(Rileks aar bang...saya nak kopek kuaci bunga pun salah ke? Saya pun nak tengok orang lari gak... nak gak enjoy entertaiment.jangan main kasar beb! Selalu saya makan kuaci sambil tengok wrestling takder aper pun? Kecoh laa lu mamat...heh!)
Kecoh! Memang kecoh habis. Itulah yang terjadi pada acara Larian Obor Olimpik di Canberra, bilamana seorang aktivis pro Tibet baik punya duduk bersila diatas jalan raya sambil makan kuaci bunga.
Anggota keselamatan Australia dan pegawainya sudah jadi kelam kabut dengan akhlak selamba kodok yang dipamerkan oleh lelaki berani tersebut.
Sukan Olimpik akan dilangsungkan pada Ogos nanti di Beijing.
Sekurang-kurangnya 20 ribu penyokong China dan pro-Tibet berada dikawasan yang sama, menyebabkan beberapa anggota keselamatan bergelut dengan pengiring obor China ketika melintasi mereka.
Kita menunggu-nunggu reaksi dari pemimpin spiritual Tibet dalam buangan, Dalai Lama yang menjadi begitu popular seantero dunia selepas kisahnya difilemkan oleh Hollywood berjudul '7 years in Tibet' yang turut dilakonkan oleh kembarku Brad Pitt...(heh!)
1 ulasan:
Hi Moderator,
Semasa obor tu lalu kat KL, ada kecoh2 tak? Abgjas x sempat tengok berita.
Agaknya, mampukah rakyat Tibet menyanggah kerajaan China?
Catat Ulasan