Khamis, Februari 10, 2011

CIPTAAN INOVATIF:HELMET CUKUR RAMBUT!!!

Nota: Fuyooo memang gempak mamat yang cipta benda 'alah' nih... jimat masa betul. Dah tak perlu pergi kedai gunting mamak. Tapi kalua dah ada kat market nanti, jangan pulak harganya terlampau mahal... seolah-olah harganya seperti pergi gunting rambut kedai mamak sebanyak 2-3 ribu kali... baik tak payah... Kita harap benda nih murah dan tahan lama. Paling penting tak membahayakan pengguna. Ya laa takut-takut bukan saja rambut yang kena cukur tapi dgn kulit-kulit kepala sekali sebab customer terlupa refill shave cream... tak ke kes naya~!!! Paling bagus masa mula naik motosikal rambut lebat... sampai-sampai time bukak helmet itu kapla suda abis licin satu kali... al-maklumlah baru balik umrah... heheheheee...

Topi keledar cukur rambut dalam tempoh 20 saat




LELAKI itu memakai topi keledar tersebut. GAMBAR KECIL : KEPALA lelaki berkenaan botak selepas topi keledar itu mencukur rambutnya dengan terdapat kesan krim di kulit kepalanya.

--------------------------------------------------------------------------------

NEW YORK - Seorang penduduk di sini mencipta topi keledar yang berfungsi untuk mencukur rambut hanya dalam tempoh 20 saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Topi keledar itu mempunyai empat pisau pencukur yang melakukan tugas dengan bantuan dua motor selain dilengkapi krim pencukur.

Klip video topi keledar itu disiarkan di laman URLesque.com dan dicipta oleh seorang lelaki dikenali hanya dengan nama Boris.

Dalam klip tersebut, seorang lelaki menguji topi keledar tersebut walaupun dia kelihatan menggigil.

Selepas dia memakai topi keledar itu, rambut lelaki berkenaan licin dicukur dan terdapat krim berwarna putih pada kulit kepalanya. - Agensi

BETULKAH PARIS HILTON PELUK ISLAM???


Kecoh gosip Paris Hilton peluk agama Islam


GAMBAR dalam laman web London Muslim menunjukkan Paris Hilton memakai tudung.

--------------------------------------------------------------------------------

LONDON - Spekulasi selebriti Paris Hilton memeluk agama Islam tersebar dengan meluas di Singapura, Malaysia dan Indonesia, lapor laman London Muslim di Internet pada Isnin lalu.

Menurut laman tersebut, khabar angin mengenai Paris itu kemudian tersebar ke Amerika Utara dan Eropah.

Laman itu turut menyiarkan gambar Paris yang memakai tudung kepala.

Akhbar-akbar dalam talian di Indonesia turut menyiarkan berita sama ada bintang program realiti The Simple Life itu sudah memeluk agama Islam.

Sebenarnya, berita mengenai Paris menganut agama Islam itu disiarkan buat kali pertama dalam laman berita Daily Squib di Internet.

Dalam laman itu, jurucakap Paris, Ian Brinkham menyatakan Paris telah memeluk agama Islam dan akan mendirikan sebuah sekolah agama di tengah Beverly Hills, Amerika Syarikat yang akan dibuka pada Julai depan.

Namun, sebahagian pengguna Internet terpedaya dengan cerita itu tanpa mengetahui bahawa Daily Squib merupakan laman yang menyiarkan berita palsu dengan tujuan untuk menyindir pelakon, penyanyi dan selebriti.

Semasa berita mengenai Paris memeluk agama Islam itu tersebar, selebriti tersebut menyatakan perasaan bimbangnya kerana dia akan berumur 30 tahun pada 17 Februari depan.

"Saya seolah-olah tidak percaya saya akan berumur 30 tahun tetapi sekurang-kurangya saya seperti berusia 20 tahun," katanya kepada majalah hiburan Closer kelmarin.

Selebriti itu turut merancang akan pergi ke beberapa buah tempat untuk berparti seperti di Los Angeles, New York dan Las Vegas.

Pada 3 Februari lalu, Paris berada di Frankfurt, Jerman untuk mempromosikan minuman wain dalam tin, prosecco. - Agensi