Sehari sebelum tiba hari mengundi, saya telah terserempak dengan YB Parlimen Gombak; Saudara Azmin Ali di gerai Nasi Padang Taman Melawati (bersebelahan dengan Restoran Mamak super marvelous DEEN...heheheee. Menu kat sini memang best, macam-macam ada!).
Saya terserempak secara tidak sengaja sewaktu beliau bersama rakan-rakan seperjuangannya (Ketua Pemuda PKR Gombak - Saudara Jefri yang peramah ( T-Shirt bila naka bagi bro'?) sedang menjalankan kerja-kerja kempen terakhir - Last Call!
Selepas habis Solat Jumaat di Masjid Assobirin, terus saya pergi ke Pusat Bandar Taman Melawati untuk membeli Nasi Bungkus Rakyat Marhain....tapi tak sangka terjumpa beliau. Dengan tidak membuang masa, terus saya bawa keluar kamera, dan sempat merakam beberapa aksi beliau bertemu dengan rakyat dan para pengundi disekitar kawasan tersebut secara spontan. Sempat juga saya bersalam dan mengucapkan kata-kata semangat buat beliau. Namun pada malamnya, sewaktu perhimpunan rakyat di Taman Permata; sekali lagi saya bertemu dengannya dan nyata beliau masih mengingati pertemuan di siang hari tadi.
Dan ini adalah foto-foto Saudara Azmin Ali dan Angkatannya sehari sebelum mengundi, yang tidak sempat saya uploadkan kerana desakan masa begitu hebat. Malam tadi saudara Azmin telah pun memenangi kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa, dan sekali lagi bergelar YB (bukan Yang Berhormat tetapi sepatutnya Yang Berkhidmat!). Kali terakhir beliau memenangi kerusi DUN Hulu Kelang sewaktu bertanding tahun 1999. Tahniah buat Azmin Ali...
Maka inilah rakaman spontan..."Sehari Sebelum Mengundi..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan