Pantun ini memang makan dalam...
"Kalau tuan pelihara babi,
Pohon selasih dipukul ribut,
Tinggalah tuan si buah hati,
Kubawa kasih seumur hidup..."
Jangan sampai Pakatan Rakyat kena 'bye-bye' dengan rakyat jelata...fikir-fikirkanlah. Sensitiviti umat Islam dinegeri Selangor Darul Ehsan kena jaga Pak Khalid...oiii...
13 ulasan:
Hmm... segala usul dan projek perlu dilaksanakan setelah dihalusi sebaik mungkin. Jangan jadi macam pentadbiran yg dulu2. Memang makan dalam. Banyak2 muhasabah!
Salam Tuan Moderator! Moga sihat selalu!
hmmmm, perati-perati ler.
Salam Ukhuwah nur@ddeen,
Yang baik kita kena sokong dengan hati terbuka. Mana yang tak baik kita belasah tanpa kompromi. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang bersedia dan sanggup menerima teguran dan kritikan rakyat bawahan.
BN atau Pakatan Rakyat, sekali sekala kena ditegur. Jangan bila kita mengkritik...kita dijadikan musuh. Rakyat yang memberi undi, maka rakyat ada hak menyuarakan pandangan. Bukan begitu.
Salam Sayang buat nur@ddeen dan faimili.
MakSu "the natural beauty", heheheee...
Perati-perati. Tegur-tegur. Senyum-senyum.
pastu dah penat; kita tido!
hahahaaa
Selagi berita berita itu dikutip daripada akhbar akhbar malaon pecacai, selagi itulah aku tidak mau layan, samada cerita babi, khinzir dan yang sekeluarga dengannya...
Dah banyak kawasan peliharaan babi di Selangor ni. Semuanya BN yang luluskan.
Yang terbaru ni pun BN dah luluskan "in principle". Kerajaan baru cuma laksanakan, dengan mengambilkira bahawa pendekatan baru ni boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan mengumpulkan semua penternak babi di satu tempat, dengan menggunakan teknologi baru yang boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Kalau nak kutuk, kutuk BN yang luluskan semua projek babi terdahulu tanpa mengira fakta-fakta pencemaran alam sekitar.
salam sejahtera,
siapa yang mulakan dulu.dah lama dahhhh....hal babi nih.cuba perhati dalam-dalam maksud tersirat si mat gagap itu.
babi siapa punya angkara?
inilah akibatnya apabila babi pun nak dipolitikan bukan setakat babi tahi pun dipolitikan.
terima kasih tuan/puan kerana sudi memberi pandangan.
Ada yang pro, ada juga yang kontra. Walau apapun saya menerima kepelbagaian pendapat dan pandangan dengan hati dan minda yang tertutup. Tidak pernah ditutup.
Kita bebas memberi sokongan dan kritikan, kerana ini negara DEMOKRASI.
Namun apabila kita sekali sekala membuat kritikan terbuka, jangan pula kita dicap sebagai musuh, atau dibuat musuh.
Kita bebas mengkritik sebagai manusia yang bebas.
Kita sayangkan negara, agama dan bangsa kita...sebab itu kita kritik.
Tiada manusia yang betul2 sempurna. Sempurna dari cacat cela, hanya milik ALLAH.
Kepada saudara 'tanpa nama', sila baca artikel terdahulu dan juga terkini. Saya kritik semua, tidak memilih parti. Yang betul kita sokong walaupun datang dari UMNO. Yang tidak betul, kita belasah walaupun dari Pakatan Rakyat.
Dan itulah prinsip blog ini.
wassalam.
Salam Saudara moderator,
Sebagaimana yg dilapurkan, kerajaan negeri Selangor telah menilai 3 option yg ada dan membuat keputusan untuk meneruskan projek tersebut. Saya yakin Dato Khalid telah beri perkara ini pertimbangan seelok-eloknya.
Sudah pastinya ada di antara rakyat yg menyokong dan ada yg membantah. Yg sedihnya pada saya, ialah media cetak mempermainkan isu ini atas sentimen memelihara sensitiviti umat Islam.
Namun begitu, sebagai ketua negeri, Khalid telah membuat keputusan. Kita akan dapat lihat nanti samada satu keputusan ini akan menentukan hayat kerajaan PR di Selangor.
"bawa kasih seumur hidup?"
Pulau tinggi Terendak Cina,
Nampak dari Pasir Sibu;
Tuan pergi janganlah lama,
Tidak kuasa menanggung rindu.
:)
Salam Saudara oldstock,
Saya juga bersetuju, supaya Pak Khalid diberi peluang bertindaka secara matang dan tanpa terburu-buru.
Sebab itu saya bagi pantun. Saya tidak belasah membuta tuli. Saya bagi pantun.
Ini cara Melayu. Pantun nampak lembut, tapi sebenarnya kuat.
Pantun itu semacam tanda ingatan buat pemimpin. Diulangi...ingatan. Bukan amaran.
Tapi kalau terdapat pemimpin2 yang dah kita bagi pantun secacara berbudi bahasa, masih degil dan keras kepala...hah time tue, pantun2 dah tak boleh pakai lagi. Pakat bagi pelempang terus.
Dato' Khalid Ibrahim seorang yang bagus. Ada karakter. Dicampur pula ikhlas.
Tapi kita risau juga dengan juak-juak oppotunitis yang sedang ligat mengeliling beliau. Maklumlah dulu hempedu. Hari ni dah bertukar jadi gula tebu. Semut2 hitam semua datang hurung.
Kita sebagai Melayu Islam berhak untuk risau. Sementelahan pula dengan situasi hari ini.
Itu SuratKhabar Lama, kalau dia punya berita tipu...kita just ignore saja. Kalau betul, kita baca.
Tapi jangan sesekali kasi buang semua. Kalau tidak kita punya stail boleh jadi sempit.
Salam gurindam jiwa,
pandai juga tuan hamba berpantun ya. Bekas juara pantun negeri ka? hehehe
Hamba cuba jawab,
Terendak cina pulau ternama,
Inikan pula Pasir Sibu,
Hamba pergi tidaklah lama,
Pasal apa mau rindu-rindu?
bole ka? ;)
Ikan ku masak keluarga merasa'
Walau sedikit hatiku rela,
Anak tersenyum isteri ku bangga,
Agenda melayu harus diperkasa,
Nasib bangsa mesti dibela,
Pegangan agama wajib dijaga.
Ku cari haruan dilumur bendang,
Dari zuhur menjelang asar,
Untuk dimakan keluarga berlima,
Menyalak malam babi di ladang,
Menyalak siang towkay di pasar,
Menyalak sengsara melayu dan agama.
Anak tidur wajah ku tatap,
Hidup ku miskin tetapi mudah,
Airmata berlinang harus ku simpan,
Haluan ku satu tujuan ku tetap,
Bukan Parti sebagai madah,
Demi anak untuknya masa depan.
Catat Ulasan