Sedang elok saja saya bagi salam selepas solat Maghrib. Dengan tidak semena-mena saya terperasan seperti ada lelaki sedang memerhatikan saya. Saya pandang wajahnya. Dia senyum pada saya. Saya senyum balik.
Laaa…Uncle Bogon rupanya. Hmm…lama juga saya tidak bertemu beliau. Kali terakhir seingat saya 5 atau 6 bulan lepas. Saya bangun dari duduk tahyat akhir, terus bangun menuju kepada sahabat saya yang berusia sekitar awal 50an itu. Saya hulur tangan. Salam bersambut.
Kepada pengunjung setia yang telah lama mengikut blog ini; tentu anda masih ingat tentang Uncle Bogon. Lelaki kasar berbadan tegap, bermisai lebat dan rambut panjang. Lepas wirid lebih kurang; Uncle Bogon terus ajak saya pekena teh tarik. Saya juga pernah menjadikan watak 'misteriusnya' sebagai salah satu karakter kartun.
Kami menuju ke warung Pasar Keramat, berdekatan dengan masjid. Saya tidak boleh tipu diri sendiri; saya benar-benar rindukan sahabat karib saya ini. Tetapi apa boleh buat, kekangan masa membatasi silaturahem.
Uncle Bogon masih berambut panjang. Bermisai tebal. Lebat berkilat. Dia punya penumbuk kalau anda tengok, silap besarlah kalau ada kutu rempit cari pasal. Sekali dia hayun silap-silap mati terus. Saya hormatkan dia. Bukan kerana stail dia macam wrestler WWE, tetapi sebab daya intelek dan pengalaman hidup. Lelaki ini jenis ‘lone ranger’. Selalu berseluar jeans lusuh dan bawa truck pick-up. Uncle memang 'pure'. Jenis "Orang Kasar".
Malam ini stail dia lain sikit. Pakai kain pelikat. Mungkin sebab pergi jemaah di Masjid agaknya. Uncle naik motor C70 lampu bulat, warna hijau pisang. Buruk tapi klasik beb! Parkir betul-betul bawah bumbung diperkarangan depan Masjid.
Kami berborak lebih kurang. Tanya khabar famili dan kawan-kawan lain. Dia hisap curut. Saya ‘pau’ sebatang. Perasa Cherry. Kami cakap pasal politik kemudiannya. Saya yang banyak bercerita. Uncle pakat diam dan dengar. Sekali sekala dia angguk. Angguk-angguk. Geleng-geleng.
Saya bagitahu, saya makin aktif tulis blog. Dia kata bagus…Saya cakap terima kasih. Rupanya masa pilihanraya itu hari, dia tiada dalam Negara. Musafir…Tak payahlah saya cerita dekat sini, dia pergi mana. Sebab Uncle memang tidak bagi saya cerita…nantilah lain kali. Saya pun sudah berjanji.

Sedar tak sedar hampir 3 jam kami bersidai kat warung. Chopati pun dah licin kami kerjakan. Uncle Bogon minta diri. Saya pun esok ada kerja. Sebelum ‘ciaaw cincau’ Uncle Bogon cakap secara berbisik…”Selagi engkau mampu tegur…engkau tegur. Kalau tidak…lebih baik diam. Jaga diri baik-baik. Solat jangan ambil ringan. Dalam dada penuhkan ‘isi’.”
Saya faham sangat dengan patah perkataan ‘isi’ yang dimaksudkan oleh sahabat saya itu. Isi itu merujuk kepada Zikrullah. Uncle memang salah satu guru saya. Kaya dengan pengalaman hidup…

6 ulasan:
Salam Moderator,
Rupanya wujud insan bernama uncle Bogon tu. Abgjas ingatkan cuma rekaan.
Ya, semakin aktif dan menarik cara Moderator menulis akhir2 ini. Terbayang bertapa 'besarnya' penumbuk uncle tu.. hehe.
Spt kata uncle Bogon, tegurlah selagi boleh, kalau tak lebih baik diam.
Abgjas kira Uncle Bogon merupakan guru dan mentor kpd Moderator.
Salam, saudara Moderator. Diharap saudara berada dalam keadaan sihat walafiat. Teruskan usaha dalam memaparkan isu-isu semasa yang penting dan juga menghiburkan. Saya sangat menyokong usaha saudara dalam menyatakan kebenaran, walaupun adakalanya ramai orang tak dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Moga Allah sentiasa memberi keberkatan di atas segala perkara yang saudara perjuangkan.
Salam AbgJas,
terima kasih kerna terus menyokong perjuangan blog ini. Mr. Moderator and Crew tersangat-sangatlah menghargai. Thanks al lot Bro'.
Buat pengetahuan rakan2 sekelian, AbgJas adalah orang pertama yang memberikan komen diblog ini. Ini fakta!
Jadi kena bagi layanan 'special' sikit kat orang lama nih.
Abgjas juga boleh dikategorikan sebagai Blogger Prolifik Kartunis.
Salam Amir Hussain,
Apa kaba sahabat merangkap murid ku. Tawheed wal Jihad. Allahukabaaar.
Terima kasih kerana sudi menyokong blog komuniti kita.
Meer...amacam tempat kerja baru? Semua ada ok? Kalau ada awek cun yang bagus akhlak dan kuat agamanya...cepat2lah berkenalan. Takder lah makan sorang2 lagi. huahuahauuuhhuuaaaa Auw!
hehehe
Abg doakan Amir berjaya dalam karier dan hidup. Camne dengan band Honestly? Mau teruskan?
bagus ada sorang uncle yg sering mengingatkan. lebih bagus pabila org yg diingatkan menghargai peringatan yg diberi, dan tidak membalas dgn tempelak sprt eellleehhhh, kau sendiri jenis orang kasar, ada hati nak nasihat orang? or kubur memasing, memasing jaga ler...
Mak Su,
Saya setuju dengan Mak su. Kadang-kadang kita pun takut nak bagi nasihat kat orang. Ye laa karang tak pasai-pasai kena pelempang.
free jer...
Tapi demi menegakkan amar makruf nahi mungkar...sekali-seakal kena kuatkan hati juga.
Catat Ulasan