Isnin, Oktober 18, 2010

BERITA PANAS : MAHATHIR SOKONG DITAKTOR???

Nota indie : Tun, saya hormatkan Tun sekurang-kurangnya sebagai seorang bekas PM. TAPI TERUS TERANG CAKAPLAH GENERASI KAMI KALAU DITAKDIRKAN BERJUMPA DENGAN SANG DITAKTOR TAK KIRALAH SAMADA IANYA SOSIALIS KOMUNIS ATAU KAPITALIS ZIONIS, KAMI ANGKAT BATU RAMAI-RAMAI KAT TEPI JALAN DAN KAMI BALING BETUL-BETUL KAT DEPAN MUKA DIA. MACAM BUDAK-BUDAK PALESTINA BALING BATU KAT ASKAR BACUL ISRAEL ZIONIS. APAHAL PULAK KAMI NAK SOKONG PEMERINTAHAN DITAKTOR??? SEDANGKAN DALAM SEJARAH MANUSIA SEMENJAK ZAMAN DAHULU LAGI BERAPA BANYAK PEJUANG YANG TELAH TERKORBAN MENGALIRKAN DARAH SEMATA-MATA UNTUK MEMPERJUANGKAN "KEBEBASAN' BAGI KELANGSUNGAN TAMADUN MANUSIA. jADI SENANG CAKAP... FUCK OFF AND DIE`!!! BUAT SANG DITAKTOR WALAU DIMANA NEGARA SEKALIPUN... MEREKA MENINDAS DAN MEMBUNUH RAKYAT JELATA. YANG KAMI SOKONG ADALAH CHE GUEVERA, DAN BAND HEAVY METAL SOULFLY... YANG KAMI LAWAN ADALAH MANUSIA-MANUSIA SYAITAN SEPERTI POL POT & MAO ZEDONG...

Mahathir: Diktator pun boleh buat baik
Aidila Razak
Okt 18, 10
6:53pm

Pemerintahan secara diktator boleh juga memberikan kebaikan kepada rakyat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad yang pernah dituduh memperkenalkan kepimpinan autokratik di negara ini.

Menjawab tuduhan itu, Dr Mahathir semasa berucap dalam sebuah forum antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur hari ini secara nakal berkata:

"Malaysia dikatakan pernah diperintah oleh seorang diktator selama 22 tahun. Saya menikmatinya (gelaran itu)."

"Tetapi sekurang-kurangnya kita semakin maju. Bangunan ini (PWTC) dulu tidak pernah ada di sini," katanya.

Beliau memberikan contoh negara China yang menurutnya pemerintahan autokratik lebih berjaya daripada negara demokrasi yang dipilih oleh rakyat.

"Tiada demokrasi di China tetapi sistem kerajaannya boleh memberikan banyak manfaat kepada rakyatnya," katanya sambil menambah bahawa pertukaran tampuk kepimpinan di negara itu lebih aman berbanding negara demokrasi lain.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Mahathir menyentuh tentang peranan media yang didakwanya telah menjadi hampir di luar kawalan berikutan kemajuan teknologi masih boleh ditangani dengan cara tertentu.

Pilihan raya untuk editor

"Sudah tentu, ia semakin sukar tapi ia tidaklah terlalu teruk kerana kerajaan perlu bersiap sedia bagi memastikan mereka melakukan perkara yang betul. Jika tidak, media boleh menjadi kritikal.

"Jika media membuat tuduhan palsu, kerajaan perlu menjawab," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata kerajaan perlu berhati-hati kerana ada orang lain yang mengawal media untuk kepentingan mereka bukan untuk kepentingan negara ini.

"Kerajaan boleh ditukar tetapi kita tidak boleh mengadakan pilihan raya bagi mana-mana pegawai yang mengendalikan media. Siapa yang memilih pemilik surat khabar, penyunting, editor dan wartawan? Adakah kita mengadakan pilihan raya untuk para editor?" soalnya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu mendedahkan penyalahgunaan media secara terang-terangan oleh mereka yang mempunyai agendanya yang tersendiri.

"Ada seseorang yang mengawal media, ia tidak mungkin kerajaan tetapi apabila kamu mempunyai kerajaan yang mengawal media, sekurang-kurangnya kerajaan dalam sebuah negara demokrasi, (media itu) akan dikendalikan oleh mereka yang dipilih rakyat," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Isnin, Oktober 11, 2010

KEMALANGAN MAUT DI ALOR GAJAH

Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh
Harakahdaily

MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.

"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

12 DIE IN SIMPANG AMPAT HORROR~!!!

12 die in Plus highway horror
Submitted by francisnantha on Sunday, October 10th, 2010

REMBAU, Oct 10 (Bernama) -- Twelve people were killed and more than 40 others injured in an accident involving two buses, a van and three cars at KM223 of the North-South Highway near the Simpang Ampat toll plaza here today.

Police said in the 6.40pm tragedy, a bus heading towards Kuala Lumpur went out of control and flipped over to the southbound side of the highway.

He said it then was involved in collisions with a van and two cars before slamming into the side of a National Welfare Department bus.

Another car was also later involved in the pile-up but its occupants were unhurt. So far the victims have yet to be identified.

The dead and injured were sent to the Tampin Hospital, Tuanku Ja'afar Hospital in Seremban and Malacca Hospital. The incident caused massive traffic snarls on both sides of the highway.

TERKINI`!!! 12 MAUT, 40 CEDERA DALAM EKSIDEN BAS EKSPRESS

12 maut, lebih 40 cedera dalam kemalangan enam kenderaan
2010/10/10

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki
laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain

sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke
selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan
penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.


Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital
berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua
hala.-Bernama

Ahad, Oktober 10, 2010

BERITA PANAS : KHALID IBRAHIM UMUM LAWAN AZMIN & ZAID


Nota indie: habislah azmin. habislah zaid. kelebihan khalid dianya seorang tokoh koporat lagenda. kelebihan khalid dia bertanding diatasa kapasiti MENTERI BESAR SELANGOR , diantara negeri TERKAYA di Malaysia. kelebihan Khalid dia banyak WANG`! kelebihan Khalid berkemungkinan BESAR dia tahu macamana nak kasi benam AZMIN ALI cukup-cukup. Tapi kita jangan sesekali lupa AZMIN ini proksi Anwar Ibrahim. LAWAN AZMIN BERMAKNA LAWAN ANWAR`!


Khalid Ibrahim tanding timbalan presiden PKR
Okt 10, 10 9:39pm

Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengumumkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

"Saya, Abdul Khalid bin Ibrahim, hari ini dengan rasminnya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung pada November ini," katanya.

Ini bermakna, beliau akan bersaing dengan dua naib presiden sekarang Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim untuk kerusi nombor dua itu.

Manakala ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua yang sudah cukup dua pencalonan minumum untuk bertanding belum membuat sebarang pengumuman sama ada menyertai persaiangan itu atau pun tidak.

Mengumumkan keputusan itu di hadapan 300 penyokong dan pemimpin cabang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam sebentar tadi, Khalid berkata keputusan itu diambil ekoran pemilihan PKR "yang banyak menerima persepsi negatif dalam laporan media dan dalam parti".

Menurut beliau, perkara tersebut, antaranya kepimpinan berpuak dan serangan peribadi yang perlu diperbetulkan.

"Sebagai salah seorang pemimpin parti dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini.

"Dan kerana inilah, saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti," katanya.

Khalid juga berkata, bagi memastikan keputusannya bertanding memberi kesan positif kepada parti, beliau menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai kesan tawaran bertanding kepada pentadbiran dan perpaduan parti.

Jawatankuasa itu, menurutnya, terdiri daripada aktivis kesatuan sekerja Syed Shahir Syed Mohamud, Irene Fernandez, Tian Chua dan Muhamad Nur Manuty yang bebas mengadakan rundingan dengan pemimpin parti yang berkaitan sehingga 15 Oktober.

"Sekiranya jawatankuasa menasihatkan tawaran saya ini tidak baik untuk parti dan ada cara yang lebih baik untuk saya berkhidmat kepada parti, saya akan akur dengan nasihat ini," katanya.

Syed Shahir juga dilantik sebagai pengurus operasi kempen.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan 'manifestonya' bertemakan “Memperkasakan Reformasi” yang antaranya menggariskan lima teras, iaitu: Setia kepada perjuangan, meneruskan agenda perubahan, merakyatkan ekonomi, menolak politik pecah perintah dan kesepaduan parti.

Lima itu, menurut Khalid akan mencorakkan pentadbiran inklusif dan mengakhiri amalan berkumpulan dan berpuak-puak dalam parti

12 TERBUNUH`!!! TRAGEDI NAHAS BAS EKSPRESS DI ALOR GAJAH

12 maut bas ekspres hempap beberapa kenderaan
10/10/2010 10:53pm

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua buah bas ekspres, tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau petang ini.

Berikutan nahas ngeri yang berlaku pukul 6.50 petang itu, lalu lintas kedua-dua arah terpaksa ditutup kepada semua pengguna lebuh raya dan menyebabkan kesesakan yang teruk. – Utusan.

TERKINI : FOTO NAHAS BAS EKSPRES DI MELAKA, 11 ORANG MAUT !

MAUT: Kemalangan membabitkan dua bas ekspres, satu van dan tiga kereta di KM223 Lebuhraya PLUS berhampiran tol Simpang Ampat, malam tadi dipercayai meragut 11 nyawa. - Foto Jaafar Mulup, Berita Harian.
Oct 10, 2010 11:10 pm

MISTERI BANDAR HANTU DI HUNGARY

LUMPUR toksik merah melitupi sebatang jalan di Devecser kelmarin.

Nota indie:
Bila terbaca saja berita menyeramkan ini serta merta otak ku terbayangkan filem Holywood yang bakal diterbit berdasarkan kejadian sebenar ini. Sure gempak! Masukkan unsur cinta sikit, unsur humanis sikit dan thriller. Siapakah yang empunya angkara ini? Berapakah tahap bahaya LOJI ALMINIUM kalau pecah? Apakah di Malaysia terdapat loji seperti ini? Bahaya sungguh`! Bandar tanpa manusia memang akan menjadi bandar yang penuh hantu dan misteri...


Bandar di Hungary jadi kota hantu

AJKA – Bandar Kolontar di Hungary sunyi seperti sebuah bandar hantu selepas penduduknya dipindahkan semalam berikutan kebimbangan sebuah takungan yang menyimpan bahan buangan toksik berhampiran lokasi tersebut pecah untuk kali kedua.

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 120 yang lain cedera apabila dinding takungan sebuah loji aluminium pecah pada Isnin lepas.

Kejadian menyebabkan sejumlah 700,000 kubik meter lumpur toksik merah mengalir deras dan membanjiri beberapa buah bandar di barat Hungary.

Jurucakap perkhidmatan pengurusan bencana, Tibor Dobson berkata, pakar-pakar kini bimbang takungan berkenaan bocor sekali lagi.

Sebagai langkah berjaga-jaga, katanya, lebih 800 penduduk Kolontar dipindahkan dengan menaiki beberapa buah bas menjelang subuh semalam.

Menurutnya, selain Kolontar, sejumlah 5,300 penduduk bandar Devecser yang terletak berdekatan, turut diarah bersiap sedia untuk berpindah. – AP

MAT SALEH GIGIT ANJING POLIS !!!

Nota Indie: Agak kelakar jugalah bila baca berita ini. Nasib baik juga kejadian ini di negara mat saleh, kalau dekat Malaysia boleh jadi haru biru juga. Mamat ini mungkin tengah 'gian' sampai tak boleh kontrol lagi. Anjing Polis ini pula berada dalam situasi "wrong time at wrong place". Tak pasal-pasal anjing polisi ini trauma seumur hidup. Tobat nak gigit manusia lagi`!

Lelaki gigit anjing polis di AS
CONNECTICUT – Seekor anjing polis di Amerika Syarikat (AS) cedera akibat digigit seorang lelaki selepas ia menggigitnya kerana menyerang seorang anggota polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada pagi Khamis lepas, lelaki berkenaan, Roderick Lewis, 23, menghampiri seorang anggota polis di sebatang jalan raya di sini dan menjerit kepadanya: “Saya perlukan sepaket PCP (sejenis dadah).”

Anggota polis berkenaan, Scott Bloom, cuba menenangkan suspek tetapi Lewis menumbuk mukanya.

Melihat tuannya diserang, anjing polis bernama Onyx melompat keluar dari kereta peronda Bloom dan menggigit kaki Lewis.

Namun, ia menyalak kesakitan apabila Lewis menggigit badan anjing itu dan tidak melepaskannya sehingga dia ditarik oleh Bloom.

Lewis kemudian didakwa kerana menyerang anggota polis dan berlaku kejam terhadap haiwan manakala Bloom dan Onyx dirawat kerana kecederaan. – Agensi

FOTO MP BATU SAPI MATI DI LANGGAR `!!!


ANGGOTA polis dan orang awam mengangkat mayat Ahli Palimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang maut selepas motosikal besar yang ditunggangi berlanggar dengan sebuah kereta di Sembulan, dekat Kota Kinabalu, Sabah, 9 Okt. - Utusan/GHAZALI BASRI

Jumaat, Oktober 08, 2010

PAGI-PAGI DI KUALA LUMPUR !



APA KHABAR PAGI INI?

APA KHABAR KUALA LUMPUR?

APA KHABAR MALAYSIA?

minum apa pagi ini

roti canai atau nasik lemak

sekali -sekala kena cuba lontong jawa

sebab dan jemu makan roti bakar aroma mentega PLANTA

tak mengapa ubah selera

BERITA APA PAGI INI?

BERITA APA DI KUALA LUMPUR?

BERITA APA TENTANG MALAYSIA?

pagi ini semua namapak segak

semua bau wangi

mau sampai cepat tempat kerja

menikmati hidup dengan gembira

Syawal dah nak habis

OPEN HOUSE makin rancak !

orang berbaris-baris

menikmati hidup penuh bergaya

pagi ini cuaca bagus

juruhebah suara sedap

yang tak bagus traffic jam

yang tak bagus sekejap sahaja

yang BAGUS-BAGUS banyak lagi

yang TAK BAGUS-BAGUS kita tolak ketepi


PAGI INi BORAK PASAL APA?

ORANG DI KUALA LUMPUR CAKAP APA PAGI-PAGI?

ORANG MALAYSIA SUKA BERDISKUSI APA DI PAGI HARI?


Ooh pagi di Kuala Lumpur sangat hebat

kedai mamak penuh manusia

dahaga teh tarik dan kuah dal

kedai Mek Mah di Kampung Baru banyak kuih

hisap rokok makan kuih manis

Pagi di KUALA LUMPUR memang 'happening'

penuh semangat

dibalut dengan bunyi bising enjin

jeritan pelayan dalam bahasa tamil

abang dimeja sebelah baca New Straits Times

pesan 2 biji telur setengah masak

taruh kicap

taruh lada

KACAU`! Slrruupppppp

Alihkan kerusi.... menapak menuju destinasi.....

Khamis, Oktober 07, 2010

ADA TANGAN DI BELAKANG 'BONTOT' RAHIMI`!!!

Nota indie: BETUL APA TAJUK INI... BUKAN KAT BELAKANG KITA MEMANG ADA BONTOT KE. KIRA OK LAA NI, LAGIPUN DAN MEMANG KES NI TENTANG BONTOT MEMBONTOTI... APA ADA HAL...

AGAK-AGAK TANGAN SIAPAKAH ITU???


PKR: Ada 'tangan' di belakang Rahimi
Jimadie Shah Othman
Okt 7, 10
1:39pm

Peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.


Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

"Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu."

"Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.

Tangan belakang

Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Menurut mereka, Rahimi sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.


Latheefa dan Saiful - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersolakan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah.

Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.

"Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan. Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki.

MARI BERKENALAN DENGAN RAHIMI OSMAN


Nota Indie: Lagi satu kali Pak Sheikh sudah kena tikam belakang. Stab at The Back kali ini boleh tahan dia punya sakit wooo. MAMAT SKEMA ni dibagi peluang, dilatih, dibagitahu macam-macam rahsia taktikal dan di beri pelbagai pendedahan akhirnya pun MENYEBERANG KAPAL. Satu-persatu anak-anak didik Anwar Ibrahim belot. Nampaknya AKUAN BERSUMPAH kat Malaysia ni sudah sama taraf dengan TOILET PAPER. Buat kesat taik boleh laa... Rakyat melihat episod ini sambil menggeleng kapla. Kalau tak silap budak ini adalah sepupu kepada salah seorang blogger penyokong tegar Pakatan Rakyat. La laa...lala...tra laaa.... DUIT BUAT BELI CHENTAA... DUIT JUGA BOLEH BELI MANUSIA... Macam-macam hal... sejak nak pilihanraya kecil di GALAS nih.. DUIT BERTABURAN MERATA-RATA... SIAPA TAMAK DIA YANG KAYA...




Siapa Rahimi Osman?
Aidila Razak
Okt 7, 10
10:48am

Kongsi 0PKR, yang mendapat publisiti buruk khususnya pada mesyuarat agung tahunan beberapa cabangnya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekali mencuri tumpuan dengan pendedahan oleh Rahimi Osman.


Beliau membuat laporan polis semalam dengan mendakwa Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Ketua Pemuda PKR Kedah Saiful Izham Ramli memaksanya membuat dua laporan bersumpah pada tahun 2008.

Dalam laporannya, beliau berkata akuan bersumpah berkenaan dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

Rahimi adalah pembantu Anwar pada tahun 2007 dan 2008 dan dikatakan antara mereka yang paling rapat dengan ketua umum PKR itu semasa pilihan raya umum.

Kandas di UIA

Beliau direkrut pada Mac 2007 bagi mengemas-kini blog Anwar, selepas kandas dalam peperiksaannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Jejaka berusia 25 tahun itu ditempatkan di pejabat PKR di Seksyen 16, Petaling Jaya yang juga dianggotai oleh kakitangan lain seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tzin dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah - semua mereka sekarang ini adalah perwakilan PKR.

Seorang lagi kakitangan adalah Nathaniel Tan yang mengendalikan sebuah lagi pejabat di Phileo Damansara.


"Rahimi menyertai pada mulanya sebagai seorang sukarelawan. Tetapi beliau kemudian menguruskan semua temu-janji Anwar khususnya ketika tempoh pilihan raya kerana semua pembantu lain sibuk dengan kempen masing-masing,” kata seorang lagi kakitangan, Farhash Wafa Salvador.

Yang menarik, Rahimi adalah rakan sekolah Mohd Saiful Bukhari Azlan, di SMK Damansara Utama.

Saiful adalah pembantu kepada Anwar yang mendakwa dirinya diliwat tanpa rela oleh ketua pembangkang itu.

Rahimi juga adalah orang yang memperkenalkan Saiful kepada bossnya itu.


Perkara berkenaan didedahkan oleh Saiful semasa perbicaraan kes liwatnya itu.

Malah, nama Rahimi ditimbulkan sebanyak dua kali pada perbicaraan berkenaan.

Saiful juga membuat pengakuan bahawa Rahimi menghubunginya untuk berbual pada satu ketika pada Mac 2008 sebelum pilihan raya umum diadakan.

SEMPATKAH MUHYIDDIN JADI PM?

TERJUIH-JUIH MULUT ABANG DIN...


Nota indie:
Apakah Muhyiddin sempat merasa kerusi empuk PM MALAYSIA? Ramai orang cakap berkemungkinan besar tak sempat, sebab Brother Anwar nak 'topple' BN masa next election ni. Atau Muhyiddin Yasin sendiri dah tak menyempat-nyempat. Almaklumlah kerusi TPM ni 'berhantu'. Musa Hitam, Ghafar Baba & Anwar Ibrahim semuanya naik hantu bila sandang jawatan ini. Bila bekas setiausaha politik beliau sendiri yang membuka pekung ini, nampaknya Muhyiddin kena berhati-hati, jangan terlalu celupar. Bukan apa... takut-takut senjata makan tuan. Pendedahan ini juga dilihat sebagai satu cara Mustapha Kamil Ayub untuk meraih sokongan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Takpe lah dia boleh cuba... berhasil belum tentu...


Muhyididin 'berubah' kerana kerusi no 1
Jimadie Shah Othman
Okt 7, 10
9:58am

Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, mantan bosnya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berubah menggunakan pendekatan “mengapi-apikan sentimen Melayu” disebabkan penangan kerusi perdana menteri yang sedang diintainya.

Musataffa jenis pemimpin berani lepaskan jawatan penting dan tinggalkan periuk nasik DEMI PRINSIP & PERJUANGAN... Dihargaikah beliau dialam Parti Anwar Ibrahim??? Atau hanya sekadar 'Coffee Boy'...

Mustaffa – bekas setiausaha politik Muhyiddin selama empat tahun sehingga Disember 2008 berkata – perkara itu juga disebakan keadaan politik sekarang berbeza berbanding ketika Muhyididin memimpin kementerian belia dan sukan lebih sepuluh tahun lalu.

“Ada perbezaan pendekatan sebab dalam hal sekarang ini, beliau sudah mula mengintai kerusi nombor satu negara,” katanya ketika ditanya sama ada Muhyididin masih merupakan orang yang sama.

“Jadi sebab itu (sekarang ini), segala langkah yang beliau (Muhyiddin) ambil, sifatnya adalah untuk mengintai peluang kerusi nombor satu negara.”


Mustaffa - yang meletakkan jawatan bagi menyertai reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim – berkata, pendekatan Muhyididin kini “berganjak” kerana kedudukannya dalam Umno tidak lagi “terancam”,

Sebelum ini, menurut Mustaffa, Muhyiddin bergelut membuang label sebagai “orang kanan Anwar”, antaranya kerana menjadi antara menteri terawal melawat Anwar setelah dibebaskan daripada penjara.

Alat Dr Mahathir

“Sehingga dalam banyak keadaan (pada masa itu) beliau agak tersisih daripada arus perdana politik (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada masa itu.


“Tetapi kini beliau sudah dapat rasakan ada kekuatan yang tersendiri, oleh itu pendekatan dan imej yang beliau ketengahkan agak berbeza berbanding 10 tahun lalu,” kata aktivis belia dan NGO Islam itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur tengah hari semalam, Mustaffa tidak menolak kemungkinan timbalan perdana menteri “yang sukar senyum tetapi berhati baik” itu mungkin diperalatkan Dr Mahathir bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kepada Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam konteks politik Umno, hal itu mungkin saja berlaku,” katanya sambil berkata perkara itu mungkin bertujuan mempertahankan legasi panjang pemerintahan Dr Mahathir sebelum ini.


Tanpa segan, Mustaffa - yang kini mengorak perjalanan politiknya sendiri melalui PKR dan mula menggapai kedudukannya yang sama dengan Muhyiddin dalam Umno sebagai timbalan – sanggup berdebat dengan mantan bosnya itu berhubung isu Melayu.

“Apa yang tidak betul, kita akan kritik, termasuk (isu) yang terbaru ini. Beliau yang kita faham berada di belakang PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) membawa sentimen Melayu... Dan saya sedia mencabar beliau (nyatakan) juga bagaimana bentuk Melayu yang kita ketengahkan?

Tiga persamaan dengan Muhyididin

“Apakah Melayu yang boleh mengizinkan rasuah boleh berleluasa? Ataukan pimpinan Melayu boleh membenarkan penyelengan wang rakyat terbiar begitu sahaja?” soal Mustaffa bertubi-tubi.


“Jika ingin beliau gunakan sebagai alat untuk memenuhi aspirasi serta serakah politik Umno, itu kita akan serang habis-habisan. Dan jika beliau ingin berdebat, kita juga sedia berdebat dengan beliau dalam hal itu.”

Menurut analisis Mustaffa juga, dalam masa yang sama pendekatan Muhyiddin dilihat berbeza dengan Najib yang menurutnya cuba mengambil hati masyarakat bukan Melayu.

“Itu sifatnya (politik) pedang bermata dua, double standard (pilih kasih) dalam politik yang mereka lakukan,” kata Mustaffa.

Menegaskan PKR mengamalkan politik nilai yang tidak berasaskan perkauman, 'politik lama' Umno dan BN itu sudah mula pecah, terutamanya apabila peneroka Felda dan Felcra sebagai penyokong kuat kerajaan didakwa sudah berubah.

Bagaimanapun, di sebalik semua kritikan keras itu, Mustaffa mengakui, beliau pada 12 tahun lalu berkongsi tiga persamaan dengan Muhyididin, iaitu saling menekuni aspek kepemudaan, hampir dengan nilai keagamaan dan memberi “dokongan baik” kepada Anwar.

Karektor itulah yang mungkin mewujudkan keserasian antara mereka dalam satu pasukan, akui Mustaffa.

Sabtu, Oktober 02, 2010

PERISTIWA DI KUALA LUMPUR. KL MEMANG REAL !


kuala lumpur memang 'real'. sungai kelang adalah teh tarik! asap bas menyelebungi kota. manusia berpusu-pusu. kesana sini. pagi-pagi ramai yang sedang mengunyah roti canai. pagi sabtu ada yang bangun tidur lambat. berita-berita didada suratkhabar menghidupkan kota ini. distesyen minyak kereta satu persatu memberi enjin minum. jalanraya yang sentiasa sibuk. bila melintas jangan berdiri ditengah-tengah 'line'. merbahaya. panggung ODEON tersergam gagah. sesekali ternampak orang gila mengutip makan didalam tong sampah. gerai ditepi jalan. kuih karipap sejuk basi orang berebut-rebut. TV3 pengacara tersenyum manja. seksi. rokok bertukar puntung. laporan dari portal BERNAMA adalah terkini! baju-baju diampaian masih basah kerna baru disidai. menunggu panas ke petang. rupanya barang-barang naik harga. dicafe latte versi key ell ada mamat berbaju putih, segak bergaya sedang berpura bercakap pakai handphone. matanya melirik dada perempuan mat saleh cun. inilah bahasa. inilah gaya. ini konotasi kehidupan. Ya Kuala Lumpur memang real...

Jumaat, Oktober 01, 2010

NAJIB BERUKAR JADI PELANDUK TAHUN 1999

NOTA: Siapakah yang bakal 'terasa hati' dengan kenyataan terbaru PM kali ini? Mahathir atau Anwar? Nampak lebih kepada Mahathir sebab 'statement' ini seolah-olah seperti menyalahkan Tun. Atau mungkin kita tersalah baca. Boleh jadi ini ditujukan kepada Anwar Ibrahim sebab memilih 'kuda yang salah'. Elok-elok satu langkah nak jadi PM akhirnya jadi tragik sebab kes lawan tauke. Memang tahun 1999 itu Najib hampir-hampir tersungkur kutip gigi. Begitupun ramai juga yang angkat topi dengan Najib sebab berani dan jujur mengakui kelemahan diri.

Najib: Saya umpama 'pelanduk' pada PRU 99
Aidila Razak
Okt 1, 10
1:00pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini secara tidak langsung menyalahkan pertelingkahan di antara perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saat paling gelap sepanjang 35 tahun kerjaya politiknya.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, Najib berkata kemerosotan mendadak majoriti kemenangannya di parlimen Pekan pada pilihan raya umum 1999 kepada hanya 241 undi adalah diibaratkan sebagai 'gajah bersama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit'.

"Ada masanya, saya amat kecewa dengan situasi yang bukan kerana tindakan saya sendiri.
"Dalam persekitaran seperti itu, anda menjadi mangsa keadaan atau 'collateral damage' - saya tidak tahu sama ada ia perkataan yang tepat dalam proses itu,” katanya.

Najib berkata demikian pada forum dialog bersama 100 pemimpin ASEAN di ibu negara hari ini. Beliau ditanya sama ada pernah terfikir untuk berputus asa, khususnya berikutan keputusan pilihan raya umum 1999 yang mengecewakan.

BN mengalami kemerosotan sokongan, berikutan pendakwaan Anwar pada 1998 yang menyaksikan bantahan besar-besaran rakyat.

"Pada 1999, saya yakin penduduk Pekan membuat kesilapan dan sebenarnya pada hati, mereka menyokong saya.

"Secara peribadi, saya boleh beri pelbagai alasan (cara mereka mengundi), ada yang tidak berkaitan langsung dengan saya,” katanya kepada lebih 100 hadirin.

Ahli parlimen Pekan itu berkata perkara paling mencabar adalah “meskipun seseorang itu cekap tetapi jika memilih 'kuda yang salah', mereka akan berakhir dengan tragik”.

terdampar di sebuah cafe' latte, lokasi : Paris, France.

buku berlambak-lambak. tidak terbaca lagi. cuma kebelakangan ini aku konsenstrasi ku lebih kepada sebuah buku fisksi tulisan Kam Raslan. tajuk dirahsiakan sebab aku taknaka bagitau. cari sendiri. tapi cerita itu 'best' lah. kaw-kaw jalan ceritanta. plot demi plot ku baca. seolah-olah seperti aku terdampar di cafe, Paris, France sambil menghirup cuppocino.

kalau betul apa salahnya...

NAJIB RAZAK & NASIK LEMAK 1 MALAYSIA...

dah 2 hari makan nasik lemak. mesti merbahaya. nasik yang banyak lemak. apa pilihan yang kita ada? roti canai, nasik lemak dan mee. nak makan mee tiap-tiap hari rasa bosan pulak.

kuih pulak manis-manis.

aku akan cuba makan makanan yang menyihatkan, makanan yang bagus akan menyihatkan otak.

tadi semasa makan nasik lemak dan minum kopi, aku terbayangkan bagaimana agaknya mat saleh datang melancong di Malaysia dan pertama kali makan sambal nasik lemak. menggelupur tak tahan pedas kah?

nasik lemak makan MALAYSIA. nasik lemak makan 1 Malaysia. konon. yang kurang bagus nasik lemak tinggi kolestrol, maka sangat tak bagus kalau di makan setiap hari. akan tetapi Nasik Lemak memang kool. sedap dan lazat walau kurang berkahsiat.

mungkin Najib Razak boleh cuba menyatukan semua bangsa dengan belanja sarapan pagi, apabila tiap-tiap pagi dia turun berjumpa dengan rakyat bawahan...

Najib boleh makan nasik lemak sambil cuba beramah mesra dan bertanya khabar kita semua. tanya apa masalah kita, dan menjadi "a good listner..."

tapi belum tentu berhasil... tetapi boleh cubalah...

Selasa, September 28, 2010

ANWAR IBRAHIM DI TENTANG OLEH AKAR UMBI???

wajah terbaru Zaid yang diambil dari Malaysiakini. kalau anda perasan, lukisan belakang kaler pink, baju kaler pink, dan kulit pun macam kaler pink. hebaaattt... ini baru gaya bakal Timbalan Presiden PKR

pertembungan diantara lawyer liberal Zaid Ibrahim dengan Azmin Ali bakal kemuncak beberapa hari lagi.

bersediakah Azmin untuk tumbang? atau Zaid kembali menjilat ludah didalam UMNO. terbakar menjadi abu...

berpatah arangkah Zaid kepada PKR?

atau mungkin pencalonan Zaid dari akar umbi satu manifestasi penentangan terhadap Anwar Ibrahim sudah bermula...

anak-anak piranha sudah mula tanggalkan gigi susu mula belajar nak makan daging tuan kolam...

Isnin, September 27, 2010

monolog jalan masjid india

terpandang dari tingkap hotel. sekeliling ini gelap. melihat jln masjid india. daki-daki kuala lumpur. jalan basah. hujan turun renyai. ku hembus asap nikotin. ada suara berlabon-labon. faham aku tidak faham. kenal ku bahasa itu. tamil. gerai suratkhabar lama dijalan tepi. gerombolan fakili dijalan tepi. kopiah india muslim yang sangat putih. kulit hitam mereka. kuih wade telah lembab. cai bertukar sejuk. dinding bangunan berkulat. radio masih terpasang. inilah kota! kotorannya adalah warga...

Sabtu, September 25, 2010

Buku TAPAI selepas raya...

syahwat ku besar untuk memiliki sebuah buku berjudul 'Tapai'. tapi kekeringan selepas raya. begitupun Tapai itu agak mahal. 45 ringgit. begitupun agak berbaloi. tulisan-tulisan didalam bahasa inggeris itu sungguh mengujakan. terdapat satu kisah yang ku baca tentang gerai laksa dibawah pohon janggus. tulisan penuh estetika seni dan penuh bergaya. diselitkan juga foto kawan-kawan mudanya yang di gelar "my punk friends'. mereka semua sedang asyik menghirup laksa janggus. selera ku terbuka. mindaku berbahagia seketika...

Isnin, September 20, 2010

mengapa kita masih terus berhari raya di Tanah Melayu ini...

aku menunggu disini. menunggu-nunggu. tertunggu-tunggu. cuaca mendung. angin sejuk. selepas raya segalanya tampak sepi. walaupun bising tapi sunyi. apakah telah kehabisan kordial oren? jangan takut gerai lemang masih ada ditepi jalan.

aku masih bersamping emas. aku terus berbaju melayu. semangat hari lebaran ku belum mahu pudar. jadi aku terus melayan keindahan ini. apakah maksud ini?

kemanakah kita? untuk apa kita disini? mengapa aku terus berhari raya di Tanah Melayu ini...

Sabtu, September 18, 2010

GILIRAN ZAID PULA KENA BANTAI DENGAN AZMIN~!!!



NOTA: APAKAH ZAID IBRAHIM AKAN MERAJUK DAN KELUAR DARIPADA PARTI KEADILAN RAKYAT? DAN APAKAH SINDROM 'KKS' AKAN MELANDA ZAHID, SELEPAS EZAM TELAH DIJANGKITI VIRUS YANG SAMA.
*SINDROM 'KKS' = KURANG KASEH SAYANG... ouch!
'Zaid bankrap, guna politik murahan'
Sep 17, 10 1:33pm

Walaupun nampak tenang di permukaan, tetapi di dunia maya, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan penyokongnya kini dilihat lebih agresif 'menyerang' pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

Semuanya bermula apabila pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi (kiri) Nik Ahmad tengah hari tadi dipercayai menyindir Zaid dengan berkata:

"Kalau yakin boleh menang janganlah kata akan dilayan seperti arwah (bekas timbalan perdana menteri) Tun Ghafar (Baba). Kempen secara positif, dengan yakin. Alangkah baiknya."

Walaupun tidak menyebut nama Zaid, ia dipercayai jelas merujuk kepada bekas menteri itu ekoran kenyataannya yang menjangkakan terdapat kemungkinan beliau "dikuburkan" seperti Ghafar itu setelah ada "wira baru yang handal" Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menulis dalam blognya awal September lalu, Zaid berkata, sejak mengumumkan hasrat bertanding dalam pemilihan PKR, beliau dianggap "sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno", berbeza dengan keadaan ketika disambut masuk sebagai wira tahun lalu.

Malah beliau juga mendakwa, ada yang cuba mengupah penulis blog popular bagi memburukkan namanya, antaranya dengan menulis kononnya beliau akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkannya.

Menulis dalam laman Twitter tengah hari ini, Nik Nazmi - dilihat antara pendokong Azmin - juga menulis dalam bahasa Inggeris bahawa "drama" seperti itu tidak diperlukan dalam PKR.

Sementara itu, membalas tulisan Nik Nazmi itu, Azmin (kanan) pula menyifatkannya sebagai "hujah yang mantap dari anak muda"

"Malangnya ada orang yang bankrap dan guna gutter politics (politik murahan)," balas Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Anwar.

Serangan terhadap Zaid juga dilihat sebagai reaksi terhadap kenyataannya semalam yang secara sinis menyifatkan tindakan Azmin menawarkan diri bertanding dibuat dengan penuh "gaya" semalam.

Malah, Zaid - kini penyelaras Pakatan Rakyat - juga menyifatkannya sebagai 'pertunjukkan' yang mengagumkan" dan "amat mengejutkan".

Jumaat, September 17, 2010

ZAID IBRAHIM KATA AZMIN ADA GAYA ALFRED DUNHILL OF LONDON...

NOTA : APAKAH AGAKNYA MAKSUD SEBENAR ZAID BILA DIA KATA BEGITU KEPADA AZMIN ALI? ADA GAYA... GAYA APA? GAYA SARKAS KAH? MENGIKUT SITUASI TERKINI ALAMATNYA TERLUNGKUPLAH SI ZAID NI DALAM PKR. TAPI DALAM POLITIK MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU. ORANG YANG PADA MULANYA NAMPAK MACAM DAH NAK KALAH DAN TINGGAL NYAWA-NYAWA IKAN DIAKHIRNYA BERJAYA BUAT COMEBACK DI MINIT TERAKHIR. APAKAH SENJATA BUAH PUKULAN TERAKHIR ZAHID? TUMBANGKAH BROTHER AZMIN?... OOHHH MUNGKIN TIDAK... KENA INGAT...AZMIN ITU DUPLICATE ANWAR IBRAHIM. LAWAN AZMIN BACAAN TERSIRATNYA... BERMAKNA LAWAN ANWAR IBRAHIM~!!!


Zaid: 'Pertunjukan' Azmin ada gaya
Aidila Razak
Sep 16, 10
4:32pm

Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan Naib Presiden PKR Azmin Ali menawarkan diri bersaing dengannya bagi merebut jawatan timbalan presiden parti itu berjaya dibuat dengan penuh "gaya" pagi tadi.

"Dia lakukannya penuh bergaya," selorohnya ketika ditemui dalam sebuah seminar mengenai integriti di sebuah universiti di Kuala Lumpur hari ini.

Diminta memberikan reaksinya, Zaid (kanan) bagaimanapun secara sinis berkata: "Ia pertunjukkan yang mengagumkan. Amat mengejutkan."

Azmin pagi tadi mengumumkan hasratnya bertanding jawatan naib presiden di sebuah hotel di Kota Kinabalu dengan diringi sekumpulan pemimpin kanan PKR.

Walaupun ada yang menafikannya, sejak minggu lalu, beberapa wakil rakyat PKR telah muncul menyatakan sokongan terhadap Azmin sebagai pemimpin nombor dua parti itu.

Khamis, September 16, 2010

AZMIN ALI TIRU TAKTIK ANWAR IBRAHIM. MENANGISKAH ZAID SEPERTI GHAFAR BABA???

WAH! SALING TAK TUMPAH SEBIJIK MACAM STYLE BROTHER ANWAR SEWAKTU MENCABAR GHAFAR BABA UNTUK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO TAHUN 1993. BANYAK YANG MASIH BUDAK LAGI TIME TU... HANYA YANG OTAI-OTAI JER BULEH BAYANGKAN BETAPA 'HAPPENING' NYA GENG WAWASAN (PUAK2 ANWAR) TIME TUH... SAMPAI MENANGIS PAK GHAFAR DIBUATNYA (BAWAK BEG PLASTIK MASA KAT AIRPORT LAMA SUBANG, SORANG PUN TAKDE SAMBUT) PADAHAL MASA TU PAK GHAFAR MASIH LAGI TIMBALAN PERDANA MENTERI. NAMPAKNYA AZMIN ALI BANYAK BELAJAR ILMU POLITIK PANCUNG DENGAN BOSS BELIAU. SEMOGA BROTHER AZMIN BERJAYA DENGAN AGENDANYA... BRAVO!


Azmin Ali sah tanding timbalan presiden
Sep 16, 10 9:31am

Kongsi 0Azmin Ali akhirnya menawarkan diri bertanding kerusi timbalan presiden PKR setelah penyandangnya Syed Husin Ali membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan itu.

"Setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti dan anggota-anggota parti termasuk perbincangan terus dengan Dr Syed Husin Ali; saya dengan penuh rasa tawaduk dan rendah hati ingin menawarkan khidmat saya sebagai timbalan presiden," katanya.

Azmin (kiri) - kini naib presiden - juga berjanji akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi bersama pucuk pimpinan dan anggota parti yang lain.

"Saya turut berazam untuk memastikan pemilihan kepimpinan (PKR) 2010 berlangsung dalam suasana sihat dan (penuh) semangat kekeluargaan di sepanjang proses kempen dan pemilihan parti.

Pengumuman Azmin itu hari ini dengan sendirinya melengkapkan desas-desus pertembungannya dengan penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim yang turut mengumumkan kesediaannya merebut jawatan yang sama sebelum ini.


Dalam satu kenyataan hari ini, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak mengambil kesempatan menyatakan penghargaan dan terima kasih terhadap Syed Husin atas sumbangan dan perjuangan berterusannya dalam PKR.

"Dr Syed Husin Ali beristiqamah dalam perjuangan. Sifat istiqamah beliau akan terus menjadi inspirasi kepada anggota-anggota parti dalam meneruskan perjuangan ini," katanya.

Sementara itu, "selaku anggota muda parti yang jatuh dan bangun bersama perjuangan lebih sedekad", Azmin turut mengulangi sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail selaku presiden parti itu.

GAMBAR WAJAH PEMBUNUH USTAZAH

Mualaf bunuh ustazah, anak didakwa

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my

GAMBAR MUKA ALI TAN @ ALI SYAITON~!!!
NOTA: TAK SUKA JER BUNUH, TARAK WANG JA BUNUH, BERCERAI JER KASI BUNUH, PUTUS CHENTA JAAA KASI BUNUH LAGI.... BUNUH! BUNUHH! DAN BUNUHHH~!!! PALA BUTOH BAPAK HANG LAA... PERGI FUCK OFF AND DIE LAGI BAGUS... IDUP PON MENYUSAHKAN MASYARAKAT... KALAU TAU LAA PERANGAI KORANG CAMNI...PATUT KECIK-KECIK LAGI PATUT PIJAK KASI MATI... FUCK LAGI SEKALI UNTUK MAMAT NIH!

SEREMBAN - Jiran kepada seorang ustazah dan anaknya yang ditemui mati di rumah sewa mereka di Port Dickson dekat sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh dua beranak itu pada 2 September lalu.

Tertuduh, Ali Tan Abdullah, 34, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan terhadap dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret M. Mageshwary.

Mengikut pertuduhan, Ali Tan didakwa membunuh Norliza Ishak, 35, di rumah bernombor B5-1-09B, Flat Win Min, Pasar Baru, Port Dickson antara pukul 3.15 petang pada 2 September 2010 hingga pukul 10.15 pagi pada keesokan harinya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang juga jiran mangsa didakwa turut melakukan perbuatan sama terhadap anak mangsa, Amirul Ayman Yusoff, 10, di lokasi, tarikh dan waktu yang sama.

KES BUNUH JUTAWAN : MEKANIK PULA DAKWA ISTERINYA PERNAH JADI MANGSA

Mekanik dakwa jadi mangsa suspek utama Sosilawati

P. Balasandam (dua dari kanan) bersama salah seorang anaknya, Arun menatap gambar mendiang isterinya, T. Selvi di rumahnya di Taman Cempaka, Banting, Selangor, semalam.

KUALA LANGAT 15 Sept. - Seorang pemilik bengkel kereta di pekan Banting dekat sini mendakwa kematian isterinya pada tahun lalu ada hubung kait dengan suspek utama iaitu seorang peguam yang kini ditahan untuk membantu siasatan kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lagi di Tanjung Sepat, baru-baru ini.

P. Balasandam, 54, berkata, dia yang turut cedera parah dalam insiden dua tahun lalu pernah menjalinkan kerjasama dengan suspek atas urusan pinjaman wang sejak 2006.

Katanya, dia bertindak sebagai pemberi pinjaman mencecah berpuluh ribu ringgit manakala suspek pula menyediakan dokumen perjanjian.

Namun, katanya, keadaan bertukar menjadi masalah apabila beberapa peminjam enggan melunaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

"Masalah yang timbul adalah peguam itu mendakwa saya pula mengugut peminjam menyebabkan wang yang saya beri tidak mahu dipulangkan.

"Ekoran itu, saya telah ditahan lokap di Balai Polis Teluk Panglima Garang beberapa hari atas dakwaan mengugut," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Cempaka di sini hari ini.

Balasandram juga mendakwa, pada Disember 2008, peguam itu telah mengupah dua lelaki untuk menyerangnya dengan parang menyebabkan kedua-belah bahunya, kening, kepala dan hidung mengalami cedera parah.

Katanya, kejadian itu berlaku di bengkel keretanya di pekan Banting.

Namun, kemuncaknya, kata Balasandram adalah apabila isterinya, T. Selvi, 46, dibunuh setelah diserang di kawasan rumah mereka. Isterinya ditikam di bahagian dada, perut pada April 2009 kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, dia bersetuju menjalinkan kerjasama dengan suspek ketika itu kerana mereka ada pertalian saudara dan para peminjam juga sudah lama dikenali.

"Sehingga kini kes saya diserang dan isteri dibunuh masih belum selesai," ujarnya.

PENYANYI NASH ANGGAP PEMANDU SOSILAWATI SEPERTI ADIK SENDIRI

Nash anggap Kamaruddin seperti adik kandung
2010/09/15

KUANTAN: Penyanyi Nash menganggap pemandu peribadi bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Kamaruddin Shamsudin, 44, seperti adik kandung sendiri.

Nash atau nama sebenarnya Nasharudin Elias berkata, beliau dan Kamaruddin, 44, mula rapat sejak 25 tahun lalu selepas sering bekerjasama dalam bidang muzik.
Beliau berkata, Kamaruddin banyak membantunya melakukan kerja-kerja muzik, terutama sistem bunyi, sama ada di dalam studio mahupun konsert ketika dia masih bersama kumpulan Lefthanded suatu ketika dulu. "Hubungan kami terlalu rapat dan keluarganya juga sudah seperti keluarga saya sendiri," katanya selepas melawat keluarga Kamaruddin di Indera Mahkota 2 di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga rapat dengan anak-anak Kamaruddin yang dianggap seperti anak sendiri.

Sementara itu, bekas penyanyi Kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail pula menyifatkan Kamaruddin seorang yang suka bergurau dan disenangi rakan-rakannya.

Katanya, Kamaruddin sentiasa membantu persembahan kumpulan itu terutama dalam penyusunan sistem muzik, sekiranya terbabit dalam sebarang konsert di dalam dan luar negara.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan dia pada tahun lalu dan tidak menyangka itulah pertemuan terakhir kami berdua," katanya.

Sementara itu, kakak Kamarudin Ramlah Shamsudin, 49, berkata adiknya itu pernah menyuarakan hasrat untuk melihat anak bongsunya, Irfan Aiman, 8, menjadi seorang ustaz suatu hari nanti.

Ramlah berkata, ketika menyerahkan Irfan kepada beliau untuk dijaga sewaktu berusia dua hari, Kamarudin berpesan supaya anaknya itu diberikan pendidikan agama yang cukup.

"Saya akan pegang amanah adik saya sehingga Irfan benar-benar dididik dengan pendidikan agama yang secukupnya, malah pada tahun depan, saya bercadang untuk mendaftarkan Irfan di sebuah sekolah agama dekat sini," katanya.

Ramlah juga berkata, sebelum kejadian malang menimpa adiknya itu, Kamarudin ada pulang ke Kuantan pada 27 Ogos untuk menemui Irfan dan membawa anaknya membeli baju raya. - Bernama

SEBELUM SOSILAWATI TERDAPAT 2 ORANG HILANG DIKAIT DENGAN SUSPEK

Suspek bunuh Sosilawati dikait - kes orang hilang
Sep 15, 10 5:30pm

Terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lain, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

"Kami sedang menyemak semula kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, dan apabila disiasat dua daripada kes orang hilang itu didapati mempunyai kaitan," katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sebuah restoran di Banting hari ini beliau berkata kes itu melibatkan kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.

Peguam berusia 41 tahun yang bergelar Datuk itu adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ahad lalu polis mengesahkan kempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat Banting.

Khalid sebelum itu dilihat melawat lokasi kejadian di Ladang Gadong bersama timbalan menteri dalam negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop kira-kira jam 10.30 pagi, dan keluar sejam kemudian.

Abu Seman ketika ditemui berkata kehadiran beliau di situ adalah untuk melawat anggota-anggota polis yang sedang bertugas di lokasi berkenaan pada Hari Raya.

Sementara itu Khalid mengingatkan pihak media agar tidak melaporkan kes pembunuhan itu secara melampau, dengan membuat pelbagai andaian sendiri.

Katanya selain menyulitkan siasatan polis, spekulasi yang ditimbulkan media juga boleh merunsingkan fikiran anggota keluarga mangsa yang masih sedih dengan berita kematian itu.

"Tolonglah, jangan tulis benda-benda yang tak disahkan. Jangan tulis cerita-cerita yang awak (media) dengar-dengar sahaja," katanya.

Sementara itu seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di restoran itu berkata peguam bergelar Datuk itu sering berkunjung ke restoran berkenaan, dan dia memang dikenali di kalangan penduduk kawasan itu.

- Bernama

Rabu, September 15, 2010

KES BUNUH SOSILAWATI : OBJEK TERBARU DI JUMPAI

Kes Sosilawati: Beberapa objek dijumpai lagi
15/09/2010 9:33pm

BANTING 15 Sept — Unit Forensik Polis hari ini menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau di sini.

Polis yang memulakan operasi pada pukul 3.30 petang ini dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.

Usaha pihak media untuk menghampiri kawasan itu bagi melihat dengan lebih jelas operasi itu gagal berikutan kawalan ketat dan media hanya dibenar berada kira-kira 100 meter dari kawasan itu. Operasi itu berakhir pada pukulpukul 5.30 petang.

Selain itu, polis juga memasang kain kanvas di tempat mereka beroperasi dan tindakan itu menyukarkan pihak media untuk melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan dan objek yang dibawa naik dari sungai itu.

Turut kelihatan berada di lokasi operasi ialah Pengarah Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Malek Harun. — Bernama

Apa khabar Malaysia selepas Raya?

apa khabar malaysia?
dah minum teh tarik? roti canai atau nasik lemak. dah baca surat khabar pagi ini. dah berjoging berapa kilometer. atau mula masuk ofis pagi ini.

cuaca hari ini ok tak?
KL biasalah mesti dah kembali banyak kereta. orang disana sini. melayu, cina, india, indon, bangla dan nepal smeua ada. bunyi hon merata-rata. hon bas publik paling menyakitkan telinga.

lepas raya macam mana?
perut kembali buncit. seluar jean makin ketat. berapa kilo makan lemang sampai berat badan naik. kalau lapar serdak kuih raya ada lagi. jangan risau raya sebulan. open house merata-rata. gerai-gerai lemang kat tepi masih ada. cuma nak sembahyang tarawikh dah tak boleh, sebab ramadhan dah habis. berapa banyak gula naik dalam darah? ya lah dah macam-macam air sirap di tibai....

Selasa, September 14, 2010

JUTAWAN KOSMETIK & 3 LAGI DISEMBELIH SEBELUM DI BAKAR


Empat juga disembelih
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Ibrahim Isa, Hayati Ibrahim, Mohd Harzrul Aminuddin, Shamsul Munir Safini, Muhammad Apendy Issahak, Sarah Zulkifly, Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

2010/09/14 BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.


CARI...anggota pasukan penyelam polis mencari bukti di Sungai Kanchong Laut, semalam. Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.

“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.

Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.


“Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan” katanya.

Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini.

Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.

Sementara itu, pasukan penyelam polis meneruskan usaha menyelam di dasar Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah bagi mencari objek yang boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan berkenaan, semalam.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun.

KES BUNUH SOSILAWATI & ALTANTUYA ADA PERSAMAAN???



KUALA LUMPUR, 14 Sept: Wanita Keadilan mengecam pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya Abdullah Yusof bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya.

Mereka meninggal dunia dalam insiden culik, pukul, bunuh dan bakar di Tanjung Sepat, Banting.

“Wanita Keadilan mengecam perbuatan terkutuk ini sebagai sesuatu yang kejam dan zalim.

“Wanita Keadilan juga merasakan tragedi tersebut merupakan satu lagi kes pencabulan terhadap wanita di negara ini,” ujar ketuanya, Zuraida Kamaruddin (gambar) dalam satu kenyataan.

Baginya, perasaan hormat kepada kaum Hawa semakin hari semakin terhakis.

Sebelum ini, katanya negara digemparkan dengan berita kematian ngeri seorang model yang dikenali sebagai Altantuya Shaariibbu beberapa tahun yang lalu yang dibunuh secara kejam dengan letupan bom.

“Peristiwa pembunuhan kejam dan zalim itu tidak wajar dan ini dengan jelas menunjukan bahawa tahap keselamatan rakyat di negara ini khususnya wanita makin tidak terjamin,” katanya.

Menurutnya, akibat daripada sikap lepas pandang dan tidak komitednya PDRM dalam membuat siasatan dan kegagalan menangkap penjenayah sebenar dalam kes Altantuya, menyebabkan ada pihak yang begitu berani mengambil kesempatan atas ketidakmampuan PDRM menyelesaikan kes pembunuhan tersebut dan juga beberapa kes lain yang melibatkan wanita.

“Masihkah kita ingat kes pembunuhan Mustakhizah?

“Jenayah ini berulang lagi hari ini akibat kegagalan kita sendiri memilih kerajaan yang telus, berwibawa, amanah yang tidak mempergunakan institusi kerajaan untuk kepentingan peribadi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Oleh itu, katanya Wanita Keadilan mengecam kes pembunuhan itu dan menyampaikan perasaan simpati dan takziah kepada keluarga semua mangsa.

Wanita Keadilan, jelasnya mengharapkan satu bentuk tindakan yang tegas oleh pihak PDRM dan berharap Ketua Polis Negara yang baru dilantik dapat membawa perubahan dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia sekaligus menyegerakan siasatan dan mengheret semua mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Isnin, September 13, 2010

SOSILAWATI DI SEKSA DENGAN KEJAM SEBELUM DI BUNUH

CARI BUKTI...anggota polis memeriksa sisa tulang dan abu mayat di Banting, semalam. Gambar kecil, salah seorang suspek yang ditahan.

SIDANG AKHBAR...Bakri(kiri) mengadakan sidang akhbar berhubung kehilangan Sosilawati bersama tiga rakannya, semalam


Diseksa sampai mati

2010/09/13 KUALA LANGAT: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu hilang bersamanya melalui detik ngeri diseksa, dibelasah selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin, selepas anggotanya melakukan soal siasat lapan suspek ditahan selepas dipercayai ada hubung kait kes kehilangan jutawan berkenaan sejak 12 hari lalu.

Menurutnya, hasil siasatan, polis memberkas seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun disyaki dalang utama merancang kes penculikan dan pembunuhan kejam selain adik suspek berusia 38 tahun.

“Polis mengesan lokasi mangsa dipercayai dibunuh berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, di sini, selepas menahan adik-beradik terbabit selain enam lagi suspek turut terbabit.

“Lima suspek awal diberkas Jumaat lalu sebelum peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas kelmarin. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun turut dikaitkan kes pembunuhan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, semua suspek berusia 19 hingga 45 tahun berkenaan dikenal pasti pekerja kepada Datuk berkenaan termasuk ada antara mereka pekerja di ladang tempat mangsa dibunuh

“Polis setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa dibawa ke ladang itu sebelum dibunuh dengan kejam, Ada kemungkinan mangsa dipukul sehingga mati menggunakan senjata sebelum sengaja dibakar hingga menjadi debu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, petang semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa yang bertukar menjadi debu dicampak ke sungai berhampiran dan dihanyutkan ke laut berhampiran pantai Morib, di sini.

”Polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar di tempat sama di dalam ladang kelapa sawit terbabit berdasarkan bukti awal diperoleh. Suspek dipercayai turut membuang senjata digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai sama.

“Setakat ini polis masih menjalankan gerakan memburu saki-baki dan rangkaian kumpulan penjenayah merbahaya terbabit. Polis percaya kumpulan terbabit turut bertanggungjawab dalam satu lagi kes sama awal tahun ini,” katanya.

Difahamkan empat individu turut mempunyai kaitan dan urusan perniagaan dengan peguam berkenaan dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai dibunuh dengan kaedah sama.

“Ada kemungkinan kes pembunuhan ini bermotifkan saingan perniagaan, namun polis masih menyiasat motif sebenar mangsa dibunuh kejam. Semua suspek akan ditahan reman sehingga 19 September depan untuk tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan.

“Apa yang boleh saya katakan, andaian mangsa masih hidup amat tipis. Bagaimanapun polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik mengesahkan sepenuhnya perkara berkenaan termasuk DNA bagi mengesahkan identiti mangsa dibunuh,” katanya.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu semasa keempat-empat mangsa berada di Banting untuk bertemu peguam bergelar Datuk berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar mereka dibunuh, tetapi ia mungkin antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehingga semalam.

Mengenai keluarga mangsa, beliau memberitahu, keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kes terbabit dan polis menjelaskan kepada mereka pengesahan lanjut daripada forensik dan Jabatan Kimia diperlukan mengesahkan sepenuhnya kematian semua mangsa.

“Apa yang saya boleh sahkan sekarang, pengakuan suspek menjurus ke arah itu,” katanya.

Mengenai tahap siasatan, beliau berkata, pihaknya tidak dapat menyatakan daripada segi peratusan, namun semua perkara hanya dapat disahkan dan disempurnakan selepas polis menerima laporan forensik dan kimia.

“Laporan forensik dan kimia akan mengambil masa, dan keluarga mangsa dan media akan dimaklumkan sebaik saja kami menerima semua laporan mengenai perkara ini,” katanya.

WAJAH-WAJAH YANG DITANGKAP KES BUNUH SOSILAWATI

LELAKI yang dipercayai seorang peguam bergelar Datuk (kanan) yang menjalankan amalan guaman di sebuah firma di Banting dan tiga lagi suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Abdul Nazir Mohamed

Dipukul, dibakar, dibuang

Oleh NOR SEDEK ISMAIL, ANGELINA SINYANG, SHOLINA OSMAN, NURUL ANUAR KARI, ROZIANAH RISMAN, MOHD. FIRDAUS ISMAIL, MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA, FAZRINA AYU RADUIAN dan NUR NAZLINA NADZARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LANGAT 12 Sept. – Polis hari ini mengesahkan empat daripada lapan suspek yang ditahan berhubung kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati.

Malah, suspek terbabit turut mengaku telah menahan, membunuh dan membuang abu mayat kesemua mangsa ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Morib dekat sini.

Sehingga kini, polis juga percaya senjata yang digunakan oleh pembunuh kejam terbabit turut dimusnahkan sehingga menjadi abu bagi menghapuskan bukti.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pembunuhan kejam itu dilakukan di kawasan seluas 500 meter persegi dalam ladang seluas 1.6 hektar di Tanjung Sepat, Banting dekat sini.

Menurut beliau, di dalam ladang itu, terdapat beberapa buah rumah kediaman serta tembok yang menghalang pemandangan dari luar.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini hari ini, Mohd. Bakri berkata, polis kini menunggu siasatan unit forensik dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mayat kesemua mangsa.

“Bagaimanapun, hasil siasatan berdasarkan pengakuan-pengakuan suspek menjurus kepada kes kehilangan keempat-empat mangsa sejak 30 Ogos lalu.

“Kita percaya mangsa telah dimusnahkan dengan cara demikian (tahan, bunuh, bakar dan buang). Semua eksibit (bahan bukti) termasuk pisau dibakar menjadi abu. Mereka telah dibunuh dan dibakar di tempat yang sama.

“Pegawai polis kini sedang menyiasat untuk mencari bahan bukti dengan kerjasama Jabatan Forensik dan Jabatan Kimia di tempat kejadian,” katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan.

Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki iaitu pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44: pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan mahu ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, misteri kehilangan keempat-empat mangsa itu hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut kelmarin di sekitar daerah ini.

Salah seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 41 tahun yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit.

Hasil siasatan ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di ibu negara memberitahu, pihaknya percaya kes kehilangan Sosilawati dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu itu akan dapat diselesaikan berikutan penangkapan beberapa suspek terbabit.

“Berhubung kes kehilangan Sosilawati, memang kita ada tangkapan (suspek) dan kita percaya tangkapan tersebut boleh menyelesaikan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perbarisan perpisahan sempena persaraan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Mohd. Bakri juga mengesahkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Polis Kuala Lumpur menyiasat kes tersebut kerana kesemua mereka dilihat pada kali terakhir meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Beliau memberitahu, polis telah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai perkembangan kes yang diperoleh polis sehingga hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menahan lima suspek berusia antara 19 hingga 45 tahun kelmarin, diikuti dua adik beradik berusia 38 dan 41 tahun semalam manakala seorang remaja ditahan hari ini.

Beliau berkata, polis tidak boleh mendedahkan kronologi penangkapan itu dengan terperinci kerana kes ini masih dalam siasatan dan berprofil tinggi.

“Kesemua suspek terdiri daripada dua perempuan dan enam lelaki. Dua daripada mereka adalah adik-beradik termasuk salah seorang daripadanya bergelar Datuk dan juga seorang ahli perniagaan.

“Enam lagi yang ditahan adalah rakyat tempatan yang bekerja dengan peguam tersebut,” katanya.

Mohd. Bakri menambah, penahanan kesemua suspek dilakukan apabila salah seorang daripada mereka dikesan memakai jam tangan sama seperti yang dimiliki oleh salah seorang mangsa.

Beliau juga tidak menafikan kedua-dua beradik itu adalah dalang kes tersebut dan ladang seluas 1.6 hektar itu adalah milik ahli perniagaan berkenaan.

Sementara itu beliau memberitahu, pihaknya sedang menyiasat secara menyeluruh untuk mengetahui motif kejadian.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan perniagaan, persaingan perniagaan atau perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dalam urusan jual tanah.

WAJAH PEGUAM YANG DI SYAKI TERLIBAT KES BUNUH SOSILAWATI

PEJABAT peguam di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di Banting dipercayai milik peguam Patmanaban (gambar kecil) yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Sosilawati.

PEGUAM ADA HARTA LUAR BIASA

BANTING - Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.

Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.

"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.

Bagaimanapun, katanya, peguam itu tiada rekod jenayah

APAKAH BENAR YANG DI BUNUH DAN DI BAKAR ITU SOSILAWATI?


SAH...Sosilawati dan tiga lain dibunuh mayat dibakar
Oleh: LUKMAN ABDULLAH

TERBAHARU - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Datuk Seri Bakri Zinin awal petang Ahad mengesahkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang hilang bersamanya sejak 30 Ogos lalu dibunuh dan mayat mereka dibakar di Lada ng Gadong,Tanjong Sepat dekat Banting, Selangor.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa abu mayat mereka telah dibuangdi sebatang sungai dekat ladang berkenaan.

Katanya, polis menahan lapan orang termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya yang juga peguam serta empat pekerja ladang milik Datuk itu.



Menurut Bakri hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Sebelum itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan tangkapan lebih empat orang dalam kes kehilangan Sosilawati dan tiga yang lain.

Beliau bagaimanapun enggan sahkan sama ada antara empat mayat rentung yang ditemui di Tanjong Sepat malam tadi adalah mayat jutawan kosmetik itu.

Katanya, pihak forensik masih jalankan siasatan. Ismail ditemui wartawan selepas majlis perbarisan perpisahan untuk Tan Sri Musa Hassan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuala Lumpur pagi Ahad.


Sementara itu pada sebelah tengahari Ahad Bernama melaporkan pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek .

Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap..

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.

Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu. -12/11/2010





Empat mayat rentung ditemui…ada kaitan dengan kehilangan Sosilawati




BERITA SEBELUM INI-Kalau mengikut jumlah mayat yang ditemui dan lokasinya sahaja... ia dapat terus dikaitkan dengan kehilangan penuh misteri jutawan kosmetik , Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lelaki sejak 30 Ogos lalu.

Ini ekoran penemuan empat mayat dalam keadaan rentung di sebuah ladang dekat Tanjong Sepat,Morib awal Sabtu malam.

Mereka dipercayai dibunuh sebelum dibakar.

Sosilawati, 47,pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru,Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 hilang sejak 13 hari lalu selepas dikatakan mahu ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Polis juga dikatakan telah menahan beberapa orang termasuk seorang peguam yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Penemuan mayat-mayat itu dikatakan hasil soalsiasat polis keatas mereka yang ditahan.

Sehingga Isnin lalu polis hanya menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.

Tanjong Sepat terletak tidak jauh dari Banting.

Namun sehingga berita ini ditulis jam 2.30 pagi polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penemuan mayat itu atau samaada ia ada kaitan dengan kehilangan Sosilawati.

Difahamkan usaha sedang dibuat untuk kenalpasti identiti empat mayat berkenaan.



Sementara itu Bernama melaporkan polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjung Sepat sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.

Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.

Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.

Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.

Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis telah menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.-11/9/2010

Ahad, September 12, 2010

POLIS MARIN MULA MENYELAM CARI BAHAN BUKTI PEMBUNUHAN

Penyelam polis marin cari bahan bukti pembunuhan Sosilawati
2010/09/12

BANTING: Pasukan penyelam Polis Marin hari ini menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lain.

Tinjauan Bernama berhampiran sungai itu yang terletak di jalan utama menuju Banting-Tanjung Sepat mendapati pasukan polis memeriksa bahan yang kelihatan seperti tulang berwarna kelabu kehitam-hitaman. Daripada pemerhatian, terdapat beberapa penandaan (marking) diletakkan pada bahan-bahan itu. Memandangkan wartawan tidak dibenarkan menghampiri kawasan operasi itu, mereka terpaksa berpusing di sekitar kawasan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Polis hari ini mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga orang lain mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Tiga orang lagi itu ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Operasi polis ini menarik perhatian orang ramai yang cuba memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Sementara itu, orang ramai turut berkumpul di satu kawasan yang terletak kira-kira 600 meter dari Ladang Gadong, tempat di mana mangsa-mangsa dipercayai dibakar.

Kira-kira jam 6 petang, polis mengarahkan mereka bersurai dan hanya membenarkan wartawan berada di situ. - BERNAMA

KES PEMBUNUHAN KEJAM SOSILAWATI: ANAK PEMANDU JATUH SAKIT

Sosilawati: Anak pemandu jatuh sakit selepas tahu ayah dibunuh
2010/09/12

SEREMBAN: Anak perempuan sulung kepada Kamaruddin
Shamsudin, pemandu jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya, jatuh sakit sebaik mendapat tahu hari ini bahawa ayahnya dibunuh dengan kejam sebelum dibakar. Menurut bekas isteri Kamaruddin, Noorfazilah Ab Sani, anak perempuan mereka
itu, Balqis, 12, sangat rapat dengan Kamaruddin dan asyik menangis mengenangkan
nasib ayahnya dan tidak menjamah sedikit makananpun sejak pagi tadi.

Noorfazilah, 33, berkata Kamaruddin sudah berjanji untuk menjemput anaknya
itu menyambut lebaran di kampung Kamaruddin di Kuantan kali ini.
"Balqis dengan bekas suami memang rapat dan manja. Bila saya beritahu
ayahnya sudah tiada, dia terus menangis, tidak mahu makan dan mengalami sakit
kepala sehingga demam," katanya kepada Bernama.

Semasa Kamaruddin dilaporkan hilang, Balqis sering memikirkan nasib ayahnya
malah selalu bertanya apa juadah berbuka puasa ayahnya.

Perkahwinan Noorfazilah dengan Kamaruddin berakhir dengan perceraian pada
2006, setelah mendapat tiga cahaya mata - Balqis Dayana; Izran Akmal, 9; dan
Irfan Aiman, 8.

"Izran masih keliru. Pada hari pertama ketika bekas suami dilapor hilang,
dia menjerit-jerit menyatakan itu bukan ayah dia sehinggalah gambar Kamaruddin
keluar dalam surat khabar, barulah dia terdiam," kata Noorfazilah.

Anak ketiga mereka, Irfan Aiman tinggal bersama kakak Kamaruddin di Kuantan
sejak kecil lagi.

Noorfazilah tinggal di Rembau bersama dua lagi anaknya itu.

Mereka berkahwin semasa Kamaruddin bekerja di King Studio dan Noorfazilah
ketika itu baru saja bertapak untuk menjadi artis rakaman dengan kelahiran
sebuah album dangdut.

Pasangan suami isteri itu sangat rapat dengan penyanyi dan juga bekas suami
Sosilawati iaitu Nash dan Noorfazilah percaya, bekas suaminya menjadi pemandu
Sosilawati selepas diperkenalkan oleh Nash.

Noorfazilah banyak bertanya tentang kejadian sebenar kerana hanya tahu
perkembangan tragedi pembunuhan itu melalui akhbar hari ini.

"Saya sebak mengenangkan anak-anak saya. Balqis Dayana akan mengambil
peperiksaan UPSR pada 22 dan 23 Sept ini, fikiran dia pula sudah pasti
terganggu," katanya.

Noorfazilah berkata beliau sedang berusaha memberi semangat kepada Balqis
untuk belajar dengan rajin: "Kalau betul sayang ayah. Berdoa dan bacalah Yassin
untuk ayah. Belajarlah rajin, jadi anak yang baik supaya ayah suka".

Menurut wanita itu, bekas suaminya itu dikenali sebagai "Kamal King" oleh
kawan-kawan lama dan tidak ramai yang mengecam kehilangan beliau di dada akhbar
kerana mereka tidak mengetahui nama sebenar Kamaruddin. - BERNAMA

POLIS MENYELAM CARI ALAT PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Penyelam polis cari bahan bukti pembunuhan Sosilawati
12/09/2010 10:59pm

BANTING 12 Sept. – Pasukan penyelam Polis Marin hari ini menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lain.

Tinjauan berhampiran sungai itu yang terletak di jalan utama menuju Banting-Tanjung Sepat mendapati pasukan polis memeriksa bahan yang kelihatan seperti tulang berwarna kelabu kehitam-hitaman.

Daripada pemerhatian, terdapat beberapa penandaan (marking) diletakkan pada bahan-bahan itu.

Memandangkan para wartawan tidak dibenarkan menghampiri kawasan operasi itu, mereka terpaksa berpusing di sekitar kawasan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Polis hari ini mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga orang lain mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Operasi polis itu menarik perhatian orang ramai yang cuba memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang sedang berlaku. – Bernama

KELUARGA SOSILAWATI REDHA

Keluarga reda jika benar mangsa adalah Sosilawati
12/09/2010 10:47pm

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Anggota keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya reda dengan pemergian beliau sekiranya mangsa yang dilaporkan ditemui di Ladang Gadong, Tanjong Sepat hari ini disahkan sebagai Sosilawati.

Anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, berkata, mereka sekeluarga berharap mangsa yang ditemui itu bukanlah ibu mereka namun akan terus melakukan solat sunat ghaib.

"Saya berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan untuk mak saya dan tiga orang yang lain,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Taman Harmonis Gombak di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyatakan beliau berkemungkinan mengeluarkan kenyataan esok. - Bernama

SOSILAWATI MATI DI BUNUH DI MORIB~!!! ( MAYAT DIBAKAR DI LADANG AYAM)


Mayat dibakar di ladang ayam

Oleh ZAINI SAMSU HADI,
AZIRAN YUNUS
dan NORHAYATI YAHYA
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.