Kawan lama saya Si Halim budak Kg. Baru pernah berkata sambil mulutnya mengunyah roti canai " engkau tahu tak, sekeping roti canai yang sedang aku cekik ini berapa nilai kalorinya?". Saya tidak terus menjawab. Diam sambil menunggu kawan saya itu menyambung ayat provakasinya. Si Halim budak Kg. Baru tidak terus bercakap. Mulutnya masih mengunyah, sedangkan tangannya menyiat-yiat roti canai bertaraf kapas itu. Setelah lama terhenti, dia menyambung kembali; " Kalau engkau mahu bakar kalorinya, samalah seperti engkau harus berlari tanpa henti (jogging) dari Jalan Raja laut ini terus menuju Masjid Shah Alam."
Wah! saya terkejut sama sekali. Benarkah begitu? Saya tidak punya jawapan. Saya juga tidak tahu samada perbualan itu berdasarkan fakta kimia sains tulen atau semata-mata imiginasi fiksyen kawan saya itu; yang otaknya sudah sebu kerana tanpa henti 'loading' permainan SonY PlayStation 2. Kawan saya ini ketagih 'computer games'. Satu waktu dahulu saya dan dia hampir setiap masa terluang pernah berkubu di rumah seorang lagi kawan lama. Saya bisa keluar. Dia terperangkap. Saya mampu keluar mungkin sebab tidak berapa minat. Mungkin sebab bagi saya seperti mencampakkan masa kedalam Tong Sampah Alam Flora. Tidak mengapa, masing-masing punya kecenderungan tersendiri.
Sebenarnya bukan itu inti saya. Jadi apa dia? Kupasan saya ialah tentang Roti Canai. Saya rasa 2 menu pagi yang tidak bisa dihilangkan dengan mudah oleh seluruh rakyat Malaysia. Pertama, Roti Canai aka. Roti Kosong kuah dal. Keduanya Nasi Lemak. Kedua-duanya menu pagi merbahaya. Oh Ya! err..satu lagi ....Teh Tarik!
Saya rasa sudah hampir setahun saya tidak menyentuh Roti Canai. Nasi Lemak cuma sekali sekala (mungkin 3 bulan sekali). Selalunya yang tidak mudah diketepikan tanpa perasaan bersalah ialah Teh Tarik Halia atau Kopi Jantan.
Apakah otak kebanyakkan rakyat Malaysia menjadi sebu dan arteri tersumbat dek selalu belasah Roti Canai setiap pagi. Tanpa rasa bersalah. Boleh jadi juga rakyat Malaysia boleh diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin Korupsi kerana otak mereka sudah penuh dengan lemak tepu dek penangan Roti Canai Mamak?
Pecah rekod, semalam saya sudah bantai 3 keping roti kapas yang semakin mahal sebab petrol naik. Pagi tadi belasah lagi 1 keping roti telur campur teh tarik segelas. Bagus punya cerita. Mahu atau tidak saya kena berlari dari Dataran Merdeka terus menuju ke Masjid Shah Alam...bakar kalori.
Berpantang balik, kerna tidak mahu diperbodohkan lagi...
4 ulasan:
heh heh heh, caiyuk caiyuk tuan moderator... you can do it.
muahhahaha...Fakta itu mmg betul...cuma kalau nak makan bole just maintain exercise regularly , thus you can eat anything under the sun..:p
Salam Mak SU,
Mak Su suka belasah roti canai 5 kepaing tiap2 pagi kan? hehehehe
acah jer. jangan marah k.
Mak Su jadi personal Trainer saya lah. Saya bayar 20 ribu sebulan. Cukup?
Salam Noushy,
Mesti u jarang makan roti canai kan? Hmm...agaknya apa u ambil for morning breakfast ek?
Cereal & Milk kot? Takpun makan buah.
Patutlah natural beauty. perrghhh!
Catat Ulasan