Selasa, Mei 06, 2008

Bila AMY SEARCH bertemu TOK GURU NIK AZIZ...pheewiiittt!



Foto-foto disedut dari HarakahDaily.


Pernah anda bayangkan apabila Amy Search aka. Amy Pheewitt masuk suratkhabar Harakah?

Dapat anda gambarkan apabila Rocker Otai tersebut duduk semeja dengan Tok Guru Nik Aziz sambil menikmati juadah lazat direstoran barunya?

Lanjutkan lagi imiginasi anda apabila legenda ikon rock, Amy Search mahu buka sebuah rumah anak yatim dan Maahad Tahfiz Al-Qur'an di Johor. Nanti! Ini bukan fiksyen. Ini cerita benar. Bukan cerita tipu.

Inilah 'benda-benda ajaib' yang berlaku apabila 2 Sifu dalam bidang masing-masing duduk bertemu dan bertentang mata. Face to face tanpa prejudis. Secret admire? Siapa minat siapa? Dalam kenderaan rasmi Tok Guru Nik Aziz mungkin terdapat CD lagu Amy. Mungkin.

Ahad baru ini Tuan Guru Nik Aziz telah sudi turun ke KL dan meluangkan masa merasmikan cawangan baru kedai buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju (kebetulan pemiliknya sahabat Mr. Moderator, namun sayang saya tidak dapat menghadiri upacara tersebut kerana sudah kena 'demam menggigil'. Teruklah juga. Jadi tiada foto peribadi yang dapat saya pamerkan).

Walau begitu, majlis berjalan dengan lancar. Selepas itu rombongan Tok Guru terus bergegas untuk meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng Ho milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Search di Wangsa Maju, Setapak. Pheeewiiiittt!
Kehadiran beliau di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri.Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif.


Rocker Otai itu melahirkan rasa terharu dengan kehadiran Menteri Besar tersebut yang disifatkan sebagai seorang tokoh yang begitu disegani oleh semua pihak.

"Saya sangat terharu kerana beliau sudi hadir menjamu selera di Restoran saya ini kerana sememangnya saya meminati personaliti beliau yang sangat karismatik dan low-profile," katanya.

Ditanya mengenai label yang mungkin akan diletakkan kepada beliau apabila menyanjungi seorang tokoh politik, Amy menegaskan bahawa itu adalah hak individu kerana beliau berhak untuk meminati sesiapa.
"Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.


"Masyarakat yang ada pada hari ini telah dapat menilai sesuatu dengan lebih baik dan kita tidak perlu bimbang kepada elemen label-melabel kerana ianya tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi. Baca lain

Perrrghhhh...tak tau nak kata per dah. Amy pun dah dapat hidayah dan kembali kejalan yang diredhai-NYA. Sejak balik dari mengerjakan umrah itu hari, penampilan Bro' Amy dah mula berubah sedikit demi sedikit.

Khabar terbaru juga mengatakan beliau akan kembali buat umrah, kali ini akan membawa ibu dan bapanya bersama. Tak kiralah kalau dia pakai kopiah Pakistan ala-ala Nehru tapi masih sarung rantai dileher. Imej rock kekal. Itu dah memang stail penampilan dia.

Senang cerita, itu semua untuk carik makan bagi membina kehidupan yang lebih baik. Supaya tidak merempat dan mengemis. Kita jangan lekas menjatuhkan hukuman terhadap beliau. Silap-silap haribulan disisi Allah aza wajalla Artis Rockers seperti Amy Search lebih dekat disisi-NYA.

Ya lah, mungkin hati dia lebih bersih dan jernih dari sesetengah manusia yang luarannya kelihatan warak tapi dalam hati penuh dengan perasaan hasad dengki, bongkak, ujub dan benci membenci sesama sendiri? Dia nak menyanyi terpekik terlolong itu soal lain beb! Yang penting sekarang Amy ikon Rock Malaysia sudah kembali kejalan yang lurus walaupun tak pakai jubah dan serban. Pelan-pelan beb...wa caya sama lu !

Kita doakan yang terbaik buat Bro Amy Search...pheewiiiiittt!

2 ulasan:

John Melawi. berkata...

salam the indie story,

amy?

nik aziz?

aku minat dan peminat setia amy.

juga kumpulannya dahulu search.

nik aziz?

aku suka caranya.

tapi undi politikku bukan untuknya.

hehe.

salam singgah.

ndizawa.blogspot.com

budd berkata...

Wa caya lu!!!!!!!!!

Tu lah kata2 yg famous jaman2 rock dulu. Wa pon mmg rock trus smpai loni. Cuma tk update sgt. Kebetulan wa kelik dok Kelate. Wa memang consider diri wa sebagai anak2 buah To'Guru.

Tahniah to Amy, and semoga To'Guru sihat sokmo utk trus memimpin kami Membangun Bersama Islam.