Rabu, Mac 12, 2008

Dimanakah menghilangnya Khir Toyo? (segalanya masih menjadi misteri...)


(Dimanakah mereka? Dan kemanakah halatuju politik mereka selepas ini?)


BERITA TERBARU:
Dengan tidak semena-mena selepas tulisan ini di 'Publish', Dato Seri Dr. Khir Toyo muncul dikaca tv didalam Buletin 1.30 TV3. Beliau turut mencabar Kerajaan Barisan Alternatif Selangor yang baru supaya menunaikan segala janji yang terkandung didalam Manifesto Pilihanraya BA yang lalu. Dengan mendapat tepukan dan sorakkan padu daripada para penyokongnya dan Mike Tyson (Tan Sri Muhammad Taib - bekas Menteri Besar Selangor yang dulu) yang berada disebelah kiri beliau. Beliau berkata akan mendaftarkan seluruh anak-anak Selangor untuk menuntut janji tersebut.


Silakan...silakan...


Sudah-sudahlah...awak tu dah kalah tak payah nak cakap banyak. Buat rakyat jelata meluat. Tutup buku!
Kita tidak sabar-sabar untuk melihat aksi beliau sebagai Ketua Pembangkang Di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Berita terkini juga menyebut Baginda Sultan Selangor Yang Dikasihi Rakyat sudah memperkenan hak Barisan Alternatif untuk melantik Menteri Besar Baru (?) dan menubuhkan kerajaan baru.


DAULAT TUANKU!




Kemanakah menghilangnya tauke penyapu buruk?

Pada malam tumbangnya kerajaan Barisan Nasional di Selangor Darul Ehsan, perkara pertama yang terlintas dikepala saya ialah Dato’ Seri Khir Toyo. Bagaimanakah keadaan dan reaksi spontan beliau menerima kekalahan mengejut tersebut. Teringin juga melihat air muka beliau pada malam itu. Bukankah Dr. Khir Toyo dengan keyakinan yang terlalu tinggi sering merwar-warkan motto “Pembangkang Sifar [0]” di Selangor.


Namun sayang sejuta kali sayang, sehingga ke saat artikel ini ditulis; bayang wajah beliau tidak kelihatan sehingga ke hari ini. Apa dah jadi? (seperti tajuk lagu seniman veteran S.M. Salim)
Mungkin beliau tidak pernah menjangkakan, Barisan Nasional akan kecundang secara mendadak di Selangor. Atau mungkin beliau berperasaan akan terus menjadi Menteri Besar Selangor seumur hidup? Dengan takdir Allah swt, kuasa boleh hilang sekelip mata? Keangkuhan seorang bekas Menteri Besar jatuh merundum dilanda Tsunami Pilihanraya 2008.


Jika Pak Lah segan silu untuk memecat Dr. Khir Toyo sebagai Menteri Besar; maka rakyat jelata di negeri Darul Ehsan tanpa berdolak dalik menjatuhkan pentadbirannya dengan ‘Kuasa Rakyat’. Banyak kesalahan dan kesilapan yang Khir Toyo lakukan sehingga tidak tertahan-tahan nafas rakyat untuk memberikannya pengajaran. Antara yang dipersoalkan oleh rakyat Selangor ialah tentang hutan Bukit Cerakah yang habis ditarah; tanpa tinggal hatta sebatang pokok pun. Bukit Cerakah telah menjadi ‘Padang jarak Padang Terkukur’. Ini kerja malaun mana? Apa tindakan beliau?


Jika satu masa dahulu beliau sebagai manusia berkuasa, tanpa rasa bersalah sanggup mengaibkan kakitangan negeri dengan memberikan Anugerah Penyapu; kini rakyat Selangor menganugerahkan beliau dengan keputusan pilihanraya diluar jangkaan juak-juak politik beliau.
Dengar cerita beliau hanya bersetuju berjumpa dengan media selepas Menteri Besar baru dilantik. Kita tidak sabar-sabar menunggu kenyataan dan melihat sendiri wajah manusia angkuh yang telah kehilangan kuasa. Apabila manusia diberi amanah oleh rakyta dan dikhinati, inilah padahnya! Pengajaran buat yang lain...berhati-hati menjaga amanat dan kuasa yang diberi.


Kuasa tidak kekal...nama yang baik itulah yang sering disebut-sebut...



Malah kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu juga tidak kelihatan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat jenazah Allahyarham Datuk Zakaria Deros di Klang semalam. Beliau dikatakan menziarahi jenazah lebih awal iaitu kira-kira pukul 3 pagi. Ini seperti yang dilaporkan akhbar tabloid KOSMO!

Di Ipoh, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli juga masih belum 'bersedia' bertemu media dengan 'berkubu' di kediaman rasminya.

Kali terakhir beliau muncul di khalayak ialah sewaktu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini kelmarin sebelum menghilangkan diri selepas itu.

Dimanakah Khir Toyo selepas kekalahan teruk Barisan Nasional?


"Kelip-kelip mata...cuba cari... "

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bole laa hadiah penyapu kat dia lak yek !

Tanpa Nama berkata...

bolehkah anda menerangkan, petikan dari artikel ini yang menyatakan..

kabinet selangor sudah diperkenankan oleh SUltan Selangor adalah benar..?

sehingga masa dan saat saya menulis komen ini, masih belum lagi terbentuk kerajaan.

saya harap fakta kebenaran akan ditulis dan bukan fikiran atau anggapan semata2.

terima kasih.