Guruh tidak berdentum. Ribut pun tiada. Pohon pun sudah lama tidak bergoyang. Dengan tidak semena-mena Pak Lah dengan penuh ‘KONDIFEN’(confident daa..) telah mengeluarkan satu kenyataan kepada press yang berbunyi “Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.”
Bukankah kenyataan ini mempunyai maksud yang tersirat? Mungkin Pak Lah tercabar dengan kenyatan bekas PM dalam buangan,
Perdana Menteri dari negeri yang KALAH? Ok whaaat…hehehe
Sila lihat apa lagi alasan handal Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang dikasihi seluruh Rakyat
7 ulasan:
Seperti biasa, Pak Lah selalu memberikan suatu komen yang tidak mengujakan.. Majoriti rakyat mungkin tak kisah samada Pak Lah nak letak jawatan atau tidak, tetapi lebih mengharapkan suatu perubahan yang jujur dan ikhlas...
Dan saya kira, orang ramai sudah mula mengenali Pak Lah dengan lebih dekat lagi dan mungkin sudah boleh mengagak apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Pak Lah pada situasi seperti ini...
Nampaknya drama nie dah jadi semakin menarik....
Saudara/ri ni gila glamour..habis semua blog-blog ternama di 'spam dengan message supaya mengunjungi blog saudara!!!
Blogger!
Salam,
Abg Z...., Pesta Buku dah bermula ni.. Kesian K.Laila saya tak dapat tolong dia untuk susun barang2. Tapi tahun ni kita sekali lagi akan berjiran dengan Ameen Publishing.. FT duduk gerai tuu.. He he boleh kita sembang2 politik dengannya.
Politik Negara kita yang tercinta ini kelihatan semakin tidak stabil lepas PRU12 ini..
Saudara Letting,
Sekilas ikan diair telah kutahu...tak lama lagi ada orang kena berhenti. Bukan nak berhenti sangat pun, tapi TERPAKSA berhenti. Sebab darah rakyat jelata semakin hari semakin mneyirap-nyirap.
Skrip Darma dari dulu memang menarik. Cuma dia punya Director ada sedikit kelam-kelibut. Sebab pelakon-pelakon dah jadi sikit dapat berlakon. Banjir Besar baru berlaku daa...
Salam Saudari Aslina Bidadari merangkap Presiden Bomoh-Bomoh Artis Wanita Gunung Semanggol, Perak Darul Ridzuan.
Yup, Book Fair dah nak bermula. So, semakin sibuklah kita semua. Semua ada peranan dan tugas yang telah diamanahkan.
Abg tahu, hati adik Aslina semakin dub dab dub dab...tak sabar ingin menatap wajah pojaan hati mu. hehehe
Save duit sikit, supaya dapat BORONG BUKU.
Kita ni Kaki Buku Aslina, sampai bila pun takkan sama dengan Kaki Rempit.
Kita cari ilmu. Mereka cari maut.
bagaimanakah si mahathir boleh dikata sebagai pembela bangsa sedangkan anak perempuannya adalah tawkey besar islam liberal yang selalu menghentam islam.
Saudara tanpa nama,
Manusia ini Allah swt cipta memang tidak sama secara fitrah.
Bapa lain. Anak Lain. Kedua-daunya individu yang berbeza.
Begitulah juga yg terdapat dalam seerah Nabi LUT as. dan anaknya yang menjadi kafir. Nau'zubillah.
Saya pun bukanlah mengatakna bahawa Che Det itu tidak pernah buat salah, satu dosa pun. Dia mansuia biasa seperti kita, bukan malaikat yg turun dari langit.
Tun Mahathir mungkin pernah buat salah, tetapi dalam masa yang sama dia juga banyak berjasa kepada bangsa, agama dan tanahair. Orang kita mungkin jarang sangat nak menghargai sumbangan beliau lantaran Tun sudah tidak punya kuasa. Tidak mengapa jika begitu.
Kerana pepepatah Melayu pernah berkata "Hanya jauhari yg mengenal manikam'.
Jangan esok bila beliau telah pergi meninggalkankita...baru orang kita sibuk2 nak puji puja beliau. Ini terjadi pada Allahyarham P.Ramlee., sudah mati baru diberi gelaran Tan Sri.
Kadang-kadang hanya kerana satu kesalahan...seluruh jasa kita dilupakan begitu saja.
Adilkah kita? Cuba terkena pada diri kita.
Kalau kita di tempat beliau, belum tentu kita akan menjadi lebih bagus.
tQ
Catat Ulasan