Rabu, April 23, 2014

SHAHRIR SAMAD : TOKOH POLITIK MELAYU JOHOR - SIRI 1 Oleh Indie Ficitionwriter


1.   Pada tahun 1975, seorang pemuda kurus melengking, tinggi daripada kebanyakkan Melayu tipikal, bercermin mata dan berambut ikal tebal telah diantik sebagai Setiausaha Politik kepada Musa Hitam, yang menyaksikan sebagai orang yang paling muda pernah dilantik ke jawatan tersebut.

2.   Shahrir Samad baru berumur 24 tahun tatkala menjawat jawatan tersebut. Manakala adiknya Khalid Samad yang kini Ahli Parlimen Shah Alam di atas tiket PAS, berumur 16 tahun pada waktu itu.

3.   Selepas berkhidmat di bawah Musa Hitam (Bekas Timbalan Perdana Menteri di era Dr. Mahathir) bintang politiknya semakin bersinar apabila Tun Abdul Razak berminat melantiknya sebagai Setiausaha Politik bermula dari 1975 sehingga 1976.

4.   Karier politik Shahrir terus didalam pendakian yang penuh bersemangat apabila memenangi kerusi Parlimen Johor Baharu pada tahun 1978, yakni pilihanraya umum yang pertama kali disertainya.

5.       Pilihanraya Umum 1978 mencatatkan bahawa 154 kerusi parlimen di pertandingkan, dengan Barisan Nasional berjaya memenangi sebanyak 131 kerusi parlimen berbanding dengan PAS hanya mampu memenangi 16 kerusi parlimen, manakala Sarawak People’s Organisation dan Calon Bebas masing-masing memiliki 1 kerusi sahaja.

6.       Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad atau lebih di kenali sebagai Tan Sri Shahrir Samad bukanlah ‘Kecik Anak’ di dalam sepak terajang dunia politik Malaysia. Selama 41 tahun terlibat dalam rencah politik, baik di pentas UMNO mahu pun sebagai calon indipenden pada pilihanraya umum adalah sebuah tempoh yang sangat lama. Karakternya akan senantiasa di ingati sebagai Bekas Musuh Ketat Dr. Mahathir, lambang KUNCI dan suka menentang arus politik perdana.

7.       Terang dan jelas, beliau adalah anak didik Musa Hitam, permainan politiknya banyak berkiblatkan Musa Hitam. Politik Johor tulen. Kata kebanyakkan orang kaedah permainan politik Johor sedikit berbeda dengan lain-lain negeri di Semenanjung. Entahkan betul, entahkan tidak. Memang ter[ahat didalam sejarah politik nasional bahawa beliau adalah ‘orang kuat’ Musa Hitam bergandingan dengan bekas Menteri Besar Johor Adib Adam dalam menghadapi Tengku Razaleigh Hamzah Putera Raja Kelantan dan Bekas Menteri Kewangan.

8.       Dilahirkan pada 22 November 1949, di Kuantan Pahang, dan mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Selepas itu menyambung pelajaran dalam jurusan Ekonomi pada peringkat Ijazah di Universiti Malaya di bidang Statistik. Seterusnya  mengambil Masters of Business Administration daripada International Institute for Management Development di Lausanne, Switzerland.

9.       Selepas berjaya di dalam cubaan pertamanya bertanding pada pilihanraya umum, beliau pada mulanya dilantik sebagai Timbalan Menteri, Perdagangan dan Industri, tetapi kemudiannya menjadi menteri kebajikan, belia dan sukan, dan pada tahun 1987 mengambil jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

10.   Beliau juga sempat menjadi Setiausaha Politik kepada Hussien Onn, yakni Perdana Menteri ketiga dalam tempoh 1983 sehingga 1986.

11.   Begitupun benarlah pepatah melayu, ‘Ku sangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengahari’, begitulah yang terjadi kepada karier politik Sharir. Di dalam politik ada naik turun. Bagi sesetengah politikus ada masa naik, di waktu lain turun dan tidak lagi naik-naik.

12.   Demi kesetiaan dan mengenang jasa ketuanya Musa Hitam, beliau sanggup mempertaruhkan nasibnya demi taat setia kepada politik Johor dan Big Boss nya. Bagi Shahrir Samad ketuanya ialah Musa Hitam, bukan Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri  Malaysia. Shahrir sanggup menentang arus dengan bersekongkol dengan juak-juak politik Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dengan menyertai Team B. UMNO berpecah dua pada pertandingan di Perhimpunan Agung 1987.

13.   Kem-kem politik yang wujud pada waktu itu menyebabkan perpecahan yang sangat teruk selepas pertandingan. Rumah siap, pahat masih berbunyi, maka muncul pula Kumpulan 11 yang diketuai oleh Marina Yusoff  membawa kes ke Makhamah. Di akhir cerita UMNO diharamkan oleh HAKIM Harun Hashim,  Musa Hitam menyepi, Ku Li menubuhkan Semangat 46 dan Shahrir Samad letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Baharu bagi menyahut cabaran dan sindiran Dr. Mahathir untuk bertanding sebagai Calon Bebas!

14.   Pada 1988, Shahrir Samad menunjukkan bahawa dia benar-benar ahli politik Anak Jantan dengan kembali memenangi kerusi parlimen Johor Baharu dengan simbol KUNCI pada piliharaya kecil itu. Kemenangan bergayanya sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Dr.  Mahathir pada ketika itu dan mengembalikan maruah UMNO Johor.


15.   Setahun selepas itu Musa Hitam menyertai UMNO Baru yang di tubuhkan oleh Ghafar Baba dan Dr. Mahathir Mohamad. Shahrir menurut jejak langkah ketuanya.


Tiada ulasan: