Khamis, Mei 01, 2008

Robert Deniro dan Al Pacino ('face to face' dalam restoran, pistol terselit rapi dipinggang. tengah standby...)

Sampai bila-bila pun aku tak akan lupakan 'scene' ni. Babak seperti ini hanya berlaku sekali dalam seumur hidup.

Peerrgghhh...de niro marvellous!

Al Pacino diperlakukan seperti kanak-kanak 'kindergarten' dalam 'scene' ini.

Perhatikan betul-betul ekspressi wajah de niro dalam pengucapan dialog terakhir. lirikan mata, anggukan kepala dan kedutan didahi memang sangat menjadi. hasil yang menakjubkan. Perhatikan juga senyuman sinis de niro bila Si Pacino memarahi dia sampai terkeluar perkataan 'f**k'. Really cool hah!

Dalam filem 'Heat',Robert de niro telah melakukan pembunuhan karakter bukan saja kepada pacino. val kilmer pun kena sama. tak pasal-pasal si Batman Pencen itu terlibat.

Mereka tak boleh 'makan' peran
handal de niro. Tak mampu sampai ketahap bekas old timer aktor The Godfather ini.

Hanya 3 manusia yang mampu sampai level de niro.

johnny depp.

brad pitt.

leonardo de caprio.

dan Leo adalah pilihan terbaik. sudah tentu aku bukan cakap kosong, sebab Si Leo sudah buktikan didalam filem The Departed. Matt Damon hilang karisma. Mark Warhlberg macam tak menjadi. Hanya Jack Nicholson yang setanding.

Jadi Si Leo memang mampu di 'compile' kan dengan De Niro untuk satu babak noir. Kita tengok karekter siapa yang kena bunuh tanpa belas.

* err...dalam konteks filem tempatan, mungkin eman manan 'face to face' dengan rosyam noor. mungkin. dan aku pilih bro' eman tanpa kompromi.

1 ulasan:

AbGJaS berkata...

Hi Moderator,
Kagum membaca ulasan Moderator berkenaan watak DeNiro dan AlPacino. Abgjas setuju, mereka memang sukar ditandingi (kedua2nya pemenang Oscar!!).

Keduanya sinonim dgn watak Italian-american, sebab itu tak byk boleh jadi spt mereka.

Juga amat setuju hanya Emman dan rosyam boleh berdialog demikian dlm konteks filem tempatan. Sayugia lakonan Emman dan Rosyam (juga Jalaludin) byk dipengaruhi oleh Dato'Rahim Razali - my all time favourite...