Jumaat, Mac 14, 2008

Berjaga-jaga dengan batu api

Rakyat negeri Perak perlu bersikap waspada dengan tangan-tangan ghaib yang cuba mencetuskan provokasi. Mengikut cerita yang didengar terdapat penyebaran sms secara meluas meminta kaum melayu mengadakan Perhimpunan Raksasa bagi membantah tindak-tanduk DAP yang cuba mencabar Ketuanan Melayu.

Disaat kerajaan Barisan Rakyat baru hendak ditubuhkan; bahang api perkauman cuba dicetuskan oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab. Semua bangsa tidak mengira kaum dan agama harus bersatu dengan berani menentang pihak yang cuba menjadi batu api; mewujudkan ketegangan kaum di Malaysia.

Kononnya perhimpunan raksasa itu akan diadakan di depan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Namun Pihak Polis siang-siang lagi telah memberi amaran tegas.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan kerana tiada sebarang permit atau permohonan diluluskan bagi perhimpunan berkenaan. Zulkefli berkata mereka yang menyebar SMS tersebut juga akan diambil tindakan. Lagi berita

Sebagai Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita harus saling menghormati biarpun berbeza warna kulit, budaya dan agama. Kita juga berharap Lim Kit Siang berhenti daripada memainkan isu perkauman dan mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu demi kebaikkan semua pihak. Lebih -lebih lagi buat Kerajaan Barisan Rakyat di 4 buah negeri yang baru hendak berfungsi.

Demi kebaikan rakyat jelata tanpa mengira kaum.

1 ulasan:

Abubakr berkata...

Control babe, api dituang petrol, voop! Tapi cas kat roket pun voop, pergi tinggi di awan, meninggalkan bumi marhain, pandang mata sebelah ler kita. Keris mana boleh tembak roket. Kena aim dengan satu mata tembak roket. Atau timbangtara, guna night vision goggle. Oh bulan, takkan tengok jer. TAKBIR.