Rabu, April 23, 2014
SHAHRIR SAMAD : TOKOH POLITIK MELAYU JOHOR Siri 2 Oleh Indie Fictionwriter
Isnin, Ogos 23, 2010
TUN MAHATHIR TIDAK SETUJU BINA JAMBATAN DI LANGKAWI

"Pulau Langkawi perlu kekal sebagai pulau, jika pulau hendak dijadikan daratan tidak sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa wang dan coklat dari Jetty Points kepada 120 anak yatim dan kanak-kanak istimewa di perkarangan Masjid Istiqamah Kuala Teriang di Langkawi malam semalam.
Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.
Jumaat lalu, Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn Bhd, Kamarudin Husin berkata pihaknya mempunyai kemampuan dana yang mencukupi untuk melaksanakan projek itu, termasuk pembinaan jambatan monorel.
Bekas Perdana Menteri itu merupakan perancang utama yang membangunkan Langkawi iaitu dari sebuah pulau yang tidak dikenali menjadi destinasi pelancongan yang unggul di negara ini dengan pelbagai produk pelancongan seperti Kereta Kabel, Galeria Perdana, Kota Mahsuri, Underwater World, Taman Burung dan Kompleks Kraf.
Dr Mahathir berkata masih banyak ruang perlu dibuat dan berharap setiap program yang akan dilaksanakan perlu mendapat kebenaran dari kerajaan agar peruntukan dapat disalurkan untuk memajukan industri pelancongan Langkawi, katanya.
Beliau berkata Langkawi diberi tumpuan dalam industri pelancongan danberharap program ke arah itu perlu dipertingkatkan.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau sedih kerana umat Islam sesama sendiri bermusuhan antara satu dengan lain.
"Kita sesama Islam mestilah bersaudara walaupun mempunyai perbezaan pendapat, tapi tidak bermusuhan sehingga berpecah yang akan menjadi lemah dan hilang kuasa di negara sendiri," katanya.
Dr Mahathir dan isteriya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama 500 umat Islam menghadiri majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di masjid berkenaan.
Khamis, Mac 05, 2009
SAH ATAU TIDAK, SIDANG BAWAH POKOK DUN PERAK 2009???

Tarmizi Mohd Jam Thu Mar 05, 09 10:05:02 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh)- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.
Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.
"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.
Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.
Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.
"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.
Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.
Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.
Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.
"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.
Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."
Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.
Ulasan lanjut Profesor Dr Aziz Bari berkenaan isu ini boleh dibaca pada Harakah Bil 1420 (Edisi Jumaat) bertarikh 6 - 8 Mac yang kini berada dipasaran. Dapatkan di kedai-kedai akhbar berhampiran!_
Sabtu, Januari 17, 2009
HIMPUNAN FOTO DISEKITAR PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU - JANUARI 2009




DATUK HARUN IDRIS, POLITIC BOXING & PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU...

Sudaaah… Bertumbuk pulak dah!
Satu pergaduhan kecil berlaku antara beberapa penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengan Gong Kapas tengahari tadi.
Pergaduhan yang berlaku pada kira-kira 12.15 tengahari tadi
berpunca daripada perbuatan ejek mengejek antara kedua belah pihak di situ.
Penyokong Umno itu dikatakan berada di pejabat Umno Kuala Terengganu yang terletak di sebelah sekolah tersebut, kata sumber Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI).
Manakala penyokong PAS dan PKR pula, katanya, sedang berkempen tidak jauh dari situ.
Keadaan itu menyebabkan suasana menjadi tegang dan akhirnya berlaku tumbuk bertumbuk.
Pergaduhan tersebut berlaku selama kira-kira
Dah jadi Pesta Boxing Siam laa pulak. Inilah dipanggil Politic Boxing. Dulu time-time zaman Allahyarham Datuk Harun Idris jadi Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Pemuda UMNO (Menteri Besar Yang Paling Kontroversi), beliau dengan gah dan gemparnya pernah membawa Legenda Peninju Mohamad Ali datang ke
Mohamad Ali bertinju kat
Biarpun begitu segala jasa dan pengorbanan besar Allahyarham Datuk Harun Idris (Bekas Pemimpin Parti Melayu Semangat 46) tetap akan kita kenang sampai bila-bila dan hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Jangan sesekali kita lupa bahawa Datuk Harun Idris lah tokoh yang telah membawa Tun Dr. Mahathir masuk kembali kedalam UMNO, setelah Che Det dipecat oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.
Hari ini tiada lagi tokoh yang mampu bermain Politics Boxing seperti beliau. Tun Razak dan kabinetnya berkali-kali dijadikan Punching Bag oleh Datuk Harun. Istilah “Kerajaan Dalam Kerajaan” memang begitu sinonim dengan beliau. Datuk Harun memang jenis cakap lantang, last-last bila Arwah Tun Hussien Onn dah tak boleh tahan; kasi bukak itu file dan charge kat Makhamah atas dakwaan rasuah dan pecah amanah. Betul tak betul itu belakang kira. Yang penting kasi tutup itu mulut 'lancang kuning' Si Harun. Masuk jel, tutup file, abis cerita.
Datuk Harun Idris juga satu nama besar bagi anak-anak muda melayu di Kuala Lumpur (Kampung Baru tentunya) bila pecah saja perang perkauman yang dikenali sebagai Tragedi 13 Mei! Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada waktu itu betul-betul disebelah jalanraya berhadapan dengan Kampung Baru Kuala Lumpur; terus menjadi tumpuan bangsa melayu yang hati sedang terbakar dan menuntut pembelaan. Mengikut cerita oleh 'Orang-Orang Lama Kampung Baru', hanya 2 tempat saja yang dijadikan oleh orang-orang melayu sebagai benteng pertahanan terakhir. Pertama Masjid Jamek Kg, Baru. Kedua, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor. Mereka berkumpul disana. Hari yang gempar bersama peristiwa gempar. Beliau menjadi pembela kaum Melayu pada hari-hari berdarah tersebut. Itu cerita lama, tahun 1969. Kini bangsa Malaysia menghadapi situasi politik nasional yang sangat jauh berbeza. Politik Chauvenisme Perkauman seperti yang masih diamalkan oleh DAP (sekadar contoh) sudah ketinggalan zaman. Orang dah meluat...
Namun yang sedih dan sedikit terkilan, disaat-saat akhir hidupnya, beliau dilayan dengan sebelah mata, ibarat ‘Habis Madu Sepah Dibuang’, kerana ditakuti oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik diatas kembalinya semula beliau kepada UMNO (BARU). Walaupun begitu 'Hubungan Istimewa' Datuk Harun dengan Pihak Istana Selangor terus berjalan seperti biasa dan menjadi semakin akrab.
"HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA DAN JASA BAIK..."
Al-Fatehah buat Datuk Harun Idris. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat-NYA. Anak-anak muda hari ini kenal siapa dia Datuk Harun?
Hari ini Di Kuala Terengganu semasa orang lain sibuk membuang undi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, ada pulak dua tiga kerat mangkuk hayun yang tanpa segan silu bertumbuk nak tunjuk kuat. Sapa pulak yang masuk jel lepas ni? Mari kita lihat siapa yang kenaaaaa…
Ramai-ramai berani la korang,kalau kena sorang-sorang terkencing dalam seluar…cittt podaaah!
SIAPA TUMBANG DI KUALA TERENGGANU?
Hari ini rakyat di Kuala Terengganu akan membuat keputusan siapa pilihan hati mereka. Sama ada mereka akan memilih UMNO, PAS atau pun CALON BEBAS keputusan akhir akan diketahui selewat-lewatnya malam ini. Pada Mac 2008, telah menyaksikan tahap keputusan yang drastik, dikala banyak kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat, namun rakyat KT tetap memilih BN yang diwakili oleh Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan 628 majoriti undi.. Apakah PAS akan berjaya merampas kerusi KT?
Pada tahun 1999 calon PAS Dr Syed Azman menang dan pada tahun 2004 beliau tewas ditangan Razali. cuma Razali sahaja yang mampu bertahan dua penggal iaitu pilihanraya 2004 dan 2008. Kemanakah undi 8,735 orang Cina akan dihalakan? Besar kemungkinan BN yang akan menikmatinya.Kedua-dua parti sibuk berkempen main Wayang Cina. Baca lain...
Datuk Wan Farid Wan Salleh (BN) & Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) mempunyai peluang yang seimbang. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri; walaupun semenjak sehari dua ini calon BN menjadi lebih Glamour. Ini disebabkan foto beliau bersama seorang gadis genit sedang baik punya berkaraoke telah diedarkan secara berleluasa. Apakah ini satu bentuk stratergi yang bijak oleh pihak Pakatan Rakyat? Tunggu dan lihat.
Sementara calon BEBAS, Azharudin Mamat @ Adam lebih kepada “Kacau Daun”. Walaupun begitu tidak mustahil calon BEBAS akan membuat satu kejutan.
Malam ini siapa yang akan Tergezuuttt (terkejut)? Anda pilih…
Selasa, Januari 13, 2009
EZAM DEDAH SURAT CINTA ANWAR!

"Jangan melampau sangat...Nahas kau nanti!". Mungkin itu agaknya yang ingin diperkatakan oleh Pak Sheikh kepada Pendekar Kuntau Jawa!
(foto ihsan Agenda Daily)
Nampaknya pertembungan Ezam dan Anwar semakin ketara. Semakin menjadi-jadi nampaknya. Macam tiada jalan pendamaian. Berpatah arang berkerat rotan! Memori sentimental dibuang jauh-jauh,,,
" Ezam who ?" begitulah reaksi awal Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila diminta mengulas kenyataan Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor yang akan mendedahkan "surat damai" Penasihat Parti Keadilan Rakyat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 September 1998.Surat itu dakwa Ezam yang pernah jadi Setiausaha Politik kepada Anwar akan membuktikan bagaimana sikap hipokritnya kerana pada waktu yang sama mengutuk mantan Perdana Menteri selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.Anwar dengan stailnya yang bersahaja sebaliknya memperlekehkan kenyataan Ezam nak dedahkan surat itu menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini. Baca lagi...
Ezam kini sudah tunjuk jaguh dalam membelasah Bekas Big Boss nya. Namun apakah pukulan Pendekar Jawa (gelaran Khalid Jaafar) mampu menumbangkan Pak Sheikh? Berbekaskah pendedahan Ezam pada kali ini dihati pengundi-pengundi Kuala Terengganu. Atau mungkin Ezam hanya Syok Sendiri?
Reaksi awal Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa beliau tidak mahu melayan rentak permainan Politik Tikam Belakang Mati oleh bekas Setiausaha Politiknya. Pak Sheikh sudah kasi BO LAYAN sama itu Pendekar Jawa! Betul-betul punya dingin. Ezam satu waktu dulu mengukir nama sebagai Hulubalang Anwar Ibrahim yang begitu terkenal diseantero Asia Tenggara. Bila itu budak nakal Nuar Berahim kena tangkap selepas melakukan perhimpunan besar-besaran di Masjid Negara dan Dataran Merdeka; Ezam sudah cabut dulu. Dia lari ke Indonesia. Seorang lagi orang kuat Anwar, yakni Dr. Rahim Ghouse membawa hati nan luka ke Australia. Itu sejarah Ezam.
Namun hari ini budak Ezam sudah bertukar rupa laksana Sesumpah bertukar warna. Dia kini adalah Jagoan Kampung yang akan terus membelasah bekas Big Boss nya sehingga lembik dan lemah longai. Kalahkah Anwar ditangan Ezam? Malu besarkah Anwar dengan pendedahan Surat Cinta Penuh Kaseh Sayang kepada Che Det oleh sibudak Ezzam Jagoan Kampung ini?
Atau mungkin Ezam akan jadi Gila Talak untuk kembali merebut kaseh sayang Anwar Ibrahim yang sering diberikan kepada Pemegang Diari Merah Anwar sehingga Ezam terasa diketepikan. (Jikalau kita perhatikan dengan teliti perangai dan tingkah laku Ezam semenjak sehari dua ini betul-betul macam orang Gila Talak!). Lembutkah hati Pak Sheikh untuk menerima kembali The Derhaka Student dipagi raya nan indah nanti???
Masanya kan tiba jua...
Nasi tak dingin.
Anwar tak nak,
Ezam pun tak hingin!
Atau itu Pendekar Kuntau Jawa betul-betul sudah hangin satu badan...
Khamis, September 04, 2008
MENUNGGU KEDATANGAN 16 SEPTEMBER BAGI MERAIKAN FESTIVAL LOMPAT SI KATAK LOMPAT!
Hari ini 4 September. Lagi 12 hari sebelum ketibaan Festival Lompat Si Katak Lompat...
Tetapi menurut Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng Dengan penuh yakin memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).
"Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar."
Ng berkata, di samping ahli-ahli parlimen individu, beliau menjangka bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi akan menyertai Pakatan untuk memboleh pembangkang mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan pada tarikh 16 September ini.
Jika benarlah seperti yang dikatakan oleh Dominique Ng, ini bermakna tidak lama lagi lanskap politik nasional akan melakarkan sejarah baru. Reformasi secara besar-besaran.
Inilah yang selalu dikatakan oleh orang tua dulu-dulu... “ribut tiada...angin tiada...tiba-tiba pokok boleh tumbang”
Ahad, Ogos 17, 2008
LAGI FOTO-FOTO DIHARI PENCALONAN PERMATANG PAUH PART 2







(foto-foto dan 'caption' diambil daripada Berita Harian)
Sabtu, Ogos 16, 2008
KENAPA SAIFUL BUKHARI ANGKAT SUMPAH SECARA SEMBUNYI-SEMBUNYI?
1...2...3...Ooo Som!
SUMPAH LAKNAT SAIFUL BUKHARI AZLAN!
Bekas pembantu peribadi kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim itu , sebelum ini berjanji melakukan sumpah mubahalah bagi menyokong dakwaannya terhadap bekas majikannya itu.
Sejurus selesai Saiful yang ditemani oleh bapanya, Azlan dan peguamnya Zamri Idrus berkejar ke Hotel Dynasty di Jalan Ipoh untuk menghadiri satu sidang akhbar di situ. Pada sidang akhbar itu disediakan projector LCD dimana rakaman upacara angkat sumpah itu ditayangkan semula kepada puluhan para wartawan yang hadir.
Saiful memulakan sidang akhbar dengan membacakan satu kenyataan dimana beliau mencabar Anwar supaya angkat sumpah dalam masjid disaksikan oleh para ulamak dan seluruh rakyat Malaysia untuk menafikan dakwaan liwat yang dibuatnya terhadap Penasihat PKR itu. Beliau yang berwajah tenang sahaja ketika pertama kali mengadap para wartawan sejak membuat aduan polis mengenai dakwaan diliwat oleh Anwar pada 28 Jun lalu enggan menjawab beberapa soalan yang dikemukan sebaliknya berkata akan jawabnya di mahkamah.
“Saya akan jawabnya di mahkamah kemudian.Saya bukan seperti Anwar Ibrahim dan tidak mahu satu perbicaraan menerusi media.saya akan beri kenyataan saya di mahkamah,”katanya. Kepada satu soalan beliau menegaskan kejadian liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya.
Ditanya adakah Anwar orang pertama meliwat beliau, beliau menjawab:
“Ya. Ini (kejadian liwat) kali pertama,”katanya. Saiful juga berkata beliau tidak bercadang untuk berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.”Ini bukan soal politik tetapi soal peribadi antara saya dengan Anwar Ibrahim,”katanya. Beliau juga menolak andaian sengaja memilih untuk sumpah Al-Quran hari ini menjelang penamaan calon Permatang Pauh Sabtu.
Katanya beliau merasa amat lega setelah angkat sumpah dan merasa diberi kekuatan oleh Allah untuk berdepan dengan para wartawan.
Pada 7 Ogos lepas, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Mohd Saiful pada 26 Jun lepas di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara. Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.- 15/8/2008
Selasa, Ogos 12, 2008
ANWAR IBRAHIM & KHALID IBRAHIM JANGAN JADI PENGKHIANAT BANGSA!


Kenyataan terbaru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim betul-betul boleh dianggap sebagai kurang diajar...
Kalau Uitm hak milik bangsa melayu 'sekangkang kera' itu pun hendak dikacau, percayalah satu hari nanti bangsa melayu hanya tinggal pakai seluar dalam.
SYABAS! Kepada adik-adik, pemimpin pelajar dan pejuang-pejuang melayu kerana telah menunjukkan keberanian bagi mempertahankan HAK MELAYU habis-habisan. Berani kerana benar, takut kerana salah!
Jangan sesekali kita takut dituduh sebagai perkauman kerna sesungguhnya kita sesekali bukan perkauman. Isu panas Uitm bukan isu perkauman tetapi isu mempertahankan hak-hak bangsa yang bakal dirampas.
Sebagai bangsa melayu, Khalid Ibrahim patut berasa malu dan bersalah dengan kenyataan celupar dan tak bertanggung jawab dia...(penulis tidak mahu memakai perkataan 'beliau' kerana hati sudah panasss...)
Apakah dengan berani kehadapan mempertahankan hak-hak bangsa sendiri dituduh sebagai PERKAUMAN? Bagaimana pula dengan sikap kurang ajar badan-badan NGO seperti Majlis Peguam (Bar Council) yang terang-terang menunjukkan lebih perkauman dan cuba mempersoalkan keadilan didalam Islam?
Kalau adik-adik, para pemimpin pelajar dan pejuang-pejuang Melayu ini digelar dan dituduh sebagai PERKAUMAN kerana bermati-matian mempertahankan hak-hak bangsa melayu (diantaranya Uitm) maka nasihat penulis satu sahaja...
PERGI JAHANAM DENGAN KAMU WAHAI PENGKHIANAT BANGSA!
Kepada Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim: "jangan sesekali kamu menjadi PENGKHIANAT BANGSA! Atau satu hari nanti anak cucu kami akan ludah kubur kamu."
Untuk Makluman:
Rabu, Julai 30, 2008
APAKAH MALAYSIA AKAN SELAMAT DIBAWAH TELUNJUK ANWAR IBRAHIM?

Anwar Ibrahim mungkin dizalimi. Dalam keadaan politik local yang tidak menentu, mungkin beliau begitu popular dan mendapat sambutan dimana saja majlis yang beliau melibatkan diri. Namun persoalan yang harus difikirkan bersama, APAKAH KEUNTUNGANNYA KEPADA RAKYAT JELATA JIKA DITAKDIRKAN ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI? (sekadar pertanyaan ikhlas...)
Malaysia menjadi semakin bagus atau sekadar ceramah retorik akan disebarkan melalui radio dan televisyen sepanjang masa?
Pak Lah dituduh mengamalkan dasar Kerajaan 3 Beranak, bagaimana pula KERAJAAN 3 BERANAK ANWAR IBRAHIM? (Pak Sheikh, Wan Azizah & Nurul Izzah)
Apakah benar pemerintahan dibawah telunjuk Anwar, membuatkan Malaysia menjadi berlainan berbanding semasa berada dibawah gaya ‘AUTO-PILOT’ Pak Lah?
Rakyat Malaysia harus membuat keputusan segera. Demi nasib agama, bangsa dan kedamaian Negara...
Khamis, Julai 24, 2008
BROTHER ANWAR KASI JAMPI PARLIMEN!

Anwar yakin tubuh kerajaan 16 September
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tetap yakin Pakatan Rakyat akan dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan menjelang 16 September ini, walaupun beliau kini berdepan kes dakwaan liwat. "Tidak, kita tidak mengubah tarikh membentuk Kerajaan Pusat yang disasarkan September ini," kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada sidang media di ibu pejabat parti berkenaan di sini, semalam. April lalu, Anwar dilaporkan berkata, yakin dapat berbuat demikian dan mendakwa sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat.
Ditanya mengenai ahli Parlimen daripada BN yang dikatakan akan melompat parti, beliau berkata: "Kita akan membuat kejutan kepada anda... mesti ada elemen kejutan."
Rabu, Julai 23, 2008
AKHIRNYA FAUZI KEMBALI KEPADA ANWAR...



PROFIL DATUK FAUZI BIN ABDUL RAHMAN
Datuk Fauzi merupakan lepasan Imperial College, Universiti of London dalam bidang Kejuruteraan Mineral. Menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan pada 26hb Oktober 1990 sehingga 2hb Mei 1995. Kemudiannya menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari tahun 1995 hingga ke tahun 1997.
Dari tahun 1997-1999, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Merupakan bekas Ketua Bahagian UMNO Kuantan dan mula bertanding kerusi parlimen Kuantan pada pilihanraya ke-8 ( 1990). Pada tahun 1995, beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menang. Kerusi yang beliau pegang sehingga tahun 2004.
GAMBAR ANWAR & NAJIB KETIKA MUDA...

Dulu mereka naik bahtera yang sama. Lepas itu Pak Sheikh kena tendang keluar kapal. Pak Sheikh ni pulak jenis tak tak reti nak mengalah; beli paku...beli papan, bikin kapal baru. Isi ramai-ramai... Siap pasang Meriam Portugese' dan tekan paku Belanda (pangkat) kat tepi bahu. Lantik diri sendiri sebagai Kapten Kapal. Kasi naik bendera tinggi-tinggi. Habis Kapal Lama (baca: UMNO) berlobang-lobang kena taji dengan peluru Pak Sheikh. Silap-silap itu Kapal Lama boleh karam. Sebab beberapa bulan ini air masuk tak berhenti-henti. Kita kasihan dengan Najib sebab tahun 2010 bakal dilantik sebagai Kapten untuk Kapal yang dah bocor... Tapi Najib pun bukan calang-calang Kapten Kapal, sebab dia ini memang dah lama belajar macama mana nak baiki Kapal Bocor. Kasi tampal sana-sini sikit , lepas itu kasi cat baru. Senang cerita...
Diantara 2 tokoh nasional ini siapakah yang akan sampai ke Mahligai Putrajaya dulu... Najib sedang berada beberapa langkah sahaja lagi ke Garisan Penamat. Berjayakah beliau? Atau Brother Anwar akan cuba memberi pecutan terakhir untus memintas Najib disaat-saat akhir. Saling tak tumpah seperti pertembungan diantara Carl Lewis (USA) dengan Ben Johnson (Canada) pada Temasya Sukan Olimpik 1988, yang berakhir dengan menyaksikan Ben Johnson berjaya mengalahkan Legenda Carl Lewis. Dia dipintas kurang beberapa meter ke Garisan Penamat. Ben Johnson berbangga merangkul Pingat Emas, namun sayang tidak sampai beberapa hari kemudian dia didapati bersalah kerana menggunakan sejenis dadah terlarang (Stereoids) hasil ujian makmal. Anwar & Najib sudah tentu tidak mahu menerima seperti nasib yang menimpa Ben... " Menang dulu...selepas itu Kalah tak bangun-bangun..."
Moderator : Gambar sendiri bikin...
Isnin, Julai 21, 2008
ANWAR IBRAHIM: SUDAH 6 KALI SAMPEL DNA SAYA DIAMBIL!
Lucu bila mendengar kenyataan bapak-bapak menteri yang mempersoalkan motif saya untuk tidak mahu memberi sampel DNA kepada polis. Sebenarnya sudah 6 kali sampel diambil dari saya sepanjang saya dipenjara! Untuk apa perlu diberi lagi? Alasan bahawa ia sudah lama ternyata mengelirukan, satu sampel sahaja sudah cukup kerana ia boleh digunakan walau untuk 2000 tahun lagi!
Saya tidak takut untuk memberikan sampel DNA saya. Akan tetapi bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya! Jangan tahan orang tanpa bicara! Jangan menyuruh pegawai untuk berbohong bagi pihak kamu wahai bapak menteri! Yang takut bukan saya nampaknya tapi bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat pemerintah sanggup untuk memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah.