Khamis, April 10, 2008

Siapa yang ketuk pintu rumah Kak Jenab? (Catatan Shinri Kiyaru)





Tepat tengah malam tadi, pintu rumah Kak Jenab diketuk berkali-kali. Tak henti-henti.

"Berdentam-dentum. Kuat bagai nak mampus. Macam nak roboh pintu depan itu dibuatnya" Kak Jenab bercerita. Air mukanya keruh.

Saya cuba menjadi pendengar yang baik. Mulut sedang melakukan aktiviti kunyahan dengan lancar dan berhemah. Penuh dengan karipap panas.

Kak Jenab sambung cerita balik. Matanya sedikit terbeliak. Bila dia buka pintu tengah malam tadi; tiada orang. Puas dia menoleh kiri kanan, jangan kata orang; bayang kucing pun tiada.

Kak Jenab menetap di flat kos rendah di Wangsa Maju, KL.

Malam tadi katanya, dia cuba-cuba beranikan diri juga. Dia melangkah kehadapan. Cuba jenguk kebawah. Lampu gerai Pak Usop di selekoh jalan masuk, masih menyala. Dua tiga budak-budak muda sedang 'layan' bola di kaca tv. Kak Jenab nampak juga satu couple sedang baik tengah beromen diatas motor 'kapcai'. Dia pandang sekali imbas dan buat tak tahu sahaja. "Lantak koranglah...hmm...bukan main sakan bercintan". Kak Jenab bercerita dengan gaya-gaya aksi jet li sekali. "Janji jangan anak aku sudah".

"Pelik betul. Tak akan lah, budak-budak yang kat bawah tu tak perasan langsung. Kuat bunyinya, satu flat ni boleh dengar. Kecuali kalau semuanya memang dah tidur mampus." Kak Jenab kalau bercerita memang stok laser, tapi hati dia baik. (Bila tahu aku nak datang, dia kasi gorengkan karipap panas; kira ok lerr tuuu...heheheee.)

"Macam tiada apa yang berlaku, semua orang dibawah itu, memang buat macam biasa." Sesekali mata Kak Jenab tertoleh-toleh ke kaca tv. Program Astro Ria. Macam-macam ada...

Saya hanya mendengar dengan penuh minat. Part yang terakhir ini, ada rasa seram sedikit. 5 keping karipap panas sudah licin, saya kasi bedal. Dah tu, sedap...rezeki jangan ditolak. Rugi.

Abang Wazir, suami Kak Jenab; saya lihat air mukanya macam tersenyum sedikit. Senyum tapi kelat! Senyum yang dibuat-buat, mungkin sebab nak tutup kebimbangan dihati. Saya perhatikan dari tadi tidak berbunyi.

Tepat 12 tengah malam juga, saya mohon diri untuk beredar. Hari dah semakin lewat, esok kena gerak awal.

Malam itu, sambil saya memandu kereta; hati saya semakin tertanya-tanya...'Siapa sebenarnya yang pergi ketuk pintu rumah Kak Jenab macam nak roboh, ditengah-tengah malam?'

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bang,
Kami di asrama Kenanga dulu pernah alami pintu diketuk ni. Memang orang sebelah tak dengar. Cuma orang punya pintu saja yang dengar. Bila buka pintu memang tak ada orang.

Ketuk-ketuk ni biasa, jangan roboh pintu tu sudahlah.

Siti Hajar

the indie story berkata...

Salam Ukhuwah Siti Hajar,

Sesiapa yang pernah tinggal diasrama, pasti mempunyai cerita seram yang tersendiri.

Tapi zaman kini, siapa yang mahu percaya. Dah terjumpa, baru lari lintang pukang.

Ketuk2, kira biasa lagi. Kalau kena cekik lagi haru biru. Takpun time tido, tetiba jer rasa macam ada orang kat sebelah. Bila jenguk...aaaarhhh...bahaya wooo.

Apapun, amalkan ayatul kursy dan surah2 Al Quran yg mudah dihafal.

Insha'allah...selamat.


Shinri Kiyaru

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya, yang ketuk pintu rumah kak jenab tu suruh dia keluar tengok couple tengah beromen atas motor tu, kot la nak tegur sikit, buat amar ma'aruf nahi mungkar. peluang bagi dia untuk buat pahala buat bekal di akhirat... tapi, mmmhh....

the indie story berkata...

Hahahaha...exzede jawapannya you memang logik laa...maybe kot.

hantu ketuk pintu, suruh halau hantu.

hehehehe...

Mak Su berkata...

siapa kah dia yg mengetuk pintu itu hingga berdentum2?

the indie story berkata...

mak su, tiadalah hamba tahu menahu siapa yang punya angkara.

bila kak jenab, keluar jenguk; confirm takde orang.

mau tak seram. mak su lain laa...ada black belt. hehehe

rastom berkata...

Kalau pintu tuan Sheikh di ketuk pukul 3.00 pagi, ketahuilah siapa yang sedia menunggu diluar....nauzubillahiminzalik!

the indie story berkata...

Pak Rastom Pengerusi Persatuan Sejarah Kepulauan Fiji.

Kalau pintu saya diketuk pada pukul 3 pagi, sudah tentu saya tahu siapa diluar. Pak Rastom!

hehehe

malam jumaat kasi asap kemenyan itu pintu.