Rabu, April 30, 2008

Jatuh Cinta Dengan Dolores di Syurga Jannah...

"just my imigination..."

aku harap dapat mendengar melodi ini syurga nanti.

dan jatuh cinta pandang pertama dengan Dolores Mary Eileen O'Riordan.

lalu para malaikat dan warna-warni sirama-rama mengelilingi kami, sambil menyanyikan rangkap indah lagu ini...

gadis irish yang aku lekas terpesona bila pertama kali menatap kulit album 'no need to argue...(1994)'

Ooh tuhan! aku benar-benar mahu jatuh cinta dengan gadis serupa ini.

imiginasi aku di sorga loka adalah bibir tipis merah basah, dagu runcing dan mata kucing gadis sipencipta lagu dari Limerick, Ireland.

Ooh maaf! ini mungkin sekadar imiginasi...

Selasa, April 29, 2008

Foto- Foto disekitar majlis perasmian penggal pertama Parlimen ke-12

Bila ANWAR sudah masuk...Dia sesekali TIDAK AKAN KELUAR!



“Sekarang saya sudah masuk…saya tak akan keluar,”itulah kata-kata yang terpacul daripada mulut 'Prime Minister in waiting...', Datuk Seri Anwar Ibrahim aka. Pak Sheikh kepada para wartawan semasa muncul dimajlis perasmian penggal pertama Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Selasa.

Ini kenyataan berani seorang pejuang. Baca penuh...

Dikatakan terdapat sedikit salah faham, bila Wan Azizah mendakwa tidak menerima kad jemputan macam ahli parlimen lain yang membolehkan pasangan mereka menghadiri majlis itu.

Anwar dikatakan sempat juga menyapa Pak Lah sejenak serta sebilangan Bapak Menteri yang lain. Kita tidak tahulah bagaimana agaknya air muka sebilangan dari mereka yang selama ini telah "membelasah' bekas Timbalan Ketua mereka dulu. Pucat lesikah wajah mereka, seolah-olah ternampak Pocong atau Pontianak Harum Sundal Malam kah? Apakah reaksi spontan Pak Lah bila melihat Pak Sheikh masuk bagai Panglima Terbilang? Goyangkah Pak Lah? Toreh tak berdarahkah wajah Nazri Aziz?

Atau mungkin sebilangan daripada mereka ini jatuh cinta kembali akibat terpesona dengan karisma yang Anwar tonjolkan dengan stail yang bersahaja. Dikatakan Pengasas Reformasi Malaysia ini masuk ke galeri awam Dewan Rakyat untuk menyaksikan perjalanan perasmian kali ini dengan gaya penuh keyakinan 'Alfred Dunhill of London'.

Gaya. Mutu. Lambang Keunggulan.

Kena pula Anwar Ibrahim datang lengkap dengan 'Suit' Hitam Gelap. Bersongkok nasionalis... Bertambah-tambahlah elegan. Lalu bertambah-tambahlah keyakinan mereka bahawa ini budak Nuar Berahim bakal sewa bilik di Mahligai Putrajaya sebelum bulan September ini. Maka banyak pula yang akan hilang itu kontrak kerajaan.

Tercengang-cenganglah dua tiga orang melihat keberanian Anwar melangkahkan kaki ke Dewan Rakyat tanpa takut, teragak-agak dan segan silu.

Anwar Ibrahim kali ini bukan Anwar yang berwajah penat pada 20 September 1998 di Perhimpunan Raksasa Reformasi bertempat di Dataran Merdeka. Bukan! Ini bukan Anwar yang lebam biji matanya. Bukan Anwar yang telah diaibkan setaraf binatang dan disepak terajang sesuka hati. Bukan Anwar yang tengkuknya berbalut 'Neck-Bandage' dileher selepas kena penangan karate-do bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Oh Ya! Lagi satu, sudah tentu ini bukan Anwar Ibrahim, individu yang digambarkan oleh Media Penyebar Fitnah sebagai orang yang suka 'balun ikut belakang', mangsa-mangsa seperti Azizan, Dr. Munawar dan Sukma Darmawan.

Kali ini tiada lagi tilam yang diusung. Kali ini 6 Negeri yang diusung. Payback Time!

Ini Anwar Ibrahim tahun 2008. Ini Anwar Ibrahim selepas keputusan pilihanraya ke-12. Yang masuk kali ini Anwar Ibrahim seorang pejuang semenjak era pemimpin pelajar lagi. Ini Anwar Ibrahim 'de facto leader' bagi gabungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Ini Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri Malaysia!

Mungkin. Takdir ketentuan Allah swt siapa yang boleh menghalang?
Wala haw lawa laa Quu wata ila billaaah...

Novelis Azizi Haji Abdullah beri ingatan tegas kepada GAPENA


Novelis tersohor tanah air, Tuan Haji Azizi Haji Abdullah mengingatkan GAPENA supaya tidak terus menerus menjadi kuda tungangan UMNO. Dengan kata lain supaya Gabungan Persatuan Penulis terbesar itu jangan lagi jadi 'balaci'. Beliau meminta supaya GAPENA jika mahu juga menganjurkan Kongres Permuafakatan Melayu jangan sekali-kali libatkan kepimpinan Umno yang mempunyai latar belakang yang kotor sebaliknya pilih antara mereka yang bersikap jujur dan amanah dalam perjuangan. Baca penuh...


Azizi memang seorang novelis berprinsip. Seorang penulis yang tidak gentar menyatakan kebenaran. Walaupun periuk nasinya boleh jadi ditabur pasir. Memang semenjak dahulu lagi beliau berani bersuara menyatakan pendapatnya. Sungguhpun 'orang-orang berkuasa' didalam GAPENA mampu mengenakan tindakan terhadap kerjayanya.


Beliau adalah bekas penerima Anugerah SEA Write Award. Antara novel berbahasa melayunya yang terkemuka adalah 'Sangeetha' terbitan DBP, 'Kawin-Kawin' terbitan Utusan Publications, memenangi tempat pertama Hadiah Sako 2 bagi novel Nasional 1997/2002 dan yang paling terkenal adalah novel berjudul 'Seorang Tua di Kaki Gunung' (DBP) yang pernah memenangi tempat kedua Sayembara Hadiah Novel GAPENA -Yayasan Sabah 11 (1981).

Seorang sasterawan yang prolifik.

MANGGA BESI telah dibuka kembali...


PENGUMUMAN!

Semenjak 3-4 hari kebelakangan ini, blog komuniti islam independen aka. IIC (Independent Islamic Community) telah dikunci rapat dengan 'PAD-LOCK' dari jenis besi waja disebabkan kerja-kerja baikpulih (UNDER CONSTRUCTION). Jadi ramai rakan-rakan komuniti islam independen yang merungut marah. Banyak yang 'complaint' melahirkan ketidakpuasan hati.

Pihak Moderator & Crew memohon maaf diatas segala kesulitan yang berlaku selama beberapa hari kebelakangan ini. Hal ini bukanlah disengajakan.

Dengan ini mangga besi kersani padu buatan Sumatera telah dibuka kembali.

Kepada rakan-rakan komuniti yang ingin menatap kembali koleksi foto-foto komuniti , video komuniti maka bolehlah datang melawat pada bila-bila masa tanpa halangan. Tiada caj dikenakan.

Juga kepada para pengunjung blog yang dikasihi yang ingin membaca serta mendengar kisah-kisah sufi Tazkiratul Awliya', muzik independen, hadis-hadis Nabi saw. dan koleksi artikel sumbangan dari komuniti blog bolehlah datang melawat ke:

http://sabapersonalalbum.blogspot.com

Harap maklum. tQ

The Smashing Pumpkins - Today - Live

tahun 93'...selepas aku mendengar lagu ini...segala-galanya tidak lagi pernah sama...aku menjadi individu yang lain.

definisi aku tentang muzik jauh sekali berubah.

keluar dari muzik yang kaku dan beku masuk ke idealisme alternatif . dan inilah yang aku suka. bukan dipaksa-paksa.

'today' is the greatest...

ada orang kata muzik begini untuk manusia yang kurang daya intelek. aku kata 'pergi jahanam dengan itu intelek!"

Billy Corgan mewakili aku dari sisi lain. Selamanya Smashing Pumpkins...idea-idea progressif!

Laluan 'Alternatif' untuk BIG BOSS ke Putrajaya!

Anda kenal dengan orang diatas ini? Tidak kenal? Tidak mengapa, kerana saya juga turut tidak berapa tahu tentangnya. Tetapi menurut cerita terbaru, lelaki budiman ini yang juga merangkap MP Kelana Jaya dengan perasaan berbesar hati sanggup memberi laluan kepada BIG BOSS nya, untuk kembali aktif berpolitik diperingkat nasional. Siapakah BIG BOSS yang dimaksudkan itu? Cuba anda teka? errhmm..erhmm...purak-purak bingung pulak...

Sama-sama kita tunggu bila pilihanraya kecil di kawasan Kelana Jaya akan diadakan.

Beri laluan...diminta beri laluan...tolong jangan 'block' jalan...limosin VVIP sedang menuju Parlimen...heh!

Isnin, April 28, 2008

Bila Ku Li dan Anwar duduk dalam satu 'flight'.

(Sampaikah Roket, Pak Sheikh ke bulan? Bulan September bukan jauh lagi...)

Hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara lagi beberapa bulan nanti bukanlah mustahil dan boleh menjadi realiliti. Itulah kenyataan dari Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah.

Para penganalisa politik semua dapat merasakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim itu bukan sekadar propaganda perang saraf murahan. Senang cerita, Anwar Ibrahim tidak berminat untuk mengarah filem 'komedi slapstik' murahan ala-ala pengarah komedi legenda Z.Lokman. Beliau sedang menuju ke Festival Filem Cannes 2008 bagi meraih anugerah Palme d'Or.

Ini bukan kerja 'lawak bodo'. Kebanyakkan penganalisis politik lokal sudah merasa tak berapa sedap badan semenjak tiga empat hari ini. Macam ada sesuatu besar akan berlaku. Apakah Malaysia akan dilanda Ombak Gergasi sebelum September nanti. Berapa besar ombak tersebut? Bertahankah Tingkat 4 bila dirempuh ombak selaju 500 batu sejam, selaju jet penumpang.

Siapakah akan tercampak dilambung ombak tanpa belas ini?Di lautan dalam, ombak tersebar dan merunduk, dengan jarak beratus batu...

Ku Li melihat kebanyakkan ahli parlimen Sabah yang terpilih adalah orang kuat Anwar dulu dan sudah tentu mereka masih berhubung rapat dengan Anwar. Anggota parlimen Gua Musang itu juga yakin bahawa Anwar begitu serius dengan hasratnya. Ku Li sendiri bertanya secara 'face to face' kepada Anwar, bila mereka kebetulan berada didalam satu kapal terbang.

Tengku Razaleigh berpendapat, jangan UMNO fikir mudah boleh terus berkuasa. Satu tindakan tegas harus diambil untuk atasi masalah ini. Hanya dengan 30 kerusi parlimen menyeberang sungai, akan habis terlungkuplah kerajaan ini. Pandangan bernas Ku Li jangan diambil mudah. Kena belajar betul-betul cara nak guna 'scientific politic caculator'. Anwar pula memang jenis 'expert' nak guna kakulator hak jenis ini. Baru Pak Lah dan Najib nak acah-acah belajar tekan kakulator, Anwar siang-siang dah 'ready' dengan jawapan. Tepat dan padat!

Kepada soalan lain, Ku Li beritahu bahawa beliau AKAN TETAP BERTANDING JAWATAN PRESIDEN UMNO sekalipun pada bulan Disember nanti, jawatan itu telah beralih arah. Ya lah, mana tahu Najib dah tak sabar-sabar nak menginap Mahligai Putrajaya...
Kerabat DiRaja Kelantan itu juga berkata, bahawa kalau diberi mandat beliau akan masuk gelanggang. Dan jangan sesekali lupa...hasrat Ku Li telah disambut dengan syahwat yang besar oleh kebanyakkan bahagian UMNO.

Jeng..jenngg...jeenngg! Sinematografi pun berjalan...mengikut takdir ketentuan -NYA...

Raja Petra Kamarudin 'Speak-Out!'...(tapi sering dipotong cakap...)

(Raja Petra Kamarudin aka. RPK dan isterinya Marina Lee Abdullah. RPK tidak gentar menyatakan kebenaran, walaupun sering dihalang dan ditakut-takutkan. Kebanyakkan Rakyat Malaysia menyokong perjuangan berani beliau tanpa berbelah bahagi.
Congratulation, Malaysia Today!)


Raja Petra Kamarudin telah bercakap benar malam semalam. Telah bercakap tanpa takut. RPK telah 'Speak-Out' di program 'Blog' di RTM 1. Walaupun masa yang diberikan terlalu sedikit, dan sering 'dipotong cakap' (taraf journalis yang menjengkelkan...) oleh hos program tersebut. Namun begitu keputusan 'sms' dari penonton nyata berpihak kepada RPK.

Sebagai 'founder' website politik yang begitu popular iaitu Malaysia Today, ini adalah julung-julung kalinya beliau telah muncul di kaca tv sebagai panel jemputan rasmi media pemerintah. Jadi Raja Petra Kamarudin telah dapat menyampaikan suara-suara Rakyat Malaysia yang terpendam selama ini secara 'Extract Package'. Ringkas tapi menakjubkan. Cara beliau mengulas sesuatu isu secara spontan, memang mengujakan. Direct to the point, tanpa berselindung.

RPK ternyata seorang lagi intelektual reformis. Saya cuba menggunakan You Tube untuk mempamerkan video tersebut, tapi setelah beberapa kali percubaan nyata tidak berjaya. Mungkin disebabkan high traffic terhadap video itu. Jadi saya ingin memberi link video tersebut seperti dibawah:


RPK diprogram 'Blog', RTM 1. Video 1


RPK diprogram 'Blog', RTM1. Video 2


RPK diprogram 'Blog', RTM 1. Video 3


Selamat Menonton Dengan Berani!

Sabtu, April 26, 2008

kisah lagenda samseng, kaki seluar ' bell bottom'...

disini ada kisah tentang seorang lagenda samseng lokal di tahun-tahun 70'an. zaman kegemilangan chow kit road... tapi hari ini sudah menjadi satu peninggalan sejarah. macam-macam hal...

Ezam sudah bosan dengan Anwar?


Ezam dan Anwar. Sama bijak. Sama degil!


Ezam kata Anwar dah mendung. Dah tidak seperti dulu. Anwar sudah berubah 100%. Itulah kata-kata yang keluar dari mulut bekas Ketua Pemuda KeADILan itu.

Ezam Mohd Noor membalun Anwar kerana tidak lagi berupaya memperjuangkan Melayu. Tiada lagi segan silu. Beliau juga menyatakan bahawa bekas mentornya itu tidak melayannya dengan sewajarnya...Baca penuh

Bersabarlah Ezam,ada rezeki tak kemana...

Wan Azizah bakal PM?


Apakah Dr. Wan Azizah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6?
Beliau dikatakan bersedia menerimanya jika mendapat sokongan wakil rakyat BN yang bakal melakukan lompat kijang.


Kelmarin Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim telah memberitahu media terdapat wakil parlimen BN Sabah bakal menarik diri. Sedang menunggu masa yang sesuai, paling lewat pun September ini.


Apakah masin mulut Anwar Ibrahim? Tumbangkah kerajaan yang dinaungi Pak Lah? Malaysia akan mencatat satu sejarah baru yang belum pernah terjadi selama 50 tahun merdeka.
Ternanti-nanti gerakan ajaib legenda Reformasi 98 ini...

Jumaat, April 25, 2008

Kecoh! Aktivis Pro-Tibet duduk kopek kuaci bunga...

(Rileks aar bang...saya nak kopek kuaci bunga pun salah ke? Saya pun nak tengok orang lari gak... nak gak enjoy entertaiment.jangan main kasar beb! Selalu saya makan kuaci sambil tengok wrestling takder aper pun? Kecoh laa lu mamat...heh!)


Kecoh! Memang kecoh habis. Itulah yang terjadi pada acara Larian Obor Olimpik di Canberra, bilamana seorang aktivis pro Tibet baik punya duduk bersila diatas jalan raya sambil makan kuaci bunga.

Anggota keselamatan Australia dan pegawainya sudah jadi kelam kabut dengan akhlak selamba kodok yang dipamerkan oleh lelaki berani tersebut.

Sukan Olimpik akan dilangsungkan pada Ogos nanti di Beijing.
Sekurang-kurangnya 20 ribu penyokong China dan pro-Tibet berada dikawasan yang sama, menyebabkan beberapa anggota keselamatan bergelut dengan pengiring obor China ketika melintasi mereka.

Kita menunggu-nunggu reaksi dari pemimpin spiritual Tibet dalam buangan, Dalai Lama yang menjadi begitu popular seantero dunia selepas kisahnya difilemkan oleh Hollywood berjudul '7 years in Tibet' yang turut dilakonkan oleh kembarku Brad Pitt...(heh!)

Hillary Clinton dapat nyawa baru!


Laporan dari PHILADELPHIA menyebut bahawa Hillary Clinton terselamat dari penyingkiran dalam persaingan untuk menjadi calon Presiden wakil Parti Demokrat. Barrack Obama telah dapat ditewaskan di Pennsylvania. Mencerahkan kembali harapannya untuk menjadi Presiden wanita pertama.

Ini bermakna persaingan sengit diantara Barrack dan Hillary akan berterusan sekurang-kurangnya 2 minggu lagi. Secara tidak langsung menolak tuntutan supaya Hillary memberi laluan mudah kepada Obama, untuk menentang calon Republikan, John McCain.

Obama masih terus mendahului.Cuma 9 negeri sahaja lagi akan membuat pengundian, dan isteri Bill Clinton ini mungkin berpeluang mengurangkan jurang dengan Obama. Konvensyen Kebangsaan Demokrat akan membuat keputusan siapa yang layak menjadi mewakili parti sebagai calon Presiden pada Ogos ini.

Namun begitu, ujian kritikal sedang menanti Hillary dalam masa dua minggu lagi di Indiana dan Carolina Utara. Pembuangan undi akan berlaku pada hari yang sama. Obama jelas menjadi calon pilihan dinegeri selatan. Mungkin kerana berkulit hitam.

Barrack Obama menang dikebanyakan dinegeri-negeri selatan. Penduduk kulit hitam nyata menjadi peratus yang besar didalam memberi undi kepada Demokrat.

Puan Clinton memberi jaminan, 'ombak mula beralih'. Sebaliknya Obama menerima kekalahannya di Pennsylvania, tanpa membuang masa terus beralih kepada Indiana. Lebih 7 ribu manusia menyambut Senator Illinois itu di Stadium Roberts, sambil mereka melaungkan ,"Ya, kita boleh!"
Hillary menang disitu dengan nisbah selesa, memperoleh 55 peratus undian berbanding 45 peratus bagi Obama dengan 99 peratus undian dikira.

Bekas Wanita Pertama itu memang telah dijangka menang di Pennsylvania, negeri prindustrian yang memiliki ramai tua dan bekerja. Bernasib baik menang. Kekalahan akan menamatkan kempen Hillary.

Khamis, April 24, 2008

Ahmad Shabery Cheek makin berani CAKAP BESAR?

Ahmad Shabery Cheek sudah mula cakap besar. Tidak mahu lagi bermuhasabah diri macam dulu-dulu. Cara bercakap mula dah lawan tokey.

Kononnya BN sekelumit pun tidak merasa bimbang dengan kenyataan Nuar Berahim, bahawa wakil-wakil rakyat BN sudah bersedia untuk 'menyeberang' sungai. Ahli-ahli Parlimen BN dikatakan sudah pakai 'pelampung' dileher untuk berpindah ke bot lain, kerana berkemungkinan bot yang mereka naiki sekarang bakal karam tidak lama lagi. Sudah tidak selamat! Terdapat lobang kecil dibawah sampan yang sedang mereka tumpangi. Jadi air mula masuk sedkit demi sedikit. Siapa berdegil nak tunggu, maka bersedialah mati lemas.

Jadi itu 'Prime Minister in waiting...' sudah beli satu bot baru yang lebih sofistikated untuk bakal digunakan wakil-wakil rakyat yang bakal berpaling tadah. Masalahnya bekas PM Malaysia yang nombor 4, telah pun menghebohkan kepada rakyat diseluruh Kampung Tualang Tiga; bahawa bot canggih tersebut dihadiahkan oleh Yahudi Perut Hijau kepada itu budak Nuar Berahim.

Si Ahmad Shabery Cheek bercakap, baiklah bot tunda Pakatan Rakyat yang patut rasa bimbang dan gelisah resah bahawa juak-juak mereka yang akan kasi karam itu bot sofistikated. Alasan beliau bahawa rakyat sudah marah dengan itu 'projek kondominium babi' kos sederhana berharga 100 juta di Selangor. Kononnya rakyat Selangor sudah jadi marah. Tunggu masa saja nak mengamuk.
Nanti...nanti..Ahmad Shabery Cheek bukan nak main sentimen perkauman. Cuma dia beritahu, bukankah itu yang dijadikan 'priority' kepada kerajaan negeri pimpinan PKR? Benda-benda karut marut inilah yang diberitahunya kepada pemberita di bangunan Parlimen selepas meninjau persiapan bagi penyiaran secara langsung sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

Ahmad Shabery yang satu masa dahulu sudah ' ambil ijazah politik' daripada Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah sudah bertukar karakter sebagai 'The Derhaka Student'. Maka secara automatiknya ijazah politik yang dianugerahkan kepadanya; selepas melutut bertahun-tahun semasa didalam Parti Melayu Semangat 46 dahulu sudah terbatal.

Jadi Ku Li pun sudah tak payah nak pening-peningkan kepala sama ini kacang yang sudah terlupa...dulu kulit itulah tempat dia berlindung dari dikunyah binatang tapir.

Mengikut firasat singkat Ahmad Shabery kedudukan UMNO dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi masih kuat, dengan menguasai lebih 70 kerusi berbanding PKR dengan 31 kerusi. Jadi tidak perlu risau. Tidur dalam banglo masih nyenyak. Pasang air-condition, lelaplah mata...

Kalau macam inilah terus menerus cara budaya berfikir para pemimpin UMNO, maka bersedialah kalian untuk berkemas dan 'packing' barang-barang ofis secepat mungkin. Itu kubu kuat UMNO dalam dunia di Kelab Dewan Sultan Sulaiman pun sudah kena rampas, selepas ini apa lagi agaknya.
Rakyat jelata benci kepada pemimpin-pemimpin angkuh yang tidak mahu juga insaf selepas mengalami kekalahan besar yang terlalu memalukan...

Rabu, April 23, 2008

Tulisan Terakhir Pak Rustam sebelum pergi menghadap Tuhan...



Dua buah buku baru Pak Rustam yang sepatutnya dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada Sabtu ini, 26 April 2008 pada pukul 3 petang; bertempat di Seminar Hall, Perpustakaan Raja Tun Uda (The Selangor Public Library), Persiaran Bandaraya, Shah Alam. Namun Allah lebih menyayanginya... Al-Fatehah.

Mahathir lagi: Bilakah semua ini akan reda?
Oleh Rustam A Sani
Selasa, 22 April 2008


SAYA benar-benar kagum akan Mahathir, khususnya terhadap kemampuan dan kedegilannya untuk menyatakan pandangannya.
Dia akan terus berkata-kata, meskipun sudah tidak ada lagi orang yang mau mendengar pandangannya itu – kecuali mungkin beberapa orang yang mau memperalatkannya sebagai sumber "pendapat" bagi maksud tertentu – untuk menyerang Abdullah Badawi, misalnya.
Dan bagi tahap umurnya, tenaga Mahathir memang luar biasa. Suaranya masih lantang, sebutannya masih jelas – meskipun daya ingatannya ternyata sudah kabur (banyak yang tidak diingatnya atau sudah tersalah ingat), daya analisisnya sudah longgar, rasa hormatnya terhadap lojika, etika, maupun kebenaran jelas sudah berkecai.
Namun, bagi saya, apa yang lebih menakjubkan ialah masih banyak antara kita yang masih sanggup mendengar racauannya itu. Oleh itu, bila Mahathir akan diwawancara untuk rancangan "Hard Talk" baru-baru ini saya menjadi kebanjiran dengan pesanan SMS maupun posting blog tentangnya.
Memanglah Mahathir merupakan seorang yang degil, yang tidak puas-puas meracau di mana sahaja. Dia akan berceramah di majlis ceramah anjuran PROWARIS atau bahagian-bahagian Umno yang tertentu, berdebat dalam forum anjuran laman blog MyKMU, ditemuramah oleh Malaysiakini.com, malah menulis kata pengantar untuk buku Dr. Collin Abraham.
Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu.
Dan inilah yang menakjubkan saya. Apakah yang menarik tentang Mahathir ini: mutiara ilmu yang keluar dari mulutnya atau sekadar personanya? Dan apakah yang menarik tentang persona itu – auranya atau sekadar latarbelakang dirinya yang pernah menjadi ahli politik yang memberontak terhadap establishment Umno tetapi kemudiannya bertukar menjadi establishment itu sendiri yang amat menindas?
Baru-baru ini Mahathir tampaknya telah berhasil pula menjaja misteri dirinya itu ke luar negara. Dia sanggup ditemuramah di ruangan "Hard Talk" BBC yang terkenal kerana soalan-soalan mendalam lagi kasar terhadap sesiapa sahaja – khususnya para pemimpin negara dunia ketiga.
Mahathir memang tahu tentang reputasi rancangan Hard Talk itu, namun naluri dan semangatnya untuk terus berkata-kata itu ternyata tidak akan dapat diredakan. Otot di sekeliling mulutnya yang overdeveloped itu tampaknya tidak akan dapat dilemahkan.
Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya.
Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hantam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang samasekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau malah urutan dan tertib hujah yang siuman.
Saya telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali sewaktu Mahathir diwawancara oleh media antarabangsa (Mahathir dalam nada prasangkanya sendiri akan mengatakannya "media barat").
Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka "orang putih" yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya.
Hakikat yang tidak diendahkan Mahathir ialah hakikat Zain Verge merupakan seorang wanita keturunan Pakistan yang dibesarkan di Afrika – hanya kulitnya sedikit cerah berbanding Mahathir.
Kali ini sewaktu menghadapi asakan soalan-soalan panas dari Stephen Sackur, hos rancangan Hard Talk ini, huraian Mahathir tentang prasangka orang Barat terhadap orang pribumi kita tampaknya diasaskan pada ikhtisar pandangan beberapa tokoh pegawai penjajah British satu dua abad lalu seperti Swettenham, Winstedt.
Pandangan berprasangka seperti itu sebenarnya sudah tidak kedengaran lagi hari ini, dan malah hujah seperti yang dikemukakan oleh Mahathir itu juga sejak lama sudah tidak digunakan lagi oleh para pembahas dan sarjana anak negeri. Namun demikianlah adanya vintage Mahathir: dia tidak teragak-agak menggunakan hujah dan mauduk dari dua abad lalu untuk memenangi perdebatan hari ini.
Mahathir agak beruntung bila berhadapan dengan para wartawan seperti Zain Verge dan Sackur itu. Mereka ini sebenarnya tidak begitu tahu tentang realiti politik di Malaysia, oleh itu tidak dapat terus bertanya (probing) bila Mahathir memberikan reaksi yang sebenarnya tidaklah seratus peratus tepat.
Huraiannya, misalnya, tentang penyingkiran para hakim, tentang pita V. K. Lingam, tentang keadilan yang diterima Anwar dari sistem kehakiman Malaysia sudah pasti akan mengundang asakan yang malah lebih kuat lagi dari seorang wartawan yang lebih tahu tentang Malaysia berbanding Zain maupun Sackur.
Namun Mahathir, bagi saya, tetap merupakan seorang watak awam yang bijak lagi licik. Dia pandai menggunakan segala macam helah dan permainan citra untuk mempertahankan dirinya dan mengelirukan para pendengarnya. Sebab itulah setiap gerak geri maupun kata-katanya akan menarik perhatian, meskipun tidak terdapat barang seurat ketulusan maupun kebijaksanaan dalam penampilan citra dan cendekianya itu.Bilakah permainan penampilan dirinya yang penuh helah ini akan reda – demi menjaga kewarasan dan kesehatan minda (mental hygiene) masyarakat kita sendiri?

Belasungkawa - Allahyarham Rustam A. Sani (kupasan politik terakhir...)

Parti-parti lawan diperalatkan lagi 'demi kepentingan Melayu'?
Oleh Rustam A. Sani
Jumaat, 18 April 2008


SEWAKTU membaca berita tentang inisiatif untuk mengadakan perbincangan di kalangan "parti-parti Melayu" bagi membincangkan isu-isu perpaduan dan kepentingan Melayu baru-baru ini, entah kerana apa saya sedikitpun tidak merasa terperanjat.

Malah saya memang telah menjangkakan hal yang demikian akan berlaku, memandangkan bahawa telah menjadi suatu pola perlakuan politik di negara ini kini untuk Umno akan mengambil inisiatif (malah berusaha keras) untuk memujuk parti-parti dominan Melayu lainnya supaya bekerjasama bagi "menyelamatkan bangsa Melayu."

Jelaslah, Umno biasanya akan memperalatkan isu "kepentingan Melayu" apabila parti itu menghadapi kemerosotan sokongan – dan untuk itu parti itu atau tokoh-tokoh tertentu parti itu akan sanggup merayu parti-parti lain yang dalam keadaan biasa akan dikutuk, dihina dan dicercanya.

Yang mengambil inisiatif melakukan risikan (overtures) demikian kali ini adalah Norza Zakaria, seorang ahli Majlis Tertinggi Umno. Dan jika laporan dalam NST boleh dipercayai, beliau tampaknya telah berjaya memancing reaksi yang agak positif dari dua tokoh PAS dan PKR.

Khabarnya, mereka bertiga akan mulai mengadakan perbincangan secara tidak rasmi minggu ini juga.

Saya tidaklah begitu mengenali Norza Zakaria. Sepanjang pengetahuan saya, beliau sejak lama telah memainkan peranan sebagai "pengiring" (atau sidekick) Khairy Jamaluddin.

Dalam kemelut perebutan jawatan yang kini sedang bergelora dalam Pergerakan Pemuda Umno, Norza telah memperlihatkan minatnya untuk menawarkan diri menjadi calon Ketua – sehingga dia baru-baru ini telah menyebarkan bahan kempen dan puisi (ciptaannya?) kepada bahagian-bahagian parti itu.

Tindak tanduk Norza dalam memperalatkan parti-parti lawan dan gagasan "kepentingan" Melayu ini amat mengingatkan saya akan tindak tanduk Dr Mahathir sekitar tahun 1999-2000 – ketika Umno mengalami pukulan teruk dalam PRU-10 dan Dr Mahathir berusaha memulihkan sokongan terhadap dirinya di kalangan orang Melayu.

Malah puncak kejayaan Dr Mahathir menjebak kerjasama pimpinan PAS – lewat suatu perhimpunan bersama tentang Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka – mempunyai dimensi politik antarabangsa dan hubungan dengan kuasa besar (yakni pertemuan Dr Mahathir dengan Bush yang telah diatur melalui perantara dengan sogokan berjumlah berjuta dolar).

Pada waktu itu, kerana yang kuat hanyalah PAS sedangkan kekuatan PKR dipandang remeh oleh Dr Mahathir, maka hanya PAS yang telah menjadi sasaran overture Umno. Para pemimpin PKR yang menghadiri perhimpunan di DBP itu malah telah diletakkan di suatu pojok yang hampir tidak dipedulikan Dr Mahathir.
Tetapi kini, kerana PKR ternyata lebih kuat berbanding dulu, maka inisiatif Norza itu telah melibatkan PKR pula – malah melibatkan seorang tokoh besarnya, Naib Presiden Azmin Ali.

Risikan Mahathir pada tahun 1999-2000 itu sebenarnya bukanlah risikan terakhir. Telah bertiup kabar-kabar angin bahawa overtures yang sama terhadap PAS telah berlaku sebelum berlangsungnya PRU-12 baru-baru ini.

Malah selepas PRU-12 berakhir, dikatakan memang ada percubaan oleh beberapa pemimpin Umno yang penasaran untuk memikat, menggoda, malah menjebak PAS untuk menyertai Umno dalam membentuk kerajaan campuran di beberapa negeri – dan kononnya pula memang ada tokoh PAS yang dikatakan sudah hampir tergoda.

Oleh kerana pengalaman PAS yang lebih banyak dari segi "digoda" Umno ini, maka memang terdapat beberapa pemimpin PAS yang sering dianggap umum sebagai lebih cenderung untuk tergoda. Dikatakan juga bahawa mungkin sikap Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang, yang tegas lagi konsisten dalam hal ini yang telah "menyelamatkan" PAS daripada terjerumus.

Berdasarkan hakikat ini, maka saya tidaklah terperanjat jika di kalangan para pemimpin PAS terdapat beberapa tokoh yang akan menjadi sasaran overtures para pemimpin Umno yang ingin memperalatkan isu kepentingan Melayu itu. Saya juga tidak akan terperanjat jika tokoh-tokoh tersebut akan senantiasa memberikan tindakbalas yang positif terhadap risikan dan bujukan Umno itu.

Namun demikian, sebagai "dara" yang pertama kali coba digoda – sedangkan selama ini dicerca dan dihina – respons yang sama positifnya dari kalangan pemimpin PKR terhadap godaan Umno ini bagi saya amatlah memeranjatkan – malah amat mengecewakan.

Bagi saya, isu yang perlu difahami oleh para pemimpin PKR bukanlah sekadar persoalan menghadiri sebuah mesyuarat bagi membincangkan suatu persoalan yang tidak dianggapnya berbahaya, seperti isu kesepaduan Melayu dan kepentingan Melayu itu.


Sedangkan mesyuarat itu sendiri, samalah seperti persidangan tajaan Abim di DBP pada zaman Mahathir itu, menurut hemat saya secara sedar sudah dijadikan cara untuk memperalatkan parti-parti lawan dan isu Melayu demi kepentingan dan survival Umno sendiri.

Bagi PKR, dalam kerangka "politik baru" dan gagasan Agenda Ekonomi Malaysia, konsep kepentingan Melayu dalam konteks gagasan masyarakat dan negara adil pelbagai kaum mestilah berlainan – dan kerana itu sukar dijambatani – dengan gagasan kepentingan Melayu yang bersifat perkauman yang diwarisi dan diteruskan Umno dari perspektif masyarakat majmuk ciptaan sejarah kolonial itu.

Jika gagasan kepentingan Melayu Umno yang telah dituangkannya ke dalam acuan dan kerangka pemikiran dan amalan DEB yang tidak adil itu sebenarnya dapat dijambatani dengan pemikiran baru yang sedang digubal dan dibentuk dalam PKR, maka apakah perlunya pemimpin besar PKR, Anwar Ibrahim, bermati-matian berusaha melahirkan gagasan Pakatan Rakyat yang menjanjikan suatu kelainan asasi daripada Umno dan BN?

Dengan membiarkan dirinya terjebak dalam overtures yang kononnya sekadar tertumpu kepada usaha mengadakan sebuah mesyuarat informal itu, PKR – dan malah PAS juga – sebenarnya telah membiarkan dirinya terjebak untuk menerima acuan pemikiran Umno yang dangkal lagi ketinggalan zaman dalam memperkatakan dan memahami isu-isu keadilan sosial dan pembinaan negarabangsa.

Sejak dulu lagi, saya sebenarnya selalu merasa hairan dan kaget mendapati sesetengah para pemimpin parti pembangkang di negara ini yang menjadi begitu excited setiap kali mereka didatangi maupun dihubungi oleh pihak-pihak tertentu dalam Umno untuk membincangkan isu-isu seperti "kepentingan Melayu" ini.

Excitement itu sekurang-kurangnya dapat saya fahami dalam keadaan Umno/BN amat kuat sedangkan kita sendiri lemah dan tertindas. Tetapi dalam keadaan seperti sekarang – ketika kita mendapat sokongan rakyat banyak dan Umno sedang kucar kacir, maka apakah penjelasannya? Mungkinkah kedangkalan dan kecetekan cendekia kita sendiri?


Rustam A Sani merupakan penganalisis politik terkenal tanahair. Rencana ini ditulis untuk tatapan pembaca KLpos.com. Bagi pihak pembaca, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Rustam A Sani.- Pengarang

SUMBER: KLpos

Hilangnya pejuang intelektual Melayu... (Tribute to Allahyarham Rustam A. Sani)

('Bercanda dengan Mahathir' adalah sebuah buku politik semasa tulisan Pak Rustam yang agak popular. Kupasan politik dan kritikan secara ilmiah. Keberanian intelektualisme...)


Penulis dan Aktivis Politik Malaysia yang terkenal telah pun kembali ke sisi Allah disekitar jam 2.30 hingga 3 pagi tadi.Beliau menghembuskan nafas terakhir di rumahnya dalam daerah Gombak. Katanya diserang sakit jantung. Meninggalkan isterinya Rohani, 2 orang anaknya iaitu Azrani dan Ariani serta cucu perempuannya, Arissa. Beliau berusia 63 tahun. Seorang pensyarah bersara, pengarang, penulis bebas dan blogger. Blog beliau yang agak terkenal adalah SUARA RAKYAT (Vox Populi) & Suara Ku, yang sering memberikan pandangan dari sudut intelek tentang isu-isu semasa, khasnya berkenaan politik Malaysia.

Bapa beliau, Ahmad Boestamam adalah seorang aktivis politik rakyat yang terkenal dan salah seorang pejuang politik yang terlibat secara langsung didalam menuntut kemerdekaan dari penjajahan kolonial British. Pernah ditangkap, dizalimi dan dipenjarakan oleh British dan musuh-musuh politiknya. Pengasas kepada penubuhan Parti Rakyat Malaya selepas dibebaskan dari tahanan pada tahun 1955. Slogan beliau yang telah mencetuskan kontraversi adalah "MERDEKA DENGAN DARAH" semasa berjuang bersama-sama Dr.Burhanuddin Al Helmi didalam Angkatan Pemuda Insaf (API).

Jasad Allahyarham Pak Rustam Sani akan dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Gombak selepas solat Zuhur.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

Al-Fatehah.

Perginya seorang aktivis reformasi...

*Untuk tahu lebih lanjut tentang Rustam A. Sani, tekan sini.

seorang lelaki dan si kaki pancing...

kawan kami dah pandai rendam kail. sanggup terjah hutan lepas solat jumaat. tengah baik punya tunggu ikan sangkut, tengah-tengah hutan dia sudah langgar pantang. dia cakap, 'B>U>A>Y>A'... isshh...

kita tengok-tengok kawan kita ini nak cerita apa :

http://malay-tree.blogspot.com/

tengah pancing sebut 'buaya', nak cari nahas agaknya...

Selasa, April 22, 2008

"Hikayat Enche Abdul BPR Menjalani Pembedahan Transeksualiti..."

Kitab baru telah dibuka...

"Sahibul HIkayat dari negeri antah berantah...Disebut bahawa Yang Mulia Enche' BPR akan bertukar jantina melalui pembedahan transeksual. Sudah pakai gincu merah dan celak mekah.
Nama barunya Miss 'SARM'. Tujuannya adalah untuk menyertai American Idol, bagi membolot undi sms dengan lebih berkesan.


Abdul BPR dilahirkan pada tahun 1967. Dia lelaki. Jantan tulen. Halkumnya sebesar guli kapur laksana epal merah. Namun begitu sejak kecil lagi bersikap lemah gemalai. Kecil-kecil sudah pandai pasang 'make-up' tebal. Sudah berani letak 'pink blusher powder' dipipi gebunya.
Abdul BPR tidak salah. Mungkin itu tindakbalas kimia menurut fungsi neurologi di otaknya. Dari umur 5 tahun lagi dia dipakaikan dengan skirt dan blouse perempuan. Jadi bila semakin membesar, dia tidak dapat berintreaksi seperti kanak-kanak lelaki normal yang lain secara optimal.


Namun begitu dia betul-betul bernasib baik. Kisah kecilnya walaupun sering menjadi perbualan kebanyakkan penduduk kampung Tualang Tiga yang prihatin, Abdul BPR mengamalkan sikap 'Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri...'. Dia tidak peduli. Dan selamanya tidak akan ambil peduli kata-kata orang.

Baginya itu semua fitnah semata. Fitnah orang yang cemburu dengan kejelitaannya sebagai lelaki jambu merah. Guava bukan sebarang Guava.

Akhirnya berkat kesungguhannya memainkan peranan sebagai pereka fesyen tersohor, dia dapat membuka sebuah butik fesyen jahiliyah di kawasan Bukit Bintang. Pekerjanya sebanyak 2 ribu orang. Kesemuanya jantan tulen yang setiap hari terpaksa mengikut telunjuk arahannya tanpa berani membantah. Encik Abdul BPR menjalankan perniagaanya secara autokratik, sesiapa yang berani membantah arahannya akan disingkirkan tanpa kompromi.

Jadi tikus-tikus mondok yang setia berkerja dengannya langsung tidak berani mendecit. Mereka tersihir dengan keju terbaik dari Greek. Cakap banyak buruk padahnya. Keju pun hilang. Lagi kena hukum dengan perangkap tikus buatan China.

Baru-baru ini dengan berkat kesungguhannya, pekerjanya sekali akan bertambah menjadi 5 ribu orang dalam tempoh lima tahun akan datang.

Maka dengan itu serta merta dia membuat satu peraturan baru bagi kakitanganya. Inisiatif katanya.

Pertama, dia akan mewujudkan satu undang-undang melindungi pemberi maklumat dan saksi bagi setiap fesyen musim bunga terbaru yang bakal dikeluarkan oleh saingannya.

Keduanya, menambah baik pemerolehan awam tentang fesyen-fesyen terkini diseluruh dunia.
Dengan ini 'BPR BOUTIQUE' akan menjadi lebih produktif, efektif, telus dan berakauntabiliti. Itu tujuannya.


Namun ini semua bergantung kepada seorang birokrat yang bernama Sir Peguam Negara yang bermisai lebat, yang meminati muzik dari kumpulan pop rock legenda 'QUEEN'. Sir Peguam Negara memang terikut-ikut cara Freddy Mercury. Duplikasi sebetulnya. Baik dari segi 'cutting' misai tebal hitam yang lebat, mahupun dari segi stail jalan kaki bersilang. Tanpa lupa menghiasi wajahnya dengan sunglasses ala-ala Donna Karen New York. Fancy habis.
Oh Ya! Sebelum terlupa, proses pembedahan transeksualiti Enche Abdul BPR akan sembuh sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.


Dan dia sudah dapat 'partner' baru sebagai penasihat 20% bagi butik fesyen jahiliyahnya yang bernama Mr.Lembaga Penasihat. Jantan macho yang sering mengenakan seluar jeans ketat yang mengiurkan...

Dibawah Mr. Lembaga Penasihat akan ada staff baru lain yang namanya tidak dapat disebutkan disini sebab takut dikatakan menghina parlimen Scandinavia.

Kakitangannya juga gembira tidak terkata kerana turut mendapat imbuhan gaji yang tinggi. Jadi mereka memang tidak ambil kisah tentang perubahan jantina boss mereka selepas ini.
Selepas menjalani pembedahan itu nanti, Miss BPR sesekali tidak akan lupa membawa buah tangan 'pure chocolate' dari Belgium untuk digula-gulakan kepada orang bawahannya. Hatinya berdegup kencang kerana tidak sabar-sabar untuk mengayakan 'swiming suit musim panas' rekaan terbaru ciptaanya dihadapan rakan-rakan, musuh ketat saingannya, journalist, press dan orang awam. Dia sendiri akan menjadi model catwalk didalam penampilan terbarunya nanti. Mereka pasti akan terkejut melihat hasilnya kelak.


Enche Abdul BPR begitu yakin lensa-lensa digital kamera akan terpegun merakam aksi dan keayuan wajah terbarunya Dia juga tidak lupa memasang sebuah lagu istimewa yang memang menjadi kegemarannya semenjak dari usia belasan tahun lagi sebagai Muzik latar sempena di Majlis Peragaan Fesyen Jahiliyah 2008.

Mahu tahu lagu apa? Ini lagunya, 'pandanglah...lihatlah...tiru macam sayaaa...'. heh!
Begitulah al-kisahnya..."


Ditutup kembali kitab...

(Cerita ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati kembali bangun menjadi Zombie. Watak-watak cerita hanya imiginasi penulis tidak melibatkan sesiapa.)

Najib kata dia bukan penakut!

(Tun Dr. Mahatir tidak lagi menaruh harapan kepada Dato' Seri Najib.
Malah menyifatkan beliau seorang yang penakut.)


Najib tolak dakwaan Tun Mahathir, bahawa kononnya beliau lemah gemalai, pengecut dan tidak layak jadi PM seterusnya.

Dengan penuh semangat kental ia menafikan dengan berkata, "Ia bukan masalah `Mr Yes Man atau tak berani atau takut sebab saya berpegang kepada prinsip bahawa cara yang terbaik ialah penyerahan kuasa secara tersusun, cara yang terhormat. Itu yang akan memberi makna dan menentukan kepentingan parti tidak terjejas,"
Sambil bertukar karakter dari TPM menjadi ahli kaji sejarah yang tersohor beliau mengatakan penyerahan kuasa ketiga-tiga bekas PM sebelum Che Det berjalan dengan cara baik.

Untuk membuktikan dia memang bukan jenis ahli politik penakut beliau terus menambah, "(Allahyarham) Tun Hussein Onn serah pada Tun Dr Mahathir pun dengan cara yang baik. Sudah ada tradisi, cara yang baik yang diamalkan dalam parti.

"Pada hemat saya itulah cara yang terbaik dan kaedah yang baik untuk kita melakukan perubahan kepada kepemimpinan negara seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri dan presiden parti," katanya dengan penuh keberanian dan semangat jitu. Tepuk tangan. Tepuk tangan beramai-ramai, diatas keberaniannya. Bravo...bravo...heh!

Katanya lagi berbalahan sesama sendiri akan membentuk dua atau tiga puak dalam parti."Kita tidak mampu melihat keadaan ini berlaku dalam parti dan boleh menyebabkan masalah yang besar kepada kerajaan dan negara," katanya. Sambil menyangkal dakwaan UMNO kini sedang retak menanti belah.
Sepatutnya Najib Tun Razak yang naik mendadak dalam hieraki kepimpinan UMNO; disebabkan jasa-jasa arwah bapanya tak payah cakap banyak dan panjang lebar.Cukuplah dengan mengatakan, " Tidak. Saya bukan penakut. Saya berani. Dalam UMNO sayalah yang paling pemberani!"

Maka dengan sendirinya ahli-ahli UMNO akan faham. Tapi kita memang tidak salahkan Najib. Rasanya beliau mengamalkan kaedah politik "biar lambat, asalkan selamat'. Sudah tentu beliau tidak mahu kejadian aib yang berlaku kepada Anwar akan turut menimpa dirinya pula. Beliau berhati-hati sebenarnya. Lagi satu tapak sahaja mahu masuk itu bilik rahsia dalam Mahligai Putrajaya. Jadi beliau betul-betul kena imbang badan dan nafsu politik yang besar supaya tidak tergelincir atas wayar halus yang merintangi dua (Mahathir & Pak Lah) bangunan tinggi.

Kalau jatuh, nahas lah jawabnya. Dalam politik macam-macam boleh terjadi. Kawan jadi musuh. Musuh boleh jadi pengikut. Tengok Anwar apa jadi padanya. Pilihanraya tahun 1995, dalam satu kempen rapat politik terbesar di Pulau Pinang dia pernah bantai DAP sampai patah kaki. Hari ini Lim Guan Eng jadi dia punya tongkat sakti. Sama-sama daftar duduk satu 'bunker'.

Apapun kita menanti dengan sabar bermulanya era pemerintahan Najib Tun Razak. Itu pun kalau beliau sempat jadi PM. Kalau tiba-tiba Ku Li cantas? Lagi haru biru.

Jangan lupa, Ku Li sekarang sedang berlatih gempur dan tempur guna Kapak Hikmat. Najib ada ke perisai emas nak bertahan? Sebelum gigit jari, baik buat benteng segera. Takut-takut tak sempat nak tunggu bulan Disember nanti.

Isnin, April 21, 2008

Ini Aku. : satu 'Deep-Confession' untuk jiwa-jiwa pop Hadhari.

A.K.U.

Dua minggu lepas sewaktu aku bertemu dengan Dato' A.Kadir Jasin (ex-Chief Editor New Straits Times) di Malis Pelancaran Bukunya 'Pilihanraya Umum 2008 : RAKYAT SAHUT CABARAN' (sedikit tulisan aku terdapat didalamnya. Terima Kasih Dato'....) di PWTC,KL; Aku telah memperkenalkan sosok sebenar aku kepadanya. Tujuan aku hanya ingin meminta 'sign autograph' nya untuk sekadar simpanan peribadi. Aku dibawa masuk kedalam bilik VVIP oleh staff majalah Berita Publishing. Bila sampai didalam aku lihat Dato' Kadir Jasin sedang duduk di meja bulat besar bersedia untuk menikmati juadah sampingan, 'tea-break' aku kira. Dikirinya turut kelihatan Datuk 'K' (suami si penyanyi Siti Nurhaliza). Dato' Kadir dikelilingi oleh rakan-rakannya yang turut menghadiri Majlis Sederhana yang turut di serikan oleh beberapa artis popular tanahair seperti Siti Nurhaliza, Era Fazira, Syarifah Shaheera dan beberapa lagi artis yang aku kurang perasan (sebenarnya aku jarang ambil peduli...)

Apabila sampai disebelah Mentor Politik Journalis ku itu. Aku beri salam (Aku akan memberi salam dimana-mana sahaja aku ketemu orang. Tanpa malu. Tanpa perasaan rendah diri tak bertempat seperti segelintir manusia 'high- class' yang merasakan dirinya lebih besar dari Nabi Muhammad saw. Aku beri 'Assalamualaikum' kerana aku orang Islam. Dan aku berbangga sekali berbuat demikian. Tidak kira dimana...)

Dato' Kadir menjawab salam ku dengan mesra dan beretika (heh!) Aku terus meminta sign autografnya tanpa bertangguh. Sebab aku mau cepat angkat kaki. Ada urusan lain perlu dibereskan segera. Akan tetapi Dato' Kadir terus meminta aku memperkenalkan diri. Mulanya aku menolak baik. Sekadar memperkenalkan diri sebagai 'Blogger' yang selalu masuk kedalam ruang perspektif politiknya. Namun Dato' Kadir Jasin bukan sebarang Journalist. Bukan wartawan cabuk, seperti yang sering didakwanya dengan merendah diri (humble giler beb!). Semua mata tepat kearah ku. Satu paksaan sebenarnya. Ucapan terima kasih ku buat seorang wanita separa umur yang menegurku dan bertanya beberapa kali benarkah aku ini Si Moderator (ragu-ragu mungkin).

Kakak ini berjaya menyelesakan perasaan, aku kira (wife Dato'?). Aku tiada pilihan melainkan membuat 'open confession' (yang terlalu mendebarkan sebenarnya. jantungku berlari ke tahap 300Km/j tanpa henti) Tapi bukan susah sangat. Jadi aku 'cool'...no hal...

Perlahan-lahan aku capai buku barunya itu, cuba meyelak beberapa helaian. Sementara hakim-hakim bijaksana yang lain sedang memandangku tersenyum 'friendly'. Cuma itu Dato 'K' memang tidak senyum dan tak pandangpun wajah ku... (mungkin beliau sedikit tersinggung kerana dalam keadaan penuh teruja aku sampai boleh terlupa menghulurkan jari-jemari kentalku ini untuk bersalaman dengannya. Jadi aku tidak mudah menghukum beliau.)

Terus aku tunjukkan sedikit tulisan ku yang telah di 'published' didalam bukunya. Nah! MODERATOR. Wah! Mata Dato' Kadir bulat komprehensif. Konfrontasi? tidak. Kagum? mungkin. Terkejut? ya.

Ya! Inilah Mr. Moderator yang didalam 'profile view' nya memaparkan seorang penganut tarekat yang berjanggut panjang ke bahu, memegang erat biji-biji tasbih panjang dan sedikit berusia.

Bukan sayang...itu bukan aku. Sosok aku terlalu lain. 360 darjah lain. Sosok aku seperti gambaran 'ekspresi seni' foto diatas. Dan sudah tentu aku pemuda tegap, yang masih setia lagi memainkan lagu-lagu bising 'grunge' & 'indie' tanpa kompromi. Aku tetap berani menyarung jiwa dengan jeans lusuh dan optimis bila memakai kasut "Converse Merah" tanpa kompromi. Rambut panjang kemas paras bahu, dengan niat "following the sunnah saw...". Guilty under suspicious? biarkan...

Skeptikal hah? Terpulang kepada kalian. Itu hak warganegara blog tanpa imigresen dan kerenah birokrasi. Jika tidak masakan aku tegar meletakkan Smashing Pumpkins - Siamese Dream sebagai album muzik terbaik pernah dibikin. Tahun 93.

Jadi jangan pula selepas takdir ini dan 'brave confession' yang baru termeterai, kalian hanya menghukum aku pada sosok tubuh luaran. Itu 'racist prejudice' dan miskin intelektual namanya. Sosok tubuhku tidak sepenting pemikiran ku.

Aku? Aku tidak penting. Apa yang cuba aku sampaikan itu sejuta kali lebih eksklusif. Tertancap terus kedalam indie pop fiksyen untuk jiwa-jiwa hadhari yang gersang. Bintang-bintang melukiskan kata-kata cinta...tanpa takut. tanpa gentar. tanpa ultra-pesimistik.


Islam mengajar kita jadi manusia berani.
Imam-Imam Mazhab mengajar kita jadi manusia berani
Ahlul Bait mengajar kita jadi manusia berani
Muhammad bin Abdullah mengajar kita jadi manusia berani.
Allah mengajar kita jadi manusia berani.....



Ini Aku.
manusia Independen. noktah.

(yang kalian baca tulisannya selama ini...)

Tun Mahathir cakap Najib Penakut!


Kali ini Tun M betul-betul sudah kecewa dengan Najib. Mari kita sama-sama lihat apa katanya...juga tentang Anwar Ibrahim sebagai 'Prime Minister in waiting...'

Tun M berkata dia mempunyai 'pertimbangan kedua' tentang anak arwah Tun Abdul Razak itu, yang menjadi gagal untuk bercakap benar tentang punca sebenar kekalahan BN.
Beliau mendakwa Najib "tidak cukup berani" untuk secara terus bercakap sesuatu yang tidak disukai oleh bossnya.


Ini kata-kata Negarawan Berjasa itu; “We see that he is a penakut (coward). He is always saying, ‘yes sir, yes sir, saya sokong, saya sokong (I support, I support).”
Bila Pak Lah berkokok mengatakan BN, kalah disebabkan sabotaj, Najib pakat main angguk tanpa berfikir kali kedua.

Dr.Mahathir menyebut contohnya, bila Najib memberinya sokongan penuh untuk Malaysia membina jambatan ke Singapura meskipun Republik itu tidak bersetuju. Tapi Najib dengan tiba-tiba menukar fikirannya apabila Pak Lah membuat keputusan menentang projek itu, tambahnya.
“I believe he should rightly explain the real reasons for Barisan’s losses in the election,” Tun M bercakap bila ditanya tentang sebab untuk beliau menukar fikiran tentang Najib, selepas memberi ucapan berkenaan “Malay, Malaysian and Malaysia: Challenges Ahead” diUniversity of Manchester; Sabtu lepas.

Bekas PM Malaysia selama 22 tahun itu, pada awal bulan ini telahpun menarik balik sokongannya kepada Najib untuk menggantikan Pak Lah, tetapi tidak memberi sebab mengapa berbuat demikian.

“I’m not so confident (about him taking over as prime minister). Even so, it all depends on Umno to appoint the person to be prime minister.

“Najib will have to face competition from others such as (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, (Datuk Seri Dr) Rais Yatim, you never know.”

Beliau bagaimanapun berkata jika Abdullah berhenti ia akan membuka jalan peralihan yang licin bagi Najib selaras Tradisi UMNO.

Tun juga merasakan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah satu-satunya calon bagi PM, jika Pakatan Rakyat menang kelak.
Beliau percaya terdapat calon lain juga,turut berkata PAS juga mengharapkan jawatan itu, sementara Guan Eng boleh dilihat penting juga.

“Anwar thinks he will be prime minister. It’s not that they loved him but it’s a marriage of convenience,” beliau menambah.

Berkenaan pelan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan bayaran ex-gratia kepada 6 Hakim senior, Dr. Mahathir mendakwa itu hanya bersifat gerakan politik untuk mengembalikan populariti kerajaan.

Beliau berkata, tiada sebab untuk membayar ganti rugi kerana semua dilakukan itu menurut undang-undang.

“If they can show me the removal of (former Lord President) Tun Salleh Abas was against procedures prescribed by the law, please let me know," katanya.


(Ditulis serta terjemahan secara 'bebas' berdasarkan laporan asal suratkhabar 'The Star' bertajuk Dr M: Najib should not be PM by Choi Tuck Wo - Monday April 21, 2008
Dialog inggeris dikekalkan supaya tidak lari dari maksud sebenar.)

Nazri Aziz Menteri Yang Cerdikkan?

(Nazri Aziz sememangnya antara Menteri yang paling cerdik di Malaysia. Kecerdikan beliau tiada timbang taranya...Pencernaan 'Metaphysics ' kontemporari beliau sungguh mengagumkan! Hampir setanding dengan Prof. Naquib Al-Attas. Rakyat Malaysia merasa sangat bertuah dan berterima kasih tidak terhingga kerana mendapat pemimpin 'genius' seperti ini.)


Nazri Aziz menyifatkan perbuatan sesetengah ahli UMNO yang meminta Pak Lah letak jawatan sebagai tindakan bodoh.

Kononnya mereka tidak faham demokrasi. Perbuatan tersebut tidak wajar.

Dilaporkan berkata, "Ini bermakna rakyat, yang mengetahui bahawa BN bertanding dalam pilihanraya dengan Pak Lah sebagai pemimpin BN, sedar bahawa jika BN menangi kerusi terbanyak, dengan itu Pak Lah akan menjadi Perdana Menteri.

Nazri berbunyi lagi,"Dengan meminta Pak Lah mengundurkan diri, dengan itu mereka sebenarnya memberitahu pengundi bahawa mereka tidak boleh menjadikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Apakah hak mereka untuk berkata begitu,"

"Saya fikir apa yang rakyat mahukan sekarang ialah bagi kami untuk mula mentadbir negara. Mereka sudah bosan diberitahu mengenai apa yang nak dibuat, kini mereka mahu kami mentadbir, bukan Umno memberitahu mereka yang Pak Lah tidak layak menjadi perdana menteri," katanya.

Ayat yang paling menyampah nak baca ialah Nazri berkata, "Hanya kerana mereka adalah menteri, ia tidak bermakna yang mereka tahu segalanya. Bukan semua menteri cerdik."



Wah! terujanya saya...

Pertanyaan kita mudah sebenarnya.

1) Apakah tindakan yang paling wajar setelah 6 negeri BN sudah hilang?

2) Benarkah hanya ahli UMNO yang minta Pak Lah berundur?

3) Siapa sebenarnya yang tidak cerdik?


Kita nak ketawa sekuat hati ke atau nak menangis terpekik terlolong kerana mendapat menteri sebegini? Pergi tanya Rahmat Haron, dia mungkin ada jawapan. Mungkinlah...

Ahad, April 20, 2008

Kau siapa?

bertemu Rahmat Haron seminggu yang lalu...
anda tidak kenal siapa Rahmat Haron?
tidak mengapa... sebab dia tidak terkenal dan tidak minta dikenal...
saya ringkaskan begini: lukisan. sajak. selipar jepun. 'dreadlock'!
Rahmat memang totally 'pure'.

'lighter dan seorang gadis jelita...'


ku petik. padam.
ku petik. padam
ku petik. padam
seorang gadis disebelah ini, ditiupnya api lighter ku.
busuk dan rimas katanya. mungkin dia fikir aku sejahat manusia-manusia kotor didalam lapisan ceretera 'taxi driver'; peran handal aktor De Niro?
aku noir. bukan spof komedi.

ku baling 'lighter'. bukan geram.
tapi sayang jika kejelitaannya akan turut hilang bersama asap suci ku ini...

Baru sebentar tadi dicuri dari : malay-tree.blogspot.com

The All-American Rejects - Move Along

buat 'old stuff geng' diluar sana...ini jiwa aku.

aku tidak statik. aku bergerak tanpa berfikir kali kedua. aku tidak mahu menjadi manusia kalah. aku juga tidak mahu menang semua. jadi aku berkongsi dengan kalian 'spirit' ini.

aku masih seperti dulu. crunchy pop indie love.

masih mencintai orang yang sama...move along...

Shinri.

Kisah Ayam Jantan balung merah...

Seorang Seniman Pembunuh Bahasa cuba bercerita. Cerita tentang seorang pemimpin kental. Bukan manusia...tapi ayam balung merah. Boleh ditekuni kisahnya di Tribute to Bagok! (Ayam Pahlawan, Bini Sereban)

jangan main-main sama itu ayam. tersalah langkah...dipatuknya mata kita. bahaya wooo...

Khalid Ibrahim tak minat BABI!

Rakyat Selangor dibelakang Pak Khalid!


Khalid Ibrahim memang tidak berminat langsung untuk menjadikan Selangor sebagai negeri pengeksport Mr.Bab. Walaupun menguntungkan. Walaupun mempunyai pasaran babi yang luas untuk Republik China.

Tujuaan untuk diadakan Mahligai Babi dengan kos anggaran jutaan ringgit sebelum ini sebenarnya adalah untuk fokus setempat di seluruh negeri Selangor. Loud and clear!
Beliau menegaskan; "Kita tidak berminat untuk menjadikan Selangor pusat pengeksport khinzir (babi) walaupun ia menguntungkan,"
"Tugas kami adalah memberikan peruntukkan tetapi ia terhad kepada kaum yang memerlukan saja."

Sebagai seorang tokoh ekonomi Pak Khalid akan menggunakan 'economy of skill' untuk mengusahakan benda lain yang lebih berfaedah dan mashuukkk. Ya la, takkan benda itu sahaja yang berlegar didalam fikiran seorang pakar bisnes.

Telah diperuntukkan juga tanah seluas hanya 400 ekar untuk projek Mr.Bab. Baca penuh...

Tidak boleh lebih-lebih. Nanti boleh jadi macam di Bukit Pelanduk, N9. Bahaya lagi membahayakan. Itu kuman-kuman Japanese Encephalitis (JE) bukan kenal sama itu melayu, cina, india atau kaum negrito. Semua dia boleh sedut darah. Sekali dia gigit, mana mau cari itu ubat?
Kasihan juga kita dengan Pak Khalid. Berada didalam situasi 'ditelan mati omak, diluah mati pulak si bapak'. Dua-dua mati lagi susah.


Beliau berada didalam keadaan serba salah sebab bekas kerajaan Khir Toyo punya kerja. Kerajaan Baru Selangor yang terpaksa menangggung akibatnya. Rakyat tak akan lagi melepaskan kemarahannya kepada Budak Jawa itu, yang jadi mangsa kemarahan ialah Pak Khalid. Terpaksa menahan asakan serangan media secara bertubi-tubi.

Jadi rakyat Selangor kena bertenang dulu. Bagi can sama itu bekas penerima Anugerah CEO MALAYSIA TERBAIK 1997 (Business Times) buat kerja rumah. Jangan marah-marah tak tentu pasal. Beri peluang secukup rasa dulu kepada bekas CEO Malaysianized GUTHRIE menyumbangkan idea untuk pembangunan Selangor.

Itu 'Dawn Raid' di London Stock Exchange, tahun 1981 siapa punya kerja? Khalid Ibrahim lah yang empunya kerja. Jadi ini negeri Darul Ehsan punya 'dawn raid' no hal punya. Rakyat Selangor dibelakang beliau.

Sabtu, April 19, 2008

Menikmati pelempang percuma...

(Wajah-wajah murung selepas menikmati pelempang istimewa adunan pusaka turun temurun.)

Apa perasaan anda setelah bermati-matian merempit untuk memiliki hadiah istimewa, akhirnya yang anda dapat adalah pelempang 'special' perasa oren?

Mudah lagi bersahaja.


Adakah anda menikmatinya dengan bangga akan pelempang tersebut atau mula nak bakar motosikal tanpa kompromi?

Mari kita lihat siapa yang bermurah hati bagi pelempang; dan siapa pula manusia bertuah yang kena lempang. Baca penuh...

Husam tak pandang UMNO walau hanya sebelah mata...


Datuk Husam Musa, merangkap Naib Presiden Pas membayangkan ketidaksudian partinya untuk 'bertepuk tampar kembali' dengan UMNO.

Didalam sidang akhbar dia turut menyatakan; "Ketuanan Melayu ini tiada masalah. Yang jadi Menteri Besar Kedah, Perak, Selangor ialah orang Melayu. Perdana Menteri pun Melayu. Tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai ketuanan Melayu,".

Ini adalah respon beliau terhadap tindak-tanduk pemimpin-pemimpin muda UMNO semenjak kebelakangan ini. Mereka telah menjalankan stratergi berbaik-baik dengan parti pembangkang.
Kalau kita rajin mengkaji sejarah kita akan teringat tragedi tumbangnya kerajaan islam Pas Kelantan pada tahun 1978 angkara kelicikan stratergi UMNO. Akhirnya telah pula mewujudkan sebuah parti Islam alternatif kepada Pas, yang diberi nama 'Berjasa'. Namun begitu Parti Berjasa hanya satu peninggalan sejarah politik tanah air kerana 'kureng berjasa...'

Jadi Husam Musa memberitahu tanpa kesal; "Kami tidak menentang perpaduan Melayu tetapi kami tidak akan terperangkap sekali lagi," katanya. Baca lagi...

Benarkah tindakan Pas kali ini?
Semakin berdayakah UMNO menghadapi kebangkitan parti-parti pembangkang yang bersatu dibawah bendera 'Pakatan Rakyat'?
Bertahankah Tingkat 4?

Kisahnya mungkin akan diketahui tidak berapa lama lagi. Atau mungkin UMNO akan menjadi lebih tersusun untuk menghadapi kemaraan Anwarist.

Terima Kasih buat semua...

Kepada rakan-rakan blogger dan para pengunjung yang telah meletakkan komen-komen yang bernas dan bertanggung-jawab, Pihak Moderator & Crew mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara/saudari yang sudi berkongsi idea dan pandangan. Pihak Kami sangat menghargai segala pandangan saudara/saudari sekelian. Cuma Pihak Kami 'Tidak Berkemampuan' untuk memberi respon balas kepada semua kerana hambatan waktu yang terhad. Namun begitu tulisan-tulisan saudara/saudari telahpun kami teliti satu persatu sebagai 'Guideline' Pihak Kami untuk memberi karakter kepada blog ini. Diharap saudara/saudari sudi memahami situasi Pihak Kami yang sering kesuntukan masa untuk meneruskan hidup sebagai manusia normal. Harap maklum.

Terima Kasih. Terima Kasih. Terima Kasih sekali lagi.

Jumaat, April 18, 2008

Sebuah Blog mati dibunuh...

Sahabat kami bekas 'seorang seniman jalanan' ingin kembali menjadi blogger. ini kata-katanya...

"Maaf tuan, blog 'pure islamic' sudah mati terbunuh. aku bunuh. usah dicari lagi. baru sebentar tadi aku bunuh. bunuh tanpa belas. habis tanganku ini berlumuran darah. hitam pekat. hancur lumat. namun tangan ku terketar-ketar..."

"Tuan, cuba pula yang ini. blog baru diberikan roh...
suara-suara seni rakyat marhain. suara melayu yang tenggelam dilanggar arus kemodenan. aku bangkit dari lobang gelap. dengan kain pelikat sambil duduk diatas pangkin menghisap rokok daun. mencari ketenangan dibawah pohon ketapang. menyuluh malam dengan ‘torchlight’. melihat Kuala Lumpur dari mata manusia Melayu yang benci pencemaran alam. memandang cahaya silau Klcc dari pondok gelap tanpa perasaan. yang menolak kebisingan. yang memandang sinis enjin dan ekzos. menyelusuri kaki lima dengan hanya berselipar. menolak ‘inferiority complex’. aku mencari ketenangan di tangga-tangga Masjid. meneruskan hidup dari kaca mata ‘fish-eye’. melihat intergriti dan kredibiliti sebagai hukum hakam. si pengganas intelek… bergelumang dengan sub-budaya. menelurusi peluru media. lalu aku bangkit memandang sebagai manusia Melayu. Melayu itu Islam. Islam bukan terroris!
Aku bangkit mengutip…cabang-cabang pemikiran Melayu kontemporari. Bertahan dibawah ‘Pokok Melayu’ (malay-tree)…"

Ini blog baru lahir.Jemput masuk: http//malay-tree.blogspot.com

Gula-Gula Politik dari Zaid Ibrahim...


Kononnya kerajaan akan memelihara martabat Hakim. Saya tidak tahu samada rakyat jelata akan muntah atau meludah 'ptuuiii...' dengan kenyataan ini.


Inilah kata-kata yang terpacul dari mulut Sang Menteri Baru di Jabatan PM, Yang Berintergriti Senator Datuk Zaid Ibrahim.


Apakah ini gula-gula terbaru buat Malaysia? Sampai bilakah Malaysia akan mengalami kerosakkan gigi yang teruk akibat gula-gula manis beracun?


"Setiap orang perlu tahu keadilan mesti dibenarkan untuk penelitian orang ramai di mana hakim juga mesti bersedia untuk dinilai oleh orang ramai," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Majlis Peguam, di sini, Khamis malam. Zaid berucap dengan penuh 'kondifen'(confident daa...) Sila baca...


Pak Lah juga turut hadir dan menyampaikan ucaptama di majlis yang turut dihadri Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan.

Selama ini semenjak zaman Tun Dr. Mahathir memerintah, BAR Council dan kerajaan sering tidak sebulu. Selalu bertembung didalam isu-isu tertentu. Lebih-lebih lagi semenjak kes Tribunal Di Raja didalam isu pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.


Tun Salleh Abbas bekas orang kuat Parti Melayu Semangat 46. Pernah juga bertanding dipilihanraya umum 1995, di Terengganu (jika tak silap). Tun Salleh Abbas memang orang kuat Ku Li, semua orang tahu. Masa untuk Ku Li kembali bertarung macam dah tiba. Juak-juak Ku Li semua dah hampir kembali main peranan, kecuali Ahmad Shabery Chik yang semenjak diangkat jadi Menteri Penerangan mula dan berpaling tadah. Maklumlah, kuasa...manusia cepat kelabu mata. Sibuk-sibuk nak beri amaran kat bloggers. Mesti Tengku Razaleigh Hamzah geleng kepala berkali-kali melihat perbuatan bekas 'anak didiknya' yang sudah jadi 'kacang lupakan kulit'.


Tun Salleh dilaporkan berkata, "I have waited for this 20 years". Lalu menayambung lagi, "They wanted me to sit at the main table. Do you think I should?" Baca penuh....
Sementara Ambiga selaku Presiden Mjlis Peguam menyambut kesukaan hasrat untuk diwujudkan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.


Seraya menambah, "pindaan pada 1988 dilihat oleh banyak pihak sebagai percubaan untuk menentang doktrin pemisahan kuasa antara Eksekutif dan badan Kehakiman.
Majlis Peguam juga meminta untuk dikaji kembali ISA.


ISA? Waaah...banyak takut wooo...sembunyi bawah katil. sembunyi...sembunyi cepat! heh.

Kunci Kaabah sudah kena sapu dengan Penyamun Tarbus!

(Kunci Kaabah terkini juga bisa mengiurkan si pencuri tolol... berhati-hati...sebab dunia dah banyak hal...)


Sekali Kunci Kaabah pun boleh kena sapu dengan penyamun daa...

Ini bukan calang-calang penyamun. Macam dah tiada benda lain untuk di kebas oleh manusia budiman ini.

Ironinya kunci tersebut hanya diperbuat daripada besi padu. Cuma mungkin mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Ianya dilelong dengan harga RM64,4 juta di London pada minggu lepas.
Dah habis bank kena rompak, nampaknya mereka ini beralih pula kepada benda yang lebih unik. Tidaklah Moderator tahu menahu, mahu memasukkan manusia ini didalam kategori yang mana. Sebagai sekumpulan perompak yang sofistikated ataupun sekadar seorang manusia tolol yang telah kehabisan idea untuk masuk jel secara percuma. Mungkin diluar sana akan ada 'buyer' (mungkin sama tolol) yang bersedia mengeluarkan ratusan juta hanya untuk membeli sebatang anak kunci berkarat.


Sudah tentu anak kunci tersebut tidak boleh dihebahkan lagi; atau tuan punya badan cukup bersedia masuk penjara dengan rela hati kerna memiliki barang rompakan.

Dunia dah banyak hal. Manusia pula menjadi semakin bodoh dan saksama.

Anak kunci tersebut berusia 800 tahun, diperbuat ketika era Bani Abbasiyah.Sila baca lagi...

Khamis, April 17, 2008

Video Skuad Polis FRU di Malam Perhimpunan Raksasa!

video
tara brani komen... coz' itu belantan satu kali hantam kapla...bole pengsan wooo.. heheheee...

Amaran: Segala komen yang mencerca dan memaki hamun pihak Polis FRU tidak akan dilayan atau disiarkan. Harap maklum.

Rabu, April 16, 2008

PENGUMUMAN!

Pihak Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysia Today & The People's Parliament; diatas kesudian mereka menyalurkan 'link' dan kredit kepada blog 'the indie story...'
Sila 'klik' untuk membaca laporan mereka:

1) Malaysia Today (post by kasee)
2) The People's Parliament (post by Tuan Lawyer Haris Ibrahim)

Thank You Bro'!

Mr.Moderator & Crew.
United Malaysian Bloggers - 'Bloggers harus bersatu...'

Tambahan Foto-Foto "PERHIMPUNAN RAKSASA RAKYAT DI DEWAN SULTAN SULAIMAN", KG. BARU, KL. (Part 2)












PERINGATAN: Foto-Foto di blog ini mempunyai Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan samasekali mengambil foto-foto ini sebelum mendapat kebenaran serta keizinan daripada Moderator Blog terlebih dahulu. tQ.