Selasa, April 01, 2008

Meletopkah Meriam Ku Li?

(YM Tengku Razaleigh Hamzah merenung nasib bangsanya...terhina dibumi sendiri...Mungkinkah Ahli-Ahli UMNO diseluruh negara mampu menobatkan beliau ditempat yang selayaknya?)


Ku Li sekali lagi bertegas mahukan Perhimpunan Agung Khas. Katanya "Orang Melayu semenanjung hilang kuasa diparlimen lepas UMNO kalah teruk".

Niat Ahli Parlimen Gua Musang ini sebenarnya mulia. Beliau mahukan Bahagian-Bahagian UMNO untuk merumuskan tindakan wajar yang perlu diambil.Tengku Razaleigh memberi nasihat ikhlas. "Dengarlah, kita dengarlah suara daripada bawah ajak semua orang datang kita timbang perkara ini dengan serius."Jangan tak mahu berjumpa langsung dengan orang bawah. Kita orang atas sudah gagal kita dengar suara orang bawah pulak," katanya.

Ku Li juga mengingatkan bahawa walaupun pihak Barisan Nasional pernah mengalami kekalahan pada tahun 1969, tetapi tidaklah seteruk pilihanraya yang terakhir ini. Ku Li memberitahu bahawa DEB (Dasar Ekonomi Baru) yang dibentuk oleh Kabinet Tun Abdul Razak yang beliau sendiri terbabit secara langsung adalah dengan niat untuk membela rakyat.Beliau juga turut mengaku telah mengadakan pertemuan dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Kuala Lumpur.

Wah! Kali ini Putera Raja Kelantan ini mengaku tanpa berselindung-selindung lagi. Bagaimanakan nasib Pak Lah selepas UMNO bersidang sekitar Disember ini? Masih mampukan beliau bertahan sebagai seorang Presiden yang kalah teruk pilihanraya didalam sejarah Malaysia?Tengku Razaleigh Hamzah telah mencadangkan betapa perlunya diadakan Perhimpunan Agung Khas. Bagaimanakah pula dengan nasib Khairy, menantu tersayang. Masih adakah harapan untuk beliau dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebelum mencapai 40 tahun?

Juak-juak ditingkat 4, nampaknya berpeluh-peluh cuba menyelamatkan bahtera dari karam kedalam laut hitam.Khairy Jamaluddin mungkin bercita-cita tinggi akan tetapi beliau terlupa kekuatan sebenar Bekas Menteri Kewangan Malaysia akhir tahun 70an. Beliau masih mentah dengan sepak terajang politik desperado...(meminjam istilah Tan Sri Musa Hitam). Beliau sepatutnya pergi tadah ilmu sampai habis dengan Musa Hitam. Sebab apa? Sebab Musa Hitam lah satu-satunya manusia yang mampu mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah dalam dua pertandingan sengit. Ingat lagi tahun-tahun gemilang 82 dan 84.

Ya betul! Ku Li mungkin tewas...tetapi beliau tidak kalah semua. Beliau bangkit pada 87. Dengan karisma politik yang dimilikinya, beliau berjaya membawa hampir separuh pemimpin dan penyokong kuat UMNO untuk turut bersama-sama beliau didalam Parti Melayu Semangat 46. Sehinggakan 2 tokoh besar merangkap Bekas Presiden UMNO iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien Onn turut sama menyertai perjuangan ikhlas beliau. Inilah kelebihan yang ada pada Ku Li yang tidak ada pada pemimpin-pemimpin UMNO lain termasuklah 2 Bekas Timbalan Presiden UMNO, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim. Mungkin Khairy patut berjumpa Shahrir Samad...minta pinjam "Kunci Hikmat". Siapa boleh melupakan kekuatan sebenar Sharir Samad bertanding sebagai Calon Bebas dengan memakai simbol kunci pada tahun 88. Seluruh rakyat Johor berdiri teguh dibelakang Sharir. Hari ini apa jadi Dato'?

Kita berharap ahli-ahli UMNO memberi peluang kepada seorang Tokoh Melayu yang berkaliber ini untuk diletakkan ditempat yang sepatutnya beliau terima lama dahulu. Ku Li sebenarnya harapan terakhir UMNO...

Memang payah untuk diterima, tapi bolehlah kita sifatkan begini; "Jika tumbangnya Ku Li kali ini, maka tumbanglah UMNO".

Jangan harap UMNOmahu merampas kembali dinegeri-negeri yang cengkaman politiknya telah hilang. Sewaktu berkuasa deangan segala jentera kerajaan berada ditangan mereka pun susah nak menang dan hampir-hampir tumbang kerajaan; inikan pula sewaktu kuasa didalam tangan telah hilang. Maka benarlah kata-kata amaran Tun Dr, Mahathir Mohammad merangkap Negarawan Berjasa. Ingatlah wahai ahli-ahli UMNO...Ku Li benteng terakhir parti kamu sebelum hancur roboh dilanggar Garuda!

Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah berkata suara di Parlimen yang tidak sampai separuh bagi kuasa Umno di Semenanjung, harus disedari oleh pemimpin Umno di semua peringkat. Sila baca lagi...

Ku Li tahun 2004 sudah tentu tidak sama dengan selepas keputusan pilihanraya tahun 2008. Anak Raja Kelantan ini sudah bawa keluar berlaras-laras meriam...tunggu masa nak bedil. Kali ini harapan kita meriam pusaka Kerabat Istana Kelantan betul-betul meletop!

7 ulasan:

Noushy Syah berkata...

Gotcha...so,this is the guy that Abg Jas mentioned in his latest entry...

...am I rite?

Take care Mr Moderator..BTW, your new banner/header is nicer:)

the indie story berkata...

Salam Ukhuwah Noushy,

semoga sihat sejahtera dan gembira selalu.

Ya betul. Inilah karakter yang dilukis oleh abgjas didalam blog beliau. Satu watak yang tidak pernah diketahui oleh generasi yang lahir di dekad 80an dan 90an.

Kenapa? Kerana media massa telah menutup pintu dengan rapat. Serapat-rapatnya buat tokoh terbilang ini.

Tapi Cik Noushy, mereka terlupa satu perkara. " Mereka boleh menipu orang lain dalam satu masa, akan tetapi mereka tidak sesekali boleh menipu semua orang lain pada setiap masa."

Mereka terlupa akan bangkit generasi baru yang tampil membela YM Tengku Razaleigh.

1) Kami bukan buta sejarah

2) Kami mahukan pemimpin Malaysia yang terbaik demi masa depan kami sendiri dan generasi akan datang.

3) Kami Sayangkan Tokoh yang banyak berjasa kepada pembangaunan ekonomi orang melayu; tetapi langsung tidak dihargai.


Terakhir, saya bukan ahli mana2 pertubuhan parti politik. tQ

the indie story berkata...

Oh Ya Noushy, thanks for the compliment.

Ada masa, selalu2 lah singgah diteratak buruk hamba ini.

wassalam.

Mak Su berkata...

fuh, berpeluh-peluh dahiku dibuatnyer, nak tisu sehelai.

Noushy Syah berkata...

Hehhehe....kalau tak jemu saya berkomen here..:p

the indie story berkata...

Kenapa Maksu?

Demam ke? Atau baru lepas kena kejar anjing? hehehe

the indie story berkata...

Hi Noushy.

tak jemu...tak jemu...saya suka Miss Noushy selalu berkunjung disini. Rasa semangat jerr..

hahaha ;)