Rabu, Julai 09, 2008

DEBAT: ANWAR vs SHABERY ( Epik Pertembungan Dua Harimau Yang Berlainan Warna...)

Surat persetujuan rasmi yang dihantar oleh pihak Anwar Ibrahim kepada Agenda Daily

DON 'Saifuddin Nasution' KING telah dilantik sebagai Promoter Tinju Debat bagi mengatur prosedur debat yang bakal berlangsung.



Maka debat pun bermula...


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan persetujuan hitam putih bertarikh 7 Julai kepada Agendadaily untuk hadir bagi berdebat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.


Surat berkenaan diserahkan oleh Pengrah Strategi PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik oleh Anwar bagi pihaknya untuk menguruskan prosedur debat berkenaan.
Shabery telah memberi surat sahkan kehadirannya pada 26 Jun lalu.


Debat tersebut akan berlangsung pada 15 Julai depan (Selasa) jam 9 malam di Dewan Bahasa dan Pustaka. Debat itu akan disiarkan secara langsung dan pihak Agendadaily telah mendapat pengesahan stesen TV yang akan siarkan debat itu secara langsung.


Sama-sama kita tengok siapa yang bakal jadi lauk Pak Belang. Siapa yang makan dan siapa pula yang kena makan dengan rakus!


Mungkin bagi ramai orang Ahmad Shaberry bukanlah lawan sebenar Pak Sheikh. Namun begitu kita tidak boleh menafikan Ahmad Shabery Cheek juga bukan calang-calang lawan. Jadi anda jangan sesekali terkejut jikalau bekas Ketua Penerangan Parti Melayu Semangat 46 itu sudah sediakan berlaras-laras meriam Portugis untuk kasi bedal itu budak nakal Nuar Berahim.


Pada pemerhatian saya setelah meminta beberapa pandangan daripada rakan dan orang ramai yang saya berjumpa, kebanyakkan daripada mereka cuba 'underestimate' kemampuan anak didik Tengku Razaleigh Hamzah ini. Mereka terlupa yang Ahmad Shabery Cheek ini bukan bodoh. Beliau bukan naif, menyerah diri semata-mata untuk dibelasah oleh pemimpin de facto PKR tanpa belas. Jadi anda pasti terkejut 'karan' akhirnya yang tumbang sambil kutip gigi adalah pemimpin besar Reformasi Malaysia tersebut.


Sudah tentu itu Ahmad Shabery sudah standby 'belantan besar' dan pukulan terakhir Gayung Fathoni. Sebenar Ahmad Shabery sudah betul-betul bersedia tetapi ramai yang tak perasan. Semua ingat Pak Sheikh boleh menang mudah sambil terbaring santai dengan tangan pegang 'remote control'. Pertarungan hebat yang akan dirakamkan sejarah. Dua ekor harimau berlainan warna selamanya tidak mampu duduk diatas bukit yang sama dengan tenteram sampai bila-bila. Dalam masa yang sama ramai yang mengharapkan agar Pak Sheikh menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya peluang datang sekali seumur hidup.


Sebenarnya dalam kes ini, Anwar Ibrahim yang betul-betul cari nahas. Sebab Menteri Penerangan itu jika kalah berdebat sekali pun beliau tidak rugi banyak. Lepas kalah tetap terus pegang jawatan menteri. Akan tetapi jikalau ditakdirkan Anwar yang kalah, sambil berhujah tersekat-sekat dan panik secara tiba-tiba...alamatnya bersedialah dimalukan secara teruk. Rakyat akan melihat betapa itu Kaki Debat sudah hilang dia punya karakter. Bisa tedung sudah hilang sebab selalu 'over-exposed'.


Ramai yang tidak perasan Ahmad Shabery Cheek ini ahli politik yang tegas dan mempunyai bentuk karakter yang tersendiri. Didalam UMNO masakini hanya segelintir yang mempunyai keperibadian begini. Antaranya Dato' Seri Rais Yatim, Sharir Samad, YM Ku Li, Tun Musa Hitam dan Ahmad Shabery Cheek sendiri. Nazri Aziz tidak termasuk didalam senarai.


Apapun surat persetujuan telah dihantar. Maka tidak boleh ditarik kembali. Jika tidak masing-masing akan dituduh sebagai penakut dan bacul. "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan....tunggulah keputusannya". Dua ekor harimau nusantara akan bertembung digelangang persilatan buat julung kalinya.


pok...poook...poookkk...tepuk...kasi tepuk kuat-kuat! Wayang bangsawan dah bermula...3..2..1...action!


Lalu tirai merah pun diangkat...

2 ulasan:

rastom berkata...

Tuan el moderator yang disanjungi,
janganlah tuan terkejut kalau disaat saat akhir nanti debat itu dibatalkan. WSaya mengalu alukannya tetapi melihat kepada sejarah lampau nampak macam begitulah.

the indie story berkata...

Abu Rastom Al Banjari,

engkau ini macam dapat rasa jer apa yg aku rasa. Maka gelaran Bomoh Rastom memang sinonim dgn dirimu yg kacak itu.

Last minit keluar TV : PENGUMUMAN MAKA DEBAT YG DIJADUALKAN AKAN BERLANGSUNG DIBATALKAN SERTA MERTA. tQ.


Moga-moga kali ini menjadi harapnya. Kalau tak jadi jugak maka tahulah kita siapa yg penakut.