Rabu, Mei 27, 2009

*honestly* mempersembahkan "secangkir kopi sejuk, bangku kosong dan taman sepi..."

Mahu dengar lagi lagu daripada band indie *honestly*? Sila terjun ke blog lagi satu...Independent Islamic Community. Jangan lupa periksa lagu-lagu lama diarkib. Dan sila periksa sendiri, sebab kamu tak akan ditolong. tQ,

MANUSIA HIDUP DIDALAM KEADAAN TERBANGAK-BANGAK...


Segala didepan ku...membisikkan kesesatan. Semua orang sudah sesat. Hanya segelintir yang dapat keluar daripada kesesatan...

Kita sebetulnya mencari ‘pemahaman diri’. Kita fikir kita kenal diri sendiri, tetapi sebenarnya tidak kenal. Hidup dalam keadaan ‘terbangak-bangak’. Terus bermimpi sampai mati. Akhirnya bila baru nak tersedar namun segalanya sudah terlambat. Hidup didunia kita rasa bagai sesaat cuma. Tidak mengenal siapakah kita.
Bermacam-macam stail orang mencari ‘pemahaman diri’. Orang Amerika mencari ‘pemahaman diri mereka melalui music, filem, fast-food, seks haram, dadah sintetik dan pokok-pokok Christmas yang dihiasi stoking merah sambil menunggu salju turun sambil ternanti-nanti kedatangan santa claus sambil mengederai kereta kayu yang dipacu oleh 7 ekor rusa magis yang cantek jelita.
Apakah malay young X generation, mencari pemahaman diri dengan wang kertas yang hilang akibat dibelinya audio cd kugiran local seperti butterfingers dan hujan? Tidak...tidak...aku tidak menunding jari jemari ku ini terhadap loque dan emmet. Sesungguhnya mereka mencari rezeki yang halal. Dan hujan juga telah turun. Apakah menajdi kepuasan hakiki bila menjadi Raingerz??? (komuniti kipas susah mati band Hujan).
Apakah sekadar itu kawan?
Sesetengah spesies amat menyukai music klasikal buatan komposer Rusia yang hidup merana kerana cinta yang tidak kesampaian yakni Tchaikovsky. Kawanku Merlock contoh terhandal. Aku jua sesekali harus begitu. Melayan alunan klasikal bila sudah kebisuan ekstrem dan muntah hijau akibat terlalu melayan music grunge genre bunuh diri.
Tapi apakah sebetulnya konsep ‘Pemahaman Diri’? Yang diredhai Allah. Yang diredhai Muhammad bin Abdullah saw.
Pssstt...(jangan bising-bising) ada seorang gadis bertudung sekadar “berpesen-pesen”, mencari pemahaman diri menerusi Shopping-Shopping Kompleks Suria KLCC & Mid Valley. Kasut tumit tinggi dan Tas tangan lebih membuatnya teruja sambil sang suami menarik wajah buah kedondong kegemaran perempuan bunting anak sulong yang terlalu mengidam...
Aku? Aku jua begitu sayang... Sesekali sekala aku akan meracau-racau di Sungei Wang; tapi ingat! bukan disitu aku mencari ‘pemahaman diri’. Aku cari kanta lekap untuk dslr ku...atau mungkin di Low yatt plaza mencari makna abadi huruf-huruf yang berbunyi Teknologi Informasi...


*terbangak-bangak adalah cetusan idea sahabat semimpi ku...Enche Khairudin. Perkataan 'terbangak-bangak tiada didalam Kamus Dewan, usah dicari. terbangak-bangak boleh juga disamakan seperti = tercengang-cengang seperti satu haram tak tahu apa... al-maklumlah baru tersedar dari mimpi yang panjang...maka terkejut besarlah jadinya.

Selasa, Mei 05, 2009

CARA NABI MUHAMMAD SAW. MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Sunnah bersiwak
Oleh Idris Musa idris@hmetro.com.my

ISLAM memberikan sanjungan tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan istimewa sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah menegaskan sebagai sebahagian daripada iman.

ISLAM memberikan sanjungan tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan istimewa sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah menegaskan sebagai sebahagian daripada iman.Kebersihan dilihat melalui ibadat rutin harian seorang muslim yang bertitik tolak daripada amalan menyucikan diri melalui wuduk, kebersihan pakaian dan tempat ibadat.

Nabi s.a.w menunjukkan isyarat penjagaan kebersihan merangkumi semua bidang, bermula dari tubuh badan baik rohani atau jasmani, sehingga pakaian, kediaman dan persekitaran, harus dipastikan bersih.

Anggota luaran lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian dan dandanan kerana ia membentuk personaliti diri seseorang selain mengelak penyakit.Saidatina Aishah r.a berkata yang bermaksud: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)." (Hadis riwayat Muslim)

Antara yang diberikan penekanan ialah kebersihan mulut dan gigi, kerana Rasulullah s.a.w ada menyatakan dalam sabda bermaksud: "Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat." (Hadis riwayat Muslim)

Membersihkan mulut dan gigi atau bersugi, dalam bahasa Arabnya disebut siwak, sangatlah dianjurkan Islam, bahkan baginda menyatakan: "Bersiwak itu menyucikan mulut, diredai Tuhan dan dibenci syaitan."Siwak merujuk kepada dua pengertian iaitu perbuatan menggosok gigi dan membersihkan mulut serta alat atau kayu yang digunakan untuk menggosok gigi, dipanggil kayu siwak. Nabi s.a.w sendiri dilaporkan membersihkan gigi, paling kurang dua kali sehari. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Omar: "Nabi bersiwak (menggosok gigi) pada permulaan siang dan akhirnya."

Namun, kebiasaannya Nabi s.a.w menggosok gigi berulang kali setiap hari. Sehubungan dengan ini, Amir bin Rabiah melaporkan: "Aku melihat nabi menggosok gigi (berulang-ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda berpuasa." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi).

Ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh M S Al-Munajjid, berkata Imam Nawawi dilaporkan ada menyatakan ulama bersependapat penggunaan siwak adalah satu sunnah. Menurutnya, satu lagi daripada bukti yang menunjukkan pentingnya amalan itu apabila sesetengah ulama salaf (silam) seperti Ishaq ibn Rahawayh, berpendapat ia kewajipan.Siwak menurut kesepakatan ulama yang paling baik dengan ranting pokok arak, kerana baunya harum, malah seratnya sangat berkesan membersihkan sisa makanan di celah gigi.

Jika ranting pokok arak tidak diperoleh, tangkai daun pokok palma atau ranting pokok zaitun boleh digunakan. Jika bahan itu tidak diperoleh, mana-mana bentuk kayu yang baik untuk membersihkan dan tidak mencederakan gigi boleh digunakan untuk membersihkan mulut. Ini termasuklah penggunaan berus gigi moden.Pembersihan gigi dan mulut menggunakan kayu atau ranting dari pohon arak (salvadora persica) berlaku sejak berkurun yang lalu, kerana ia kaya dengan serat dan khasiat bagi kesihatan mulut dan gigi.

Justeru itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dilaporkan mempromosikannya bagi kegunaan pembersihan mulut.Kajian mendapati kayu sugi daripada pohon arak mempunyai kelebihan secara semula jadi. Penyelidikan Dr Otaybi dari Arab Saudi membuka era baru terhadap kajian kayu terbabit, apabila menemui kesan sangat positif terhadap sistem kekebalan badan. Malah, penyelidik lain mendapati ia mempunyai kesan baik bagi kesihatan terutama dalam proses antiketagihan perokok, sama ada untuk tujuan penyembuhan atau pencegahan, selain bahan antiseptik, astringen, pencuci dan dan fluorida (bahan penghalang kerosakan dan kereputan gigi).

Amalan membersihkan mulut dan gigi menurut ulama sangat dituntut. Waktu melakukan siwak, iaitu:

i. Ketika mahu berwuduk dan mengerjakan solat.

ii. Apabila memasuki rumah dan bersama keluarga. Aishah ketika ditanya tindakan pertama dilakukan Nabi s.a.w apabila tiba di rumah, beliau berkata: "Apabila baginda memasuki rumah, perkara pertama yang baginda lakukan ialah siwak." (Hadis riwayat Muslim)

iii. Apabila bangun dari tidur. Huzaifah ibn Al-Yaman r.a menyatakan apabila Nabi s.a.w bangun pada waktu malam, baginda membersihkan mulut dengan siwak secara sempurna. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

iv. Apabila bau mulut seseorang berubah, sama ada disebabkan makan makanan yang berbau atau tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama.

v. Ketika ke masjid. Penggunaan siwak sebahagian daripada dandanan yang sangat digalakkan bagi muslim pada setiap kali mendirikan solat. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat 31, dari surah Al-A'raf, maksudnya: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang)."

vi. Apabila membaca al-Quran dan mengikuti majlis tertentu khususnya majlis mengingati Allah.

Ulama bersependapat tiada salahnya menggunakan siwak pada siang hari apabila seseorang itu berpuasa, cuma mereka berbeza pada waktu tengah hari, dengan sesetengahnya mengatakan makruh. Di kalangan ulama juga ada perbezaan pendapat mengenai penggunaan tangan untuk bersiwak.

Satu pendapat, iaitu majoriti ulama berpendapat lebih baik melakukannya dengan tangan kanan. Ini sesuai dengan hadis Aisyah r.a yang menyatakan: "Nabi s.a.w gemar memulakan dengan yang kanan apabila memakai kasut, turun (dari untanya), apabila membersihkan diri dan dalam semua perkara." Mereka juga menyatakan siwak adalah satu perkara daripada ibadat yang mendekatkan seseorang terhadap Allah, jadi tidak sepatutnya dilakukan dengan tangan kiri.Ulama lain berpendapat ia baik dilakukan dengan tangan kiri. Pendapat ini dikatakan daripada mazhab Imam Ahmad dan pandangan ini disokong Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah.

Sesetengah ulama berpendapat, apabila seseorang menggunakan siwak dengan niat mengikuti sunnah, dia sepatutnya melakukan dengan tangan kanan dan jika untuk menghilangkan kekotoran, sepatutnya dengan tangan kiri.Berdasarkan isyarat daripada al-Quran dan penegasan Nabi s.a.w, ditambah dengan perbincangan ulama dan kajian pakar perubatan jelas menunjukkan persoalan ini bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.