Rabu, April 23, 2014

SHAHRIR SAMAD : TOKOH POLITIK MELAYU JOHOR Siri 2 Oleh Indie Fictionwriter



1.       Kata orang ‘Tuah ayam Nampak di kaki’.. dan Tuah Shahrir Samad pastilah Nampak digiginya besar dan menonjol apabila setiap kali dia tersenyum lebar. Tanpa disangka, tiada guruh tiada hujan, tiba-tiba sahaja ribut taufan datang melanda; Timbalan Perdana Menteri ke-7, Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh di pecat daripada jawatannya serta merta dan ditendang keluar dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau nama lainnya UMNO pada malam yang sama.

2.       Dengan tidak semena-mena peluang bekas Kem B, tahun 1987 dan bekas ahli Semangat 46 terbuka luas. Setelah hampir sedekad di asing dan di hibernasikan secara diam oleh media yang dikuasai oleh Pro Anwar kini peluang kembali didepan mata. Johan Jaafar (Utusan Malaysia) dan Nazri Abdullah (Berita Harian) telah ditendang keluar dengan kuasa VETO kem Mahathir yang dipelopori oleh Sanusi Junid, Muhammad Rahmat dan Aziz Shamsuddin.

3.       Orang-orang Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah mula mengatur stratergi dan melobi untuk jawatan Nombor 2 tersebut. Beberapa nama telah disebut sebagai calon yang sesuai dan layak mengisi jawatan tersebut. 3 nama yang teratas ialah Abdullah Ahmad Badawi, Musa HItam, Rais Yatim,  Najib Tun Razak dan Tengku Razaleigh sendiri.

4.       Dikala Anwar Ibrahim sedang bergelut dengan kes Sodomi yang dihadapinya serta percaturan mengajak rakyat untuk turun ke jalan mengadakan protes besar-besaran. Calon-calon Timbalan Presiden menunggu nasib mereka ddengan penuh debaran.

5.       Pada mulanya Dr. Mahathir agak condong untuk memilih Najib Razak sebagai pengganti Anwar  Ibrahim anak emasnya selama 16 tahun didalam UMNO. Begitu pun selama beberapa kali pemilihan untuk jawatan Naib Presiden UMNO, Abdullah Haji Ahmad Badawi atau  lebih dikenali sebagai Mr. Clean oleh anggota UMNO telah dikekalkan sebagai Naib Presiden secara konsisten selama beberapa penggal.

6.       Ternyata para perwakilan tidak kesah dengan sejarah Pak Lah yang tercalar akibat menyokong Musa Hitam dan Ku Li yang menentang Ghafar Baba dan Mahathir Mohamad pada pertandingan 1987.

7.       Perwakilan UMNO telah menghantar  isyarat yang cukup jelas dan konsisten untuk mengekalkan Abdullah Badawi sebagai Naib Presiden, walaupun jelas Mahathir di dalam ucapan pembukaannya ingin mengenepikan Pak Lah. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003. Beliau hanya kalah sekali yakni pada tahun 1993.

8.       Dengan munculnya Pak Lah sebagai Timbalan Perdana Menteri maka secara otomatiknya beberapa nama bekas Team B telah kembali mendapat tempat di persada arus perdana seperti  Ahmad Shabeery Chik, Rais Yatim, Tengku Azlan,  Musa Hitam,  Datuk Zainal Abidin Zain, Hajjah Ilani Ishak, Marina Yusoff, Radzi Sheikh Ahmad dan termasuklah Shahrir Samad sendiri.

9.       Hanya dua tokoh politik daripada KEM B yang terus di asingkan daripada terlibat secara langsung dalam arus politik perdana. Tokoh peratam seperti yang kita sedia maklum Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah  itu sendiri dan seorang lagi adalahseorang politikus yang sering mencetuskan kontraversi iaitu Datuk Paduka Ibrahim Ali.  Tokoh politik dari Team A yang  juga merupakanpenyokong kuat Dr. Mahathir  yang di tidak berapa disukai oleh Pak Lah ialah Abdullah Ahmad atau dikenali sebagai Dolah Kok Lanas.

10.   Maka dengan sebab takdir Tuhan,  maka kembali bergemerlapanlah bintang politik Dato’ Shahrir Abdul Samad.

11.   Tahun 2004, meyaksikan beliau kembali bertanding untuk kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket BN. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, telah menawarkan jawatan di dalam cabinet terbarunya tetapi telahditolak oleh Shahrir diatas prinsip politikny dan  meraskan ramai  lagi calon yang lebih layak daripada dirinya; secara ikhlas danmerendah diri. Sebaliknya, dia memilih untuk kerusi Jawatankuasa Akaun Awam (Public Accounts Committee ) di dalam Dewan Rakyat.

12.   Pada 4 Mei 2006, Shahrir mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Barisan Nasional Kelab Penyokong Kerajaan ( BNBBC ) yang sedikit sebanyak telah menimbulkan kontraversi di akibat daripada tindakkan beraninya menyokong satu usul pembangkang DAP di Parlimen. Shahrir berjalan keluar dari Dewan dan mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen , memberitahu pemberita bahawa "Walaupun ia adalah satu gerakan pembangkang , kita harus menyokong untuk kepentingannya kepada Ahli Parlimen dan Dewan. "

13.   Pada tahun 2008, mencatatkan sejarah terburuk kepada Barisan Nasional apabila parti-parti pembangkang bergabung di bawah jenama Pakatan Rakyat telah dapat menafikan majoriti 2/3 untuk pertama kalinya.

14.   Disaat BN sedang goyang menanti rebah itulah maka bagi membalas jasa dan budi baik Shahrir  lalu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah melantik Shahrir sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Jelas sekali Pak Lah ingin menyediakan tempat selesa dan megembalikan Shahrir Samad ke politik perdana tanah air sebelum mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bersara buat selamanya.

15.    Pada tahun 2009, sekali lagi nasib tidak menyebelahi beliau ketika Perhimpunan Agung UMNO, Shahrir gagal dalam cubaan beliau untuk tempat di dalam Majlis Tertinggi dan seterusnya meletakkan jawatan di dalam Kabinet.


* Shahrir Samad akan  terus di ingati sebagai ahli politik yang terbilang, berkredibliti dan mementingkan integriti. Berani menentang Arus untuk  menyatakan pandangan yang berbeda. Sebagaimana Musa Hitam pernah mendakwa sebagai Demokrat Tulen, maka tidak kurangnya juga Shahrir sebagai Tokoh Politik Johor Tulen. Sejarah telah merakam dan generasi depan akan memberikan justifikasi  terhadap gelombang sejarah dan stail politik yang menjadi amalannya.

Tiada ulasan: