Khamis, April 03, 2008

Jawapan Kepada Si Pengecut!

Assalamualaikum kepada para pengunjung blog dan rakan-rakan yang dirahmati Allah swt sekelian. Baru sebentar tadi Pihak Kami telah mendapat satu komen yang bertaraf surat layang. Pada mulanya Moderator, mahu mengambil sikap BO LAYAN dan ignore. Tapi beberapa teman mahu komen sampah ini disiarkan dan diberikan jawapan sekali. Pihak Kami bukan tidak pernah menerima komen-komen bertaraf surat layang sebelum ini (individu yang sama), namun bila Pihak Kami mengambil sikap berlembut bahasa semakin menjadi pula individu yang tidak dikenali ini. Makin kita diam, makin naik tocang pula.

Jadi buat julung-julung kalinya, Pihak Kami dengan hati dan minda terbuka menyiarkan komen dari inividu yang lebih dikenali sebagai Tanpa Nama tanpa sebarang edit. Sama-sama kita lihat. Payback Time!...

"Tanpa Nama berkata...
Saudara/ri ni gila glamour..habis semua blog-blog ternama di 'spam dengan message supaya mengunjungi blog saudara!!!Blogger!"

2008 April 3 12:50


Jawapan Moderator & CREW:

Saudara Tanpa Nama,

Saya sebenarnya malas nak melayan orang yang dari cara dia menulis pun; kita dapat mengagak hatinya penuh dengan hasad dengki dan perasaan benci. Saudara ni kononnya mengaku sebagai blogger, tapi haram satu apa pun tak tahu mengenai ‘Hukum Blogger’. Kalau ikutkan fikiran rasional Pihak Moderator & CREW; komen saudara ini hanya layak dibakul sampahkan tanpa berfikir kali ke-2. Akan tetapi saya mengambil sikap positif , untuk melayan dan menjawab kekeliruan yang timbul dalam otak singkat saudara. Percayalah selepas ini kalau ada lagi komen ‘hasad dengki’ seperti ini memang saya tidak akan siarkan. Jadi tak payahlah saudara penat-penat menulis. Lagipula manusia seperti saudara ini pada hakikatnya adalah sipengecut yang hanya berselindung dengan Tanpa Nama. Saya lain saudara, saya berani buat…saya berani tanggung.

Biar kita lihat:

Saudara mengatakan saya gila glamour, sebab sering mempromosikan blog saya kedalam blog-blog rakan (yang kebanyakkan daripada mereka sememangnya saya baik dan rapat). Saudara juga membuat tuduhan palsu kononnya saya membuat spam.

Jawapan saya:

1) Sebelum saudara dengan tanpa rasa segan silu nak mengaku sebagai blogger; saudara kena tahu apa dulu apa itu ‘hukum hakam blogger’. Apa yang saya buat hanya sekadar mempromosikan blog ini kepada semua. Kira macam pengiklananlah. Apa salah ke? Saudara pernah baca buku ilmiah tentang “Promosi Blog”? Atau mungkin saudara mempunyai perasaan hasad dengki yang teruk? Katakanlah kalau saya gila glamour sekalipun, katakanlah…(walaupun ini hanya tuduhan palsu bersifat dengki); saya nak tanya saudara” Apa masalahnya?’ Saya menyusahkan awak ke? Orang macam saudara memang tidak pernah senang melihat orang lain yang sebangsa dan seagama dengan saudara berjaya. Saudara terperasan bagus. Maka jadilah ‘macam bagos-bagos’.

Kami disini baik yang blogger atau bukan tiada permasalahan jiwa tahap kronik seperti anda. Kami disini berdiskusi, memberi sumbangan idea yang konstruktif dan kritik mengkritik tanpa ada masalah. Kita disini saling menghormati pandangan diantara satu sama lain. Kalau saudara ego tidak mahu join, itu saudara punya pasal…kalau tak suka…boleh blah! Saya dan rakan-rakan tak rugi apa-apa pun. Kami tetap disini. Sikit pun tak luak. Saudara…sesebuah blog berkembang bukan sahaja sekadar promosi; tetapi yang lebih penting isi! Kalau saudara promosi pun macam nak gila blog saudara kat satu dunia, tapi kalau blog saudara jenis tahap ‘bersawang’, tak guna juga. Tak percaya …boleh cuba. Saya ingat benda macam ni, kanak-kanak spastic pun lagi cepat faham. Tanpa sudara sedar, sebenarnya saudaralah jenis tahap yang gila glamour. Sebab itu bila blog saudara tidak glamour, saudara jadi marah-marah. Tak baik benci membenci saudara. Tuhan tidak suka.

Jadi janganlah sesekali saudara cuba nak membuat penghinaan terhadap daya intelektual para pengunjung blog disini. Tahap IQ mereka tidak sama seperti saudara. Mental mereka beratus kali lebih stabil. Hati mereka lebih bersih. Macam manalah para blogger di Malaysia ini mahu bersatu’ jikalau muncul anasir-anasir negative yang kepalanya sama dengan kepala saudara ini. Kita blogger di Malaysia ini sepatutnya bersatu hati, bukannya dengki mendengki. Sepatutnya kena saling tolong menolong. Ini semua ada didalam Al-Qur'an dan Hadis saw., takkan benda simple macam ini pun nak kena ajar? Sepatutnya begitulah akhlak dan cara kita berfikir. Perbezaan yang kecil-kecil kita rapatkan…bukannya mengambil sikap berpecah belah dan melebarkan jurang perpaduan. Untunglah puak-puak itu…

2) Saudara mengatakan saya membuat spam. Saya tidak menghantar spam saudara. Jadi saudara jangan buat fitnah. Saudara tahu apa hukumnya didalam Islam kepada penyebar fitnah? Jadi samalah tahap kamu dengan ahli parlimen Belanda, sitolol yang bernama Geert Wilders (pembikin filem sampah ‘Fitna’). Saudara tahu apa itu spam? Jangan main belasah cakap, tapi satu haram tidak tahu tentang spam. Spam selalunya dihantar oleh identiti yang tidak dikenali, seperti Virus misalannya. Sedangkan banyak dari Tuan Punya blog-blog yang saya kunjungi itu memang mengenali Moderator. Lagi pula bila Pihak Kami masuk, kami masuk cara beradab...minta keizinan terlebih dahulu. Selepas itu bergantung kepada Budi Bicara mereka samada mahu 'Approve' atau tidak.

Apa saudara ingat mereka itu semua bodoh? Tolonglah...jangan mudah-mudah nak underistimate orang lain. Pleazeeeee...laa...Mereka terlebih dulu makan garam. Mereka tahu makna perkataan "Win Win Situation" - Semua pihak puas hati. Orang macam saudara lainlah...asyik tak puas hati. Nak menang semua...orang lain boleh kasi mampos. Orang macam saudara kalau dapat jadi Menteri Besar, memang terlungkup rakyat dibuatnya. Habis semua projek nak bolot semua. Orang lain biar miskin. Inilah sikap dan akhlak saudara yang bertopengkan Tanpa Nama sebenarnya.

Saudara sendiri pun kalau sekali sekala nak promosikan blog saudara di sini pun saya rasa Pihak Kami sudi 'Approve' kan...no hal beb! Asalkan tidak mencarut dan bertopengkan nick 'Tanpa Nama'. Atau mungkin sebenarnya saudara sudah jadi termalu ala...jadi sebab nak tutup, saudara gelar orang lain sebagai 'gila glamour' dan 'cheap publisiti'. Jangan begitu saudara, sesungguhnya Allah swt itu benci dengan orang bongkak dan mempunyai ego terlampau besar. Jangan sampai ego membodohkan kamu. Ego besar...otak kecil, tak guna juga saudara. Kita lihat apa jadi dengan George w, Bush, Tony Blair dan yang seangkatan dengan mereka.

Jika ada yang tidak mengenali, itu adalah kerana saya masih baru di daerah blog mereka. Jadi itulah tujuan promosi. Yang saudara tidak nampak ialah Pihak MODERATOR & CREW terpaksa bersengkang mata sehingga pagi dinihari hampir setiap hari dan terus berjuang menyumbang tenaga serta daya fikiran untuk melihat perkembangan blog ini secara positif. Saudara tidak faham mungkin sebab saudara bukan dari kalangan media. Alhamdulillah, banyak para blogger diluar sana; baik yang senior atau baru telah menyokong inisiatif positif Pihak Moderator & CREW. Mereka tidak mengambil sikap negatif, benci dan berhasad dengki seperti saudara. Sikap saudara dengan mereka ibarat “bagai langit dengan bumi”.

Kalau mahu berjaya kena usaha saudara. Bukan duduk rileks lepas itu bila lihat ada blogger lain berusaha membuat promosi, pergi kutuk dan hina orang lain sana sini. Itu kerja orang kurang siuman. Lagipun, apa yang saudara marahkan sangat? Blog ini baru mula belajar nak bertatih, belum boleh berjalan pun...saudara dah mula nak pukul sampai jatuh tersembam makan pasir. Inikah niat hati saudara? Jika begitu baik saudara 'tanpa nama' lupakan niat songsang tersebut, kerana Pihak Moderator & CREW mengamalkan "Alang-alang menyeluk pekasam..." (sila sambung sendiri). Blog ini sama sahaja dengan blog-blog lain kat luar tu. Biasa-biasa sahaja. Ada masalah ke saudara? Marah dengan apa yang saya tulis? Pedulik aar...

Sebelum berakhir, saya beri saudara 'tanpa nama' 2 pilihan. Pertama saudara boleh terus menerus dengan sikap bermusuhan dan terbelit dengan cara berfikir yang salah ini. Lalu akhirnya terus tertutup seperti "Katak bawah tempurung"; atau mungkin saudara dengan berani keluar dari kepompong untuk melihat persahabatan, kasih sayang dan kesatuan ummah dari sisi kaca mata burung. Fikir-fikirkanlah ya!

Inilah bangsa ku…hegemoni kealaihan minda…


Peace,
Moderator & CREW
United Malaysian Bloggers - 'Bloggers harus bersatu!'

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya kagum cara anda menjawab...

Noushy Syah berkata...

Greetings and salam Mr Moderator..

Hohoho....what a great posting on special issue. Yeah rite, you have 2 options when comes to spammers @ your comment box, either to delete/iggy or respond to it..which ever decision you make, it's your choice.

Sometimes we need both criticism in order for improving and growing up.I might respond the same way like you did...once and for good.

As long as what you write according to the blogging etiquette I don't see any reason why you have to worry about this kinda attitude and 3rd world mentality of people...simply not worth it.

Keep blogging brother...and whether you want to promote your blog it's up to you..it's your right.

Have a gr8 day.Keep blogging and keep smiling.

rastom berkata...

Tuan Sha Na Na Gusmao el Moderator, spam itu sampah sarah. Yang tuan bikin itu bukan spam, itu invite. Samdol tu tak kenal mana satu spam, hehehe, kasi can kat dia la, dia baru kenal blog macam Tuan Doktor Khir Toyoruddin kita tu....

Tanpa Nama berkata...

well said bro indie..

MatKreko berkata...

Salaam tuan moderator,

Ulasan panjang mengajar tahap flaming ni... tapi nyamuk taraf ni memang patut kena sembur dgn racun serangga, pastu kalau dah terbongkang tu kasi bakar je sampai hangus...

Puas ati...

lordmusan berkata...

Salam..nape nak buang masa jawab benda tu!Hasad Dengki dan khianat takmungkin hilang dari orang Melayu..maaf cakap dan otu satu realiti.Ia datang dari pelbagai sudut dan ke mana arah sekalipun.Sedangkan orang berniaga laksa di tepi jalan pun boleh bungkus bisnes sebab hasad dengki..inikan pulabila perasaan tengok blog orang lain dapat sambutan..biasalah orang Melayu camtu...tak payah buang masa menjawab or nak memperbetulkan komen sebegitu..teruskan dengan topik lain yang lebih membangun..

the indie story berkata...

Salam tanpa nama,

terima kasih.


Salam Noushy,

Your words is really meaningful to me. Friendship forever. Actually that person called 'tanpa nama' is a spam. Bad spam isn't it?



Salam Tuan Guru Rastom Martabat 7.

Sebagai anak murid, saya kena denagr nasihat Tuan Sheikh. Ana tak mau lagi kembali menjadi The Derhaka Student.

huhuhuhuu

the indie story berkata...

Saudara admin,

Thanks for your Support. Well said too.


Saudara matreko,

Masih lagi di peringkat shelltox dan ridset. Esok-esok kalau degil juga...Kita kasi sembur asap minyak putih satu kampung. tu baru jentik sikit jer tu. Kalau sekali dua, boleh sabar lagi. Habis satu kampung dia pergi bawak mulut. Cisss...

Terima kasih diatas sokongan saudara.


Saudara lord musan,(wah nick unik laa)

Takper sekali sekala buang masa. Sebab dah melampau sangat. Makin diam...makin menjadi pulak dia.

Tidak perlu minta maaf lord musan, memang benar apa yang saudara katakan. Bangsa kita memang dari dulu lagi suka tak puas hati sesama sendiri.

Tapi bila dengan bangsa lain, boleh pulak berpeluk cium sakan.

lordmusan berkata...

Salam tuan moderator,
saya setuju sangat dgn apa yang u kata bila dengan bangsa lain berpeluk bercium.bangsa lain takut nak lawan tapi bila dengan bangsa sendiri bukan main gangster.Tun M pernah berkata Melayu Mudah Lupa dan sememangnya contoh terdekat dan terkini adalah kepimpinan Melayu sekarang.Sebelum diberi kuasa semua ok takde masalah tapi bila dah dapat kuasa belum sempat tempat duduk ex-PM kita sejuk habis tonggang langgang kerajaan dibuatnya dengan diisinya anak-beranak dan yang sewaktu dengannya.

lordmusan berkata...

ada satu joke yang kawan bukan melayu saya pernah berikan dulu,mula-mula panasjugak mendengarnyatetapi setelah difikirkan memang ada benarnya.go through the jokebelow and fikirkanlah sendiri...

"Seorang lelaki ni bila dia mati telah dibawa melawat ke neraka dan kat situ lelaki ini lihat ada 3 lubang besar berisi api dan macam-macam lagi.
1 lubang untuk bangsa cina,satu lubang untuk bangsa mat salleh dan satu lubang untuk bangsa melayu.Yang peliknya si atas semua lubang-lubang ni ada pagar runcing siap dengan guard bertombak sekali yangakan menikam dan menolak orang yang dalam neraka yang cuba lari atau keluar dari lubang itu kecuali lubang neraka untuk melayu.takde pagar and sapa jaga pun.

lelaki ini pun bertanya kenapa 2 lubang utk orang cina dan mat salleh ada pagar kawat dan guard yang menolak orang yang cuba panjat keluar dari lubang tu and kenapa lubang untuk orang melayu dibiarkan tanpa guard dan pagar?

maka pengawal yang membawa lelaki tadi menjawab..lubang-lubang lain tu ada guard sebab depa kena cucuk orang yang naklari tadi supaya masuk balik ke dalam lubang neraka ni TAPI lubang melayu ni takde guard sebab bila ada satu orang melayu cuba panjat nak keluar dari lubang tu..beratus tangan melayu lain akan menarik dan menjatuhkan melayu yang nak naik or keluar dari lubang tu..so tak payah la buat pagar or letak guard kat atas! ".FIKIRKANLAH Wahai bangsa Melayuku!

the indie story berkata...

"tapi bila dengan bangsa sendiri bukan main gangster."

lord musan, macam belasah PEKIDA jer bunyinya. hehehee...

Sebab melayu mudah lupalah ahli2 UMNO boleh mudah2 lupa kepada Che Det Negarawan berjasa dan Bapa Ekonomi Melayu, Ku Li.

Hari ini, apa yang ahli2 UMNO baru ingat adalah KU LI lah yang menyebabkan UMNO kena HARAM.

Mereka baca tak habis...

tQ

the indie story berkata...

lord musan,

huahuahuahuuaaauuhaa

intelectual joke! orang yang bikin joke ini memang stok genius.

lawak. tapi makan dalam.

lordmusan berkata...

hehehee..jangan cakap saya belasah PEKIDA..nanti penuh depan rumah saya..hehehehe.Mana-mana persatuan atau organisasi tak salah termasuklah PEKIDA yang berpegang pada sumpah tetapi kebanyakan yang jadi masalah adalah orang atau ahli yang menganggotai persatuan-persatuan ini(pernah jumpa tak orang tarik kereta yang mengaku orang dalam...saya pasti ramai yang dah pernah berurusan dgn golongan ini!Itu semua terpulang pada pendapat masing-masing!tu sebab saya kata orangmelayu ni dgn bangsa sendir bukan main gangster tapi bila kena dgn cina or india cakap baik2!ye lah..bukan semua..ada yang begitu gangster sampai bergeng dengan india dgn cina untuk hentam bangsa sendiri..hehehe!ada jugak!).Saya dikelilingi setiap hari oleh ahli-ahli PEKIDA termasuklah dari keluarga sendiri dan ayah saya sendiri pun penasihat pada 'Ayahanda' walaupun saya bukan dari ahli dalam.Saya belum bersedia untuk berpegang pada sumpah yang amat berat kalau disalahgunakan.Masalah orang melayu ni adalah bila depa dah jadi mana-mana ahli kumpulan or persatuan ramai yang lupa niat asal atau tujuan sebenar mengapa mereka mengganggotai kumpulan tersebut.Sumpah untuk menjaga bangsa dan ugama tapi kekadang tu dia sendiri jadi bouncer di dangdut dan perempuan melayu sendiri berniaga di dalam..Itulah yang menyebabkan nama baik seluruh persatuan hancur sepeti dalam UMNO sendiri.Saya menyokong sepenuhnya UMNO dari dulu lagi walaupun tidak pernah attend mana2 function.(pernah berdaftar sebagai ahli pemuda tapi sampai sekarang tak tau lagi no.ahli..hehe)Skang ni saya terpanggil untuk terlibat dalam blog-blog sebegini kerana apa yang telah terjadi pada bangsa,ugama dan negara kita.Seperti apa yang Tun M pernah cakap..saya sokong UMNO dan sokong parti tapi saya tak sokong pemimpinnya...samalah tu dengan saya!hehehe!Tujuan saya satu..untuk sentiasa mengingatkan bangsa saya sendiri akan asal-usul dari mana datangnya kita..walaupun tak banyak perubahan yang boleh saya lakukan sebegini tetapi walau dapat satu melayu yang faham akan apa saya katakan dari 10,000 melayu pun sudah cukup bermakna buat saya.dari 1 orang yang faham tu boleh membiak ke 100,000 orang.

zamizham berkata...

erm...
menarik sekali komeng² yg diberikan. bole buat cerpen jika di'copy paste' dengan penuh perasaan. semoga para komeng terus memberi komeng² sama ada baik mahupun buruk secara rasional. bukan seperti beruk² di jalanraya