Rabu, Julai 30, 2008

APAKAH MALAYSIA AKAN SELAMAT DIBAWAH TELUNJUK ANWAR IBRAHIM?

Rakyat jelata sanggup basah kuyup ditimpa hujan lebat semata-mata ingin mendengar ceramah politik. Apakah sekadar ini sahaja? Bagaimana pula dengan wakil-wakil rakyat yang dipilih? Pemimpin politik jangan hanya sibuk pasal nak tukar Proton Perdana kepada Merc (BN) & Toyota Camry (Pakatan Rakyat). Akhirnya rakyat melihat mereka hanya 2x5... mengkhianati Amanah Rakyat Malaysia!

Apakah bangsa Malaysia mendapat imbuhan bonus jikalau berlaku pertukaran kerajaan. Atau mungkin keadaan menjadi lebih parah jika Pakatan Rakyat memerintah. Hal ini haru diteliti secara halus dan saksama. Tanpa bersikap bias kepada sesebuah partai politik atau condong kepada mana-mana tokoh.

Anwar Ibrahim mungkin dizalimi. Dalam keadaan politik local yang tidak menentu, mungkin beliau begitu popular dan mendapat sambutan dimana saja majlis yang beliau melibatkan diri. Namun persoalan yang harus difikirkan bersama, APAKAH KEUNTUNGANNYA KEPADA RAKYAT JELATA JIKA DITAKDIRKAN ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI? (sekadar pertanyaan ikhlas...)

Malaysia menjadi semakin bagus atau sekadar ceramah retorik akan disebarkan melalui radio dan televisyen sepanjang masa?

Pak Lah dituduh mengamalkan dasar Kerajaan 3 Beranak, bagaimana pula KERAJAAN 3 BERANAK ANWAR IBRAHIM? (Pak Sheikh, Wan Azizah & Nurul Izzah)

Apakah benar pemerintahan dibawah telunjuk Anwar, membuatkan Malaysia menjadi berlainan berbanding semasa berada dibawah gaya ‘AUTO-PILOT’ Pak Lah?

Rakyat Malaysia harus membuat keputusan segera. Demi nasib agama, bangsa dan kedamaian Negara...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa. kit siang & co. ada 3 gak. karpal & co. pun ada 2.

azriey berkata...

semuanya berkemungkinan...yg pastinya kerajaan sekarang sudah tidak relevan....membebankan rakyat! Mana dia "tradisi membela rakyat" yg diwarwarkan selama ini.
Pemimpin diatas hanya tahu jaga perut masing2

hanitha berkata...

salam, tk kisah la, tiga beranak ke, 10 beranak ke...yg penting memerintah ngan betul n menguntungkn rakyat....tkde beranak pon kite susah....so..apsal nk kira beranak ke tk beranak..kite tgk cara bwk , halatuju anak beranak tu...ws

TARAF AGONG berkata...

APA YNG PENTING SETIAP KEPUTUSAN YG DIBUAT OLEH PEMIMPIN ATASAN AKAN MEMBAWA PULANGAN YG BAIK PADA RAKYAT DAN BUKANYA "TRADISI MENDERA RAKYAT"

TARAF AGONG berkata...

Sesiapa pun yg memerintah dan setiap keputusan yg dibuat agar tak membebankan rakyat. Jgn dasar "Tradisi Mendera rakyat" diamalkan....pasti rakyat akan menyumpah pemimpin tersebut....

John Melawi. berkata...

keadilan itu penting walaupun yang memerintah itu bukan mereka2.

Letting the time pass me by berkata...

Apa nak buat ... Sekarang sudah banyak sangat isu kat Malaysia nie.. hilang semua isu-isu kemasyarakatan... semua isu-isu nak rebut kuasa aje...

Tanpa Nama berkata...

Jangan Jadi Katak Bawah Tempurung. Hapuskan kerajaan yang sudah lapok.

zam berkata...

Pilih lah pemimpin yang mengamalkan Islam sebagai car hidupnya atau ulamak sebagai pemimpin. Insyaallah, diberkati allah negara kita nih.