Rabu, Mac 12, 2008

Lim Guan Eng jangan jadi celupar! Ditulis Oleh Bro' Shinri


Lim Guan Eng (kanan) dan bapanya, Lim Kit Siang meninjau bandar Georgetown dari tingkap pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Bangunan Komtar, Pulau Pinang selepas mengangkat sumpah semalam. – Gambar Zhafaran



Lim Guan Eng sepatutnya lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan. Tersalah cakap buruk padahnya. Silap-silap kerajaan DAP di Penang hanya sempat bertahan tak sampai 3 bulan. Tolong jaga sikit perasaan hati kaum Pribumi Melayu Islam. Agaknya beliau terlupa bahawa kemenangan besar DAP di Pulau Pinang adalah hasil undi daripada semua kaum, termasuklah melayu. Jadi beliau tidak seharusnya bermegah diri mendabik dada dengan beranggapan bahawa itu adalah kemenangan mutlak untuk Democratic Action Party (DAP) yang terkenal dengan konsep slogan ‘Malaysian Malaysia’.

Jangan kerana pulut santan binasa…kerana mulut kerajaan baru di Penang boleh pecah belah. Walaupun PAS hanya mempunyai satu kerusi DUN Permatang Pasir setelah kalah 4 kerusi yang lain, namun tanpa bantuan PAS dan PKR, maka Lim Guan Eng jangan bermimpi nak tawan Pulau Pinang.

Orang Melayu Islam juga berterima kasih diatas kesudian DAP, melantik Timbalannya daripada PKR ialah Mohamad Fairus Khairudin yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mengalahkan penyandang, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) dengan majoriti 2,219 undi.

Manakala Timbalan Ketua Menteri daripada DAP ialah Prof. Dr. P. Ramasamy yang menang di Parlimen Batu Kawan menewaskan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dengan majoriti besar 9,485 undi.

Ramasamy juga memenangi kerusi DUN Perai menewaskan calon BN, R. Ulaganathan dengan majoriti 5,176 undi. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar BERITA HARIAN.

Guan Eng turut mengumumkan jawatan speaker dan timbalannya akan diberikan kepada PKR.
Persoalannya sekarang dimanakah calon yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS)? Adakah Lim Guan Eng yang turut dinasihati oleh bapanya Lim Kit Siang (Mastermind DAP) cuba menyisihkan wakil PAS secara senyap-senyap. Jika itulah cara dan niatnya, maka percayalah Kerajaan Anak Beranak Lim tidak mampu bertahan lama. Pilihanraya yang akan datang akan membuktikannya… Jadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru harus bertindak bijak untuk menghargai sumbangan semua pihak demi keutuhan dan perpaduan BARISAN RAKYAT.

Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Pribumi didalam DASAR EKONOMI BARU (DEB) atau NEW ECONOMY POLICY (NEP) yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak adalah isu yang terlalu sensitif; maka jangan sesekali mempersoalkannya. Sepertimana Bangsa Melayu yang tidak pernah pun mengungkit dan mempersoalkan kewarganegaraan kaum-kaum pendatang yang mendapat hak warganegara mengikut Perjanjian Kontrak Sosial sebelum Tanah Melayu MERDEKA!


Jadi buat Lim Guan Eng berfikirlah dahulu sebelum bercakap besar!
Terlajak perahu boleh diundur...


*Keceluparan Lim Guan Eng boleh dibaca didalam akhbar UTUSAN MALAYSIA

6 ulasan:

Klaw berkata...

Kaum pendatang cina di situ hendak bertanya, di manakah wakil DAP dalam exco kerajaan PAS negeri Kedah?

Ataupun, kerana kita orang pendatang, kita tidak berhak meminta apa-apa dari tuan?

Maaf kalau terlanjur kata, tuan.

Death Note berkata...

kau ni perkauman betul la...

ni alaf baru. kita undi tak kira bangsa. kita maju tak kira bangsa.

yang kau undi tak kira bangsa, tapi nak makan free pasal kau bangsa melayu apahal? fikir la sikit.

terlanjur perahu boleh gostan. melayu jangan la sampai layu...

amal berkata...

hello, NEP is against ISLAM in the first place!

dah kita mati takdenye Tuhan nak buat department kat Padang Mahsyar tu for ‘Melayu Only’ or ‘Cina Only’ or ‘India Only’...”

so, if you want to be racist..be it. we don't need people like you anyway

Nie_Feng79 berkata...

hi all...rilek beb..jgn gaduh2..skit punya hal ka...actually kjaan campuran di kedah( I use kejaan campuran not Pas gov bcos all parties and racist contribute to the victory in Kedah)....kedah new MB dah ofer 1 jawatan exco for DAP but there are no feed back from the DAP party. I pun tak faham why they refuse to accept it ataupun DAP tak nak terhutang budi dgn PAS. for me, ini bkn masa nak termakan budi or whatever...but it is the time to work together as a team.Rakyat hv votes them to serve people...or DAP takut hilang vote from Chiness is them work together...still mistery...

Nie_Feng79 berkata...

hi all...rilek beb..jgn gaduh2..skit punya hal ka...actually kjaan campuran di kedah( I use kejaan campuran not Pas gov bcos all parties and racist contribute to the victory in Kedah)....kedah new MB dah ofer 1 jawatan exco for DAP but there are no feed back from the DAP party. I pun tak faham why they refuse to accept it ataupun DAP tak nak terhutang budi dgn PAS. for me, ini bkn masa nak termakan budi or whatever...but it is the time to work together as a team.Rakyat hv votes them to serve people...or DAP takut hilang vote from Chiness is them work together...still mistery...

Tanpa Nama berkata...

Whenever the teachers pass on the knowledge about sensitivity to us, have we ever digest it or take it as it.

NEP bukan issue sensitive anymore, kaum Melay, Cina, India, Kadazan harus fikir apakah faedah NEP? NEP bukan sahaja tidak memanfaatkan orang Melayu(kecuali Rafidah and orang besar BN), NEP juga memaksa investor cari oppurtunity yang lain di Vietnam, China, Indonesia, Thailand

Kita anak Malaysia yang rugi! Orang dalam BN yang untong! Think twice, think thrice! Wang ini boleh diguna untuk pendidikan dan R&D orang Melay, Cina, India dan lain-lain.