(Sebagai individu, Dato' Syed Hamid Albar sebenarnya seorang ahli politik yang bagus. Jarang sangat kita mendengar sebarang komen tidak baik mengenai beliau...Beliau sedikit sebanyak mewarisi karisma politik Arwah bapanya; Dato' Jaafar Albar aka. Singa UMNO...)
Dato' Syed Hamid Albar kata Tun Dr. Mahathir tidak sepatutnya memberi tekanan kepada Pak Lah.
Menteri Dalam Negeri bercakap dengan tegas, sambil memberitahu sepatutnya Tun beri sokongan kepada PM. Beliau dilaporkan berkata; "‘‘Tun Dr. Mahathir bukan orang biasa di kalangan rakyat, beliau pernah menjadi nombor satu dan ikon kepada kumpulan belia. Jadi, dia tidak sepatutnya mengkritik kerajaan sekarang ini." Laporan seterusnya...
Wah! Sampai langsung tidak boleh dikritik. Sampai bekas PM yang berkuasa selama 22 tahun pun disuruh tutup mulut, inikan pula rakyat jelata.
Dato' Syed Hamid ini, sudah agak lama juga kita tidak terbaca berita tentangnya didada akhbar. Alih-alih bila sekali sekala keluar suratkahabar lama, terus bagi amaran "Shut-Up" kepada bekas bossnya.
Dia buat-buat tak ingat agaknya bahawa, 4 buah negeri telah bertukar tangan. Income Kerajaan Persekutuan sudah lari banyak. Mestilah kena kritik, kalau tidak lagi sekali piliharaya; alamat merundumlah BN.
Tun Dr.Mahathir Mohammad merangkap Arkitek Malaysia selama hampir 23 tahun, pun disuruh tutup mulut. Biarkanlah dia bercakap. Kenapa takut sangat dengan Che Det? Tun pun bukannya ada kuasa lagi. Dato' Syed Hamid lainlah, dia kalau 'sign' sahaja satu surat dari KDN...silap-silap boleh belayar 2 tahun. 'Makan tanggung, berak cangkung...' di Kem Kemunting.
Mentang-mentanglah Si Harimau Tua sudah turun takhta, semua pakat bantai; termasuklah tenggiling yang dulu malu-malu. Satu benda yang mereka terlupa...Raja Harimau walaupun dah tua...(selalu pula keluar masuk IJN), kukunya masih tajam...sebab selalu asah bila bulan mengambang. Harimau Tua ini jenis "sembunyi kuku'. Sampai masanya...penghuni belantara yang suka cari pasal bolehlah jadi lauk buat kenduri tahlil. Bluurrpp...sendawa kekenyangan...
Maka biarkanlah Si Harimau tua terus mengaum dibelantara. Sementara sisa-sisa umurnya masih ada.
Mereka tidur mati agaknya, sampai boleh terlupa bangun sahur. Selama 22 tahun, belantara ini siapa yang jaga ya?
2 ulasan:
I like this posting...I think through DRM, Msia always in the limelight globally...no one would denied that DRM is GENIUS for the country and well known for his brave and loud voice to say his opinion on right issues..he used to say right on the face of George Bush about not being bothered if he's not famous just by telling the truth,pointing out about the Iraqi's issue before..
I bet,no one of the present leaders in Msia dare to speak out bravely and smartly like the x-premier!...especially not that sleepy head!
Salam Noushy,
thanx coz "I like this posting..."
Pemimpin kita sepatutnya meletakkan seorang Negarawan Berjasa ditempat selayaknya...tetapi seperti biasalah kita tidak tahu menghargai barang berharga.
Jadi kita campakkan seorang Arkitek Bangsa kedalam Tong Sampah. Kiri Kanan belasah orang tua tu, seolah2 tak berjasa langsung.
Sekurang2nya Tun berfikir 100 kali sebelum nak naikkan petrol 3 sen. Tapi orang yang diamanahkan selepas itu, boleh naikkan sampai 50 sen.
1 orang mengutuk beliau...1000 orang termakan budi...
"Bila seorang manusia membuat seribu kebaikkan, yang diingat orang 1 kesalahannya"
Catat Ulasan