Sabtu, Julai 04, 2015

FILEM : INTO THE WOODS (2014)



Belum pernah menonton filem ini. Tetapi syahwat ku bergelodak mau menikmati kebagusan filem ini. Mana tau bagus? Aku rasa barangkali disebabkan ianya dibintangi oleh aktor Johnny Depp. Joni memang selektif dalam memilih skrip, pengarah, watak dan plot sesebuah filem yang ditawarkan kepadanya.

Barangkali juga disebabkan oleh aktres handal legenda Meryl Streep.

Begitupun biarlah aku berlaku sejujurnya, yang sebenar-benarnya membuatkan aku bernafsu haloba mau menonton filem ini adalalah disebabkan POSTER nya. Terlalu cantik!

Belumpun sempat menonton bagaikan sudah dapat menyelami plot dan jalan ceritanya. Poster filem ini seakan bercampor-campor yakni, horror, fantasi, thriller dan komedi gelap.

Poster ada art value yang tersendiri.

Aduhai! Tak sabar mau menyelami filem ini semasa cuti raya yang panjang nanti.

P/s : Poster adalah suatu elemen terpenting dalam memasarkan filem yang begitu susah payah dibikin. Poster filem adalah Wajah Filem!








Tiada ulasan: