Jumaat, Mac 21, 2008

Air Pancut di Kuala Lumpur...

(foto yang baru diambil beberapa jam yang lepas...)


Air Pancut di Kuala Lumpur


Aku terkesan disini


melayan muzik keroncong


melihat orang lalu lalang


pengangkutan awam bersimpang siur


traffic light merah oren hijau


dua tiga pasang mata memandang aku


tidak ku hirau.




Air Pancut di Kuala Lumpur


Aku terpesona sebentar


silau lampu neon


mengkhayalkan sesuatu


lantas dikejutkan hon motokar


setelah puas memanaskan bangku


aku bersedia merakam warna


cahaya indah gemilang


diselang seli manusia


bergelak ketawa.




Masanya telah genap tiba


lantas aku berjalan pergi


meninggalkan lanskap


kehidupan malam


di


Air Pancut di Kuala Lumpur...

2 ulasan:

Elhakim berkata...

tetuan elmoderator,
minat sungguh dengan air pancut nampaknya..

the indie story berkata...

salam tuen elhakim.

terima kasih kerna sudi menziarahi, ketika aku sedang sakit. Walaupun sekadar dalam blog.

batuk stok nak tercabut dada.

kahak pekat.

lendir kat tekak tak henti2

kepayahan bernafas (asthma)


Dah 2-3 hari takdapat nak update blog. Ni pun aku gagahkan juga. Kepala aku tersengguk-sengguk depan keyboard ni haa.

Kirim Assalamualaium dgn itu Guru Petapa Adi Rastom Putra.