Jumaat, Disember 02, 2011
BILA SHAHRIZAT DAH SINGSING LENGAN BAJU. NAK MENGAMUK KE?..
Khamis, Disember 01, 2011
SHARIZAT DAH MENGELABAH~!!!


MUHYIDDIN LAWAN NAJIB???




Sabtu, November 26, 2011
ANWAR ATAU NAJIB YANG BERMIMPI BASAH?

UMNO JANGAN NAK MIMPILAH...kata Anwar Ibrahim bakal PM ke-7. Ucapan ini dilakukan di sebuah negeri yang dinamakan oleh Mat Sabu sebagai NEGERI UMNO PALING TERKUAT DALAM DUNIA. Dimana tu? Di GELANG PATAH. Oh gelang emas sapa yang patah??? Gelang Kak Wan Azizah atau Gelang Makcik Rosmah???
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO AKAN BANTAI ANWAR IBRAHIM!


Tak lama lagi akan adaPerhimpunan Agung UMNO di PWTC. bermula 29hb ni. Perhimpunan terakhir sebelum pilihanraya. Jentera akan digerakkan diseluruh negara. Najib Razak pasti akan memberi kata-kata pembakar semangat ahli-ahli UMNO diseluruh pelusok tanahair. Dapatkan Pakatan Rakyat bertahan???
Isnin, Oktober 18, 2010
BERITA PANAS : MAHATHIR SOKONG DITAKTOR???

Aidila Razak
Okt 18, 10
6:53pm
Pemerintahan secara diktator boleh juga memberikan kebaikan kepada rakyat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad yang pernah dituduh memperkenalkan kepimpinan autokratik di negara ini.
Menjawab tuduhan itu, Dr Mahathir semasa berucap dalam sebuah forum antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur hari ini secara nakal berkata:
"Malaysia dikatakan pernah diperintah oleh seorang diktator selama 22 tahun. Saya menikmatinya (gelaran itu)."
"Tetapi sekurang-kurangnya kita semakin maju. Bangunan ini (PWTC) dulu tidak pernah ada di sini," katanya.
Beliau memberikan contoh negara China yang menurutnya pemerintahan autokratik lebih berjaya daripada negara demokrasi yang dipilih oleh rakyat.
"Tiada demokrasi di China tetapi sistem kerajaannya boleh memberikan banyak manfaat kepada rakyatnya," katanya sambil menambah bahawa pertukaran tampuk kepimpinan di negara itu lebih aman berbanding negara demokrasi lain.
Pilihan raya untuk editor
"Sudah tentu, ia semakin sukar tapi ia tidaklah terlalu teruk kerana kerajaan perlu bersiap sedia bagi memastikan mereka melakukan perkara yang betul. Jika tidak, media boleh menjadi kritikal.
"Jika media membuat tuduhan palsu, kerajaan perlu menjawab," beliau dipetik sebagai berkata.
Beliau berkata kerajaan perlu berhati-hati kerana ada orang lain yang mengawal media untuk kepentingan mereka bukan untuk kepentingan negara ini.
"Kerajaan boleh ditukar tetapi kita tidak boleh mengadakan pilihan raya bagi mana-mana pegawai yang mengendalikan media. Siapa yang memilih pemilik surat khabar, penyunting, editor dan wartawan? Adakah kita mengadakan pilihan raya untuk para editor?" soalnya.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu mendedahkan penyalahgunaan media secara terang-terangan oleh mereka yang mempunyai agendanya yang tersendiri.
"Ada seseorang yang mengawal media, ia tidak mungkin kerajaan tetapi apabila kamu mempunyai kerajaan yang mengawal media, sekurang-kurangnya kerajaan dalam sebuah negara demokrasi, (media itu) akan dikendalikan oleh mereka yang dipilih rakyat," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.
Ahad, Oktober 10, 2010
BERITA PANAS : KHALID IBRAHIM UMUM LAWAN AZMIN & ZAID

Okt 10, 10 9:39pm
Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengumumkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR.
"Saya, Abdul Khalid bin Ibrahim, hari ini dengan rasminnya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung pada November ini," katanya.
Ini bermakna, beliau akan bersaing dengan dua naib presiden sekarang Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim untuk kerusi nombor dua itu.
Manakala ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua yang sudah cukup dua pencalonan minumum untuk bertanding belum membuat sebarang pengumuman sama ada menyertai persaiangan itu atau pun tidak.
Mengumumkan keputusan itu di hadapan 300 penyokong dan pemimpin cabang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam sebentar tadi, Khalid berkata keputusan itu diambil ekoran pemilihan PKR "yang banyak menerima persepsi negatif dalam laporan media dan dalam parti".
Menurut beliau, perkara tersebut, antaranya kepimpinan berpuak dan serangan peribadi yang perlu diperbetulkan.
"Sebagai salah seorang pemimpin parti dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini.
"Dan kerana inilah, saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti," katanya.
Khalid juga berkata, bagi memastikan keputusannya bertanding memberi kesan positif kepada parti, beliau menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai kesan tawaran bertanding kepada pentadbiran dan perpaduan parti.
Jawatankuasa itu, menurutnya, terdiri daripada aktivis kesatuan sekerja Syed Shahir Syed Mohamud, Irene Fernandez, Tian Chua dan Muhamad Nur Manuty yang bebas mengadakan rundingan dengan pemimpin parti yang berkaitan sehingga 15 Oktober.
"Sekiranya jawatankuasa menasihatkan tawaran saya ini tidak baik untuk parti dan ada cara yang lebih baik untuk saya berkhidmat kepada parti, saya akan akur dengan nasihat ini," katanya.
Syed Shahir juga dilantik sebagai pengurus operasi kempen.
Sementara itu, beliau juga mengumumkan 'manifestonya' bertemakan “Memperkasakan Reformasi” yang antaranya menggariskan lima teras, iaitu: Setia kepada perjuangan, meneruskan agenda perubahan, merakyatkan ekonomi, menolak politik pecah perintah dan kesepaduan parti.
Lima itu, menurut Khalid akan mencorakkan pentadbiran inklusif dan mengakhiri amalan berkumpulan dan berpuak-puak dalam parti
Khamis, Oktober 07, 2010
ADA TANGAN DI BELAKANG 'BONTOT' RAHIMI`!!!

AGAK-AGAK TANGAN SIAPAKAH ITU???
Jimadie Shah Othman
Okt 7, 10
1:39pm
Peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.
"Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran.
Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu."
"Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.
Tangan belakang
Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Menurut mereka, Rahimi sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.
Latheefa dan Saiful - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersolakan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah.
Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.
"Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan. Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki.
MARI BERKENALAN DENGAN RAHIMI OSMAN



Aidila Razak
Okt 7, 10
10:48am
Kongsi 0PKR, yang mendapat publisiti buruk khususnya pada mesyuarat agung tahunan beberapa cabangnya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekali mencuri tumpuan dengan pendedahan oleh Rahimi Osman.
Beliau membuat laporan polis semalam dengan mendakwa Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Ketua Pemuda PKR Kedah Saiful Izham Ramli memaksanya membuat dua laporan bersumpah pada tahun 2008.
Dalam laporannya, beliau berkata akuan bersumpah berkenaan dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.
Rahimi adalah pembantu Anwar pada tahun 2007 dan 2008 dan dikatakan antara mereka yang paling rapat dengan ketua umum PKR itu semasa pilihan raya umum.
Kandas di UIA
Beliau direkrut pada Mac 2007 bagi mengemas-kini blog Anwar, selepas kandas dalam peperiksaannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).
Jejaka berusia 25 tahun itu ditempatkan di pejabat PKR di Seksyen 16, Petaling Jaya yang juga dianggotai oleh kakitangan lain seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tzin dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah - semua mereka sekarang ini adalah perwakilan PKR.
Seorang lagi kakitangan adalah Nathaniel Tan yang mengendalikan sebuah lagi pejabat di Phileo Damansara.
"Rahimi menyertai pada mulanya sebagai seorang sukarelawan. Tetapi beliau kemudian menguruskan semua temu-janji Anwar khususnya ketika tempoh pilihan raya kerana semua pembantu lain sibuk dengan kempen masing-masing,” kata seorang lagi kakitangan, Farhash Wafa Salvador.
Yang menarik, Rahimi adalah rakan sekolah Mohd Saiful Bukhari Azlan, di SMK Damansara Utama.
Saiful adalah pembantu kepada Anwar yang mendakwa dirinya diliwat tanpa rela oleh ketua pembangkang itu.
Rahimi juga adalah orang yang memperkenalkan Saiful kepada bossnya itu.
Perkara berkenaan didedahkan oleh Saiful semasa perbicaraan kes liwatnya itu.
Malah, nama Rahimi ditimbulkan sebanyak dua kali pada perbicaraan berkenaan.
Saiful juga membuat pengakuan bahawa Rahimi menghubunginya untuk berbual pada satu ketika pada Mac 2008 sebelum pilihan raya umum diadakan.
SEMPATKAH MUHYIDDIN JADI PM?
Nota indie: Apakah Muhyiddin sempat merasa kerusi empuk PM MALAYSIA? Ramai orang cakap berkemungkinan besar tak sempat, sebab Brother Anwar nak 'topple' BN masa next election ni. Atau Muhyiddin Yasin sendiri dah tak menyempat-nyempat. Almaklumlah kerusi TPM ni 'berhantu'. Musa Hitam, Ghafar Baba & Anwar Ibrahim semuanya naik hantu bila sandang jawatan ini. Bila bekas setiausaha politik beliau sendiri yang membuka pekung ini, nampaknya Muhyiddin kena berhati-hati, jangan terlalu celupar. Bukan apa... takut-takut senjata makan tuan. Pendedahan ini juga dilihat sebagai satu cara Mustapha Kamil Ayub untuk meraih sokongan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Takpe lah dia boleh cuba... berhasil belum tentu...
Jimadie Shah Othman
Okt 7, 10
9:58am
Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, mantan bosnya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berubah menggunakan pendekatan “mengapi-apikan sentimen Melayu” disebabkan penangan kerusi perdana menteri yang sedang diintainya.

Musataffa jenis pemimpin berani lepaskan jawatan penting dan tinggalkan periuk nasik DEMI PRINSIP & PERJUANGAN... Dihargaikah beliau dialam Parti Anwar Ibrahim??? Atau hanya sekadar 'Coffee Boy'...
Mustaffa – bekas setiausaha politik Muhyiddin selama empat tahun sehingga Disember 2008 berkata – perkara itu juga disebakan keadaan politik sekarang berbeza berbanding ketika Muhyididin memimpin kementerian belia dan sukan lebih sepuluh tahun lalu.
“Ada perbezaan pendekatan sebab dalam hal sekarang ini, beliau sudah mula mengintai kerusi nombor satu negara,” katanya ketika ditanya sama ada Muhyididin masih merupakan orang yang sama.
“Jadi sebab itu (sekarang ini), segala langkah yang beliau (Muhyiddin) ambil, sifatnya adalah untuk mengintai peluang kerusi nombor satu negara.”
Mustaffa - yang meletakkan jawatan bagi menyertai reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim – berkata, pendekatan Muhyididin kini “berganjak” kerana kedudukannya dalam Umno tidak lagi “terancam”,
Sebelum ini, menurut Mustaffa, Muhyiddin bergelut membuang label sebagai “orang kanan Anwar”, antaranya kerana menjadi antara menteri terawal melawat Anwar setelah dibebaskan daripada penjara.
Alat Dr Mahathir
“Sehingga dalam banyak keadaan (pada masa itu) beliau agak tersisih daripada arus perdana politik (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada masa itu.
“Tetapi kini beliau sudah dapat rasakan ada kekuatan yang tersendiri, oleh itu pendekatan dan imej yang beliau ketengahkan agak berbeza berbanding 10 tahun lalu,” kata aktivis belia dan NGO Islam itu.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur tengah hari semalam, Mustaffa tidak menolak kemungkinan timbalan perdana menteri “yang sukar senyum tetapi berhati baik” itu mungkin diperalatkan Dr Mahathir bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kepada Datuk Seri Najib Razak.
“Dalam konteks politik Umno, hal itu mungkin saja berlaku,” katanya sambil berkata perkara itu mungkin bertujuan mempertahankan legasi panjang pemerintahan Dr Mahathir sebelum ini.
Tanpa segan, Mustaffa - yang kini mengorak perjalanan politiknya sendiri melalui PKR dan mula menggapai kedudukannya yang sama dengan Muhyiddin dalam Umno sebagai timbalan – sanggup berdebat dengan mantan bosnya itu berhubung isu Melayu.
“Apa yang tidak betul, kita akan kritik, termasuk (isu) yang terbaru ini. Beliau yang kita faham berada di belakang PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) membawa sentimen Melayu... Dan saya sedia mencabar beliau (nyatakan) juga bagaimana bentuk Melayu yang kita ketengahkan?
Tiga persamaan dengan Muhyididin
“Apakah Melayu yang boleh mengizinkan rasuah boleh berleluasa? Ataukan pimpinan Melayu boleh membenarkan penyelengan wang rakyat terbiar begitu sahaja?” soal Mustaffa bertubi-tubi.
“Jika ingin beliau gunakan sebagai alat untuk memenuhi aspirasi serta serakah politik Umno, itu kita akan serang habis-habisan. Dan jika beliau ingin berdebat, kita juga sedia berdebat dengan beliau dalam hal itu.”
Menurut analisis Mustaffa juga, dalam masa yang sama pendekatan Muhyiddin dilihat berbeza dengan Najib yang menurutnya cuba mengambil hati masyarakat bukan Melayu.
“Itu sifatnya (politik) pedang bermata dua, double standard (pilih kasih) dalam politik yang mereka lakukan,” kata Mustaffa.
Menegaskan PKR mengamalkan politik nilai yang tidak berasaskan perkauman, 'politik lama' Umno dan BN itu sudah mula pecah, terutamanya apabila peneroka Felda dan Felcra sebagai penyokong kuat kerajaan didakwa sudah berubah.
Bagaimanapun, di sebalik semua kritikan keras itu, Mustaffa mengakui, beliau pada 12 tahun lalu berkongsi tiga persamaan dengan Muhyididin, iaitu saling menekuni aspek kepemudaan, hampir dengan nilai keagamaan dan memberi “dokongan baik” kepada Anwar.
Karektor itulah yang mungkin mewujudkan keserasian antara mereka dalam satu pasukan, akui Mustaffa.
Jumaat, Oktober 01, 2010
NAJIB BERUKAR JADI PELANDUK TAHUN 1999

Aidila Razak
Okt 1, 10
1:00pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini secara tidak langsung menyalahkan pertelingkahan di antara perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saat paling gelap sepanjang 35 tahun kerjaya politiknya.

"Ada masanya, saya amat kecewa dengan situasi yang bukan kerana tindakan saya sendiri.
Najib berkata demikian pada forum dialog bersama 100 pemimpin ASEAN di ibu negara hari ini. Beliau ditanya sama ada pernah terfikir untuk berputus asa, khususnya berikutan keputusan pilihan raya umum 1999 yang mengecewakan.
BN mengalami kemerosotan sokongan, berikutan pendakwaan Anwar pada 1998 yang menyaksikan bantahan besar-besaran rakyat.
"Pada 1999, saya yakin penduduk Pekan membuat kesilapan dan sebenarnya pada hati, mereka menyokong saya.
"Secara peribadi, saya boleh beri pelbagai alasan (cara mereka mengundi), ada yang tidak berkaitan langsung dengan saya,” katanya kepada lebih 100 hadirin.
Ahli parlimen Pekan itu berkata perkara paling mencabar adalah “meskipun seseorang itu cekap tetapi jika memilih 'kuda yang salah', mereka akan berakhir dengan tragik”.
Ahad, Julai 13, 2008
YM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH PERDANA MENTERI MALAYSIA KE- 6?

Peralihan kuasa, Ku Li temui laluan sukar Ibrahim Othman Sun Jul 13, 08 11:32:34 am MYT
ORANG yang paling risau dengan perkhabaran pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dengan timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak, ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
Komen awal Ku Li, PM silap kerana jawatan Presiden Umno bukan milik peribadinya sebaliknya Pak Lah hanya Presiden 'care taker' kerana edah pemilihan Umno didakwanya sudah berlalu, dan ditangguhkan kerana menghadapi PRU 12, Mac lalu.
Kerisauan Ku Li disebabkan, klimaks pertandingan dalam Umno seperti sudah sampai apabila Pak Lah mengumumkan tarikh berundur. Walaupun Ku Li menyatakan hasratnya untuk terus menawarkan diri, banyak pihak berpendapat, sukar bagi bekas Menteri Kewangan dan Presiden Parti Melayu Semangat 46 ini mencukupi quota pertandingan.
Hujah yang diberikan, Ku Li selama ini seperti sudah terputus hubungan dengan ketua-ketua bahagian, lebih-lebih lagi dia tidak duduk dalam kabinet. Pergerakannya agak terbatas dan Ku Li dilihat rancak �berkempen� apabila selesai PRU 12, sambil menyatakan hasratnya mahu menawarkan diri bertanding jawatan Presiden.
Dalam tahun 2000, Ku Li pernah menawarkan diri bertanding salah satu kerusi naib Presiden, tetapi gagal mendapat cukup percalonan yang menyebabkan dia tidak layak bertanding.
Empat tahun kemudian, iaitu tahun 2004, Ku Li menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden tetapi tidak mendapat sokongan malahan, hanya Umno bahagian Gua Musang sahaja yang mencalonkannya yang sekaligus menyebabkan dia tidak layak bertanding.
Kali ini, ketika semua orang minat bercakap soal undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, tiba-tiba Ku Li dilihat cukup rajin ke sana ke mari, bertemu dengan ahli-ahli Umno di peringkat cawangan, sehingga menimbulkan kekecohan di sesetengah bahagian hingga menyebabkan Ku Li mengeluarkan kenyataan; "ada ketua bahagian menghalang ahli-ahli cawangan bertemu dengannya."
Apa yang menarik, ketika mengadakan pertemuan dengan Umno di Muar, yang melibatkan ahli-ahli dari bahagian Ledang, Bakri, Pagoh dan Muar, terdapat berita yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris, 25 cawangan dari Umno bahagian Pagoh mencadangkan Ku Li sebagai Presiden manakala Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai timbalan Presiden.
Justeru, jika dilihat perkembangan mutakhir, apabila Najib menadah tangan kegembiraan menyambut cadangan Pak Lah mahu pelan peralihan kuasa berjalan 23 bulan dari sekarang, Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh lebih sesuai beregu dengan Ku Li untuk berhadapan dengan Pak Lah dan Najib.
Cuma, ada sumber yang mengaku rapat dengan Najib dan Muhyiddin memberitahu, Muhyiddin lebih rela berdepan dengan Pak Lah dari berdepan dengan Najib. Maknanya, Muhyiddin tidak bersedia bertanding jawatan Timbalan Presiden jika Najib masih di situ.
Pada peringkat awal, Ku Li dikatakan berminat dengan Muhyiddin sebagai regunya untuk pertandingan ini.
Namun, atas nasihat seorang dua rakan-rakan Ku Li, akhirnya Ku Li berubah pendirian dengan menyebut Najib akan menjadi regunya dan bukan Muhyiddin.
Namun, Najib dilihat lebih selesa bersama Pak Lah daripada berganding dengan Ku Li. Muhyiddin pula, lebih selesa berketuakan Najib daripada Pak Lah atau Ku Li, apabila Ku Li juga tidak 'berminat' dengannya.
Jika Ku Li cukup percalonan, ramai yang meramalkan dia akan menang mudah mengalahkan penyandang jawatan. Tetapi banyak pihak pula menduga, Ku Li tidak mungkin cukup percalonan jika dia tidak mempunyai 'regu' yang kuat sebagai Timbalan Presiden!
Beberapa orang 'kaki sembang politik' berpandangan, Ku Li cukup sukar untuk mendapat sokongan 100 peratus dari seluruh 15 bahagian di Kelantan. Rata-rata, kepimpinan bahagian-bahagian di Kelantan masih setia dengan Pak Lah. Jika ada pun yang kurang 'mesra' dengan Pak Lah mereka dari kem Najib, bukan kem Ku Li.
Dulu, Ku Li ada seorang penyokong setia dalam Umno. Dato' Ibrahim Ali yang mengetuai Umno bahagian Pasir Mas. Namun, sekarang Ibrahim sudah berada di luar Umno dan Pasir Mas diketuai Dato' Abdul Rahim Abdul Rahman, orang kuat Najib.
Kalau bertanya orang yang di luar Umno, mereka lebih mahukan Ku Li menggantikan Pak Lah tetapi di kalangan ketua-ketua bahagian, mereka lebih mahukan Najib untuk dapat berpayung apabila Najib menjadi PM kelak. Ini bacaan mereka dan tiada siapa yang sanggup memperjudikan nasib menyokong secara terbuka Ku Li, yang memungkin mereka mengulangi nasib malang seperti tahun 1987, ketika Ku Li menentang Tun Dr. Mahathir.
Ada juga yang meramalkan, jika Najib bertindak menentang Pak Lah dengan regunya Muhyiddin, Pak Lah mungkin mengambil Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad sebagai regu. Ada juga yang meramalkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mungkin sedia menjadi regu Pak Lah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Namun, banyak pihak berpendapat, antara Isa dengan Muhammad, Isa lebih popular. Cerita politik akan menjadi lebih menarik jika semua ini berlaku.
Siapa regu Ku Li jika jadi Najib melawan Pak Lah? Ada yang menyebut, Ku Li akan kembali ke pangkuan Dato' Seri Dr. Rais Yatim sudah sudah sekian lama meninggalkannya sejak Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan. Rais adalah Timbalan Presiden ketika Ku Li menjadi Presiden S 46 dahulu.
Semua perkiraan ini, dibuat kerana situasi politik Umno masih belum begitu stabil. Ketika Pak Lah mengumumkan pelan peralihan kuasa, Najib dikatakan tidak dibawa berbincang sebaliknya hanya didedahkan ketika Mesyuarat MT berjalan. Najib mungkin serba salah untuk 'mempertahankan dirinya' kerana kebetulan Muhyiddin tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana berada di Osaka, Jepan.
Banyak pihak mendakwa, mereka sudah mendapat 'signal' mengarahkan mereka mencalonkan Najib sebagai Presiden dan Muhyiddin sebagai timbalan. Semua ini dilakukan oleh kumpulan Najib-Muhyiddin yang dikatakan sudah 'sepakat' mahu mengambil alih kepimpinan Umno, menjelang Disember.
Signal ini dikatakan dibuat kerana tiada langsung perbincangan antara Pak Lah-Najib mengenai pelan peralihan kuasa walaupun ada cakap-cakap yang mengatakan Pak Lah mahu terus menerajui Umno dan negara sehingga mencapai usia 70 tahun.
Strategi dan pelbagai tekanan yang dibuat ke atas Pak Lah akhirnya membuatkan Pak Lah terpaksa mengumumkan tarikh pengundurannya tetapi disambut dingin oleh Muhyiddin walaupun Najib kelihatan 'dapat menerima' pelan tersebut.
Paling malang, Ku Li kerana banyak pihak mengatakan, hasratnya menentang Pak Lah sudah tidak relevan lagi, malahan usaha-usaha Umno untuk berdamping rapat dengan beberapa parti pembangkang katanya akan tersekat jika Ku Li menjadi Presiden Umno.
Mereka menyebut, sejarah hitam S 46 dengan Pas mungkin menjadi titik hitam kepada usaha-usaha lain kerana semua sejarah ini memungkinkan parti-parti pembangkang tidak mungkin dapat 'membuat perbincangan' dengan Ku Li jika ada isu-isu kepentingan bersama.
Semua faktor ini diambil kira, walaupun Ku Li mungkin mendapat sokongan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pengaruh Dr. Mahathir di dalam Umno sekarang terlalu kecil, jika dibandingkan dengan nama-nama lain seperti Najib dan Muhyiddin.
Ketika Pak Lah menyediakan pelan menurunkan kuasa dan tugas-tugas kepada Najib, Ku Li pula perlulah terus berhempas pulas untuk menagih sokongan. Disebabkan hubungannya selama ini sudah semakin menjarak, bukanlah satu tugas mudah untuk dia menarik balik sokongan itu.
Malahan, ada di antara ketua-ketua bahagian, tidak pernah mengenali Ku Li walaupun mereka pernah mendengar Ku Li adalah bekas Menteri Kewangan dan bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Berbeza dengan Najib dan Muhyiddin, kedua-duanya tidak pernah terputus berada di dalam hirerki Umno, walaupun pada suatu ketika Muhyiddin tewas di kerusi Naib Presiden. Namun, kedudukannya sebagai menteri, tidak pernah tercabut.
Laluan Ku Li sebenarnya semakin sukar tetapi dalam politik, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. - mks. _
Sumber :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015758&Itemid=85