aku menunggu disini. menunggu-nunggu. tertunggu-tunggu. cuaca mendung. angin sejuk. selepas raya segalanya tampak sepi. walaupun bising tapi sunyi. apakah telah kehabisan kordial oren? jangan takut gerai lemang masih ada ditepi jalan.
aku masih bersamping emas. aku terus berbaju melayu. semangat hari lebaran ku belum mahu pudar. jadi aku terus melayan keindahan ini. apakah maksud ini?
kemanakah kita? untuk apa kita disini? mengapa aku terus berhari raya di Tanah Melayu ini...
1 ulasan:
SAlam Aidilfitri..maaf zahir & batin..Kita mesti terus berhari raya di Tanah Melayu ini, tanah tumpah darah kita ini. Kekuatan dan keajaiban Syawal yang menyebabkan semua itu berlaku..tanpa sedar wujud satu keindahan yang tak terucap dengan kata..ukhuwwahfillah..hargai segala pemberian Ilahi..maka hidup kita pasti lebih berbaloi..dan kita semakin bahagia di bumi Allah ini..wallahu a'lam..
Catat Ulasan