Selasa, Ogos 07, 2012

MANUSIA TERPANTAS DI DUNIA! (GAMBAR)


Masih ingat Watson Nyambek? Alaa...watson nyambek laa... aka. Dayak Terbang. Laju dia tuh. Gear 6 brader. Lagi sorang si Azmi Ibrahim anak pahang. Musuh tradisi Watson acara 100 Meter pecut.

Mr. Rabuan Pit...berdezzuppp..dia pergi!
Rabuan Pit sewaktu zaman kegemilangan...

Lagenda Pecut Malaysia... Rabuan Pit bersama naka perempuannya pada tahun 2009

Tapi rasanya yang betul-betul Rakyat Malaysia tak boleh lupa ialah Jaguh Raja Pecut Lagenda, yakni Rabuan Pit. Berbisa macam tebuan. Jangan salah sangka... walaupun nama dia Rabuan Pit...dia tak pernah isap pit! KAH KAH KAH KAH KAHHHH...
GIGI KU PUTEEEEEEH!!! jerit Usain Bolt

Oh ya lagi seorang lagenda pelari trek ialah M. JAGETHESAN, pencapaian beliau mencipta sejarah dalam acara 200 meter, apabila layak ke separuh akhir di Sukan Olimpik, New Mexico pada tahun 1968. Serta berjaya menggondol 3 pingat emas di Temasya Sukan Asia tahun 1966. Rekod ini tak dapat dipecahkan oleh rakyat Malaysia sampai hari ini.
Usain Bolt dgn gaya poyo tersandri...
Ewah...

Sementara Rabuat Pit telah memenangi GOLD MEDAL pada Sukan Asia, 1982. SAMPAI BILA-BILA PUN ORANG AKAN INGAT DENGAN RABUAN PIT... sebab dia ada style!
M. Jagethesan, 1962

MEREKA INI SEMUA ADALAH 'SPRINTERS' YANG TERPAHAT DIDALAM SEJARAH MALAYSIA. SYABAS! 

Bolt raja pecut Olimpik 2012

GAYA tersendiri Bolt selepas menjuarai acara 100 meter Lelaki Sukan Olimpik 2012 di Stadium Olimpik, London awal pagi semalam.


LONDON - Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt mengesahkan statusnya selaku pelari terhebat sepanjang zaman selepas berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara 100 meter lelaki pada Sukan Olimpik 2012.
Pada aksi di Stadium Olimpik di sini awal pagi semalam, pemegang rekod dunia itu melonjak ke hadapan selepas melepasi jarak 60 meter untuk mencatat masa 9.63 saat, catatan kedua terpantas dalam sejarah.
Catatan masa Bolt, 25, itu sedi- kit perlahan berbanding rekod dunia 9.58s yang diciptanya pada tahun 2009. Dia turut memperba- harui rekod Olimpik selepas mencatat masa 9.69 di Beijing, China empat tahun lalu.
Kejayaan Bolt itu turut menu- tup mulut pengkritik selepas dia dikalahkan oleh rakan sepelatihnya, Yohan Blake pada sesi pemilihan atlet Jamaica ke temasya kali ini.
"Saya telah melaksanakan dan ia adalah kunci kejayaan ini," kata Bolt yang mengumpul empat pingat emas pada Sukan Olimpik.
"Apabila tiba hari kejohanan, saya perlu melaksanakan tugas tersebut dan ternyata saya berjaya melakukannya.
"Saya berasa sangat baik dan gembira."
Blake yang sering kali dianggap sebagai pengganti Bolt selaku pelari terpantas di dunia meme- nangi pingat perak selepas menyamai catatan peribadi terbaik 9.75 saat.
"Usain (Bolt) sampai pada tahap ini dan dia tahu apa yang perlu dilakukan. Dia adalah jaguh dunia dan pelari terpantas di dunia," kata Blake yang membaya- ngi kehebatan Bolt selepas memenangi acara 100 dan 200m pada sesi pemilihan atlet Jamaica.
"Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih, ini adalah Olimpik pertama saya dan saya berjaya memenangi pingat perak. Apa lagi yang saya harapkan? Menjadi pelari kedua terpantas di dunia di belakang Bolt adalah suatu penghormatan."
Pemenang pingat emas pada Sukan Olimpik 2004, Justin Gatlin yang membuat penampilan semula selepas empat tahun digantung kerana terbabit dengan penggunaan dadah meraih pingat gangsa dengan catatan peribadi terbaik 9.79s.
Acara 100 meter yang disaksi- kan 80,000 penonton di Stadium Olimpik itu turut mencuri tumpuan apabila menampilkan empat pelari terpantas dalam sejarah iaitu Bolt, Tyson Gay, Asafa Powell dan Blake.
Kelmarin, rakan senegara Bolt, Shelly-Ann Fraser-Pryce turut melakar sejarah apabila berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara 100m wanita.
Selepas memenangi acara 100m, Bolt berkata, dia hanya se- langkah lagi untuk memegang status pelari legenda.
"Sebahagian daripada kamu meragui kemampuan saya. Sele- pas ini, saya akan melengkapkan saingan dalam acara 200m, sekali gus mempertahankan pingat emas saya," katanya. - AFP

Tiada ulasan: