Isnin, Mac 31, 2008

Menuju kearah Masyarakat Madani...Oppss ...maaf...Masyarakat Hyper-Tension!

(Foto ini diambil 2 minggu lepas. Cuba anda teka dimana? Pada pilihanraya yang baru berlalu...diflat usang inilah diletakkan bendera BN yang terpanjang diarea Titiwangsa. Hebat bukan?)



Anda tahu foto diatas ini dimana lokasinya? Ini flat PKNS yang terletak disatu-satunya kampung melayu ditengah-tengah kota. Ya! Kampung Baru. Flat ini memang lama juga. Rasanya hampir 30 tahun... Apa yang cuba saya ketengahkan ini, ialah disaat bapak menteri dan pembesar UMNO bersenang lenang didalam istana banglo berhawa dingin mereka; rakyat jelata hanya mampu menyewa bilik sempit diflat usang yang dibawahnya bersepah dengan penagih dadah. Lif yang berbau hancing. Kaki lima yang kotor dengan sampah. Gejala social seperti budaya samseng, hidu gam dan Kaki Rempit semakin merebak tanpa sekatan. Percaya atau tidak, masalah kes jenayah bermula daripada masalah sosial seperti ini. Jangan bila sudah tidak terkawal; baru nak sibuk-sibuk masuk suratkhabar dan tv.

Sebenarnya ini hanyalah salah satu senario lumrah hidup biasa masyarakat di ibu kota. Banyak lagi tempat-tempat lain yang keadaaan sosialnya hampir sama; malah kadangkala lebih teruk. Itu belum masuk kes-kes kemiskinan di kawasan pendalaman di Kedah, Terengganu,Sabah & Sarawak. Malah dinegeri Selangor negeri maju juga terdapat banyak rakyat miskin. Kalu tidak masakan terdapat program diTV3 "Bersama mu...".

Disaat bapak menteri dan pembesar parti UMNO bersuka ria mandi swimming pool dan bercuti ke London dan Paris; rakyat jelata hanya mampu berjimat cermat untuk gunakan air paip yang kadangkala tak sampai sebab tekanan air rendah (low water pressure). Duit gaji cukup makan. Itulah nak bayar sewa...nak bayar minyak..dan itulah duit nak makan. Kalau bulan itu kena saman parking? Jangan buat pasal...silap-silap kena ikat perut. Budget lari!

Bercuti? feeerrhhh... saya rasa perkataan ini jarang-jarang ada didalam kamus hidup rakyat jelata. Rasanya satu patah perkataan asing dari Planet Zuhal yang tidak mampu difahami penduduk bumi. Manalah nak cekau duit, nak pergi bercuti...jangan mimpilah! Orang-orang yang duduk diatas itu lainlah, mereka bisa bercuti 'around the world'...cuti-cuti Malaysia tak mainlah kan. Rakyat marhain setakat nak pergi bercuti ke Langkawi pun kena fikir seribu kali.
Macam manalah kota-kota besar tidak melahirkan generasi yang tertekan (tension community); dan semakin banyak orang yang tinggal bandar-bandar besar seperti KL jadi gila tanpa sedar. Sikit demi sedikit...jadi depress... Pantang tersilap sikit boleh jadi berbunuh.

Kenapa? Kerana bertungkus lumus berjuang untuk hidup. Berpenat lelah kerja hanya untuk menanti gaji 'ciput' yang hanya cukup-cukup untuk bayar kos sara hidup yang semakin tinggi dinegara Malaysia. Bapak Menteri dan Pembesar UMNO ada rasa peduli? Ada perasaan kasihan dengan kami yang dibawah ini? Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee : "cakap lawa...boleh laaa...". Cakap-cakap yang hanya untuk menyedapkan hati rakyat jelata, sebab nak kaut undi dan dapat kekal berkuasa supaya boleh terus menerus mengaut dan membolot kekayaan dengan jalan mudah.

Bila sudah menang, lepas pilihanraya lesap entah kemana. Boleh pula bina Mahligai Istana Mewah dekat tengah-tengah rumah kampung beratap zink. Punyalah sedap kena hembusan air-cond sampai terlupa kepada rakyat yang tengah baik punya bagai udang kena bakar 'time' tengahari terik. Ya lah, dah rumah pakai atap zink. Weiii...Nabi saw ajar akhlak macam ini ke? Pikirlah sikit...

Akhirnya...rakyat marhain semakin hari semakin terus ditekan tanpa belas. Mereka sedap-sedap naik kereta jenama mewah; petrol free, makan free...hampir semua free. Semua subsidiary...Bila subsidi hak rakyat, pandai pula dipersoalkan...kononnya sampai bila nak jadi bangsa subsidi. Inikah keadilan yang Islam ajarkan? Jawab sikit...jawablah sayang, janganlah malu-malu. Kalau sudah termalu ala nak jawab (sebab takut) ; next election...pakat tumbanglah kalian hendaknya. Kerajaan Firaun pun boleh jatuh tersembam...inikan pula kerajaan rasuah UMNO. Sebenarnya UMNO tak salah...yang salah pemimpin yang kaki rasuah berjiwa feudalism. Naik sebab jasa arwah bapa; bukan disebabkan 'special charater' atau karisma sendiri. Dua tiga kerat masih boleh pakai...contohnya Ku Li dan Ahmad Shabery Chik.

Izinkan saya meminjam istilah saudara Anwar Ibrahim : "Pemimpin yang jiwanya tercabut dari akar umbi..."

Siapa mahu bela nasib kami??? Tidakkah mereka sedar; yang kini rakyat sedang melalui hidup ini dengan jiwa yang HYPER-TENSION!

14 ulasan:

CikguZue berkata...

salam ziarah...

Elhakim berkata...

hehe..
tn elmoderator,
aik? sudah berani kutuk itu UMNO? Tak takut pada Islam Hagari ke ?

the indie story berkata...

Salam Ukhuwah cikguzue,

jemput masuk, jangan malu2...buat macam rumah orang k...hehehee

gurau jer cikgu.

dah lama ke stay kat UK? Mesti best hingga tak terkata kan? Camner hidup disana?


Salam Sayang Lebai Rastom al haj,

Mau tak takut...aku nak publish itu entry pun kena fikir lapan juta kali. Itu Raja Petra suda kena balun 4 juta daa...dia bole laa. Kita??? Naka kenalah mintak tolong Tuan Bomoh Rastom. hehehe

Kutuk Umno ke bro'? Mana ade...itu kira cubit2 sayang tu. Ko lainlah, ada firma guaman sendiri.

huahuahuaaa

the indie story berkata...

Oppss sori Tuan Lebai el Hakim....aku tersalah taip nama Si Rastom daa...hehehee....sori X (8 juta kali)

Aku makin konpius antara wajah hensem tuen el hakim dengan wajah garang el rastomi.

Maklumlah guru dgn muridlah katakan.

Maafkan diriku wahai TUAN BESAR el Hakim ketua Tabligh seluruh Vietnam.


sori. sori. sori. lagi sekali

Tanpa Nama berkata...

"Berbuahlah pisang tiga kali..orang Melayu masih bermimpi"...sajak Melayu oleh Allahyarham Dato'Usman Awang.

Indahnya bumi kita ini warisan berkurun lamanya...hasil mengalir ke tangan yang lain...pribumi merintih sendiri...

Kita yang memilih pemimpin UMNO yang macam hari ini...maka kitalah berdosa dan menanggung akibatnya jika kemungkaran terus berlaku.

Maka..fikirlah. Gunakan undi anda semua pemimpin Melayu untuk menyelamatkan Melayu yang seperti saudara kata melarat di KL. KIta tunggu Persidangan UMNO Dis ini. Tengoklah Melayu nak berubah ke atau Melayu bodoh sombong dengan sikap biar putih tulang tapi jangan putih mata..sibangsat2 tertentu dalam UMNO..

HIDUP UMNO SEJATI..HIDUP MELAYU

the indie story berkata...

Salam tanpa nama,

Kata-kata yang saudara nuilkan daripada arwah Usman Awang begitu mendalam sekali maknanya. Relevan sehingga ke tahun 2020 mungkin.

Nyata Allahyarhan Sasterawan Negara itu tahu apa yang dituliskannya. Kata-kata itu boleh jadi sahaja bukan untuk zamannya tetapi khas generasi yang mendatang.

Pertempuran yang berlaku pada Disember ini boleh sahaja juga mengakibatkan 2 keadaan yang bertentangan.

1) Runtuhnya hieraki dan jatuhnya Kaki2 rasuah didalam UMNO. Bermulanya arus perubahan. Siapa melawan arus, dia karam.

2) Ditactor in Making...

Selepas itu...Hari ini dalam sejarah. Harapan kita pada Mukriz dan Ku Li mungkin. Jangan saudara lupa, gendang perang semakin galak dipalu. Tidak henti-henti...

Noushy Syah berkata...

Salamz Mr Moderator,

Whatever it is, the signal is so clear given to PM to wake up from his dreamland and start thinking about the significant steps for his future...

p/s THe politicians are so power crazy in Msia because,power means WEALTH for them! I don't think those Datuk2 really committed for the sake of nations and country but more towards fulfil their 'POCKETS'

ERRRR...I don't know how true, but just an assumption from reading the news online...

Thanks for sharing.Have a gr8 day yea.

Mak Su berkata...

sekali pandang memang dah tahu, kat kg baru... macamana agaknyer nasib flat itu after 2, 3 years ek... hmmmmm

Aklil Ayob berkata...

salam,

wah, marah nampak...tapi memang btol tu.. malu jadi org KL...

kg baru daru dulu cenggitu je...buat projek pun nak dekat2 election...

last-last kalah, ha!!! baru padan muka....

Tanpa Nama berkata...

salam,

hidup ni kalau sekadar kejar keduniaan memang akan tension.. haha.. cuba cukup kan yg lima waktu tu.. insyaallah..

dah lah tu.. penuh dengar tidak puas hati.. semua orang salah.. tapi tu la kan.. kita memang xde salah.. semua yang pincang tu sebab org lain.. dah tak tahu nak salahkan siapa.. kan?

but talking about the leaders, how do you know all the leaders that you mention will fight for your right?? will them?? how about 20 mill others ?? how about their right?? kehendak diorang?? kehendak kita tak sama..

apa2 pun.. pemimpin2 yang makan rasuah ni, time sekolah dulu ustaz/ah diorang takde ajar pasal neraka ker?? praktis2 la duduk kat umah atap zink..LOL

the indie story berkata...

Salam Miss Noushy,

i takut dia masih terus tido. Tapi kalau kali dia masih terus tido, biarpun rakyat dah bising diluar tingkap; mungkin jawatan dia akan tido selama-lamanya. i kesian dengan Pak Lah...tapi masalahnya i lagi kesian dengan rakyat jelata.

Good comment from you. Have a gr8 day too.

wassalam.
p's: your 'bersama masa' blog, its really cool sis...

the indie story berkata...

Salam Mak Su,

camner bole tau foto tu kat kg. baru. Maksu pernah stay kat saya erkkk?

Mesti selalu makan kat warung Nasi Lemak Antarabangsa kan?

cayalah Mak Su.

the indie story berkata...

Salam Ukhuwah Saudara Muhammad,

Bukan marah. tapi geram. hahaha

Anggap saja blog ini sekadar suka-suka, tapi dapat juga menjadi wada perjuangan menyuarakan permasalahan rakyat bawahan.

Bersama kita mengetengahkan apa yang termampu.

Tulisan tu nampak macam bernada marah, tapi tidak. Ekspressi kena lebih...

the indie story berkata...

Salam Ukhuwah next exit,

pandangan saudara, Pihak Kami terima dengan lapang dada dan minda terbuka.

Benarkah tulisan itu cuba salahkan orang lain? Atau cuba mengetengahkan permasalahan rakyat?

Saudara next exit, sebenarnya itu bukan masalah saya. Itu masalah orang lain. Tapi kenapa saya sibuk2
bersuara?

Jawapannya mudah. Kalau bukan kita siapa lagi? Nak harapkan orang lain? Kita dulu buat...

Pihak Kami buat sekadar yang termampu.

Baca juga tulisan-tulisan Moderator dan rakan2 lain sebelum menegur.

Saudara next exit pun kena sama cukupkan yang lima waktu itu.Kalau dah cukup, mai singgah kedai kami beli kitab-kitab ulama' muktabar. Kitab Tasawwuf ada, Fiqh ada...video Ahmed Deedat pun ada sama. Jadi "kalau kail panjang sejengkal' tak payahlah nak sindir2kami disini. Takut terpercik kena muka sendiri.


Tapi kalau saudaua bermaksud memberi nasihat dengan ikhlas, berbanyak terima kasih kami ucapkan. Alhamdulillah.

Sama-samalah kita MUHASABAH diri. Insha'allah.