Tok Him mencapai kejayaan cemerlang.. gemilang...dan terbilang... pada kali ini, dengan sokongan padu penyokong PAS dan PKR. Harap Tok Him tidak melupakan hakikat ini. Rakyat tidak mahu mendengar permainan kotor "lompat lompat parti". Akan tetapi bila difikir-fikirkan balik, Parti mana yang beliau akan keluar sedangkan beliau calon bebas tidak berparti.
Pilihanraya yang baru berlalu ini melihat Tok Him yang berlabelkan lambang hijau bulan telah membenamkan lawannya Ahmad Rosdi Mahmad dari BN tanpa belas. Tok Him tetap handal berpidato dan tidak akan sesekali undur bila keris telah dihunus. Akibatnya calon BN telah terpukul teruk dengan majoriti 8,991 undi. Politik stail 70an dan 80an Tok Him tetap efektif walaupun ramai pengkritik mengatakan gaya tempur politiknya agak ketinggalan zaman. Mana mungkin ahli politik setahun jagung ingin bertempur dengan Tok Him yang kaya dengan sepak terajang silat lintau politik 'Gedebe'.
Satu-satu manusia yang mungkin boleh berhadapan dengan Ibrahim Ali adalah Mat Sabu. Musuh politik tradisi yang akhirnya menjadi rakan kongsi. Sama-sama agresif, dan mampu memukau audiens dengan pidato lancang mereka.
“Saya bukan agresif, tetapi akan tetap lantang membawa suara rakyat dan menjadi anggota Parlimen yang baik. Saya bukan nak kejar apa-apa pun, jadi, lebih baik saya bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Ini adalah seperti yang dilaporkan BERNAMA.
Selamat masuk gelanggang secara rasmi; Panglima Harimau Berantai Dato' Paduka Ibrahim Ali!
KEPUTUSAN PILIHANRAYA 2008 - PARLIMEN PASIR MAS, KELANTAN:
Ibrahim Ali [Calon BEBAS tiket PAS] - 28,673 undi
Ahmad Rosdi Mahmad (BN) - 19,682
MAJORITI UNDI - 8,991
Tiada ulasan:
Catat Ulasan