Rabu, April 09, 2008

Sanusi Junid sudah bawa keluar Pedang Samurai...Haaiiittt!

Ahli politik yang kuat membaca...


Bekas Menteri Besar Kedah, yang juga Bekas Menteri "Air Kelapa Muda" sewaktu berkubu di Kementerian Pertanian iaitu Dato' Seri Sanusi Junid; telah melahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan bekas rakan-rakan kabinetnya kerana sanggup membiarkan Tun Dr. Mahathir bersendirian diserang oleh peluru-peluru kapur yang mempertikaikan keputusan kerajaan terdahulu.

Dengan nada kecewa beliau memberitahu; ""Seolah-olah Mahathir saja yang buat keputusan, sedangkan apa yang berlaku sebenarnya adalah keputusan Kabinet, kalau dulu sokong mengapa sekarang bantah," katanya.

Kenyataan tersebut merujuk kepada serangan Perdana Menteri; Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai pembabitan Dr Mahathir dalam kes penahanan ISA besar-besaran pada tahun 1987 yang dikenali sebagai ‘Operasi Lalang’.

Pak Lah didalam serangan balasnya yang terbaru dilaporkan telah berkata; "Bila Dr. Mahathir mengambil alih jawatan dari Tun Hussein saya tahu reporter semua dipanggil jangan beri berita kepada Tun Hussein, jangan tunjuk gambar Tun Hussein. Operasi Lalang siapa yang bertanggungjawab saya tahu bukan saya tak tahu,".

Sanusi Junid bercakap tanpa bertapis lagi; seraya memberitahu wartawan; "UMNO yang ada hari ini kita yang hidupkan, UMNO lama sudah mati, di bawa ke mahkamah oleh Team B, siapa Team B, tengok balik," katanya.
"UMNO lama sudah mati, di bawa ke mahkamah oleh Team B, siapa Team B, tengok balik,.."

"Dr Mahathir nombor keahlian dia 001, Siti Hasmah (isteri Dr Mahathir) 002, saya 007," sambungnya lagi."

Menteri "Air Kelapa Muda" itu yang sememang menjadi orang kuat Dr. Mahathir semenjak tahun 80an; telah bercakap panjang mempertahankan bekas Big Bossnya, isu sabotaj, tingkat 4 yang penuh rahsia, kisah Arwah Haji Fadzil Noor yang menerima gelaran Datuk; serta tidak ketinggalan tentang stratergi membawa masuk Anwar Ibrahim kedalam UMNO.

Dengan sepedas cili padi Afrika, Dato' Sanusi yang memang terkenal dengan sifat garang dan tegasnya menambah; ""Boleh tegur, tapi biar orang yang sama level, bukan budak-budak yang baru seminggu dua jadi menteri..." Pukulan balas barangkali ditujukan kepada Ahmad Shaberry Chik. Seolah-olah cuba mengambarkan menteri baru itu sebagai budak hingusan yang baru hendak merasa duduk kerusi Menteri Kabinet. Berita lanjut...

Benarlah sepertimana yang tersebar diseluruh negara satu waktu dulu bahawa, dengan Pak Sanusi ini jangan dibuat main-main; kerana beliau mengamalkan semangat Bushido; yang sering dipegang oleh Samurai Berani Mati dari Negara Matahari Terbit...

Dato' Seri Sanusi Junid yang kini merangkap Presiden UIAM sememangnya ahli politik yang berani dan mempunyai prinsip kesetiaan yang tinggi kepada bekas ketuanya... Haaaittt!

Lihat sahaja keberaniannya mempertahankan Enche' Ghaffar Baba (Tun) daripada serangan bertubi-tubi media yang dikuasai oleh kem Anwar Ibrahim dan juak-juaknya, pada masa perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993; yang penuh berliku dan bersejarah itu.

Sanusi mengepal penumbuk berdiri teguh diatas Rostrum membela Tun Ghaffar Baba habis-habisan biarpun selepas itu beliau kalah mempertahankan kerusi Naib Presiden Tempat ke-3, yang disandangnya pada masa itu. Perhimpunan Agung, tahun 1993 menyaksikan Dato; Seri Sanusi Junid menongkah arus 'Kem Wawasan' yang dikepalai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim; yang disokong oleh juak-juaknya seperti Mike Tyson, Muhyiddin Yasin dan Rahim Tamby Chik.

Pak Ghaffar, Sanusi, Pak Lah, Isa Samad dan Syed Hamid Albar habis terpelanting jauh dirempuh arus perubahan Kem Wawasan pada tahun 1993.

"Siapa melawan arus, maka dia karam..." Sudah tentu, Sanusi Junid tidak takut karam.

Jadi sememangnya telah terbukti keberaniannya selaku ahli politik yang setia dan berprinsip (salah satu kriteria yang sukar dicapai oleh para pemimpin UMNO pada masakini.)

p/s: Ayoyo...manyak takut sama itu Pedang Samurai. Itu Kelapa Muda senang-senang saja ini orang kasi cantasss...

10 ulasan:

rastom berkata...

Sanusi Junid? Hehehe....Panglima pencen, dulu aruah Khalif Jafri merantau ke Langkawi semasa Sanusi MB Kedah....tup tup keluar buku 50 Dalil yang mencetuskan kes Anwar di mahkamah.....saya tidak lupa ...elok lah dia pencen, tapi kalau nak bercakap pun itu hak dia..kata orang Perak bior aje lah..ade tak ade samer je hehehehe

Elhakim berkata...

hehe..
kalaulah bekas menteri kelapa muda ini mempertahankan sesuatu demi igama,
boleh jugak la aku pertimbangkan untuk menyokongnya.

tetapi kalau bekas menteri kelapa muda ni bertindak mempertahankan mahathir mahupun ghafar baba..

kah..kah..kah...

tak dapek den nak nolong haa...

kesian..kesian..

the indie story berkata...

Alamak sekali Guru dan Murid sudah bergabung tenaga daaa...hehehe

Pak Rastom yang dikasihi, bila aku menulis sesebuah artikel; prinsip aku mudah sebenarnya. Jangan puji melambung sampai naik langit ke-7; dan jangan hentam samapi kawan tu menyembah bumi. Kira adil bukan?

Aku sekadar cuba mengorek kembali sejarah tentang seorang pemberani yang bernama Sanusi. Perkara yang sama aku pernah lakukan terhadap Panglima Umno terbilang seperti Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh.

Pak Rastom sedikit terlupa barangkali. "Politikus sebenar tidak pernah PENCEN...kecuali seorang politikus licik bernama MUSA HITAM.

Bila Musa Hitam berkata dia mahu pencen; aku sesekali tidak pernah mahu percaya. Hatiku tertanya-tanya: Mana mungkin Musa pencen?"

Tapi setelah 20 tahun berlalu...baru aku benar2 percaya. "MUSA HITAM SUDAH PENCEN".

Dan kita kehilangan besar sebenarnya...

the indie story berkata...

Abuya el HAkim, bila ko melihat suasana politik belantara Malaysia, ko jagan melihat lapisan atasannya sahaja.

Engko melihat buah kelapa muda. Sedangkan aku cuba menafsirkan dari sudut lain. Aku melihat santannya...

Rasanya bukan sesuatu yang janggal melihat taat setianya Sanusi kepada Ketuanya dulu (Aku kira sekarang pun masih jadi ketuanya)

Yang janggal apabila membiarka seorang ketua yang banyak berjasa, terkapai-kapai kelemasan seorang diri di lautan hijau, sedangkan dirinya sedang elok menghirup air tembikai di tepian pantai.

Dan Sanusi "Kelapa Tua" bukanlah jenis yang sanggup membiarkan Sang Ketua tertelan air masin sampai lemas.

Sanggup ko biarkan Pawang Buaya Rastom tercungap-cungap dikejar anjing sedangkan engko baik punya cilok naik Superbike? Aku tanya lagi sekali sanggup? (Tuan Rasto perati bebaik...hehehehee)

Jangan jadi The Derhaka Student beb!

rastom berkata...

Raden Galoh el Moderator, yang lain aku tak takut....cuma yang beruniform ni merisaukan aku.....

http://www.rastom.net/terkini/wp-content/themes/revolution_pro_media_10/images/msaboteur.jpg

- G O R O - berkata...

Salam.

Sanusi Junid?

Sama seperti pemimpin2 UMNO yang penuh korupsi. Mempergunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri tidak kira semasa menjadi MB kedah ataupun presiden UIAM sekarang.

the indie story berkata...

terima kasih - goro - kerana memberi pandangan. semua orang berhak memberi pandangan tidak kira betul atau salah.

namun saya kira jika kita mengatakan sanusi rasuah kita perlukan satu bukti kukuh, supaya kita tidak sekadar membuat tuduhan rambang.

tQ

Alia's epistles berkata...

Salam Tuan Moderator,

Menarik juga dapat membaca satu ulasan daripada sudut yang lain dan unik.
Saya cuma ingin meluahkan rasa hati dari pembaca yang amat cetek ilmunya..

Amat malang kebelakangan ini berpusu-pusu ahli politik serta bangsa-bangsa bukan Melayu(yang memberi komen dalam blog terutamanya) memberi komen, kritikan dan andaian yang semberono samada tentang UMNO, Melayu atau TDM.
Seolah-olah tiada langsung sedikit walau sebesar zarah bakti yg dicurah oleh TDM, UMNO atau bangsa kepada pelusuk rakyat Malaysia.

Seolah-olah segala dosa dibumi bertuah ini datang dari tangan-tangan orang bernama Melayu.

Yang lebih hebatnya, ketika menuduh seseorang korup atau melakukan perbuatan keji (seperti TDM), mereka seolah-olah berada di tempat kejadian(ketika dosa itu dilakukan)atau seolah-olah mereka itu Tuhan dapat membaca isi hati dan niat orang yang dituduh korup itu. Dan selepas itu mereka seperti tidak sabar untuk menghukum yang dituduh dengan tangan mereka sendiri.
Ya, mungkin TDM ada melakukan kesalahan, tetapi..kebaikannya juga perlu diperakui...

p/s: Saya setuju dengan prinsip saudara : "Jangan puji melambung sampai naik langit ke-7; dan jangan hentam samapi kawan tu menyembah bumi."

the indie story berkata...

Salam kembali alia's epistles (nick cool beb!)

Terima kasih...terima kasih...

Jangan puji saya melambung sampai saya kembung. Jangan bantai saya sampai makan pasir. hehehe

Alhamdulillah, ada juga yang dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan.

Biasalah alia's, bila Jerung punya gigi sudah tumpul, semua pakat nak buat sup sharkfin. Goreng pon sodap!

Anak-anak ikan yang baru nak berenang dilauatan samudera kena berhati-hati. Bukan main pakai redah.

Silap redah masuk pukat tunda. Habih cerita.

Apapun KAMI disini sentiasa bersikap terbuka dan berlapang dada menerima kepelbagaian pendapat.

Setiap manusia, fikrahnya tidak sama. Jadi kita haruslah berdiskusi dan berbincang dengan minda terbuka TANPA PERLU BERMUSUHAN.

Malaysia akan menjadi lebih baik, jika rakyat sentiasa berbicang secara intelektual tanpa harus benci membenci. Tanpa tuduh menuduh. Tanpa takut bersuara, memberikan pelbagai pendapat.

Setelah ditapis-tapis, pendapat terbaiklah yang kita harus terima tanpa dendam dan berbalah.

Pihak Moderator & CREW bersedia dikritik. Tapi mestilah kritikan yang konstruktif dan bukan emosional.

Sesungguh kita manusia yang lemah. Allah jugalah yang sempurna.

Wassalam.

- G O R O - berkata...

Salam..

Saya bukan bercakap seperti tin yang kosong. Jika saudara ada mengenali sesiapa yang bekerja di UIAM terutamanya di Management Service Divison. Cuba saudara selidik2. Saya hanya golongan marhain yang mempunyai hak untuk menentukan Ulul Amri saya.