Selasa, Ogos 12, 2008

ANWAR IBRAHIM & KHALID IBRAHIM JANGAN JADI PENGKHIANAT BANGSA!

BANTAH: Kira-kira 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhimpun di depan pintu masuk utama bangunan pentadbiran kerajaan negeri, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), di Shah Alam, pagi ini untuk membantah cadangan membuka UiTM kepada bukan Bumiputera. - Foto Che Rani Che Din dari Berita Harian.

Foto menyaksikan pelajar-pelajar Uitm berhimpun untuk menunjukkan bantahan secara besar-besaran. Mereka 'Tidak Gentar' memperjuangkan hak-hak bangsa mereka yang bakal hilang akibat pengkhianatan para pemimpin melayu yang jenis 'TAK SEDAR DIRI' akibat terlalu seronok nak pancing 2-3 kerat undi...
Bangsa lain berpolitik untuk membela dan medapatkan hak-hak kaum mereka; tetapi sayang ada dua tiga ekor permimpin Melayu yang berpolitik untuk menghapuskan keistimewaan hak bangsa melayu seperti yang termaktub dalam Perjanjian Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh semua pihak sebelum MERDEKA. HAK KERAKYATAN TANAH MELAYU kita tukar dengan HAK-HAK KEISTIMEWAAN ORANG-ORANG MELAYU. Dan jangan sesekali ada pihak lain yang cuba mempersoalkannya; akan tetapi hari ini yang terlalu menyedihkan terdapat segelintir pemimpin Melayu sendiri yang sudah bertukar menjadi TALI BARUT ibarat "Api Dalam Sekam!"
Kononnya supaya akan dipandang lebih liberal, toleransi & lebih KeMalaysian... Inikah golongan penyamun tarbus yang kita nak harapkan jaga hak-hak kita sebagai orang Melayu Islam?


Kenyataan terbaru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim betul-betul boleh dianggap sebagai kurang diajar...

Kalau Uitm hak milik bangsa melayu 'sekangkang kera' itu pun hendak dikacau, percayalah satu hari nanti bangsa melayu hanya tinggal pakai seluar dalam.

SYABAS! Kepada adik-adik, pemimpin pelajar dan pejuang-pejuang melayu kerana telah menunjukkan keberanian bagi mempertahankan HAK MELAYU habis-habisan. Berani kerana benar, takut kerana salah!

Jangan sesekali kita takut dituduh sebagai perkauman kerna sesungguhnya kita sesekali bukan perkauman. Isu panas Uitm bukan isu perkauman tetapi isu mempertahankan hak-hak bangsa yang bakal dirampas.

Sebagai bangsa melayu, Khalid Ibrahim patut berasa malu dan bersalah dengan kenyataan celupar dan tak bertanggung jawab dia...(penulis tidak mahu memakai perkataan 'beliau' kerana hati sudah panasss...)

Apakah dengan berani kehadapan mempertahankan hak-hak bangsa sendiri dituduh sebagai PERKAUMAN? Bagaimana pula dengan sikap kurang ajar badan-badan NGO seperti Majlis Peguam (Bar Council) yang terang-terang menunjukkan lebih perkauman dan cuba mempersoalkan keadilan didalam Islam?

Kalau adik-adik, para pemimpin pelajar dan pejuang-pejuang Melayu ini digelar dan dituduh sebagai PERKAUMAN kerana bermati-matian mempertahankan hak-hak bangsa melayu (diantaranya Uitm) maka nasihat penulis satu sahaja...

PERGI JAHANAM DENGAN KAMU WAHAI PENGKHIANAT BANGSA!
Baik kita bertahan sekarang, jika tidak...percayalah; akhirnya kita ditinggalkan sehelai sepinggang bersama sehelai spender...

Kepada Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim: "jangan sesekali kamu menjadi PENGKHIANAT BANGSA! Atau satu hari nanti anak cucu kami akan ludah kubur kamu."

Untuk Makluman:
Penulis bukanlah seorang yang Anti Anwar dan Khalid. Tidak juga menyertai mana-mana pertubuhan Parti Politik. Tidak menyebelahi mana-mana pihak kecuali KEBENARAN. Cuba secara bersungguh untuk bersikap Neutral. Walaubagaimana pun Pemimpin harus ditegur...kerna mereka bisa sahaja tersilap perhitungan!

11 ulasan:

sumpah 5 berkata...

manusia...
kaya tanpa kuasa..
sama seperti ada pistol tetapi tiada peluru..

kaya dan kuasa.

yg mana bnyak direbut?

semestinya kuasa.
kaya tidak semestinya boleh beli kuasa.

tetapi kuasa boleh membeli kekayaan.

anwar ibrahim? gila kuasa!

lord musan berkata...

Salam,
Setuju sangat engan pendirian dan pandangan saudara. Sekarang ini pengundi di Permatang Pauh mesti mengundi sebijak2nya untuk mempertahankan maruah bangsa melayu dari pengkhianat bangsa sebegini.

lordmusan

http://lordmusan.blogspot.com/

Tie berkata...

Yes, yes...hidupkan semangat juang kita..ITM hanya utk bumiputera..Mungkin pemimpin kita tersilap tukar nama Tanah Melayu kepada Malaysia..? Biar tak glamour pun.. So,Tie dah agak bila dibubuh 'U' pada ITM.. perkara ini akan berlaku juga suatu hari nanti..Mungkin Tok Guru kena fikir tentang Pakatan tu..

John Melawi. berkata...

salam,

aku berharap dan bersujud doa segalanya untuk bangsa kita tetap jangan dan tidak di pertikaikan.


aku benci manusia yang bertopeng-topeng ini.

malaysia memang berbilang kaum tetapi tak semestinya keistimewaan itu untuk berbelang kaum.

Mr_Barbarik berkata...

bukak le www.tronohtranquility.blogspot.com

sesuatu yg menarik ada di sana....

p/s-jgn mudah percaya provokasi umno=shit

coffeeHolic berkata...

kejatuhan anak bangsa


haram jadah

R@duan berkata...

Pandai berdemonstrasi (haram?). Harap-harap lepas ni student Uitm lebih pandai dalam pelajaran. Dengan kejadian celupar nak rampas 10% kuota ni diharapkan para pelajar tergerak hati untuk belajar lebih rajin lagi daripada bangsa lain...

Terbukti..Orang Melayu bila di test kemelayuannya akan melambunglah semangatnya.

Diharap mereka ini melambung keIslamannya apabila Islam di gugat!

Syabas bangsaku...
-------------------------
Pesanan saya:
Adik-adik pelajar UiTM,
Berhati-hati
Adakah perhimpunan kalian mendapat permit polis?
Anda mungkin boleh didakwa!
Sila dapatkan permit polis terlebih dahulu.
Jadilah pelajar yang cerdik, bukan seperti TSKI tuuh..

Wan Adams berkata...

anwar pengkhianat bangsa.nk tunjuk baik kt tmpt lain lar..ini tanah melayu.jgn sampai bangsa lain naik kepala..

Tanpa Nama berkata...

MRSM dah dibuka kepada non-bumi di bawah pemerintahan BN. Tak kecoh pun. Jangan jadi bodoh, Beringat2 lah student UITM, anda semuadipergunakan untuk meng"kaya"kan pemimpin2 UMNO.

Tanpa Nama berkata...

kita sebenarnya tidak tahu kedudukan sebenarn perkara ini. dulu pelajar UiTM diharamkan sama sekali mengadakan demonstrasi, tapi bila timbul kes ini boleh lak berdemo. saya juga terfikir,setahu saya, MRSM sudah menerima pelajar bukan melayu. siapa yang gadaikan hak melayu ini untuk orang lain? cadangan siapakah perkara ini? pemerintah atau pembangkang? kenapa tak ada orang demo masa itu untuk membela hak orang melayu yang telah digadaikan itu?

sufya berkata...

Sapa pengkhianat bangsa? UMNO la.. buat Sains dgn Math dlm english.. USPI & MRSM bukak kpd non-bumi.. Mcm mana tiba2 boleh tuduh anwar plak ni? ish ish