Selasa, Ogos 02, 2011

KISAH ABU AMEER DI PASAR RAMADAN...


di pasar ramadahan ini banyak manusia menjinjing beg plastik warna merah. Abu Ameer hanya memerhati. diraba-rabanya janggut sekejap. mencari ilham. banyak sangat orang berjual. macam-macam jenis lauk pauk. kecur air liur Abu Ameer.

jambang lelaki berusia awal 30an ini menambah baik wajahnya seperti seorang legenda.

meskipun perutnya lapar, jiwa begitu tenang dan damai sekali.

matanya tertancap kepada gerai yang menjual jus mangga. ais dan sejuk sekali. Abu Ameer menahan gelora...

dibelinya semua bungkus air dalam beg palstik yg terdapat diatas meja; sehinggakan penjual itu begitu terkejut sekali.

lantas Abu Ameer memberi percuma kepada orang yang lalyu lalang didepannya.

petang itu, hari ini dalam sejarah. Abu Ameer berjaya menewaskan segala saki baki sifat kedekut, kikir dan bakhil didalam dirinya... dia seorang lelaki yang berjaya pada penilaian Islam...


Tiada ulasan: