Khamis, Julai 24, 2008

BROTHER ANWAR KASI JAMPI PARLIMEN!

'Menjadi' kah jampi serapah Anwar?
Fuuh...ffuuh...puuuhhh...kiri, fffuhh kanan, berkat doa...Baginda Ali... kasi tiup kaw-kaw... kemenyan hantu sudah ready. Bunga 13 jenis berlainan warna. Limau purut 7 biji...Daun sirih 5 helai. Semua Pak Sheikh sudah kasi standby.... Kasi asap satu Parlimen...


Anwar yakin tubuh kerajaan 16 September

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tetap yakin Pakatan Rakyat akan dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan menjelang 16 September ini, walaupun beliau kini berdepan kes dakwaan liwat. "Tidak, kita tidak mengubah tarikh membentuk Kerajaan Pusat yang disasarkan September ini," kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada sidang media di ibu pejabat parti berkenaan di sini, semalam. April lalu, Anwar dilaporkan berkata, yakin dapat berbuat demikian dan mendakwa sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat.


Ditanya mengenai ahli Parlimen daripada BN yang dikatakan akan melompat parti, beliau berkata: "Kita akan membuat kejutan kepada anda... mesti ada elemen kejutan."

1 ulasan:

John Melawi. berkata...

saja mau tau.

rasa-rasa siapa lebih berkuasa dengan jiwa melayu?

bulan sabit kiri kanan atau keris silang-silang?