Nota Indie: Agak kelakar jugalah bila baca berita ini. Nasib baik juga kejadian ini di negara mat saleh, kalau dekat Malaysia boleh jadi haru biru juga. Mamat ini mungkin tengah 'gian' sampai tak boleh kontrol lagi. Anjing Polis ini pula berada dalam situasi "wrong time at wrong place". Tak pasal-pasal anjing polisi ini trauma seumur hidup. Tobat nak gigit manusia lagi`!
Lelaki gigit anjing polis di AS
CONNECTICUT – Seekor anjing polis di Amerika Syarikat (AS) cedera akibat digigit seorang lelaki selepas ia menggigitnya kerana menyerang seorang anggota polis, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian pada pagi Khamis lepas, lelaki berkenaan, Roderick Lewis, 23, menghampiri seorang anggota polis di sebatang jalan raya di sini dan menjerit kepadanya: “Saya perlukan sepaket PCP (sejenis dadah).”
Anggota polis berkenaan, Scott Bloom, cuba menenangkan suspek tetapi Lewis menumbuk mukanya.
Melihat tuannya diserang, anjing polis bernama Onyx melompat keluar dari kereta peronda Bloom dan menggigit kaki Lewis.
Namun, ia menyalak kesakitan apabila Lewis menggigit badan anjing itu dan tidak melepaskannya sehingga dia ditarik oleh Bloom.
Lewis kemudian didakwa kerana menyerang anggota polis dan berlaku kejam terhadap haiwan manakala Bloom dan Onyx dirawat kerana kecederaan. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan