Sabtu, Jun 28, 2008

Antara Ezam & Petrol, Rakyat Malaysia pilih siapa?

bye-bye Anwar...

Politik Malaysia semakin panas. 2 kes yang agak popular yang blog ini terlepas ulas adalah:
  1. Ezam @ Pendekar Jawa (gelaran daripada Khalid Jaafar) telah menyertai kembali parti pragmatis UMNO.

  2. Kenaikkan harga petrol yang terlalu melampau.


Kes pertama, berkenaan 'peniru' gaya Anwar Ibrahim yang telah kembali bersekongkol dengan puak-puak yang telah dimaki hamun tanpa belas selama ini; tidaklah menarik minat saya untuk mengulas panjang. Itu dia punya pasal. Malaysia negara yang berkonsepkan 'demokrasi feudalisme', jadi dia berhak menyertai mana-mana parti yang disukainya tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun. Ezam sudah kasi 'bye-bye' sama itu dia punya mentor, Pak Sheikh!

Saya lebih tertarik kepada isu kenaikan harga petrol yang melambung begitu tinggi.

Sejarah akan merakam bahawa dibawah pemerintahan keluarga Mr. Clean (pada mulanya...) akan lebih diingati disebabkan oleh:

  1. anak menantu yang begitu berkuasa

  2. majoriti selesa 2/3 yang selama ini telah dinikmati oleh kerajaan BN berpuluh tahu telah dapat dinafikan oleh gabungan parti politik pembangkang.

  3. Harga pertol yang paling tinggi pernah dinaikan semenjak dari mula negara ini mecapai kemerdekaan.

Pemain-pemain politik nasional seperti Hishamuddin Tun Hussien, Najib dan Nazri Aziz tidak merasai seperti beban berat yang digalas oleh rakyat jelata. Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Haji Hadi Awang juga tidak begitu merasa keperitan yang ditanggung oleh orang yang miskin dan berpendapatan sederhana.

Mereka ini dari golongan 'banyak duit'. Berpendapatan besar. Memandu kereta mewah dan duduk selesa di banglo-banglo eksklusif.

Mangsa sebenar? => rakyat jelata yang berpendapatan dibawah RM3 ribu dan terpaksa menanggung kos hidup yang agak tinggi.

Petrol naik harga = bermakna tidak lama lagi pasti akan ada ahli politikus terkenal yang kena turun. Kalau degil sangat tidak mahu turun. Rakyat sendiri yang akan bawa turun. Sama-sama kita berdoa...supaya tidak terus menerus ditekan lagi.

Rabu, Jun 25, 2008

Negara PLATO!



Dalam idea...


ada dunia lain


jauh lebih sempurna.


Tiada permusuhan


tiada sengketa


hak-hak tidak dirampas


lebih selamat.


Wahai rakyat! itulah dinamai Negara Ideal


Raja Falsafah yang memerintah


hukum-hakam Aristokrasi dibentuk secara teratur


Demokrasi sudah mati!


Aku bunuh.


Usah risau rakyat


Demokrasi itu tidak berguna


hanya menyebabkan kacau bilau


Demokrasi itu pencetus Anarki


perkakas Kolonialis


dasar pecah dan


Perintah!


Jadi bila Sang Raja Filsuf memegang tampuk kuasa


disana tiada pergelangan yang digari


jerjak-jerjak besi cair dengan sendiri


rakyat akan berhenti mencarut


maka dengan itu


suratkahabar disana terlepas sudah dari


karut marut perangai Si Penghasut.


Propaganda keji lagi murahan.


Diktaktorial sudah kita benam didalam sungai lumpur


hitam pekat likat


maka dia tidak akan timbul kali kedua.



Negara itu akan mengikut


jalur-jalur garisan nasihat Sang Filsuf bernama Plato


"Kebajikan - Kebaikan - Keadilan"


Jadi sana bebas beradab


menyatakan pandangan dan ilham


kerna tiada yang akan dipenjara lalu dibunuh seperti


Sang Guru Filasafat - Socartes yang mulia.


Intelektual lebih dihargai berdasarkan


"ingatan adalah ilmu...".

Jangan kalian terlupa ini,

Republik! - ruang awam yang sihat.

Catatan : Republik yang dicatat disini adalah berbeza sekali dengan status negara berREPUBLIK seperti yang difahami oleh orang awam. Malah begitu jauh sekali pemahaman istilahnya dari Partai Republikan Amerika Syarikat. Di Amerika, republik mereka adalah hiburan pantomim bercirikan unsur-unsur fasisme.

(Sajak ini ditulis oleh Bro' Shinri pada tarikh 24 Jun 2008 bersamaan hari Selasa, berdasarkan buku nipis yang cukup berat berjudul 'Falsafah Politik Plato' karya J.H Rapar)

Ahad, Jun 22, 2008

h.i.b.e.r.n.a.s.i dan Dr. Kassim Ahmad

Jangan baca buku ini jika anda tidak mempunyai tradisi diskusi yang tinggi dan tidak pernah terdedah kepada kitab-kitab hadis dan imam-imam mazhab. Supaya daya analsis berfikir dapat mencerna dengan lebih adil, liberal, berani, dan saintifik. Akhirnya 'kebenaran' adalah destinasi terakhir. Jika tidak, lupakan sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang terlalu 'bagus' daripada minda seorang pemikir kontemporari seperti Dr. Kassim Ahmad. Ingat itu!


H.i.b.e.r.n.a.s.i.


Itulah keadaan MODERATOR. Penat. Beku. Malas.

Banyak berfikir langsung jadi tidak produktif. Jangan tanya mengapa. Mungkin itu satu kesan refleksi normal. Blogger yang blognya telah menjangkau hampir 3 tahun pasti sahaja telah melalui sindrom hilang upaya ini.


Menulis setiap hari bukan mudah sebetulnya (kecuali kalau tulis benda-benda merapu). Jalan mudah ialah 'copy and paste' artikel-artikel yang bersepah diinternet dan 'publish' dalam blog sendiri. Saya bukan tak boleh buat kerja-kerja bagus macam itu. Cuma tak mahu buat.

Proses hibernasi ini berlaku dalam sebulan lebih.

Jadi saya dapat membaca secara lebih 'BEBAS'...berserta syahwat yang agak besar.

Lalu saya mula membaca sebuah buku genre biografi buah pukulan terbaru daripada seorang tokoh kontaversi era pasca sosialisme tanahair. "MENCARI JALAN PULANG - (daripada sosialisme kepada Islam) tulisan Dr. Kassim Ahmad.

Saya habis hadam selama 7 hari. Ranap dengan tulang belulangnya sekali. Jadi apa yang hebatnya?

Mengubah persepsi saya tentang agama ALLAH yang saya anuti secara 'baka'. Saya dapat 'nyawa' baru secara logik dan intelektual.

Lari dari kebekuan dan kemalasan berfikir bila sudah selesa terpenjara dalam lobang gelap. Terima kasih kerana membaca tulisan ini.

Sabtu, Jun 07, 2008

teropong politik MALAYSIA!


Kalau ada sesiapa yang dapat meneka berapa harga sebenar kanta (lens) kamera ini, maka saya anggap dia kategori manusia ensiklopedia handal!

Jumaat, Jun 06, 2008

satu krisis...pemikiran.

saya sedang mengalami peperangan intelektual. boleh jadi satu krisis gelombang besar dari lautan hitam yang bernama falsafah.

kerna itu blog ini semacam beku sekelip mata.

Isnin, Jun 02, 2008

Manusia : AKAL, BEKAL & KEKAL

Sang semut tiada pula berAKAL, akan tetapi mereka ini jenis CEKAL...
(foto sendiri tangkap)

manusia harus berAKAL.
manusia itu manusia. manusia bukan haiwan peliharaan.
kita ini spesies termulia. jadi mulia jika berAKAL.
jadi hina jika hilang AKAL.


nafsu dan syaitan boleh dikalahkan jika kita berAKAL.
banyak manusia jatuh kerana hilang AKAL. pemimpin-pemimpin besar jadi manusia hina terdampar ditepi jalan kerana jarang-jarang guna AKAL. difikirnya kuasa, harta, pengaruh dan tenaga itu KEKAL.
cuba bernakal-nakal, akhirnya kurang AKAL.

manusia hanya jadi betul-betul ber AKAL, jika dia tahu dirinya tidak akan KEKAL.

jadi manusia harus berakhlak baik, perjalanan panjang di akhirat dengan membawa beKAL. Mari kita selalu guna AKAL supaya tidak hilang AKAL. bila sekali sudah hilang, susah sangat mahu dapat balik.

hanya Allah swt yang KEKAL, yang lain tidak pernah KEKAL.