Khamis, Februari 19, 2009

270 RIBU RAKYAT MALAYSIA SEBENARNYA ADALAH ORANG GILA!

Rakyat Malaysia tak sedar sakit mental
19/02/2009 2:20pm


KUALA LUMPUR, 19 Feb.— Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri Prof Dr Mohammad Hussain Habil.

Beliau berkata kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.

Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata kemajuan dalam bidang sains perubatan, skizofernia boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.

Beliau berkata jika penyakit dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.

Adalah penting, kata beliau untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas.

Penyakit ini, kata beliau tidak semestinya disebabkan keturunan tetapi adalah lebih akibat daripada perubahan kimia dalam sel-sel otak dan ia tidak hanya terbatas dalam kumpulan etnik tertentu atau kepercayaan.

Mohammad menasihatkan para ibu bapa supaya mengawasi simptom berkaitan kerana penyakit ini dilihat ketara dalam kalangan remaja.

Katanya para ibu bapa dan anggota keluarga lebih memahami kerana ia amat penting untuk pemulihan awal.

Beliau berkata UMMC telah merawat ramai pesakit dan regim rawatan bukan hanya ubat-ubatan tetapi juga pemulihan daripada segi penempatan kerja dan latihan vokasional. — Bernama

Rabu, Februari 18, 2009

MUKADDIMAH BUKU “MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH” Tulisan TUAN GURU SYEIKH MUSTAPHA MOHAMED AL-JIASI (AL-AHMADI) - Siri 2

Maka dengan sebab-sebab demikianlah yang mendorongkan saya rasa berkewajipan menulis buku ini iaitu setelah meminta izin dari guru untuk menjawab cabaran yang sangat berat itu,sedangkan saya adalah seorang yang sangat lemah dengan tenaga keruhanian khususnya pula dengan segenap sudut ilmu pengetahuan lahir batin.

Sekalipun demikian maka dengan taufiq dan hidayah Allah, Alhamdulillah saya dapat menyudahkan buku ini. Dan dengan demikian mudah-mudahan diharap akan hilang kegelapan dan kekeliruan karut –marut yang disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab terhadap kekayaan ilmu dalam khazanah Islam.

Selain dari itu saya tujukan tulisan buku inisebagai pembalasan keizinan guru dan sebagai pembalasan jasa kepada keikhlasan pengajaran guru dan juga sebagai persembahan kenangan bakti dari murid ke guru, yang mana saya tak dapat lupakan dalam seluruh kehidupan saya; kepada TUAN GURU AL-HAJI DAUD BIN AL-HAJI UMAR AL-LIBADI BUKIT ABAL, Kelantan darul na’im.

Tuan Guru Haji Daud salah seorang ulama’ yang banyak pengalaman dalam tasauf dan payah hendak dicari. Beliaulah seorang guru yang dapat menguasai jiwaku menyedari hakikat betapa pentingnya ilmu tasauf ini untuk difaham dengan betul oleh setiap orang yang mengakui dirinya Islam. Mudah-mudahan dengan itu akan hilang cela cerca terhadap ilmu tasauf yang sangat penting member tenaga dalam kehidupan manusia.

Juga saya ingin menyatakan telahan bahawa isi buku ini mungkin akan mendapat tentangan oleh sesetengah golongan malah mungkin tidak akan pecah liur oleh nafsu sesetengah orang, namun demikian maka saya inginlah juga mendedahkan kepada masyarakat umum dari segi pengetahuan tasauf itu adalah sebagai satu cabang kakayaan ilmu yang tersimpan dalam khazanah Islam, sama ada akan timbul reaksi pecah liur atau tidak. Tambahan pula saya diminta oleh sesetengah sahabat-sahabat betangkan perkara ini untuk manfaat pengetahuan umum. Dalam pada itu pula jika terdapat secara tidak langsung suluhan-suluhan pendapat mengenai hal masyarakat atau lainnya adalah semata-mata hak kebebasan pemikiran saya menurut kaca mata tasauf jua.

Kepada Allah jua saya memohon doa supaya dijadikan buku ini manfaat kepada umum sebagai derma bakti amalan soleh dari penulis dan gurunya. Mudah-mudahan ia akan mendatangkan kesedaran ruhani dan agama dan mendapat sambutan baru dalam tengah-tengah negara kita yang sedang membangun oleh golongan peminat ilmu dan setiap pembaca – Amin!

Suatu pesanan yang sangat perlu iaitu saya berharap buku ini janganlah dibaca secara sambil lewa atau dibacanya dimasa luang-luang waktu berehat dari penat bahkan pembacaannya memerlu kepada penelitian yang cukup kerana ilmu ini sangat dalam dan payah hendak ditakrifkan. Saya rasa saya tulis buku ini dengan bahasa yang paling mudah iaitu bahasa yang sengaja di perimbang antara desa dan kota, dalam pada itu kalau terdapat juga kesukaran hendak memaham ataupun tersalah silap maka itu adalah kerana kekurangan penyusunan atau ta’abir penulis.

Ya Allah Ya Rabbi! Terimalah amalan ku ini sebagai amalan soleh untuk ku, untuk ibu dan ayahku dan untuk hadiah kepada ruh-ruh Aulia Allah yang ku cintai dan almukminin wal mukminat. Amin.

Al FaQirul Makhlus,
Mustapha Mohamed Al-Jiasi (Al-Ahmadi)


Kota Bharu, Kelantan
12hb. Syawal, 1391 Hijrah,
30hb. November, 1971 Masehi.

MUKADDIMAH BUKU “MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH” Tulisan TUAN GURU SYEIKH MUSTAPHA MOHAMED AL-JIASI (AL-AHMADI) - Siri 1

PENGUMUMAN TERKINI :

OLEH KERANA TERDAPAT BEBERAPA PERMINTAAN, MAKA BUKU INI DIJUAL SECARA ONLINE DI BLOG INI.

KEPADA YANG INGIN MEMBUAT PESANAN PEMBELIAN SILA TINGGALKAN NAMA, NO TELEFON & E-MAIL DI RUANGAN KOMEN. (JANGAN BIMBANG SEGALA MAKLUMAT TIDAK DIDEDAHKAN DAN TIADA SEBARANG UNSUR PENIPUAN). TQ. Wassalam.

HARGA : RM8.50 (TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN)
STOK TERHAD~!!!




MUKADDIMAH BUKU “MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH” Tulisan TUAN GURU SYEIKH MUSTAPHA MOHAMED AL-JIASI (AL-AHMADI)

Bismillahirahmaanirrahiiim...


Dengan nama Mu, segala puji ku hadap pada Mu, puji mana tak dapat ku hinggakan dengan pengucapan lidahku, keluhan jiwaku, surung tarik nafasku. Dan dengan kehairananku; wahh... kehairananku... sesungguhnya Engkau... Engkaulah Allah!
Selawat dan salamku ucapkan untuk Rasul Mu, nur segala cahaya nur, ain kecintaan Mu, dan untuk keluarga dan sahabat-sahabat Rasul Mu, bintang-bintang penyebar cahaya agama Mu; wahh... sesungguhnya Engkau... Engkaulah Allah pujaanku!

Amma ba’da!


Allah telah berfirman dalam Qur’an:
Ertinya:
“Orang-orang yang bermujahadah (berjuang melawan godaan hawa nafsu) pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalan Kami”.

Rasulullah saw. telah bersabda dalam Bukhari dan Muslim, getusan hadis-hadisnya berbunyi:
Ertinya:
“Telah bertanya Jibril kepada Nabi, khabar oleh mu kepada ku berkenaan ihsan, berkata Nabi, ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat NYA. Jika engkau tidak melihat NYA maka ia (Allah) melihat engkau”.


Sesungguhnya dari kenyataan Qur’an dan Hadis diatas maka tidak boleh lagi sesiapa membohongi tasauf kerana tasauf tidak akan wujud didunia kalau kalimah “al-ihsan dan mujahadah” tidak terjelas dalam kamus perbendaharaan Islam. Tetapi persoalannya bagaimanakah engkau dapat menguasai erti ihsan dan mujahadah dengan sebenar-benarnya dalam Qalbu engkau kalau tidak pernah engkau mengalami tasauf. Hanya orang sufi, wali, nabi dan rasul-rasul sajalah yang menguasai ihsan dan mujahadah dengan sebenar-benarnya. Selain daripada mereka itu adalah barangkali berbuat kosong sahaja.


Saya namakan buku ini dengan “MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH” dan memang tepat penamaan ini kerana segala masalah isi yang dikemukakan secara sepintas lalu didalamnya memanglah padan dan sesuai dengan penamaan buku ini.


Agaknya tidaklah keterlaluan jika saya menyatakan perasaan kesal disini iaitu bahawa buku ini sebenarnya tidaklah tertulis kalau tidak kerana terkejut dari tidur mendengar jeritan sesetangah intelek kita yang sampai hati mengatakan “Pelajaran tasauf bukan dari ajaran islam” bahkan lebih berani lagi ia mengatakan “Hanya khurafat jua” (Fikiran ceroboh terhadap kesucian tasauf agak seperti ini pernah disiarkan pada satu ketika dalam Televisyen Malaysia@ RTM).


Masyaa Allah!... Astaghfirullaahal Azim!...


Alangkah malunya setiap perseorangan dari umat Islam mendengar cabaran sedemikian rupa keluar dari intelek Muslim kita sendiri. Alangkah jahilnya umat Islam zaman sekarang terhadap pelajaran-pelajaran ilmu Islamnya sendiri. Alangkah pendidikan Islam mencuaikan ilmu pelajarannya sendiri. Alangkah gelapnya ilmu tasauf menghadapi masa depannya sendiri. Alangkah gigirnya gelak ketawa kaum kuffar terhadap intelek Muslim yang terpinar mata dalam ilmunya sendiri.


Bersambung...

Selasa, Februari 10, 2009

bercuti untuk menenangkan otak...

bercuti 5 hari. terbang ke Langkawi. tiket Air Asia murah...

kat Perak tu, korang nak gaduh ke...nak mengamuk ke... korang punya pasal laa...

taknak ambik tau. taknak campur. tak ambik pot.

so...aku gerak dulu... ciaaawww.

Assalamualaikum.

Selasa, Februari 03, 2009