Selasa, Julai 15, 2008

Malaysia And The Club of... DOOM* Oleh Syed Akbar Ali (sebuah buku yang patut dibaca oleh seluruh Rakyat MALAYSIA!)



BAPA PEMODENAN MALAYSIA, Tun Dr. Mahathir Mohamad & Pengarang Syed Akbar Ali bagai berkongsi aliran idealisme yang sama tentang Islam.


Jika ditanya 10 buah buku terbaik (berkonsepkan Malaysia) yang pernah saya baca, maka buku diatas adalah salah satunya.

Buku ini sebetulnya agak lama telah beredar dipasaran, namun baru kini saya berpeluang untuk menghadamnya dengan lebih tekun.


Malaysia And The Club of... DOOM* (*The Collapse of The Islamic Countries) tulisan Syed Akbar Ali adalah sebuah kritikan sosial yang penuh dengan idea-idea berani. Pengarang secara terbuka menyentuh tentang persoalan Negara Islam (sebenar?), Ideologi merbahaya Wahhabi, persepktif budaya Melayu, Gagasan Al Qur'an dan politik tanahair. Syed Akbar Ali, 48 adalah seorang bekas 'banker' selama 10 tahun kini menjalankan bisnes sendiri. Buku pertama beliau yang pernah diterbitkan "To Digress A Little" juga mendapat sambutan yang begitu meluas.


Buku ini secara peribadi saya anggap sebagai tersangat-sangat bagus. Terlalu bagus sebenarnya. Syed Akbar Ali menentang kejumudan majoriti umat Islam berfikir yang menggunakan atas nama ALLAH & RASULULLAH saw. untuk melilit bom dibadan dan meletupkan bas sekolah. Syed Akbar Ali menentang eksploitasi diatas nama JIHAD oleh segelintir pemimpin agama (baca:Ulama) yang berkepentingan diri... Syed Akbar Ali menentang anutan rigid puak-puak taksub Wahhabi yang tiada toleransi didalam menjatuhkan HUKUM membuta tuli diatas nama Agama!

Nah, berani bukan!


Jadi apa yang disanjungnya? Ini dia: Ilmu Saintifik, Teknologi & Logik Rasional berdasarkan intipati Al Qur'an nul kareem...(Wah! bagai senada dengan Dr. Kassim Ahmad ya?) . Nanti jangan terburu-buru, kerna beliau juga menerima pandangan Imam 4 Mazhab. (Kita di Malaysia memang mudah serta cepat menghukum dan melabelkan orang lain yang tidak sealiran dengan kita sebagai SESAT. Inilah kelebihan kita, bukan begitu?)


Saya mencadangkan agar anda mendapatkan beberapa buah buku ini sementara dijual lagi dipasaran. Sebuah untuk dihadiahkan kepada diri sendiri, manakala yang lainnya disedekah kepada kaum keluarga, teman-teman rapat dan musuh anda yang paling ketat! Ada berani? heh!

Itu jika anda kaya. Jika tidak; cukuplah hanya beli sebuah buku tersebut untuk dikongsi baca secara beramai-ramai dengan jiran-jiran tetangga, tok-tok imam dan budak-budak muda (dan tua) yang selalu suka membuang masa, melepak dikedai mamak berdekatan dengan rumah anda. Yang penting baca dulu buku hebat ini. Baca dengan hati dan minda terbuka...yang bermakna kita bersedia untuk dikritik demi untuk perubahan untuk menjadi sebagai manusia yang lebih bagus.

Apa yang hebat betul tentang buku ini? Jika mahu tahu, beli dan BACA! Jangan beli dan simpan.

Saya juga berpendapat supaya KERAJAAN MALAYSIA menghadiahkan buku ini kepada setiap sebuah keluarga rakyat Malaysia jika mahu melihat PERUBAHAN BESAR kepada cara dan gaya warganegaranya berfikir.

Rakyat Malaysia (Umat Islam khasnya) akan pantas menjadi Cemerlang, Gemilang & Terbilang jika majoritinya mempunyai OTAK seperti OTAK Syed Akbar Ali. Common sense...


Insha'allah...

Catatan: Buku Malaysia And The Club of...DOOM* The Collapse of The Islamic Countries pertama kali diterbitkan pada tahun 2006.

1 ulasan:

John Melawi. berkata...

bang indie,

dimana bisa aku dapatkan buku ini?