Selasa, Mei 20, 2008

Foto TUN DR. MAHATHIR di NST macam ada yang tak kena...

Foto ini diambil dari NST Online. Saya sebagai rakyat Malaysia sedikit sebanyak tertanya-tanya dengan niat akhbar tersebut yang menyiarkan gambar TUN dengan ekspresi yang begitu buruk sekali. Apakah niat sebenar Chief Editor New Straits Times? Apakah tiada gambar yang lebih elok lagi yang boleh disiarkan? Beginikah layanan media arus perdana terhadap seorang Negarawan Berjasa yang telah membangunkan Malaysia dengan idea-idea berani beliau.

Sekali imbas apabila rakyat jelata melihat foto ini, apakah reaksi mereka? Gambar ini seolah-olah mengambarkan Tun Dr. Mahathir sebagai seorang yang begitu kelam-kabut, sudah nyanyuk dan mempunyai ciri keperibadian yang rendah (low class). Sedangkan hakikatnya tidak begitu. Orang tua nyanyuk tidak akan mampu menjadi blogger dan menulis artikel ilmiah yang panjang-panjang. Dengan umur mencapai 80 tahun, Tun mampu menjelajah seluruh negara untuk menyatakan pandangannya yang selama ini telah ditutup bawah tempayan oleh media arus perdana secara sistematik. Begitukah tujuan NST? Apa sudah jadi dengan etika kewartawanan. Inikah sikap bekas anak didik Tan Sri Samad Ismail. Kalau Pak Samad tahu sudah tentu, mereka akan kena maki hamun secara percuma walaupun mereka segak memaki 'neck tie' ratusan ringgit.

Mulut Tun terlopong, mata terbeliak dengan tangan menggengam penumbuk!

Apa yang diharapkan dengan propaganda tak beretika seperti ini. Selama ini mereka tuduh para bloggers tiada etika. Rupa-rupanya siapa yang lebih suka buat kerja tak bermaruah seperti ini? Inikah kerja seorang journalis tulen. Belum tentu mereka dikala umur mencapai 80 tahun mampu membuat apa yang Tun Dr. Mahathir lakukan pada tahun 2008. Hentikanlah kerja-kerja yang tidak bermoral seperti ini, sebab RAKYAT BUKAN BODOH!

Aduhai...memang Melayu muda lupa... Apa nak jadi dengan media arus perdana Malaysia pada hari ini. Rakyat seratus kali lebih suka baca blog daripada mengayakan media massa yang telah hilang intergriti dan kredibiliti. Lebih baik gunakan RM 1.20 (harga semenanjung) belanja kawan teh tarik dari membazir pergi beli berita sampah! Dapat juga pahala sedekah...

1 ulasan:

aku.kami berkata...

bila org tgh bersemangat dlm ucapan, reaksinya mesti la sebegitu.Jgn la perkara yg tiada isu,hendak diisukan..