Rabu, Mac 05, 2008

Tok Him Seorang Pejuang! ( Tribute to Dato' Paduka Ibrahim Ali )

*Tok Him terus bertahan walau dihempas samudera...

Apa yang orang tak pernah kata kepada Dato' Paduka Ibrahim Ali?
'Raja Katak', 'Putera Katak', 'Lompat Si Katak Lompat' dan pelbagai cacian, maki hamun, umpat keji dan kata nista dilemparkan kepada Tokoh Pejuang Melayu ini.

Saya telah lama memikirkan untuk menulis satu artikel tentang perjuangan beliau dalam politik, namun kekangan masa membatasi diri. Namun jika punya peluang saya akan menulis juga tentang kehebatan beliau sebagai seorang politikus yang tidak gentar berhadapan dengan sesiapa. Terlalu sedikit informasi berkenaan beliau di internet.

Baik UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC dan KEADILAN semua pernah merasa penangan berbisa beliau. Beliau seorang Tokoh Pejuang Melayu Islam yang "CAKAP LEPAS" dalam menyuarakan suara hati melayu. Digeruni serta dihormati oleh KAWAN & LAWAN.

Namun didalam masa yang sama mempunyai hati yang baik, mengenang budi dan menghargai PERSAHABATAN dalam ertikata yang sebenar. Inilah yang pernah dirumuskan dalam satu buku biografi beliau yang pernah saya tekuni di satu masa dahulu. Tajuk buku itu ialah IBRAHIM ALI - Meredah Samudera.

Setelah selesai membaca buku tersebut, sedikit demi sedikit perasaan benci, meluat dan menyampah kepada beliau hilang dengan sendiri.
Selama ini banyak pihak yang menyangka beliau seorang ahli politik yang tidak mempunyai pendirian. Malah ada sesetengah pihak yang tanpa berfikir panjang sanggup menuduh beliau dengan melabelkan beliau sebagai Pengamal Politik Lalang tanpa menghargai sumbangan beliau didalam mempertahankan Hak Ketuanan Melayu didalam erikata sebenar (Bukan pakat main2 hunus keris dan cium macam sesetangah puak tu).

Percayalah, sebenarnya keadaan politik semasa yang kebanyakkannya tidak berpihak kepada beliau; membuatkan beliau terpaksa mengambil sesetengah keputusan politik yang kurang popular dan membakar diri.

Prejudis saya luntur dan mula memahami cara, sikap dan visi perjuangan beliau yang sanggup bermati-matian didalam mempertahankan Hak Ketuanan Politik Orang Melayu Islam ditanah air tercinta.
SAYA TIDAK PERNAH MENGENALI DIRI BELIAU SECARA PERIBADI, namun Alhamdulillah; sedikit sebanyak saya mengenali pemikiran politik beliau.
Dihempas badai mentera, dilambung ombak ganas, ditikam belakang...Tok Him terus handal meredah samudera.

Seorang pejuang akan selamanya menjadi pejuang. Tidak pernah berhenti sehingga nafas yang terakhir.
Ku dedikasikan post entry ini buat Dato' Paduka Ibrahim Ali.
Semoga Beliau "Berjaya merampas kembali kawasan PARLIMEN PASIR MAS, KELANTAN; pada pilihanraya kali ini".
Beliau seorang calon bebas tidak berparti (setelah dipecat oleh UMNO) yang bertanding diatas tiket PAS, dengan budi bicara Tok Guru Nik Aziz. Mungkin beliau serik dalam permainan "tikam belakang" politik kepartian, menyebabkan beliau sukar untuk join PAS. Atau barangkali mungkin beliau mahu bebas bercakap dan menyuarakan pandangan tanpa takut terbatas sebagai etika dan displin didalam sesebuah Parti Politik. Segalanya berkemungkinan.
Tidak mengapa...sekali Tok Him melangkah...Pantang Undurrr!
Aku Salut kamu wahai pejuang!

Tiada ulasan: