Rabu, Ogos 01, 2012

PKR SOLID SOKONG RAFIZI! COBAAAAN...


Jangan biarkan Rafizi keseorangan. Nanti dia kan kesunyian. Jangan biarkan anak muda ini melawan ombak badai secara solo sebab dia bukan professional surfer...dia amatur.Rafizi melihat gayanya di foto. Dia sehabis rileks. Tak nampak langsung sedih macam gaya orang baru lepas kena tangkap masuk lokap. Dia tau planning telah berjalan mengikut schedule yang ditetapkan.Rakyat mula akan bertanya: KENAPA TUKANG DEDAH SKANDAL DAN PENYELEWANGAN YANG DIGARI. DI TANGKAP? MANA DIA PENJEYENAYAH SEBENAR? KENAPA SI PELAKU RASUAH DAN PECAH AMANAH BOLEH HIDUP MACAM BIASA. MACAM TAKDE APA YG BERLAKU... MANA ITU DUIT 250 JUTA...TAK NAMPAK BAYANG PON... INGAT SIKIT PILIHANRAYA DAH DEKAT...NAK TERLUNGKUP KE???


PKR mengecam penahanan Rafizi di bawah BAFIA

August 01, 2012
KUALA LUMPUR, 1 Ogos ― Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini mengecam keras tindakan pihak polis menahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pagi ini dibawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) kerana mendedahkan maklumat skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Menurut Azmin, penahanan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba menutup segala pekung dalam penyelewengan dan salah guna kuasa dari diketahui oleh rakyat.
“Rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara,” kata Azmin dalam kenyataan media yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider tengah hari tadi.
Rafizi ditahan pagi ini dan dibawa ke mahkamah Sesyen Shah Alam dibawah seksyen 97 (1) BAFIA kerana mendedahkan data empat akaun yang dikatakan mempunyai kaitan dengan NFC dengan dua lagi individu yang bernama Yusuf Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.
Kerani Public Bank, Johari Mohamad yang bekerjasama dengan Rafizi mendedahkan data bank tersebut turut didakwa dibawah seksyen 112 (1) yang dibaca bersama dengan seksyen 91 (1) atas kesalahan mendedahkan rahsia sulit bank.
Rafizi dan Johari akan didenda maksimum RM3 juta atau penjara 3 tahun jika disabitkan bersalah, yang mungkin bakal menjejaskan peluang beliau untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Rafizi diwakli oleh peguamnya N. Surendran dan Puspawati Rosman, walaubagaimanapun dilepaskan oleh Hakim Aslam Zainuddin dengan wang jaminan sebanyak RM 15,000 dengan seorang penjamin.
Menurut Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa itu, beliau menyeru agar rakyat bangkit menyatakan solidariti terhadap Rafizi dan mahkamah mengadili kes ini secara adil.

Tiada ulasan: