Ahad, Jun 22, 2008

h.i.b.e.r.n.a.s.i dan Dr. Kassim Ahmad

Jangan baca buku ini jika anda tidak mempunyai tradisi diskusi yang tinggi dan tidak pernah terdedah kepada kitab-kitab hadis dan imam-imam mazhab. Supaya daya analsis berfikir dapat mencerna dengan lebih adil, liberal, berani, dan saintifik. Akhirnya 'kebenaran' adalah destinasi terakhir. Jika tidak, lupakan sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang terlalu 'bagus' daripada minda seorang pemikir kontemporari seperti Dr. Kassim Ahmad. Ingat itu!


H.i.b.e.r.n.a.s.i.


Itulah keadaan MODERATOR. Penat. Beku. Malas.

Banyak berfikir langsung jadi tidak produktif. Jangan tanya mengapa. Mungkin itu satu kesan refleksi normal. Blogger yang blognya telah menjangkau hampir 3 tahun pasti sahaja telah melalui sindrom hilang upaya ini.


Menulis setiap hari bukan mudah sebetulnya (kecuali kalau tulis benda-benda merapu). Jalan mudah ialah 'copy and paste' artikel-artikel yang bersepah diinternet dan 'publish' dalam blog sendiri. Saya bukan tak boleh buat kerja-kerja bagus macam itu. Cuma tak mahu buat.

Proses hibernasi ini berlaku dalam sebulan lebih.

Jadi saya dapat membaca secara lebih 'BEBAS'...berserta syahwat yang agak besar.

Lalu saya mula membaca sebuah buku genre biografi buah pukulan terbaru daripada seorang tokoh kontaversi era pasca sosialisme tanahair. "MENCARI JALAN PULANG - (daripada sosialisme kepada Islam) tulisan Dr. Kassim Ahmad.

Saya habis hadam selama 7 hari. Ranap dengan tulang belulangnya sekali. Jadi apa yang hebatnya?

Mengubah persepsi saya tentang agama ALLAH yang saya anuti secara 'baka'. Saya dapat 'nyawa' baru secara logik dan intelektual.

Lari dari kebekuan dan kemalasan berfikir bila sudah selesa terpenjara dalam lobang gelap. Terima kasih kerana membaca tulisan ini.

4 ulasan:

AbGJaS berkata...

Hi Moderator,
Ramai ulamak menentang sekolah pemikiran Dr.Kassim Ahmad slps buku Hadis:Satu Penilaian Semula. Tp bg abgjas sendiri, pemikiran beliau lebih kritikal terhadap penafsiran Islam secara 'baka' (pinjam istilah tuan).

Atas sumber ilmu beliau yg meluas,
pandangan beliau patut didengari..

rastom berkata...

aik! maksu dah habis baca paper dah?

Tok Li berkata...

Salam :)

annahs berkata...

Asslmkm...

Rasanya bole dibaca, tetapi tidak sesekali dituruti...

Mohon berlandaskan asas ISLAM yg betul. Perlu semua bahan, tetapi tidak semuanya ditelankan...

Syukran!