Khamis, Mei 15, 2008

Siapa Yang Menegur Tadi?





Dikulit belakang buku ini tertulis:


Alam mistik mempunyai daya tarikan tersendiri. Ia seperti sebuah misteri yang tiada siapa dapat mengungkapkan dan terlalu sukar dimengertikan. Hanya mereka yang pernah terkena sahaja yang memahami kejadian sebenarnya. Kepercayaan kepada perkara mistik ini sudah berakar umbi dalam masyarakat timur biar pun dengan perubahan masa, pendidikan yang semakin tinggi, dan kehidupan serba moden namun kepercayaan kepada deria keenam ini tetap tidak berubah. Keadaan ini menjadikan cerita-cerita mistik cukup diminati. Malah kolum Mistik, Fantasi & Realiti Mingguan Wanita mempunyai peminat yang tersendiri. Berteraskan kepada sambutan itu, Buku Prima menerbitkan kompilasi cerita-cerita mistik dan seram yang cukup menarik ini.


Koleksi pengalaman mereka yang pernah mengalami pelbagai peristiwa mistik ini kami bawakan dalam bentuk kompilasi bagi peminat cerita seram, mistik dan misteri. Jadikanlah pengalaman mereka sebagai pengajaran dan sempadan dalam menjalani kehidupan harian. Jangan kita terlalu taksub hinggakan menyekutui ALLAH swt.


Berdoa, berusaha dan bertawakal, itulah yang paling penting.


Firman ALLAH swt :
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Qur'an ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman kepada-NYA dan (sebaliknya) Al Qur'an tidak menambahkan bagi orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."
(Surah al-Isra' : 82)

4 ulasan:

Elhakim berkata...

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DI DALAM
MISTERI TERI TERI TERI TERI TERI TERI.....................................................

Letting the time pass me by berkata...

Namapaknya orang Malaysia sekarang nie dah kembali mencari 'edge" dengan cerita-cerita mistik pulak. Wayang pun dah start buat filem seram-seram...

Tapi pengalaman aku berhubung dengan alam mistik nie memang real. Cuma aku rasa tak boleh nak cerita secara umum... memang orang tak akan percaya...

Tapi orang-orang yang ade mase tu percayala, sebab diorang pun witness kejadian tu...

Tapi walau pun aku ade satu kejadian yang maybe genuine, pengalaman mistik lain, lebih kepada pengaroh psikologi dan bersumber dari ketakutan dan persepsi dalam diri kita sendiri...

Teringat aku masa jalan kat kebun pisang waktu senja... Sayup-sayup aku nampak orang pompuan melambai-lambai aku dalam waktu kabur-kabur senja.. lepas tu, angin menderu macam bunyi orang memanggil-manggil aje... tetapi bila aku pegi dekat, rupanya pokon pisang aje, dengan pelepah pisang tu bergoyang-goyang ditiup angin...

Aparaaa...

MODERATOR berkata...

presiden el hakim, ko lebih misteri dari misteri nusantara.

heheheeee

MODERATOR berkata...

saudara letting, aku respek dengan minta yg kau tunjukkan kepada entri ini. menunjukkan kau ini seorang intelek yg boleh masuk dalam semua keadaan. nak cakap politik boleh, nak cakap bab2 hantu pocong pun boleh. itu yg aku suka. entiti yg boleh lagi diselami.

aku fikir org tak berminta dgn entri sebegini. ternyata kita berkongsi minat yg sama.

eerr...cerita lerr sikit tentang pengalaman kau tu. buat aku berdebar2 jerr. macam best jerr...tak sabar2 nak tahu nih.

cerita separuh jalan. potong thrill daaa...heheheheee

kau tulis, kalau best aku publish kat sini. bagi kredit kat blog hang. bule? heheheeee