Khamis, Mac 13, 2008

Sultan Melayu harus dihormati...

Mohammad Nizar mohon semua pihak hormati keputusan Sultan Perak
Johari Jaafar Wed Mar 12, 08 11:21:09 PM

IPOH, 12 Mac (Hrkh) - Bakal Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meminta semua pihak menghormati keputusan yang telah diputuskan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung perlantikan ketua kerajaan negeri berkenaan.

"Ketiga-tiga parti, DAP, KeADILan dan PAS telah menamakan calon-calon masing-masing untuk jawatan calon Menteri Besar. Tuanku telah meneliti senarai nama calon yang dihantar, dan hari ini Tuanku telah memberi perkenan untuk melantik saya sebagai Menteri Besar. Oleh itu, setiap kaum perlu menghormati keputusan dari istana," ujar beliau.
Menurut Mohammad Nizar, pimpinan ketiga-tiga parti alternatif telah berjanji untuk akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. Dengan itu, tambahnya, mana-mana pihak tidak perlu meragui keputusan tersebut.

"Saya minta rakyat bertenang dan tidak terpengaruh dengan sistem pesanan ringkas (SMS) sejak dua tiga hari kebelakangan ini. Kita minta rakyat negeri ini menerima peralihan kuasa dengan baik dan tidak cuba mencetuskan perkara-perkara yang boleh memburukkan suasana," ujar beliau. Sila baca keseluruhan pos...

Tiada ulasan: