Rabu, April 16, 2008

Terserempak dengan 'founder' Malaysia Today!...(catatan shinri kiyaru)

Tersenyum mesra...
(Inilah hasilnya...dikaki tangga ini sebenarnya...terlalu gelap gelita...memang susah nak nampak muka orang.)

Sedang Saya dan Mr.Moderator berjalan ke arah pintu Dewan Sultan Sulaiman apabila berakhirnya perhimpunan rakyat; yang akhirnya bertukar baju menjadi perhimpunan 'Raksasa' (mulanya dijangka hadir hanya 10 ribu orang...tanpa disangka-sangka telah bertukar menjadi lautan manusia yang penuh bersemangat).Dengan tidak semena-mena saya melihat seorang lelaki sedang berdiri dengan sekumpulan orang berbangsa cina diatas tangga yang gelap. Lantas saya cuba mendekati lelaki itu, sebab rasa macam kenal. Ooh Raja Petra rupanya...ish..ishh...tak sangka pula boleh terjumpa disini.


Beribu-ribu lautan manusia sedang menuju ke pintu pagar untu keluar dari kawasan padang.Polis berpakaian biru, polis trafik dan Water Canon FRU merah sedang menanti garang.Lelaki-lelaki yang memakai helmet merah (FRU) yang sedang bergaya dengan belantan hanya mampu memandang sinis. Diluar jalan besar depan pintu gerbang 'Pasar Minggu Kampung Baru' sedang traffic jam tahap kritikal. Kereta tersekat. Dikiri kanan penuh dengan anggota Polis DiRaja Malaysia. Ooh ya! terdapat juga sekumpulan manusia dari Persatuan Bulan Sabit Malaysia memakai baju lutsinar warna merah. Sedia berkhidmat pada bila-bila masa.

Raja Petra masih 'stay' bersama rakan-rakannya yang berbangsa cina. Saya mendekati beliau lantas menegur, sambil memperkenalkan diri. Beliau tersenyum mesra. Raja Petra sememangnya orang yang ramah. Mudah didekati lagi bersahaja. Saya berbual serba sedikit. Oleh kerana masa terhad, kami tidak dapat berbual panjang. Saya meminta izin untuk merakamkan foto beliau. Saya cuba menekan 'shutter'...lama...tapi tak dapat. Kali kedua cuba...tunggu lama...pun tak dapat. Mana taknya, dikaki tangga itu terlalu gelap. Lighting tidak cukup. Kalau dapat ambil pun, hasilnya akan gelap dan buruk. Saya cuba 'adjust camera setting' menggunakan pengalaman yang ada.

Akhirnya...'click!...click!..click!..." meriam saya kembali berfungsi.

Dapat juga saya merakamkan wajah seorang pejuang 'dimalam yang penuh bersejarah'...Suasana perhimpunan berlangsung didalam keadaan aman dan damai. Mereka bersurai dengan tenteram. Tiada gangguan dan provokasi berlaku. Malam itu raksasa terlampau banyak, sehinggakan 'Ultraman Taro' takut nak keluar...heh!

Buat Raja Petra & Malaysia Today!...teruskan perjuangan kalian tanpa gentar...peace...

Tiada ulasan: