Selasa, Julai 01, 2008

Rosmah Mansor dalang disebalik Saiful Bukhari Azlan?


"Kalau nak tuduh pun gunalah otak beb!". Mungkinkah itu yang ingin dikatakan Anwar kepada musuh-musuh politiknya.
(Foto-foto disedut dari HarakahDailay.Net)

Ini laporan terbaru dari HarakahDaily.Net :

'Saiful ada pertemuan sulit dengan Rosmah berulang kali' - Anwar
Azamin Amin Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed Jul 02, 08 1:49:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa bekas pembantu beliau Saiful Bukhari Azlan yang membuat dakwaan liwat terhadapnya mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

"Saiful ada pertemuan sulit dengan Rosmah berulang kali malah ada SD (Surat Akuan Bersumpah) tentang apa yang berlaku di pejabat Timbalan Perdana Menteri itu," katanya dalam satu sidang media di pejabat KeADILan jam 3.45 petang tadi.
Beliau mengadakan sidang media tersebut sebaik sahaja pulang dari ibu pejabat kontijen polis Selangor kerana memberi keterangan dan laporan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Menemani beliau ialah beberapa peguam dan pemimpin KeADILan seperti Naib Presiden Sivarasa Rasiah, Bendahari parti William Leong dan Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Md Akin.
Turut hadir, ahli parlimen Padang Serai Gobalakrisnan dan exco kerajaan Selangor dan juga ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu, Dr Xavier Jayakumar termasuk hampir 50 orang penyokong Anwar berada di luar pintu masuk IPKS.
Dalam pada itu beberapa ahli-ahli parlimen PKR termasuk anaknya Nurul Izzah Anwar hadir di depan pintu dan dihalang masuk ke ibu pejabat polis tersebut sehingga menimbulkan sedikit kekecohan dengan anggota polis untuk beberapa minit ketika ketibaan Anwar.
Anwar dan para penyokongnya meninggalkan bangunan IPKS jam 3.20 petang dan menuju ke ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.


Dalam sidang media itu juga, beliau sekali lagi menafikan dakwaan yang dibuat oleh Saiful tersebut dan mempunyai bukti kukuh dan alibi yang boleh mengaitkan tentang insiden berkenaan namun Anwar berkata beliau akan mendedahkan dakwaannya itu dalam masa terdekat.
"Saya ingin memberi amaran dan ingatan agar jangan sesiapa mengulangi konspirasi jahat ini," tegas di hadapan puluhan wartawan dalam dan luar negara.
Beliau juga menafikan Mohd Saiful seorang pegawai peribadinya dan akan menjelaskan pada jangka masa terdekat tentang tarikh dan tempat kejadian itu yang dikaitkan dengan beliau.
"Perkara itu tidak berlaku. Saya mempunyai bukti kukuh dan alibi tentang kes ini," katanya
Sementara itu satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini yang bakal dihadari oleh Anwar sendiri. _

3 ulasan:

internet gambling berkata...

Nice blog. Thats all.

rastom berkata...

Serrramm! Mau sebut itu nama...nanti hancur kena C4!

abroad server berkata...

eerrmmsss, semua orang kata ini mainan politik mungkin betul mungkin tidak, tapi pada pandangan aku si saiful ini mmg tak betul... well dia kan gay boy, memang makhluk luar tabii ni suka buat pasal dan berani mati. makhluk luar tabii memang suka cari perhatian dan sanggup buat apa saja untuk mendapatkan sesuatu, tak kira lah untuk balas dendam atau atas dasar cemburu, bila ada orang yang mengapi-apikan, lagi seronok dan bersemangat lah dia. tengok lah gambar2 dia yang pose satu macam dalam media.. dasar jantan yang suka jantan, tak tahu menilai halal haram, sanggup memalukan orang lain, bab agama dan bangsa memang tak pernah terlintas dalam hati mereka. pasal apa aku kata dia gay? tanya lah kawan2 gay korang semua, betul tak? tengok mata dia dan tulang pipi dari bawah mata hingga ke tepi mata... korang study lah sendiri macam mana nak bezakan lelaki dan jantan luar tabii....buat saiful, tanya hati, betul ker apa yang ko buat????