Rabu, Ogos 01, 2012

(GAMBAR) NOSTALGIA RAMADHAN...



ini ramadhan yang indah
cuaca tengahari panas terik
masuk petang dah redup sedikit
surau dan masjid sentias penuh 
bilamana masuk waktu solat zohor dan asar
tekak kering kontang
wajah dibasahi wudhu
solat diawal waktu
hati pun sejuk


ini ramadhan yang paling indah
setelah bertahun-tahuN dilalui
yang ini yang paling indah
uda dan dan dara jatuh cinta
pandang pertama di bulan suci
jangan dicemari dgn noda
semoga terus kekal abadi
ikatan perkahwinan jodoh ilahi


ini ramadahan yang paling paling indah
petang-petang trafik jam di sekitar Pasar Keramat
orang berduyun-duyun menjinjing beg plastik merah
kuih manis beraneka rasa
gulai kawah buat berbuka
murtabak daging berlapis-lapis
kalau sanggup tunggu sampai asar
beratur panjang menunggu bubur lambuk
Bubur lambuk Kampug baru legenda
daging dan resepi asli
semenjak turun temurun
kalau dah habis, jangan lupa singgah ke gerai Abang Jenal
sebelah masjid kampung baru


ini ramadhan tersangat indah
dikala aku jatuh cinta pandang pertama
tak akan ku lupakan sehingga akhir hayat
dikala kita berbuka puasa bersama-sama
ku lihat ada sinar indah di mata mu...


Ya ini ramadhan yang terindah...
solat taraweh
bergemanya alunan ayat-ayat suci
wahyu agung... 
zakat fitrah ditunai dimalam raya
dan aku mendapat 
kad raya dari mu...
sesuatu yang terlalu lama tidak ku terima...

Tiada ulasan: