat bercakap soal undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, tiba-tiba Ku Li dilihat cukup rajin ke sana ke mari, bertemu dengan ahli-ahli Umno di peringkat cawangan, sehingga menimbulkan kekecohan di sesetengah bahagian hingga menyebabkan Ku Li mengeluarkan kenyataan; "ada ketua bahagian menghalang ahli-ahli cawangan bertemu dengannya."

    Apa yang menarik, ketika mengadakan pertemuan dengan Umno di Muar, yang melibatkan ahli-ahli dari bahagian Ledang, Bakri, Pagoh dan Muar, terdapat berita yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris, 25 cawangan dari Umno bahagian Pagoh mencadangkan Ku Li sebagai Presiden manakala Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai timbalan Presiden.

    Justeru, jika dilihat perkembangan mutakhir, apabila Najib menadah tangan kegembiraan menyambut cadangan Pak Lah mahu pelan peralihan kuasa berjalan 23 bulan dari sekarang, Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh lebih sesuai beregu dengan Ku Li untuk berhadapan dengan Pak Lah dan Najib.

    Cuma, ada sumber yang mengaku rapat dengan Najib dan Muhyiddin memberitahu, Muhyiddin lebih rela berdepan dengan Pak Lah dari berdepan dengan Najib. Maknanya, Muhyiddin tidak bersedia bertanding jawatan Timbalan Presiden jika Najib masih di situ.
    Pada peringkat awal, Ku Li dikatakan berminat dengan Muhyiddin sebagai regunya untuk pertandingan ini.

    Namun, atas nasihat seorang dua rakan-rakan Ku Li, akhirnya Ku Li berubah pendirian dengan menyebut Najib akan menjadi regunya dan bukan Muhyiddin.
    Namun, Najib dilihat lebih selesa bersama Pak Lah daripada berganding dengan Ku Li. Muhyiddin pula, lebih selesa berketuakan Najib daripada Pak Lah atau Ku Li, apabila Ku Li juga tidak 'berminat' dengannya.

    Jika Ku Li cukup percalonan, ramai yang meramalkan dia akan menang mudah mengalahkan penyandang jawatan. Tetapi banyak pihak pula menduga, Ku Li tidak mungkin cukup percalonan jika dia tidak mempunyai 'regu' yang kuat sebagai Timbalan Presiden!

    Beberapa orang 'kaki sembang politik' berpandangan, Ku Li cukup sukar untuk mendapat sokongan 100 peratus dari seluruh 15 bahagian di Kelantan. Rata-rata, kepimpinan bahagian-bahagian di Kelantan masih setia dengan Pak Lah. Jika ada pun yang kurang 'mesra' dengan Pak Lah mereka dari kem Najib, bukan kem Ku Li.

    Dulu, Ku Li ada seorang penyokong setia dalam Umno. Dato' Ibrahim Ali yang mengetuai Umno bahagian Pasir Mas. Namun, sekarang Ibrahim sudah berada di luar Umno dan Pasir Mas diketuai Dato' Abdul Rahim Abdul Rahman, orang kuat Najib.

    Kalau bertanya orang yang di luar Umno, mereka lebih mahukan Ku Li menggantikan Pak Lah tetapi di kalangan ketua-ketua bahagian, mereka lebih mahukan Najib untuk dapat berpayung apabila Najib menjadi PM kelak. Ini bacaan mereka dan tiada siapa yang sanggup memperjudikan nasib menyokong secara terbuka Ku Li, yang memungkin mereka mengulangi nasib malang seperti tahun 1987, ketika Ku Li menentang Tun Dr. Mahathir.

    Ada juga yang meramalkan, jika Najib bertindak menentang Pak Lah dengan regunya Muhyiddin, Pak Lah mungkin mengambil Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad sebagai regu. Ada juga yang meramalkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mungkin sedia menjadi regu Pak Lah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

    Namun, banyak pihak berpendapat, antara Isa dengan Muhammad, Isa lebih popular. Cerita politik akan menjadi lebih menarik jika semua ini berlaku.

    Siapa regu Ku Li jika jadi Najib melawan Pak Lah? Ada yang menyebut, Ku Li akan kembali ke pangkuan Dato' Seri Dr. Rais Yatim sudah sudah sekian lama meninggalkannya sejak Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan. Rais adalah Timbalan Presiden ketika Ku Li menjadi Presiden S 46 dahulu.

    Semua perkiraan ini, dibuat kerana situasi politik Umno masih belum begitu stabil. Ketika Pak Lah mengumumkan pelan peralihan kuasa, Najib dikatakan tidak dibawa berbincang sebaliknya hanya didedahkan ketika Mesyuarat MT berjalan. Najib mungkin serba salah untuk 'mempertahankan dirinya' kerana kebetulan Muhyiddin tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana berada di Osaka, Jepan.

    Banyak pihak mendakwa, mereka sudah mendapat 'signal' mengarahkan mereka mencalonkan Najib sebagai Presiden dan Muhyiddin sebagai timbalan. Semua ini dilakukan oleh kumpulan Najib-Muhyiddin yang dikatakan sudah 'sepakat' mahu mengambil alih kepimpinan Umno, menjelang Disember.

    Signal ini dikatakan dibuat kerana tiada langsung perbincangan antara Pak Lah-Najib mengenai pelan peralihan kuasa walaupun ada cakap-cakap yang mengatakan Pak Lah mahu terus menerajui Umno dan negara sehingga mencapai usia 70 tahun.
    Strategi dan pelbagai tekanan yang dibuat ke atas Pak Lah akhirnya membuatkan Pak Lah terpaksa mengumumkan tarikh pengundurannya tetapi disambut dingin oleh Muhyiddin walaupun Najib kelihatan 'dapat menerima' pelan tersebut.

    Paling malang, Ku Li kerana banyak pihak mengatakan, hasratnya menentang Pak Lah sudah tidak relevan lagi, malahan usaha-usaha Umno untuk berdamping rapat dengan beberapa parti pembangkang katanya akan tersekat jika Ku Li menjadi Presiden Umno.
    Mereka menyebut, sejarah hitam S 46 dengan Pas mungkin menjadi titik hitam kepada usaha-usaha lain kerana semua sejarah ini memungkinkan parti-parti pembangkang tidak mungkin dapat 'membuat perbincangan' dengan Ku Li jika ada isu-isu kepentingan bersama.

    Semua faktor ini diambil kira, walaupun Ku Li mungkin mendapat sokongan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pengaruh Dr. Mahathir di dalam Umno sekarang terlalu kecil, jika dibandingkan dengan nama-nama lain seperti Najib dan Muhyiddin.

    Ketika Pak Lah menyediakan pelan menurunkan kuasa dan tugas-tugas kepada Najib, Ku Li pula perlulah terus berhempas pulas untuk menagih sokongan. Disebabkan hubungannya selama ini sudah semakin menjarak, bukanlah satu tugas mudah untuk dia menarik balik sokongan itu.
    Malahan, ada di antara ketua-ketua bahagian, tidak pernah mengenali Ku Li walaupun mereka pernah mendengar Ku Li adalah bekas Menteri Kewangan dan bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

    Berbeza dengan Najib dan Muhyiddin, kedua-duanya tidak pernah terputus berada di dalam hirerki Umno, walaupun pada suatu ketika Muhyiddin tewas di kerusi Naib Presiden. Namun, kedudukannya sebagai menteri, tidak pernah tercabut.

    Laluan Ku Li sebenarnya semakin sukar tetapi dalam politik, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. - mks. _


    Sumber :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015758&Itemid=85

    Sabtu, Julai 12, 2008

    Anwar : BN akan jatuh sebelum Najib ambil alih?

    Pak Sheikh nampaknya dah tak sabar-sabar nak duduk dalam bilik berhawa dingin di Mahligai Putrajaya. Apakah Najib akan memberi jalan mudah? Bagaimana pula dengan peluang Ku Li? Kem masing-masing sedang melobi dengan giat dan produktif sekali. Siapa yang jatuh dan siapa pula yang bakal naik mendadak akan diketahui sikit hari lagi. Terlepaskah peluang Khairy Jamaluddin untuk menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO?

    Foto Istana Putrajaya diatas telah dibina atas jasa besar dan idea berani Tun Dr. Mahathir yang dikasihi.Walaupun sebelum itu terdapat suara-suara sumbang mengatakan pembinaan Pusat Kerajaan Persekutuan tersebut adalah satu kerja pembaziran Syaitan. Namun hari ini sumbangan besar Tun bagai dilupakan orang. Politik Malaysia semakin bercelaru. Macam-macam benda yang tak berapa bagus muncul. Dari kes bunuh berprofil tinggi Altantuya membawa kepada Kes Liwat Kedua yang membabitkan Brother Anwar. Lepas satu persatu bala muncul.

    Arwah penulis politik terkenal Allayarham Rustam A. Sani pernah bertanya didalam lewat penulisannya: "BIlakah Semua Ini Akan Reda"? (walaupun tulisan tersebut ditujukan kepada Tun Dr. Mahathir, namun amat bertepatan dengan suasana politik yang tidak menentu di Malaysia pada hari ini).

    Apakah YM tengku Razaleigh Hamzah & Mukhriz Mahathir menjadi benteng terakhir Bahtera UMNO untuk terus menjadi relevan sehingga 2020? Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin pula hanya mampu mengigit kuku. Kalau tiada aral melintang pada tahun 2010 rakyat Malaysia bakal mempunyai PM baru.

    Najib, Anwar, Ku Li, Khairy, Muhyiddin atau Mukhriz semua sedang berkejar...menaiki hieraki politik yang lebih tinggi...


    Ini pula laporan terbaru akhbar New Strats Times:

    Anwar: BN will fall before Najib takes over

    SEREMBAN: Parti Keadilan de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said the Barisan Nasional government would fall before Datuk Seri Najib Razak can take over in 2010.

    "Let me assure you, in two months' time, people won't be able to handle the current economic situation and many will revolt," he told a ceramah crowd last night. Switching from his usual promise of imminent defections, Anwar said the government would be brought down by unrest resulting from the sharp increase in fuel prices.

    Since the June 4 hike, small protests have taken place sporadically, culminating in a Pakatan Rakyat bash at the Kelana Jaya stadium last Sunday which failed to attract a large crowd. In George Town, DAP secretary-general and Penang Chief Minister Lim Guan Eng said Abdullah had been forced to step down because of his weakened position.

    In Kota Baru, Pas spiritual leader and Kelantan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said it made no difference to him that Najib would take over as prime minister. Abdullah had made the announcement at a special Umno meeting on Thursday.

    Sumber : nst online

    Jumaat, Julai 11, 2008

    Sekali itu Najib sudah kasi bersumpah daaa...

    Dato Seri Najib sudah kasi angkat sumpah! Biar Allah swt sahaja yang menentukan. Jika sumpah Najib benar, beliau akan berjaya. Jika itu sumpah palsu maka bersedialah menerima bala daripada Tuhan Yang Maha Perkasa!


    July 11, 2008 : 10.31 AM

    ‘ Wallahi Wabilahi Watallahi’ ... Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu. Beliau melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur petang Khamis. Beberapa orang yang menghadiri taklimat itu memberitahu Agendadaily bahawa Najib melafazkannya secara spontan semasa giliran beliau berucap.Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanatnya.


    Ia terus sambut dengan tepukan gemuruh pada hadirin.Dalam taklimat berkenaan Abdullah telah memberi penerangan tentang proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib. Mereka yang ditemui selepas taklimat berkenaan berkata lafaz sumpah Najib itu menghilangkan langsung keraguan terhadap berbagai fitnah dan dakwaan yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Altantuya. Ini termasuk akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramanian semasa sidang akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu yang kemudiannya ditarik balik pada pagi Jumaat.


    “Apa lagi yang perlu kita ragu…kalau tidak …tak mungkin Datuk Seri Najib berani bersumpah begitu,”kata salah seorang dari mereka. Selasa lalu semasa ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen Najib berkata beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya. Beliau kata demikian ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.


    Semasa berucap pada satu majlis di Pekan Sabtu lalu Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak. Katanya hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya. - 10/7/2008

    Khamis, Julai 10, 2008

    Dr. Wan Azizah Bawa Usul 'UNDI TIDAK PERCAYA' Terhadap PM

    Apa yang akan terjadi, akhirnya terjadi juga. Ini ketentuan Allah swt. Sama-sama kita lihat samada usul ini akan berjaya diterima atau tidak...
    (Pihak Moderator mengambil sikap berkecuali.)


    Usul tidak percaya: Kenyataan Akhbar Ketua Pembangkang

    8 Julai 2008

    KENYATAAN AKHBAR KETUA PEMBANGKANG

    Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2)

    Sebentar tadi saya dengan diiringi wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk membawa satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

    Usul tersebut berbunyi:

    “Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.”

    Pilihanraya Umum ke-12 menyaksikan ‘Tsunami Politik’ yang mengakibatkan 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sekaligus menafikan penguasaan majoriti 2/3 Barisan Nasional.
    Kemenangan tipis BN ini telah dicapai melalui manipulasi SPR dan pembohongan yang tidak bermaruah. Harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas PRU walaupun Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan manifesto BN telah berjanji tidak akan menaikkannya. Negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat juga dianaktirikan menunjukkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme. Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggung-jawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara.

    Perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap YAB Perdana Menteri dan kabinet beliau. Rakyat kini dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan rakyat, harga bahan makanan dan keperluan asas rakyat yang semakin mahal, keyakinan rakyat yang semakin terhakis terhadap institusi Polis, Peguam Negara dan Badan Kehakiman, Peningkatan kadar jenayah dan gejala Rasuah yang semakin membarah.

    Kami yakin Dewan yang mulia ini wajar membincangkan Usul yang dikemukakan ini.

    Sekian, terima kasih.

    YB Dr Wan Azizah Wan Ismail

    Ketua Pembangkang Dewan Rakyat

    Ahli Parlimen Permatang Pauh

    AHMAD SHABERY CHEEK TIDAK GENTAR BERDEBAT DENGAN BROTHER ANWAR!

    "Letak tempat...Tentukan masa...Saya tak gentar! Setakat itu budak nakal Nuar Berahim, gua no hal beb! Tengoklah dengan siapa saya berguru. Sekarang itu Kaki Debat sudah bertemu 'buku dengan ruas'. Saya pasti perjuangan saya direstui oleh Mahaguru saya, YM Tengku Razaleigh Hamzah. Saya banyak menadah ilmu politik dengan beliau. Ini semua kacang goreng... " Mungkinkah itu yang ingin dilafazkan oleh YB Ahmad Shabery Cheek. Tunggu dan lihat...Ahmad Shabery sudah kasi standby berlaras-laras Meriam Portugese' untuk kasi bedal sama itu Brother Anwar!


    July 10, 2008 : 10.50 AM


    Tajuk diatas bunyinya macam orang nak berjudi.Itu dalam bahasa yang direct to the point . Ikut kata sebenar Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek jika beliau 'gagal' dalam debatnya dengan Penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 15 Julai ini beliau akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk mencari Menteri Penerangan yang baru.


    Pi mai pi mai maksudnya sama saja.

    Ahmad Shabery baru duduk di kerusi Menteri Penerangan empat bulan.Sebelum pilihanraya 8 Mac Ahli Parlimen Kemaman ini ialah Setiausaha Parlimen Kementerian Luar. Katanya beliau merasa tidak layak jadi Menteri Penerangan jika tidak mampu pertahankan dasar kerajaan. "Saya adalah Menteri Penerangan yang bertanggungjawab untuk pertahankan dan jelaskan dasar kerajaan, saya bukan Menteri yang nak jaga airtime ,drama,artis atau konsert sahaja" katanya ketika ditemui Agendadaily lepas satu acara di Pusat Dagangan Dunia Putra Rabu malam.


    Ahmad Shabery melihat debat ini adalah satu hal yang serius dan amat sedar beliau kena berdepan dengan Anwar yang terkenal sebagai orang yang cukup petah berdebat. Beliau yang baru pulang dari menghadiri satu mesyuarat di Venezuela menggangap ia satu amanah yang perlu dipikulnya untuk meleraikan kekeliruan dan rasa tidak puashati dikalangan orangramai berhubung keputusan kerajaan menaikan harga minyak. “Saya percaya 120 peratus keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu betul.Jadi saya kena pertahankannya,”katanya.


    Menjawab satu soalan Ahmad Shabrey menjelaskan beliau tidak mahu RTM menjadi penyiar siaran langsung debat itu kerana tidak mahu dituduh mengunakan stesyen televisyen di bawah kementeriannya itu untuk kepentingan peribadi. “Sebab itu saya serahkan kepada Agendadaily selaku penganjur berunding dengan stesyen televisyen lain,”katanya.


    Ahmad Shabrey kata hasratnya menerima undangan Agendadaily menyertai debat ini semata-mata untuk mempertahankan dasar dan keputusan kerajaan dan tidak ada tujuan lain. "Saya tetap tidak akan bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan UMNO Disember ini.Jadi siapapun tidak boleh kaitkan debat ini dengan politik peribadi,"katanya.


    Sebelum itu pada sebelah petang ketika bercakap kepada Bernama di bangunan Parlimen Ahmad Shabery berkata beliau yakin langkahnya untuk berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu pada 15 Julai ini dapat membantu rakyat untuk lebih memahami kewajaran kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel bulan lepas. Katanya tidak seharusnya timbul kebimbangan sesetengah pihak bahawa ia mengundang risiko kepada kerajaan.


    "Saya melihat risiko Anwar lebih besar kerana dia selalu menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin besar serta mempunyai ramai pengikut. "Debat ini juga merupakan peluang saya untuk memberitahu rakyat bahawa cara dia (Anwar) salah dan dia tidaklah sehebat mana," katanya.


    Beliau mengakui bahawa debat itu adalah sesuatu yang baru dalam kalangan masyarakat negara ini dan sehubungan itu, sudah pasti akan timbul rasa bimbang kepada sesetengah pihak. "Memang ada yang akan bimbang dengan debat ini... tapi percayalah perkara (debat) itu akan beri manfaat kepada negara kita," katanya.


    Dalam pada itu isu perdebatan antara Ahmad Shabery dan Anwar mengenai kenaikan harga bahan api mendapat reaksi yang berbeza daripada kalangan anggota Parlimen. Terdapat barisan penyokong kerajaan yang meminta debat itu dibatalkan kerana mendakwa ia tidak akan mengatasi sebarang masalah dan pertentangan pendapat, malahan kemungkinan Anwar akan menggunakannya untuk menggelirukan lagi fikiran rakyat.- 9/7/2008


    Sumber: Agenda Daily

    Rabu, Julai 09, 2008

    Brother Anwar minta guna Hukum QAZAF!



    Gambar Anwar dan Wan Azizah ketika membuat aduan kepada pihak JAWI pagi tadi. Kesemua mereka keluar dari pejabat JAWI kira-kira pukul 10.50 pagi.

    Ini laporan terbaru HarakahDaily.Net:

    Ikut nasihat ulama, Anwar buat aduan 'qazaf' di Jawi
    Azamin Amin Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed Jul 09, 08 12:57:28 pm MYT
    KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat aduan berhubung isu fitnah yang dilemparkan ke atasnya di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

    Anwar hadir dengan ditemani oleh isteri beliau yang juga Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beserta dua orang peguamnya iaitu Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

    "Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini.
    "Dan saya dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang peruntukan 'qazaf'. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera," katanya kepada pemberita.

    Sementara itu Kamar Ainiah menjelaskan kepada pihak media, hukuman dan makna 'qazaf' yang termaktub dalam undang-undang syariah di negara ini.

    Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan." kata Ainiah.

    'Qazaf' katanya ialah tuduhan palsu terhadap zina dan jika sabit boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 dan ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan.

    Turut ditanya berhubung isu sumpah yang turut dibangkit pelbagai pihak demi membersih tuduhan terhadapnya dan Anwar menyatakan mengikut pandangan ulama yang melarang berbuat demikian.

    Malah katanya sumpah menjunjung al-Quran tidak ada nas atau dalilnya dalam Islam.
    "Saya tidak boleh ikut cabaran. Kalau mahu guna al-Quran, guna Islam ianya mesti ikut syarak...bukan isu politik atau isu peribadi. Ini nasihat yang diberi oleh ulama dan saya tunduk dengan nasihat itu.

    "Kalau mereka kata perlu jawab sumpah, kita jawab. Tapi setakat ini ianya isu jenayah kalau 'you' buat tuduhan, 'you' kena jawab," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu. - mks. _

    Selasa, Julai 01, 2008

    Rosmah Mansor dalang disebalik Saiful Bukhari Azlan?


    "Kalau nak tuduh pun gunalah otak beb!". Mungkinkah itu yang ingin dikatakan Anwar kepada musuh-musuh politiknya.
    (Foto-foto disedut dari HarakahDailay.Net)

    Ini laporan terbaru dari HarakahDaily.Net :

    'Saiful ada pertemuan sulit dengan Rosmah berulang kali' - Anwar
    Azamin Amin Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed Jul 02, 08 1:49:57 am MYT

    KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa bekas pembantu beliau Saiful Bukhari Azlan yang membuat dakwaan liwat terhadapnya mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

    "Saiful ada pertemuan sulit dengan Rosmah berulang kali malah ada SD (Surat Akuan Bersumpah) tentang apa yang berlaku di pejabat Timbalan Perdana Menteri itu," katanya dalam satu sidang media di pejabat KeADILan jam 3.45 petang tadi.
    Beliau mengadakan sidang media tersebut sebaik sahaja pulang dari ibu pejabat kontijen polis Selangor kerana memberi keterangan dan laporan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
    Menemani beliau ialah beberapa peguam dan pemimpin KeADILan seperti Naib Presiden Sivarasa Rasiah, Bendahari parti William Leong dan Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Md Akin.
    Turut hadir, ahli parlimen Padang Serai Gobalakrisnan dan exco kerajaan Selangor dan juga ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu, Dr Xavier Jayakumar termasuk hampir 50 orang penyokong Anwar berada di luar pintu masuk IPKS.
    Dalam pada itu beberapa ahli-ahli parlimen PKR termasuk anaknya Nurul Izzah Anwar hadir di depan pintu dan dihalang masuk ke ibu pejabat polis tersebut sehingga menimbulkan sedikit kekecohan dengan anggota polis untuk beberapa minit ketika ketibaan Anwar.
    Anwar dan para penyokongnya meninggalkan bangunan IPKS jam 3.20 petang dan menuju ke ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.


    Dalam sidang media itu juga, beliau sekali lagi menafikan dakwaan yang dibuat oleh Saiful tersebut dan mempunyai bukti kukuh dan alibi yang boleh mengaitkan tentang insiden berkenaan namun Anwar berkata beliau akan mendedahkan dakwaannya itu dalam masa terdekat.
    "Saya ingin memberi amaran dan ingatan agar jangan sesiapa mengulangi konspirasi jahat ini," tegas di hadapan puluhan wartawan dalam dan luar negara.
    Beliau juga menafikan Mohd Saiful seorang pegawai peribadinya dan akan menjelaskan pada jangka masa terdekat tentang tarikh dan tempat kejadian itu yang dikaitkan dengan beliau.
    "Perkara itu tidak berlaku. Saya mempunyai bukti kukuh dan alibi tentang kes ini," katanya
    Sementara itu satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini yang bakal dihadari oleh Anwar sendiri. _

    Ahad, Mei 25, 2008

    Pulau Batu Puteh hanya satu MITOS. (Pulau yang dipadamkan dari peta Malaysia...)

    Pada tarikh hitam 23 Mei 2008, secara rasminya Pulau Batu Puteh telah dipadam dari peta Malaysia. Namanya bakal menjadi satu mitos oleh anak cucu keturunan kita...



    Ada sebuah pulau tunggul sebesar 2 padang bola sepak. Luasnya 0.2 hektar. Terletak pula diluar pantai tenggara Pengerang, Johor Malaysia. Kira-kira 12.8 dari Pengerang dan 64km ke timur Singapura. Mengambil masa 20 minit jika menaiki bot laju dari Teluk Rumania, Pengerang.

    Telah menjadi 'duri dalam daging' diantara hubungan Malaysia dan Singapura. Sebetulnya banyak lagi duri yang masih belum dicabut. Ini salah satunya...

    Kononnya dinamakan sebagai Pulau Batu Puteh secara tradisi oleh para nelayan di Johor yang sering menjadikan sebagai tempat persinggahan, kerana berwarna putih dan banyak didiami burung camar laut. Manakala orang Portugis menggelarkannya sebagai Pedra Branca yang bermaksud 'batu putih'.

    Seorang pelayar Belanda bernama Johann van Linschoten sejak tahun 1583 telah mencatat bahayanya pulau ini kepada kapal-kapal yang belayar dari China dan juga yang datang dari selatan Melaka.

    Percaya atau tidak, bahawa telah berlaku sebanyak 25 kemalangan diantara tahun 1824 hingga 1851 berhampiran pulau kecil ini. Manakala diantara tahun 2000 hingga 2004 berlaku 2 lagi kemalangan.

    Kapten James Horsburgh dari Scotland telah membina sebuah rumah api pada tahun 1851, dan menamakannya sebagai Rumah Api Horsburgh. Kapten tersebut yang mewakili Syarikat Hindia Timur Inggeris telah mula melakukan kerja-kerja hidografi dan melukis peta kedalaman kawasan ini.

    Pembinaan rumah api ini tujuannya adalah bagi membantu kapal-kapal yang akan melalui Selat Singapura dan Selat Melaka.

    Sementara itu disebelah timur pula, telah dibina juga sebuah rumah api di Pulau Pisang. Bagi tujuan yang sama juga. Jadi apakah berbezaanya?Bezanya Pulau Pisang adalah sebuah pulau yang besar manakala Pulau Batu Puteh adalah sebongkah batu. Jadi secara fakta, Malaysia dan Singapura telah berebut 'sebongkah batu' yang terletak di satu kawasan yang agak stratergik.

    Malaysia mula membuat tuntutan keatas pulau tersebut pada tahun 1979, ketika mahu menerbitkan peta rasmi baru. Dan telah memasukkan Pedra Branca dalam perairan lautnya. Ini berdasarkan jarak Pedra Branca adalah jauh dari Singapura (lebih dari 12 batu nautika). Malaysia telah berhujah bahawa apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km sekeliling (10 batu nautika) kepada pihak British pada tahun 1824, penyerahan ini tidak termasuk Pulau Batu Puteh.

    Pada tahun 1844,Sultan Johor hanya memberikan kebenaran untuk membina rumah api kepada pihak British.

    Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) terletak 46 km (25 batu nautikal) dari Singapura; dan 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor.

    Jadi Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api, memandangkan tiadanya pelabuhan di Johor pada masa tersebut berbanding masa kini dengan wujudnya Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor. Ini memandangkan Malaysia pada waktu itu kurang berminat dengan industri perkapalan Sinagapura.

    Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak 1840-an tanpa sebarang tentangan oleh pihak Malaysia. Pulau Batu Puteh, Middle Rocks, dan South Ledge penting sebagai rumah api dan tanda arah di laut.

    Maka pada tahun 2003, Malaysia dan Singapura telah bersetuju membawa kes ini Makhamah Keadilan Antarabangsa. Oleh itu pada tarikh 6 Februari 2003 satu Perjanjian Khas telah ditandatangi oleh kedua-dua buah negara. Manakala Makhamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague, Belanda hanya mula membicarakan kes tuntutan ini pada Selasa, 6 November 2007.

    Singapura diberikan empat hari (6-9 November) untuk menggulung hujah lisan pusingan pertama, sementara Malaysia diberikan giliran pada 13-16 November 2007. Pusingan kedua oleh Singapura pada 19 dan 20 November dan Malaysia pada 22 dan 23 November 2007.

    Pada 23 Mei 2008, Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh mengumumkan keputusan pembicaraan tersebut bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan diisytiharkan milik Malaysia.

    Pelbagai bukti sokongan dikemukakan seperti peta, gambar-gambar, dan rakaman suara telah dikemuka oleh kedua belah pihak yang bertikai.

    Akhirnya pada tarikh 23 Mei 2008, Makhamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan Pulau Batu Puteh @ Preda Branca secara rasminya menjadi milik Singapura.

    Detik hitam bagi seluruh rakyat Malaysia. Kita hilang sebuah pulau...selama-lamanya...

    Salah siapa?


    (Artikel ditulis oleh Moderator Indie berdasarkan sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Batu_Puteh dan laporan semasa oleh akhbar-akhbar Malaysia.)

    Jumaat, Mei 23, 2008

    HARGA MINYAK (PETROL) NAIK LAGI?

    Berita hari ini betul-betul menakutkan...lebih takut dari terserempak dengan hantu Pocong! Arrgghhh! petrol naik lagi...bermakna teh tarik dan roti canai akan turut sama naik tanpa belas. Harap-harap kerajaan Malaysia bermurah hati untuk tambah lagi subsidi minyak.


    Laporan terbaru dari London mengatakan harga minyak mentah melambung AS$135 (RM432) setong ekoran kebimbangan terhadap kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan.

    Minyak mentah Brent North Sea melonjak ke paras tertinggi baru kepada AS$135.13 (RM432.41) setong dan penanda aras pasaran, harga minyak berkualiti tinggi Light Sweet New York merekodkan harga tertinggi baru pada AS$135.09 (RM432.28) setong.

    Harga minyak di pasaran hadapan telah meningkat lebih daripada satu pertiga sejak awal tahun ini apabila ia buat kali pertama mencapai paras AS$100 (RM320) setong.

    Berikutan:

    1) ketidaktentuan senario politik negara pengeluar minyak.

    2) pengurangan stok bahan tenaga.

    3) OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) enggan tingkatkan pengeluaran.

    4) Asia semakin kuat guna minyak.

    5) lemahnya dolar Amerika.

    Harga minyak mentah dunia telah mencecah AS$130 (RM416) semalam sebelum terus mengalami peningkatan berikutan berita mengenai kejatuhan stok simpanan tenaga AS minggu lepas.

    Malaysia nampaknya terpaksa merasa bimbang kerana turut terkesan. Mampukah kerajaan terus menerus memberikan subsidi minyak kepada kita? Ini satu persoalan besar sebenarnya.
    Kenanga Research firma penyelidikan di KL berpendapat, rakyat akan menanggung beban tersebut. Ini kerana kerajaan tidak mampu lagi mengekalkan kos pemberian subsidi minyak.

    ‘‘Kami percaya kerajaan mungkin terpaksa menaikkan harga bahan api sekiranya harga minyak mentah melepasi dan kekal di paras AS$140 setong,’’ kata firma itu.

    45 bilion adalah jumlah subsidi minyak yang telah diberikan kerajaan pada masa sekarang.
    Baca laporan seterusnya...

    Sementara laporan terbaru dari Jakarta mengatakan kerajaan Indonesia mengarahkan Pihak polis Indonesia diarah bersiap sedia untuk mengawal penyaluran bantuan kewangan kepada golongan miskin bagi meringankan beban mereka berikutan rancangan kerajaan untuk menaikan harga minyak.
    Indonesia juga akan mengagihkan baucar berjumlah RM570 juta kepada rakyat miskin.

    Isnin, Mei 19, 2008

    Jake Scott Pengarah Filem Termuda di Festival Filem Cannes 2008 Ditulis oleh Moderator Indie.

    Ini dia wajah sebenar pengarah filem independen!
    Jake Scott sedang bergaya dengan senjatanya...



    Siapa sangka bila kekecewaan didalam bercinta boleh membawa harapan baru ke Cannes.

    Itulah kisah benar menyayat hati disulami berita kegembiraan tidak terkata yang dinikmati oleh seorang remaja berusia 18 tahun yang menetap di Britain. Ingat ! hanya 18. Bukan 25, 33, atau 43. Hanya dengan angka 18 tahun sejarah telah tercipta.

    Namanya Scott. Bukan pengarah filem Holywood tersohor, Ridley Sott yang baru-baru ini telah membikin filem American Gangster tapi dia adalah Jake Sott. Keduanya berasal dari Britain. Bukan pula anak lelaki Ridley yang juga bernama Jake Scott (kebetulan nama mereka sama) yang pernah mengarahkan sebuah filem berjudul 'Plunket & Macleane tahun 1999 dan yang akan datang berjudul Welcome to the Rileys (2009).

    Ini Jake Scott lain. Ini adalah anak muda yang baru mahu mencipta nama gemilang dipersada antarabangsa. Jadi sememangnya mereka tiada kena mengena baik dari segi karakter mahupun hubungan pertalian darah. Seorang dilahirkan pada tahun 1965, sementara yang lagi satu baru melepasi alam persekolahan. Jadi secara berfakta mereka adalah watak yang berbeza walaupun terlibat didalam industri perfileman.

    Atau sememangnya segelintir manusia yang bernama Scott mempunyai karisma sentuhan ajaib bila mereka terlibat didalam industri bikin wayang.

    Jake Scott mencipta sejarah apabila menjadi sutradara filem paling muda apabila hasil kerjanya ditayangkan di Festival Filem Cannes, Perancis. Ingat! ini Cannes, bukan pula anugerah Oscars mahupun Festival Filem Malaysia. Bila sebut Cannes bermakna ia satu bentuk festival filem yang paling berprestij didunia. Jadi festival-festival filem lain boleh dilupakan dahulu.

    Ironinya saat filemnya ditayangkan pada minggu ini, Scott sendiri tidak dapat menghadirinya. Kenapa ini berlaku? Ini adalah disebabkan remaja itu hanya tinggal bersendirian disebuah flat sempit di bandar Hastings, Britain kerana dia tidak mempunyai cukup wang untuk sampai ke Cannes.

    Scott dilaporkan berkata, "Walaupun sedih tetapi saya gembira kerana apa yang saya tidak pernah impikan selama ini menjadi kenyataan dan saya berharap filem saya mendapat sambutan," katanya.

    Filem pendek hitam putih durasi 15 minit itu berjudul 'Downright Disco'. Scott mendapat idea bagi menghasilkan filem itu selepas berpisah dengan teman wanitanya bernama Alice. Dihasilkan hanya mengambil masa selama 2 hari dengan menggunakan sebuah kamera digital.
    Filem itu pada mulanya dihantar kepada pegawai di Cannes dengan tujuan suka-suka tetapi dia kemudian terkejut apabila pihak disana menyukainya.

    Downright Disco menceritakan tentang kisah cinta monyet (baca lain: cinta suci) hubungan mereka bermula pada hari pertama sehinggalah ke hari terakhir hubungan mereka. Niat sebenar Scott membikin wayang gambar tersebut agar dapat menghapuskan kesedihannya.
    Kisah dalam filem itu bermula apabila Scott jatuh cinta pada Alice ketika mereka berada didalam tingkatan 6 di sebuah kolej di Bexhill. Pada waktu itu dia masih tinggal bersama ibunya. Bapa Scott merupakan cikgu sains di sebuah sekolah.

    Agak menyedihkan apabila ibu bapanya tidak merestui cinta suci mereka berdua kerana berpendapat Scott dan Alice terlalu muda untuk terlibat dalam satu hubungan yang serius.
    "Filem itu mengisahkan sesuatu yang berlaku pada diri saya dan kadang-kadang saya berasa teruk kerna terpaksa mdnghadapi peristiwa berhubung orang yang rapat dengan diri saya," melahirkan pendapatnya.

    Keadaan tersebut menyebabkan Jake Scott merasakan dirinya terlalu tertekan. Dan bagi beliau satu-satu cara untuk keluar daripada masalah serta tekanan hebat yang dihadapinya adalah dengan cuba hidup secara mandiri dan berasingan.

    Menurutnya walaupun filem itu sebenarnya tidak memaparkan 100 peratus kisah sebenar yang berlaku namun ia tetap melibatkan perasaan dan emosi sekiranya anda jatuh cinta dalam usia yang muda.

    Scott mula jatuh hati dengan filem sewaktu berumur 8 tahun dan mula menjadi fanatik tahap ekstrem dengan kamera selepas mula menyertai kelab fotografi. Pada umurnya 11 tahun dia telah pun mengetahui asas fotografi sehingga teknik pemprosesan terakhir.



    (Festival Filem Cannes, Perancis kali ke-61 bermula dari 14 - 25 mei ini. Turut dihadiri oleh beberapa pelakon termasyhur dari seantero dunia. Diantaranya adalah aktres Filipina, Mercedes Cabral, dan beberapa aktres Holywood seperti Penelope Cruz, Kate Blanchett dan Phoebe Price.)

    Artikel ditulis sendiri berdasarkan sumber rujukan: Akhbar Sinar Harian,
    www.thisislondon.co.uk., http://www.dailymail.co.uk/,

    Rakyat Selangor Berpesta Air! Tahniah buat Pak Khalid...

    Ini paip meter kita kasi tukar sama dia...jangan kasi can...


    Pihak pengurusan pangsapauri di Selangor disarankan supaya mengadakan perbincangan dengan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) bagi menyediakan meter air individu bagi menggantikan meter air pukal.

    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia bagi membolehkan kira-kira 300,000 penduduk pangsapuri juga menikmati pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu bermula 1 Jun ini. Baca lagi...

    Seraya menambah dengan tegas, “Kita tahu siapa yang tidak hendak air percuma… (akan menerima) bil seperti dulu dan lebihan duit itu kita hendak salurkan kepada mereka yang memerlukan terutama sekolah agama rakyat, sekolah tamil, sekolah cina dan apa-apa juga diperlukan,” katanya.

    Wah! Untunglah rakyat di negeri Selangor, kerana setidak-tidaknya ini akan mengurangkan serba sedikit beban tangungan rakyat jelata.

    Berbaloi juga rakyat yang telah mengundi Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru. Rakyat tidak minta lebih, kebanyakkan mereka hanya mahu sebuah kerjaan yang mementingkan hak dan kebajikan mereka yang rata-ratanya berpendapatan sederhana. Jangan pula selepas ini, datangnya berbondong-bondong manusia dari negeri dibawah pemerintahan BN berhijrah ke negeri Selangor. Apa nak dikata? Mereka pun nak air 'pree...' (percuma). heh!

    Terima kasih kerajaan Selangor! Tahniah...

    Sabtu, Mei 10, 2008

    Pak Lah baru terjaga dari mimpi?


    Rupa-rupanya barulah Pak Lah sedar bahawa kurangnya sokongan rakyat jelata kepada UMNO. Semacam baru terjaga dari mimpi yang muluk-muluk. Mimpi dapat bergumpal-gumpal wang emas, apabila dicurah air sejuk kemuka; barulah mengerti rupanya itu hanyalah mimpi indah.

    Maka satu usaha akan dijalan mulai sekarang untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada UMNO. Semua pihak akan terbabit. Itulah yang dicakapkannya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini, malam ini. Baca lain...


    Apakah baru kini terjaga, setelah semenjak sekian lama 'tido' tanpa mengira situasi. Namun bagi Pakatan Rakyat sudah tentu berharap supaya Pak Lah terus kekal lena. Dibuai mimpi yang indah-indah, supaya itu budak Nuar Berahim & the geng dapat buat kerja secara optimum.