Khamis, Mac 13, 2008

Jangan Fanatik Melulu: Tidak semua yang UMNO buat itu tidak baik

(Wajah seorang Menteri Besar pilihan rakyat.)


Pihak Moderator memberi sokongan 100% kepada kenyataan dibawah ini.
Kerajaan Kedah tidak tolak DEB sepenuhnya
Helmi Khalid Thu Mar 13, 08 1:53:16 pm MYT

ALOR STAR, 13 Mac (Hrkh) - Kerajaan Kedah tidak menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara total, bagaimanapun akan melalui beberapa perbincangan khusus sebelum menentukan dasar kewangan negeri yang boleh memberi manafaat kepada semua pihak.
Menteri Besar Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan pihak yang terbabit sebelum mengeluarkan satu garis panduan mengenai dasar kewangan.

Manakala dalam perlaksanaan NCER, beliau akan berjumpa Perdana Menteri selaku Pengerusi NCER bagi memperhalusi mengenainya.
Walau bagaimanapun katanya, sehingga kini Kedah belum melaksanakan apa-apa projek dalam konteks NCER. Sila baca keseluruhan pos

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya, lihat pada positif, PRU 12 masih lagi menunjukkan 'malay supremacy' dalam teraju politik, alhamdullilah melalui 'swing votes'. Hak melayu, masih boleh, dan perlu, dikekal. Namum bagi penggal 4-5 tahun ini kritikal bagi PAS, PKR dan UMNO utk menunjukkan mana yg lebih relevan. Utk kami2 yg 'moderate', hak Melayu penting bagi PAS.
RIZHAN